Pilihanraya Kecil (N.5)Tenang: Analisis dan Ramalan

Pilihanraya Kecil bagi Kawasan DUN ( N.5)  Tenang di Johor akan diadakan pada 30 Januari 2011, dengan penamaan calon pada 22Januari. Kawasan DUN  ini kosong setelah kematian Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional yang telah mewakili kawasan ini sebanyak dua penggal dan telah  menang dengan majoriti  2,492 dalam PRU 2008.

[ Untuk mengikuti Keputusan Pilihanraya Tenang, sila Klik di sini]

Kawasan DUN Tenang adalah sebuah kubu kuat  Barisan Nasional, seperti juga kawasan kawasan  lain di Johore. Baru baru ini Parti Pas telah  bertanding menentang BN dalam Pilihanraya tahun 1999, 2004 dan 2008, sementara pada PRU 1995, BN telah ditentang oleh Parti Semangat 46. Pada kesemua Pilihanraya Umum  tersebut BN telah menang dengan  majoriti besar. Butiran keputusan PRU yang lepas diperturunkan dibawah:

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN N.5 TENANG

Kawasan DUN Tenang mempunyai sejumlah 14,753 pengundi terdiri daripada  7,014 (47.54%) Melayu,  5766 pengundi ( 39%) Cina dan 1780 pengundi ( 12%)  kaum India.

Kawasan N.5  Tenang juga merupakan satu daripada dua buah kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen  P. 142 Labis yang kesemuanya dimiliki BN. Pada PRU 2004,  Datuk Chua Soi Lek, Presiden MCA telah memenangi kawasan Parlimen Labis dengan majoriti  besar.

Keputusan pada pilihanraya kecil ini tidak sukar diramal. Sepertimana dikawasan lain di Johore sokongan setiap kaum kepada BN masih kukuh dan tidak dipengaruhi sangat oleh keadaan sunami politik tahun 2008 di negeri negeri lain di Semenanjung. Perlu diingatkan  pada anggaran kita  78% Undi Melayu, 42% undi Cina dan 75% dari kaum India telah memihak kepada BN dalam PRU 2008 bagi kawasan negeri Johor.

Dalam membuat ramalan sesuatu pilihanraya, terdapat beberapa faktor yang relevan yang perlu diambil perhatian.

Berbanding PRU tahun 2008, faktor yang paling penting, iaitu populariti BN kini adalah ditahap yang lebih selesa. Calon muka baru biasanya  satu ‘minus factor’, tetapi kehadiran Presiden MCA yang memiliki pengaruh peribadi disini adalah ‘plus factor’ yang agak tinggi di kalangan pengundi Cina.

PAS telah menamakan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu. Setakat ini belum  timbul masalah peribadi mana mana calon yang mungkin diekspoitasikan oleh pihak lawan.

Oleh itu, BN  akan tetap memenangi kawasan ini,  dan majoritinya dijangka meningkat ke paras  kira kira 4,000 undi, berbanding dengan hanya 2,492 undi dalam Pilihanraya Umum tahun 2008.

Sekian, wallahu ‘alam’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Sila klik di dini untuk artikel  ‘Populariti Najib dan Pilihanraya Umum Ke 13’

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil. Bookmark the permalink.

6 Responses to Pilihanraya Kecil (N.5)Tenang: Analisis dan Ramalan

  1. pet6256@yahoo.co.uk says:

    askm cik ekhwan,
    setiap hari saya menunggu ramalam cik ekhwan mengenai tenang.akhirnya ada juga.terima kasih

  2. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih kerana menjadi peminat setia ramalan ramalan saya. Saya akan sentiasa membuat kajian yang mendalam untuk menghasilkan ramalan setepat mungkin.

  3. zulkifly mohammed says:

    saya percaya dan yakin yang ramalan saudara tak akan terjadi.mungkin saudara syok sendiri kot!.Ingin saya ingatkan pada saudara bahawa pada prk 05 dun tenang ini akan mengejutkan seluroh negara,walaupun mungkin BN menang majoriti nya tak lebih 800 undi sayayakin ini akan terjadi,malah silap hari bulan calunPAS akan menang.sama2 kita tunggu pada hari pembuangan undi nanti.

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara Zulkifly,
    Ini hanyalah satu ramalan, sungguhpun berasas kepada sentimen rakyat yang saya nampak daripada tinjauan pendapat dan beberapa PRK yang lepas. Saya sarankan saudara baca betapa tepatnya ramalan ramalan saya yang lepas.
    Untuk kali ini, bersamalah kita tunggu keputusannya malam esok, wallahu ‘alam.

  5. null says:

    @zulkifly wow…ramalan anda sangat tepat. Yak sangka ya.

  6. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Saudara Zulkifli….saya dari mula lagi kurang yakin dengan ramalan TPM majoriti 5,000 undi kerana suasana perkauman kini… Parti Pas pula tidak realistik dengan ramalan kemenangan di kubu kuat orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s