Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau

Suruhanjaya Pilihanraya baharu sahaja mengumumkan keputusan Pilihanraya  di Kawasan ini seperti berikut:

Kawasan DUN Merlimau

Barisan Nasional       …..   5962 undi

PAS       ………………………2339

Majoriti  …………………… 3623

Peratusan Mengundi 79%

Kawasan DUN Kerdau

Barisan Nasional  …………5060 undi

PAS  …………………………..2336

Majoriti …………………….. 2724

Peratusan Mengundi  83%

Ulasan bagi Kawasan Merlimau

Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah  8%. Peningkatan yang sebanyak ini hanya dapat dicapai dengan peningkatan melebihi  8% undi Melayu dan India, memandangkan undi Cina dalam tempoh tersebut  belum dapat dipastikan  meningkat.

Majoriti  3,623 undi yang diperolehi, melebihi  angka  3,000 undi  yang kita ramalkan.

Ulasan Bagi Kawasan Kerdau

Kawasan DUN Kerdau yang terletak di Pahang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Di sini BN telah mampu mencipta satu  rekod majority yang baru, iaitu  2,724 undi,  melebihi 2,565 undi yang dicapai pada tahun 2004. Ini telah juga melebihi 2,000 undi majority yang telah kita ramalkan.

Bilangan  5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan  6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India  telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk  BN di Kerdau. Terdapat juga bukti yang menunjukkan peningkatan undi kaum Cina.

Implikasi Undi Kepada Suasana Politik Negara

Keputusan PRK  ini boleh ditakrif sebagai mencerminkan suasana politik atau sentiment  kaum bagi seluruh Malaysia. Ia sekali lagi membuktikan yang sentiment Melayu dan mungkin juga kaum India telah pulih seperti sediakala , sementara kaum Cina pula mungkin juga bertambah, tetapi ini memerlukan analisis yang lebih komprehensif. Saya kini sedang membuat kajian selanjutnya dan hasilnya  akan dinyatakan sebagai update dalam artikel ini.

(Update jam 11.20 pagi 7 Mac 2011)

Regression analysis lima kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan  sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India  melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.

Bagi undi Cina pula ia masih  3.7% dibawah paras dicapai dalam  Pilihanraya Umum 2008. Bagaimanapun, ini juga menunjukkan trend peningkatan daripada  keadaan terendah pernah dialami BN  dalam tahun 2009.

Kita yakin angka angka di atas boleh ditakrifkan sebagai  sentimen  atau arus  sokongan pelbagai kaum yang terkini terhadap Barisan Nasional  di semenanjung Malaysia.

Sekian, sebarang komen dan soalan dialu-alukan.

DAH Ikhwan

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau

  1. Tony says:

    Agreed

  2. daniaberlina says:

    Boleh tunjukkan berapa peratus undi melayu, cina dan india yang mengundi BN and peratus peningkatan undi bagi setiap kaum?

    Saya ingin tahu samaada orang2 cina masih lagi bersatu memihak pada DAP atau sudah beralih?

  3. DAH IKHWAN says:

    Saudara/Sdri daniaberlina,

    Mengikut analisis kita sejumlah 69% undi Melayu menyokong BN dalam pilihanraya kecil ini, iaitu peningkatan sebanyak 11% dari PRU 2008. Tetapi, perlu diingatkan kawasan ini adalah kubu kuat BN, jadi bagi Semenanjung keseluruhannya, aras sokongan Melayu mungkin disekitar 62% hingga 65%.

    Sokongan kaum India dianggar agak tinggi iaitu melebihi 80%. bagi masyarakat Cina pula ia belum lagi pulih walaupun lebih baik daripada keadaan di lain lain tempat di Semenanjung.

    Setakat ini agak sukar menjawab soalan saudara secara terperinci kerana kita terpaksa menggunakan sample size yang tidak cukup besar untuk menghasilkan jawapan yang lebih tepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s