Keputusan Pilihanraya DUN Negeri Sarawak 2011: Analisis dan Ulasan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung sekalian kerana memberi respond yang luar biasa  kepada tulisan tulisan saya di sekitar Pilihanraya Negeri Sarawak.

UNTUK MENGIKUTI KEPUTUSAN PRN SARAWAK TAHUN 2016 SILA KLIK DI SINI

Keputusan Pilihanraya  yang berlansung semalam menunjukkan Barisan Nasional telah berjaya menguasai 2/3 majoriti kerusi dengan BN memperolehi 55 kerusi sementara Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi mereka kepada 15 kerusi, butiran seperti berikut:

Kedudukan Kerusi di DUN Sarawak

Jadual di atas menunjukkan Barisan nasional telah memenangi 55 kerusi berbanding 15 dimenangi Pakatan Rakyat, manakala calon bebas menang 1 kerusi.Kedudukan ini betul betul menepati ramalan kita yang telah diupdate dua hari sebelum tarikh pengundian.

Berbanding dengan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2006, BN telah kehilangan 8 kerusi sementara DAP meningkat kepada 12 kerusi dan PKR 3 kerusi.

Peningkatan prestasi DAP adalah seperti dijangka berikutan meningkatnya sokongan pengundi kaum Cina kepada Calon DAP. Bagi PKR pula ia gagal menunjukkan kemenangan yang mereka harapkan. Malah tiga kerusi yang mereka menangi bukanlah kerana populariti PKR. Misalnya kemenangan mereka di Padungan adalah menumpang populariti DAP dan Kemenangan Baru Bian di Ba’Kelalan adalah di atas populariti calon itu sendiri. Di Kerian pula kemenangan PKR adalah diluar jangkaan kerana kelemahan calon BN itu sendiri.

Kedudukan sokongan setiap kaum kepada Barisan Nasional  adalah seperti dalam jadual di bawah:

Sokongan Pengundi Kepada Barisan Nasional Ikut Kaum

Jadual di atas telah diolah hasil daripada analisis regression kesemua data pilihanraya DUN Sarawak semalam. Ia menunjukkan undi Melayu/Melanau untuk BN  telah meningkat ke tahap 81.7%  dalam pilihanraya semalam berbanding 77.1% pada pilihanraya tahun 2006, satu peningkatan sebanyak 4.6%. Ini juga bermakna PKR hanya mendapat sokongan daripada 17% undi Melayu/Melanau  dalam kawasan yang ia pertandingkan.

Sokongan daripada Masyarakat Dayak pula masih selesa pada tahap 61.2% untuk BN, iaitu penurunan sebanyak 6.3% berbanding tahun 2006. Namun demikian sambutan  masyarakat Dayak kepada Pakatan Rakyat tidaklah begitu membimbangkan. Setelah mengambil kira undi rosak dan sokongan mereka kepada calon bebas, hanya kira kira  34% sahaja dari masyarakat Dayak yang mengundi Pakatan Rakyat.

Sokongan yang  tinggi daripada kaum Bumiputera, terutama dari kalangan masyarakat Melayu/Melanau kepada BN, menunjukkan mereka mementingkan perpaduan bagi mengekalkan kuasa politik Bumiputera di Sarawak. Nampaknya mereka sudah terhidu sikap tidak toleran masyarakat Cina terhadap  beberapa  kemajuan yang telah dicapai  oleh segelintir usahawan  Bumiputera dalam bidang perniagaan. Sikap ini sungguh menhairankan memandangkan kedudukan  masyarakat bukan Bumiputera yang kini masih teguh menguasai sektor ekonomi negeri Sarawak.

Dengan itu,  sokongan daripada masyarakat Cina untuk BN telah  merudum kepada 24.6% sahaja berbanding 40.4% pada pilihanraya DUN Tahun 2006.

