Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil N 45 Galas

Keputusan Pilihanraya Kecil(PRK) DUN Galas baru sahaja diumumkan dengan BN memenangi 5,324 undi dan PAS  4,134 undi dengan majoriti  1,190 undi. Peratusan turun mengundi ialah 83%.

Keputusan di atas  memenuhi  ramalan kita yang BN akan memenangi Pilihanraya Kecil(PRK) ini dengan selesa, malah  dengan majoriti   sebenar sebanyak   1,190  undi,    melebihi  jangkaan    1,000 undi.

Corak pengundian hari ini boleh dianggarkan  dengan  meniliti jumlah undi di beberapa kawasan pengundian dalam DUN ini.  Anggaran awal kita menunjukkan sejumlah  52  % daripada  undi Melayu   telah menggundi BN pada PRK ini berbanding 44.7% pada PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sebanyak  7.3  %.

Undi Cina  yang menyokong BN dianggar   51% daripada keseluruhannya, berbanding  45.7% yang di perolehi pada tahun 2008, peningkatan sebanyak  5.3%.

Undi dari kaum orang asli pula dianggar kekal  melebihi  66% yang dicapai  pada PRU 2008.

Dengan kemenangan ini, momentum  ke arah  BN yang mulai di Manek Urai dan disusuli di Permatang Pasir, Bagan Pinang dan Hulu Selangor masih kekal pada hari ini.

Perlu diingatkan, sejak PRU 2004, corak  pengundian di DUN Galas  adalah selari dengan corak di seluruh Kelantan, malah di seluruh Semenanjung. Bolehlah disimpulkankan yang kadar sokongan  pengundi Melayu  untuk BN  sudah meningkat  di Kelantan dan Semenanjung. Berbanding  dengan pencapaian pada PRU tahun 2004, sentimen pengundi Melayu dan India nampaknya sudah pulih hampir sepenuhnya, sementara sentimen masyarakat Cina  juga bertambah baik.

Samaada  suasana  kini sesuai untuk BN menawan Kelantan bergantung kepada sokongan masyarakat Melayu yang mewakili 96% pengundi di negeri tersebut, dan juga sokongan masyarakat minoriti.

Soalnya, mampukah BN  mendapat  peratusan undi di seluruh Kelantan seperti yang diperolehi di Galas pada hari ini, tanpa pengaruh istimewa Tengku Razaleigh Hamzah.

Kelantan adalah kubu kuat parti PAS, dengan sokongan masyarakat Melayu lazimnya melebihi 51%. Dalam PRU tahun 2008, hanya 44.7% undi Melayu  untuk BN. Dalam PRU tahun 2004 pula, antara yang terbaik pernah dicapai BN, undi Melayu adalah  seimbang diantara BN dan Pakatan Pembangkang dan ini mengasilkan  21 kerusi DUN untuk BN dan 24 kerusi untuk Pakatan Pembangkang.

Untuk BN menawan negeri Kelantan, ia perlu menarik sekurang kurangnya 51% undi Melayu dan majoriti undi masyarakat Cina.

Upate 10 November 2010

Saya baru sahaja memperolehi butiran yang terperinci pengundian di DUN Galas dengan pecahan mengikut 13 kawasan pengundian. Ini membolehkan saya membuat analisis regression dan mendapat gambaran yang lebih tepat pengundian mengikut kaum seperti diperturunkan dalam jadual di bawah:

Peratusan Sokongan Mengikut Kaum DUN Galas

Jadual di atas menunjukkan  seramai 48.3%  daripada pengundi Melayu mengundi BN  pada PRK 2010 berbanding 37.8% dalam PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 10.5%.

Seramai 54.9% pengundi Cina pula mengundi BN pada PRK 2010 berbanding 50.6% pada PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 4.3%.

Bagi pengundi dari kalangan orang asli pula, 80.5% telah mengundi BN pada PRK 2010 berbanding 66.1% pada PRU 2008, satu peningkatan 14.4%.

