Pilihanraya Kecil (N.5) Tenang : Keputusan dan Ulasan

Undi rasmi  yang diperolehi adalah   seperti berikut:

Mohd Azahar Ibrahim (BN)               6,699     undi

Normala Sudirman (Pas)                    2,992     undi

Majoriti                                                      3,707    undi

Peratusan mengundi 66.7%

Banjir Teruk dihari PRK Tenang: Pengundi turun mengundi

Majoriti  kali ini adalah bertepatan dengan kira kira 4,000 undi  yang telah kita ramalkan dalam blog ini. Sedikit perbezaan hanyalah kerana peratusan mengundi yang luar biasa rendah berikutan banjir teruk dihari mengundi.

Berbanding dengan PRU tahun 2008, undi BN pada keseluruhannya telah meningkat 5.2%. Dari segi sokongan kaum pula kita anggarkan lebih daripada   80 % pengundi Melayu, dan begitu juga undi kaum India telah mengundi BN.

Kita anggarkan kurang daripada 40% pengundi Cina yang memilih BN di sini, lebih  rendah daripada yang BN capai di PRK Galas.

Mengikut analisis diatas, peningkatan yang  BN perolehi  dari kaum Melayu dan India, nampaknya cukup tinggi pada PRK hari ini. Bolehlah kita simpulkan yang sokongan kedua  kaum  ini sudah pulih seperti sediakala di Johor. Ini sememangnya sudah dijangka memandangkan Johor ialah kubu kuat BN. Sudah pasti  peningkatan  sokongan dijangka sama di negeri negeri lain di Semenanjung.

Tahap sokongan dari kaum Cina pula nampaknya masih  belum lagi pulih keparas sebelum PRU tahun 2008, tetapi nampaknya  baik  sedikit daripada keputusan  di Kuala Selangor dan di Sibu, sungguhpun tidak sebaik yang dicapai di Galas.

Apakah kesimpulan yang kita dapati dari sini? Apakah masyarakat Cina sudah bertekad mencuba hendak menguasai kerajaan dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, atau mereka sudah mulai sedar dan dalam proses meningkatkan sokongan kepada BN.

Bagi Kerajaan BN apakah langkah  yang paling wajar selanjutnya? Dalam Mingguan Malaysia hari ini saya terbaca artikel yang menyarankan supaya Kerajaan hanya fokus membantu kaum kaum yang setia sahaja, seperti perumpamaan ‘Yang di kejar tak dapat  sehingga yang dikendung keciciran’.

Dalam menghadapi soal ini, janganlah kita terlalu emosional. Negara ada dasar dasar yang baik untuk rakyat, seperti Model Baru Ekonomi, khususnya Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, Dasar 1 Malaysia dan, jangan lupa, Wawasan 2020. Untuk maju kehadapan, program program ini perlu berjaya dan sokongan  rakyat dari semua kaum diperlukan.

Tetapi  Kerajaan jangan pula lupa  menyusukan anak yang dikendong, jika tidak anak anak  ini  nanti akan mati kehausan.


DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Pilihanraya Kecil (N.5) Tenang : Keputusan dan Ulasan

  1. azraihan says:

    tahniah tn. kajian tn nampaknya tepat sekali lagi, 9-1 sekarang. insya-Allah merlimau pula selepas ini ya..

  2. Kamarul says:

    Salam saudara… Saya amat kagum dgn ramalan saudara berdasarkan analisa serta statistik yg saudara kemukakan… Bagaimana saudara boleh membuat ramalan dgn bergitu tepat dgn analisa serta statistic yg baik dan berapakah saiz sample yg saudara buat bg mendapatkan keputusan yg tepat. Harap saudara dpt meramalkan PRK Merlimau

  3. DAH IKHWAN says:

    Saudara Kamarul,
    Sebenarnya saya mengambil masa yang banyak untuk menganilisis data data daripada Pilihan Raya Umum/Kecil yang lepas. Misalnya untuk mendapat estimate yang setepat mungkin untuk Pilihanraya Umum tahun 2008, sample merangkumi semua data kerusi Parlimen telah dianalisis mengikut kaedah multiple regression. Ini boleh menghasilkan anggaran sentimen kaum di Semenanjung dengan tepat.

    Dalam PRK Tenang, data PRU lepas untuk seluruh negeri Johore perlu di analyse untuk menganggar sentimen pengundian ikut kaum di negri tersebut.

    Sebarang perubahan sentimen dari masa ke semasa perlu dipantau dari hasil PRK dan opinion survei yang terkini untuk menghasilkan unjuran undi dalam sesuatu pilihanraya kecil. Anggaran yang cukup tepat boleh diperolehi jika tidak wujud perubahan yang mendadak dalam masa menjelang sesuatu pilihanraya kecil.

    Tentang Merlimau saya akan membuat ramalan seperti biasa, Insya Allah.

  4. pck林 says:

    Saudara DAH Ikhwan,
    Looking forward to your ramalan for the coming State Election. I am particularly interested in the seat of Dalat that our good friend is seriously considering to contest.

  5. DAH IKHWAN says:

    Thanks pck. I will certainly do a ramalan for the Sarawak State Election.

  6. mohd izzat emir bin md yasin says:

    salam saudara DAH IKWAN,
    cara saudara menganalisis politik di Tenang sgt mengagumkan.. ramalan Saudara ternyata hampir tepat. jika tidak keberatan boleh kiranya saudara berkongsi cara-cara serta data-data berkaitan analisis saudara mengenai PRK Tenang. saya merupakan pelajar tahun akhir sains politik yang membuat kajian mengenai PRK Tenang dan perpektif pengundi muda. jika tidak keberatan boleh kiranya saudara emailkan saya data-data berkenaan pada email saya izzatemir505@gmail.com. jasa baik saudara amat diperlukan.

  7. DAH IKHWAN says:

    Saudara Mohd Izzat,
    Terima kasih kerana komen saudara. Cara cara analisis saya telah terangkan dalam bahagian komen saya kepada saudara Kamarul.

    Berkenaan dengan data data yang digunakan ia adalah data keputusan yang biasa di terbit dalam akhbar sehari selepas setiap pilihanraya.
    Kerja menyalin data memerlukan ketekunan dan mengambil masa yang agak lama. Tetapi jika kajian terhad kepada satu negeri sahaja, ia tidaklah begitu rumit.

    Saya sarankan saudara cuba kumpulkan data sendiri, mulai dengan data pilihanraya umum DUN Johore tahun 2008, bagi membina satu database tahap sokongan setiap kaum di sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s