Penurunan sokongan daripada masyarakat Dayak tidaklah serendah seperti pernah dialami  dalam pilihanraya tahun 1987.  Namun ia  adalah  agak ketara dan memerlukan perhatian segera dari Barisan Nasional bagi mengekalkan sokongan di pilihanraya umum  ke 13 nanti. Isu isu Tanah NCR dan kitab Bible  yang dimainkan pihak pembangkang adalah sensitif bagi kaum Dayak.

Isu  Agama, adalah isu baru dan boleh merebak  dimasa hadapan jika kerajaan Persekutuan  dan Masyarakat Islam di Semenanjung tidak hati hati menghadapinya, sungguhpun  pada zahirnya, adalah tidak munasabah masyarakat Islam yang kecil boleh menindas masyarakat majoriti Kristian di Sarawak.Dalam hal ini kita sungguh hairan mengapa  pihak kerajaan sungguh tidak perihatin dengan menahan nashkah  nashkah kitab Kristian (dalam bahasa Melayu) selama dua tahun dilapangan terbang Kuching.

Berkenaan dengan kehilangan sokongan dari masyarakat Cina, tidak ada apa lagi Kerajaan boleh buat, semua pendekatan  telah di cuba. Nampaknya masyarakat Cina beranggap mereka lebih beruntung dengan cara berkonfrontasi dengan Kerajaan Barisan Nasional. Mereka ternyata tidak menghargai usaha usaha Perdana Menteri mendekati dan berkompromi dengan mereka. Apakah matlamat mereka sebenarnya, hanya Allah yang maha mengetahui.

Di kemuncak   kempen pilihanraya, parti DAP hebat meniup api perkauman dan fitnah terhadap  Taib Mahmud, Ketua Menteri dari kaum Melayu/Melanau,  dengan tujuan menjatuhkan beliau,  daripada terus memegang tampuk kerajaan negeri.

Dengan asakan dari DAP, masyarakat Cina  menjadi yakin yang mereka mendapat sokongan daripada Kaum Dayak dan segelintir pengundi Melayu dari  PKR  dan PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN, lantas menubuhkan kerajaan baru yang bertunggakkan  DAP di Sarawak.

Soalnya kini, apakah fenomena masyarakat Cina di Sarawak sama dengan keadaan di Semenanjung. Kalau ikut sejarah, ianya sama kerana kejatuhan sokongan masyarakat Cina di Semenanjung pada PRU 2008 sebenarnya menjejaki keadaan yang berlaku sebelumnya dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006. Dalam  kedua dua pilihanraya diwaktu itu,  sokongan kaum Cina merudum ketahap 40% sahaja. Sukar hendak meramalkan sama ada tahap sokongan Cina Semenanjung kini pula jatuh hingga ke paras 24.6% seperti di Sarawak, kerana isu utama, iaitu kebencian mereka  terhadap Taib Mahmud adalah isu tempatan  yang tidak relevan  di Semenanjung.

Bagaimanapun, kita agak DAP pasti akan mencipta isu isu baru bagi   meneruskan usaha menjayakan zaman gemilang kaum Cina menguasai politik seluruh  negara.

Apa yang penting keyakinan Melayu dan Dayak kepada BN masih kukuh. Najib perlu memeliharakan keyakinan ini, jangan  nanti orang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain menganggap UMNO tidak lagi menjadi pembela nasib mereka.

Prestasi PKR di kawasan Melayu/Melanau sesungguhnya tidak signifikan. Kalibat Anwar jarang dilihat di kawasan Melayu/Melanau sewaktu kempen pilihanraya. Tetapi lagak beliau  begitu memukau sekali di  rapat rapat raksasa dikawasan kawasan Cina, sehingga beliau nampak seperti  pemimpin masyarakat Cina pula.

Parti PAS menggunakan pendekatan yang lebih praktikal dan hanya menempatkan calon di sedikit kawasan sahaja.  Itupun ia hanya tewas 391 undi sahaja  di Beting Maro. Nasib tidak menyebelahi mereka kerana tahap populariti Najib yang tinggi di kalangan Bumiputera di Sarawak, disamping  faktor perpaduan yang merupakan pegangan utama masyarakat  minoriti Islam di Sarawak.