Sekian, wallahu’alam wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged . Bookmark the permalink.

12 Responses to Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil N 45 Galas

  1. kambing says:

    tahniah kepada BN melalui calonya Ab. Azizi yusof telah berjaya merampas Galas dengan selesa sekali. Tapi melalui aalisis da pemerhatian saya arus perubahan pengundi dalamPRK galas ini kerana terpegaruh dengan janji pembangunan dan pengunaan Jentera kerajaan Seperti JHEA yang kertelaluan. BN banyak membuat janji palsu yang memperdayakan rakyat khasya orag asli

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara ,
    Saya hormati pendapat saudara. Tetapi, perkara yang saudara bangkitkan, iaitu janji pembangunan, penggunaan jentera kerajaan, sememangnya lazim berlaku disetiap pilihanraya, termasuk dalam tahun 2008. Jadi saya rasa ini bukan isu yang boleh mengubahkan trend pengundian.

  3. Insaf says:

    saya berpendapat ini adalah balasan Allah kepada mereka yang menganiaya orang asli kerana membolot tanah dengan rakus dan memberi hadiah air yang keruh kepadanya.

  4. pck says:

    Saudara DAH Ikhwan,
    Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
    Very accurate prediction! Paul the Octopus pun kalah lah!
    How many seats can the BN secure in the coming State election?

  5. DAH IKHWAN says:

    Saudara pck,
    Thanks. I am happy to have made accurate predictions. As a matter of fact I have made 9 by-election predictions in this blog, 8 has been accurate. I willl make a prediction on the state election when the time comes.

  6. Insaf says:

    i hope for next election, pas will be lost the power due to the punishment from Allah s.w.t

  7. azwin says:

    Salam DAH Ikhwan,
    Saya percaya pengaruh TkRazaliegh amat penting dalam pilihan raya ini dan UMNO telah banyak meraih sokongan orang Asli di kawasan ini.Memang jelas UMNO telah memeberi perhatian penuh kepada kaum ini di seluruh semenanjung pada masa kebelakangan ini.Ini satu approach yang bijak dan bolih menjadi contoh untuk menghadapi PRU yang akan datang.

  8. kebenran says:

    salam, adakah tuan nie seorang profesor dalam bahagian analitikal ?
    saya kagum dengan ramaln tuan

  9. DAH IKHWAN says:

    Saudara Azwin,
    Saya dapati pendapat saudara amat tepat. Data data terkini menunjukkan sokongan daripada orang asli amat tinggi. Saya yakin ini disebabkan kesetiaan mereka kepada Tengku Razaleigh disamping perasaan diabaikan oleh PAS yang memerintah kerajaan.

  10. DAH IKHWAN says:

    Saudara Kebenaran,
    Saya bukanlah seorang professor, tetapi ada sedikit kemahiran dalam ekonometrik, iaitu satu kaedah analisis sewaktu menuntut ijazah MBA diluar negeri, kira kira 40 tahun lalu.

    Saya rasa terkilan dengan fenomena kini terlalu ramai professor yang dipergunakan kedua belah pihak yang kerap menerbitkan ulasan politik dan punyai fikiran macam orang biasa sahaja. Ini tidak baik dan mengekang pertumbuhan masyarakat berilmu.

  11. ana akhi says:

    Salam
    Saya amat tertarik dengan analisis yg dilakukan tuan. Tahniah atas semua penerangan dan analisis yang diberikan. Boleh tuan terangkan mengenai cara analisis yang dilakukan, adakah tuan menggunakan kaedah spss or time series or anything? Harap tuan boleh memberi sedikit tunjuk ajar dan private email saya.
    Terima kasih

  12. DAH IKHWAN says:

    Saudara ana akhi,

    Terima kasih kerana minat saudara dalam analisis ini. Sila lihat jawapan pada halaman komen dalam artikel analisis undi umno.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s