Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau: Analisis dan Ramalan

Pembuangan undi di dua Pilihanraya Kecil ini  akan diadakan serentak pada 6 March , sementara  penamaan calon telah dibuat pada 26 Februari, 2011. Butiran untuk kawasan kawasan ini seperti berikut:

_________________________________

Untuk mengikuti Ulasan Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau sila klik

_________________________________

Kawasan DUN Merlimau (N.27) Melaka

Kerusi kawasan ini telah kosong setelah kematian penyandang dari BN, Encik Mohamad Hidhir. Calon calon bertanding ialah Roslan Ahmad dari BN danYuhaizad Abdullah dari PAS.

Kawasan ini mempunyai 10,679 pengundi terdiri daripada Melayu 64.1%, Cina 20.8% dan pengundi India14.7%.

Rekod Pengundian di DUN  Merlimau (N.27) adalah seperti berikut:

Rekod Pengundian DUN Merlimau (N.27)

Kawasan DUN Kerdau (N28)

Kerusi kawasan ini telah kosong setelah kematian penyandang dari BN, Encik Zaharuddin bin Abu Kassim. Calon calon bertanding ialah Syed Ibrahim Syed Ahmad dari BN dan En. Hassanuddin Salim  dari PAS.

Kawasan ini mempunyai 8,999 pengundi terdiri daripada Melayu 88.4%, Cina 6% dan pengundi India 3.4%.

Rekod Pengundian di DUN  Kerdau (N. 28) adalah seperti berikut:

Rekod Pengundian di DUN Kerdau (N.28)

Ramalan

Umum meramalkan yang  BN akan memenangi kedua dua kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, cuma kini kita hanya perlu meramalkan majoriti untuk setiap kawasan.

Berpandu kepada sentimen setiap kaum di kawasan kawasan ini, kita meramalkan bahawa BN akan memenangi Kerusi DUN Merlimau dengan majoriti kira kira 3,000 undi dan Kawasan DUN Kerdau, majoriti kira kira 2,000 undi.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s