Malaysia Mudah Menjadi Pangkalan Kegiatan Haram Antarabangsa

Tidak lama dahulu seorang kawan dari Singapura bertanya saya mengapa perlunya ada program pemutihan pendatang tanpa izin di Malaysia. Saya tersentak seketika dengan soalan ini,  mungkin kerana sebagai seorang rakyat Malaysia,  saya  menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja. Saya  cuba menjelaskan yang program pemutihan perlu dilakukan oleh kerana terdapat terlalu ramai pendatang tanpa izin di negara ini.( Angka terkini menunjukkan ada seramai 2.3 juta pendatang asing di Malaysia, hanya seramai 1 juta sahaja yang datang dengan sah manakala 1.3 juta lagi merupakan pendatang tanpa izin).

Sebagai seorang rakyat Singapura, rakan saya tadi sungguh hairan mengapa keadaan begini boleh berlaku. Pertama, mengapa begitu ramai orang asing boleh menyusup masuk secara haram ke Malaysia. Kedua, yang haram tu mengapa  diputihkan pula. Bukan kah ini akan menggalakkan lagi jenayah tersebut dan memburukkan  kemampuan  Malaysia sendiri dalam mengawal keselamatan negara. Di Singapura, perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana pintu masuk ke Singapura dikawal ketat oleh kerajaan dengan kerjasama rakyatnya.

Nampaknya, dengan tidak disedari ramai keadaan pengawalan masuk pendatang haram ke Malaysia sudah sampai ketahap yang parah dan,  jika tidak dibendung, pasti  akan menjerumuskan  negara kedalam keadaan yang amat bahaya dimasa hadapan.

Yang membimbangkan, Malaysia kini menjadi sebuah pusat pelbagai kegiatan haram oleh anasir antarabangsa. Misalnya pihak kerajaan telah baru baru ini merekodkan kes kes pengugubahan wang haram  yang meliputi wang sejumlahRM 2.3 bil.

Pada tahun lepas, Polis telah berjaya menumpas 10 sindiket pengedar dadah antarabangsa yang melibatkan 115 kg dadah bernilai RM 9.7 juta. Sindiket ini terdiri daripada berbagai bangsa termasuk, warga Iran, Nigeria, Myanmar, Indonesia, dsb. Sebelum itupun pihak PDRM telah berjaya menumpaskan beberapa sindiket pengedar dadah antarabangsa  dari Mexico, Belanda dll. yang berbahaya yang menjadikan Malaysia sebagai tapak pengedaran dirantau ini. Kecekapan dan kejayaan pihak PDRM haruslah dihargai oleh rakyat dan orang ramai sepatutnya juga membantu menyalurkan maklum yang penting kepada PDRM dalam perkara ini.

Beringatlah apa yang akan terjadi kepada negara kita ini tanpa kecekapan pihak Polis Di Raja Malaysia dalam membenteras kegiatan sindiket dadah antarabangsa.

Terbaru, jenayah melibatkan pelajar IPTS dari Afrika semakin berleluasa. Mereka kerap terlibat dalam kes penyeludupan dadah, penggubahan wang haram,  penipuan dan memperdaya wanita tempatan. Jenayah ini berlaku dengan meluas membayangkan kegagalan pihak IPTS, Jabatan Immigresyen dan Kementerian Pelajaran Tinggi dalam membendung gejala ini.

Dalam menangani jenayah pelajar  warga Afrika di IPTS, Malaysia telah gagal melaksanakannya. Kita pasti peraturan sudah wujud dalam mengawas gerak geri pelajar asing. Kita nampak  di Australia, misalnya, kerjasama yang rapat wujud diantara pihak institut penjajian tinggi di sana dengan pihak Immigresyen. Laporan tentang kehadiran setiap pelajar di hantar oleh setiap institut kepada pihak immegresyen secara berkala. Pelajar yang kerap ponteng atau yang gagal tidak dilanjutkan visa, dengan itu mereka terpaksa keluar meninggalkan negara tersebut. Kesalahan tinggal melewati tempoh visa merupakan satu kesalahan serius di Australia. Pernah seorang pelajar muda  yang saya kenali disumbat kedalam penjara selama beberapa minggu atas kesalahan tersebut.

Mungkin sistem seperti itu juga wujud di Malaysia, tetapi kejayaan atau kegagalan setiap sistem bergantung rapat dengan  kecekapan dan kejujuran manusia yang mengendalikannya. Nampaknya, faktor kelemahan manusia selalu menggagalkan  kerja kerja penguatkuasaan yang sangat diperlukan. Kelemahan kelemahan ini sudah pasti berkait rapat dengan kerakusan pihak IPTS disamping  gejala rasuah yang melanda negara masakini.

Tindakan Kerajaan menggantung lesen 6 buah IPTS untuk mengambil pelajar asing adalah satu tindakan yang betul dan diharap akan dilaksanakan dengan tegas oleh kementerian yang berkenaan.

