Ramalan Pilihanraya Kecil N.45 Galas

Pilihanraya Kecil bagi Kawasan DUN Negeri Kelantan N.45  Galas  diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Chek Hashim bin Sulaiman dari Parti PAS. Beliau telah memenangi kerusi ini dalam Pilihanraya Umum tahun 2008 dengan jumlah 4399 undi, mengalahkan calon BN Mohammad Saufi bin Deraman dengan hanya 646 undi.

[Sila baca analisis keputusan PRK N 45 Galas, klik disini]

Kawasan DUN Galas adalah satu daripada tiga buah kerusi  DUN dalam Kawasan Parlimen Gua Musang, yang kini disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Kawasan DUN Galas mempunyai sejumlah 11,553  pengundi terdiri daripada Melayu 61.7%, Cina 20.1%, India 1.6% dan orang asli  16.4%. Sejak 1995 Kawasan Galas telah bertukar tangan tiga kali, dipegang oleh  Semangat 46  pada tahun 1995, BN dalam  PRU tahun1999 dan 2004 dan PAS pada tahun 2008.

Tidak dinafikan Tengku Razaleigh Hamzah  masih memiliki  pengaruh  dalam kawasan ini, meskipun BN gagal mempertahankan kerusi ini dalam PRU 2008 yang lepas.

Butiran rekod pengundian di kawasan DUN Galas  adalah seperti berikut:


Jadual di atas menunjukkan bahawa Parti PAS hanya memenangi kawasan ini sekali dalam PRU tahun 2008 , itupun dengan majoriti undi yang tipis, berikutan  kurangnya sokongan pengundi Melayu serta sentimen anti BN yang meluas  dikalangan masyarakat Cina. Perlu diingatkan dalam PRU tahun 1999, BN  dengan sokongan daripada pengundi Cina masih mampu mencatat kemenangan yang selesa walaupun menghadapi suasana sentimen  yang negatif  dikalangan masyarakat Melayu di  seluruh semenanjung.

Analisis data pilihanraya lepas di kawasan ini menunjukkan sokongan padu melebihi 65% dari masyarakat Melayu   dalam PRU 1999 dan 2004 tetapi  menurun   dalam PRU 2008. Undi   masyarakat Cina pula merudum dalam PRU 2008.

Suasana politik negara kini telah berubah dan banyak memihak kepada BN. Keputusan  beberapa pilihanraya yang lepas dan beberapa kajian pendapat umum yang dibuat oleh Merdeka Centre dan   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menunjukkan sokongan kepada BN telah meningkat dikalangan semua kaum berbanding pada PRU 2008.

Penamaan calon telah  selesai semalam dengan BN menamakan Abdul Aziz Yusoff dan PAS, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon  parti masing masing. Setakat ini belum ada soal peribadi calon yang boleh dijadikan isu oleh pihak lawan.

Maka dengan demikian, saya yakin BN akan menang dalam pilihanraya kecil N.45 Galas dengan  majoriti yang selesa  kira kira 1000 undi.

Sekian, wallahu ‘alam,  wassalamu alaikum warahmarullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel artikel berkaitan:

1. Ramalan PRK HUlu Selangor

2.Ramalan PRK Manek Urai

3.Ramalan PRK P.212 Sibu

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s