Dari perspektif Semenanjung,  Barisan Nasional perlu juga menjaga hati kaum India, satu kaum yang tidak begitu besar bilangannya, tetapi telah terbukti begitu  setia kepada Barisan Nasional sejak merdeka, kecuali dalam pilihanraya umum yang lepas. Prejudis kaum yang telah senghaja ditanam oleh musuh kita perlu diketepikan.

Usaha usaha diatas pasti akan mengelak  perpecahan  di kalangan masyarakat Melayu/Bumiputera di  Semenanjung  dan negeri negeri Borneo. Jika tidak, perpecahan  akan terus berlaku,  dan masyarakat Cina akan terus beruntung dengan meneruskan konfrontasi dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

 

Baca juga artikel berikut:

1. PRU tahun 2013: Pecahan Undi Mengikut Kaum di Sarawak dan Sabah dan Isu Persempadanan Semula

2.PRN Sarawak 2016: Kerusi-Kerusi Panas dan Pertindihan Calon Pembangkang

3.PRN Sarawak 2016: cara Kempen Adenan Satem si  senangi Rakyat

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 and tagged , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Keputusan Pilihanraya DUN Negeri Sarawak 2011: Analisis dan Ulasan

  1. Ryzal72 says:

    Assalamualaikum Bro,
    Your analysis is very good ! Writing based on the fact and statistic are so reliable. CONGRATULATION and keep it up!

    Regards,
    Masrizal.

  2. DAH IKHWAN says:

    Terima Kasih Saudara Ryzal,
    Sejak keputusan PRU 12 dalam tahun 2008, saya telah membuat analisis pengundian ikut kaum mengikut kaedah ilmu statistik. Ini kerana terdapat terlalu banyak analisis yang bercelaru dan bebentuk kepartian. Sebab itu rakyat tidak dapat menilai keadaan sebenarnya, sehingga ramai ahli dan pemimpin UMNO fikir UMNO sudah tidak relevan lagi.
    Dalam artikel pertama bertarikh 10 Mei 2008(rujuk arkib blog), saya dapati majoriti pengundi Melayu sebenarnya mengundi BN. Kekalahan di semua kawasan adalah kerana hilangnya sokongan Cina dan Kaum India.

  3. merong says:

    bukan nk burukkan.atau nk promote mana2 parti.bg sya kita harus lah jadi masyarakat yg celik.bile terima berita.jgn trus percaya,selidik.dan kaji dri dua sudut pandang.jgn terima dari satu pihak sahaja.ingat kita rakyat!!!kita boleh ubah.kuasa memilih ditangan kita.

  4. amir says:

    adakah faktor cm sarawak menyebabkan undi bn merosot

  5. DAH IKHWAN says:

    Saudara Amir,
    Faktor CM telah menyebabkan undi BN merosot di kawasan Cina sahaja. Di Kawasan Melayu/Melanau sebenarnya undi BN telah meningkat berbanding PRN 2006. Di kawasan Dayak pula undi BN telah menurun sedikit , tetapi isu utamanya ialah isu tanah Adat Bumiputera, sebab itu prestasi BN berbeza mengikut kawasan, iaitu kurang baik di kawasan2 yang berhampiran dengan masalah tanah teersebut.

  6. Aziz says:

    Assalamualaikum,

    Pada pendapat saya, analisis yang bagus dan tepat, namun ulasannya agak menyokong ke arah kerajaan. Pada hemat saya, analisis sepatutnya dilakukan berdasarkan bukan sahaja setakat membaca arus perdana ataupun alternatif, dan juga komen-komen yang dilakukan juga seharusnya rasional dan sesuai dengan isu semasa, serta tidak berat sebelah. Media persendirian juga seperti Media Prima tidak memberi ruang kebebasan politik yang total kepada pembangkang, menyebabkan analisis ini walaupun tepat, namun sebahagian sebab musababnya diragui. Harap dapat dihalusi, terima kasih.

  7. DAH IKHWAN says:

    Saudara Aziz,
    Terima kasih diatas teguran anda.

  8. zack says:

    Great article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s