Tentang kebanjiran pendatang tanpa izin di negara ini, operasi pemutihan tidak harus dilaksanakan sebagai langkah  berterusan. Ia perlu dihentikan selepas operasi terkini, jika tidak kita akan terus berhadapan dengan masalah ini, malah lebih teruk lagi dimasa hadapan. Mulai sekarang kerajaan  dan seluruh masyarakat malaysia perlu lebih perihatin tentang gejala ini dan mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang usaha warga asing hendak menyusup masuk ke Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, kerajaan perlu mewujudkan hotline yang mudah dihubungi oleh setiap rakyat untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang kehadiran pendatang tanpa izin dikawasan mereka.

Salam,

DAH IKHWAN

Artikel Artikel Lain
1. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Malaysia Mudah Menjadi Pangkalan Kegiatan Haram Antarabangsa

  1. julia says:

    sebenarnya… perkara seperti ini telah lama menjadi isu… namun bila diperdebatkan pastinya ada yang merasakan golongan muda dizaman ini cuba untuk membangkitkan dan mempertikaikan setiap kesilapan yang pernah dilakukan oleh sesetengah pihak yang merupakan penyebab ataupun punca bagi kehancuran akhlak dan juga aqidah bagi golongan muda pada zaman ini… kita hanya mampu memendam rasa dan menyalahkan sesama Islam dan sesama umat manusia yang Allah s.w.t anugerahkan kepada mereka kelebihan dan juga kekurangan sebagai makhluk-makhluknya. Pernahkah kita terfikir pada hari ini sejak bila pusat-pusat perjudian seperti gelanggang pertaruhan lumba kuda,sport toto, magnum dan juga casino-casino mula beroperasi? Adakah setelah bohsia-bohsia, bojan-bojan, mat rempit dan juga penagih-penagih dadah yang dipandang hina pada hari ini dilahirkan ataupun sebelum mereka lahir ke dunia ini? Kebanyakkan kesalahan yang dipahutkan dibahu-bahu mereka adalah datangnya dari kesan propaganda negara yang sentiasa berpihak kepada pembangunan dunia informasi dan juga teknologi yang mengakibatkan penularan pendedahan segala kegiatan sulit keatas anak-anak yang tidak berdosa dari golongan insan-insan yang tidak berdaya melawan arus pembangunan ekonomi yang semakin menganak tirikan kehidupan mereka kerana terlalu rakus mengejar dunia. Namun itu semua bukan kesudahan bagi setiap kemurkaan yang bakal menjemput keangkuhan diri untuk mengakui setiap kesalahan dengan menyangkutkan hutang-hutang diatas kemampuan remaja-remaja sebagai mahasiswi dan juga mahasiswa yang cuba untuk menegakkan keadilan didalam sistem pentadbiran negara agar tidak terus memberi ketelusan ataupun ditembusi oleh pengaruh-pengaruh asing yang tidak berhak untuk membuat tuntutan keatas watikah ataupun wasiat yang telah diamanahkan keatas sesebuah sistem pentadbiran wilayah Islam yang berlandaskan batasan-batasan perundangan syariat Islam untuk kepentingan dunia hiburan dan juga aliran informasi serta teknologi bagi melawan qudrat Allah s.w.t.

  2. julia says:

    apakah kewajipan kita sebagai seorang umat Islam selain daripada melaksanakan rukun Islam untuk memperkukuhkan kepercayaan keatas rukun Iman didalam diri? Adakah dengan membiarkan kehancuran umat-umat Islam pada hari ini terus berleluasa dengan kekuatan isu-isu politik yang semakin ghairah memperbentangkan formula-formula pembentukkan syurga duniawi, serta mentertawakan setiap kebodohan anak-anak muda Melayu yang berasal dari keturunan yang berpegangan agama Islam terus tersisih dari keluarga setelah dijadikan medan untuk melemparkan segala tohmahan sekaligus menjadi isu-isu propaganda untuk memberi laluan kepada pengaruh dunia pemikiran yang penuh dengan kepalsuan? Kelemahan didalam kehancuran remaja-remaja ini adalah disebabkan suatu keadaan yang mengakibatkan mereka terpaksa bergantung dengan sumber-sumber yang boleh menyesatkan kehidupan mereka. Dan sumber-sumber yang dimaksudkan tergolong didalam kepercayaan yang diberikan kepada sesetengah individu yang cuba meyakinkan kehidupan mereka dengan memberi jaminan hidup yang penuh dengan kepalsuan sehingga memusnahkan masa hadapan dan juga keturunan mereka. Sifat mementingkan diri sendiri sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan keatas hamba-hamba Allah s.w.t yang tidak berdosa didalam meneruskan perjuangan hidupnya dibumi yang Maha Esa ini tanpa mempertikaikan ataupun membuat tuntutan diatas setiap kehancuran hidup mereka dengan nilai-nilai keduniaan. Pada hari ini kita harus ingat bahawa kepalsuan didalam hidup ini merupakan penghalang yang sebenarnya menjadi tembok pemisah untuk kita dapat melaksanakan kewajipan dan juga tanggungjawab terhadap Allah s.w.t dan juga seluruh umat Islam dengan penuh keredhaan dan keberkatan darinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s