Populariti Najib dan Pilihanraya Umum Ke 13

Tinjauan Pendapat Umum terkini  Merdeka Center  menunjukkan populariti Najib menurun sedikit kepada 69% pada 10 Disember berbanding 72% pada 10 Mei 2010  dikalangan penduduk di Semenanjung Malaysia.

Mengikut kaum, populariti tertinggi dicatat dikalangan kaum India, iaitu 85%, Melayu 74% dan Cina 54%.

Dipandang dari sudut  ini, tidak mustahil Najib menetapkan tarikh  Pilihanraya Umum ke 13(PRU 13)sebelum pertengahan tahun depan, iaitu dua tahun sebelum tamat tempoh  penggal Parlimen. Ini kerana tahap populariti, meskipun menurun sedikit, masih dikira banyak pihak sebagai  cukup tinggi untuk memenangi pilihanraya dengan selesa.

Hasil Pendapat Umum ini juga selari dengan keputusan beberapa  pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, sementara keadaan di Sabah dan Sarawak sudah pasti masih tetap memihak kepada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, BN perlu berhati  hati dan tidak melakukan kesilapan dengan sebarang tindakan negatif  yang  drastik  dalam  tempoh menjelang pilihanraya. Ini terbukti dalam PRU ke 12, dimana beberapa tindakan drastik oleh kerajaan telah melunturkan  populariti kerajaan dengan pantas  sekali. Tinjauan kembali angka dari Merdeka Center  menunjukkan populariti BN jatuh mendadak daripada 71% kepada 66% dalam masa  dua minggu sebelum pilihanraya Umum 2008, terutama sokongan dari kaum India yang menjunam kepada  34% daripada 49% dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan populariti terkini oleh Merdeka Center  tidak semestinya menjamin  kemenangan  selesa kepada BN. Hakikatnya, sungguhpun ia menganggar popularity BN masih tinggi ditahap 66% menjelang PRU 2008, undi sebenar  yang diperolehi BN  di Semenanjung hanya kira kira 50% sahaja.

Perkara yang lebih mempengaruhi  keputusan PRU 12  dalam tahun 2008 nampaknya  sentiment anti BN yang sangat memuncak dari kaum India dan masalah kenaikan harga dan inflasi.

Tetapi kini, sokongan untuk BN dari  kaum Melayu dan India  berada  di tahap yang cukup tinggi. Dengan demikian undi kaum Cina  juga dijangka setabil kerana mereka pasti  menghendaki perwakilan yang  lebih baik dalam kerajaan BN.

Disamping itu persepsi ekonomi pada tahun depan adalah baik dengan keadaan inflasi  dijangka  terkawal, pasti lebih mencerahkan peluang BN dalam Pilihanraya Umum Ke 13.

Sekian,  assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wallahu alam.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Populariti Najib dan Pilihanraya Umum Ke 13

  1. azraihan says:

    salam tn, telah buat analisis untuk DUN Tenang?. Tq

  2. DAH IKHWAN says:

    Baru nak buat ni. Insya Allah terbit tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s