Kriteria Pemilihan Calon BN untuk PRU 13

Datuk Seri Najib mengumumkan hari ini,  ‘Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.’

Beliau menambah, ‘Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.’

Pada zahirnya, saya rasa Datuk Seri Najib hari ini membuat satu keputusan yang tepat dalam perkara pemilihan calon untuk Pilihan Raya Umum ke 13. Ini berbeza dengan pendekatan di zaman Pak Lah dalam PRU 12 dahulu yang banyak memfokus kepada perubahan termasuk dalam pemilihan calon. Pendekatan kini banyak persamaannya dengan  cara BN Sarawak yang terbukti mantap dengan pendekatan yang lebih sistematik dalam perkara ini.

Di Sarawak, nampaknya  BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan sabotaj dalam pilihanraya yang dihadapi.

Dalam keadaan beginipun masih juga timbul risikonya, walaupun terhad dalam sedikit kawasan sahaja. Misalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru baru ini PBB(BN)  dengan calon muka baharu hampir kalah kepada PAS di  satu kawasan kerana sabotaj daripada bekas penyandang kawasan tersebut.

Kesan dari kesilapan  pendekatan BN di zaman Pak Lah sudah nyata. Pada PRU  12 dalam tahun 2008 PAK LAH terlalu banyak mengenengahkan muka  baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.

Dalam keadaan diatas nampaknya Pak Lah atau kuncu kuncu beliau mungkin  terlalu tergesa gesa  hendak melenyapkan pengaruh Tun Mahathir dalam BN sehingga tersalah membuat perhitungan. Sebaliknya di Sarawak Tan Sri Taib hanya mengambil sikap menyokong sesiapa  sahaja  Perdana Menteri yang ada, tanpa memusuhi mantan Perdana Menteri.

Kita berharap, Datuk Seri Najib, sebagai seorang pemimpin yang berkaliber,  perihatin tentang perkara ini, kerana soal siapa itu winnable candidate atau calon boleh menang adalah sesuatu yang subjektif melainkan seseorang itu merupakan calon penyandang yang telah memenangi kawasan berkenaan  beberapa kali sebelumnya. Faktor faktor lain adalah telalu subjektif  kerana sifat dan kemampuan seseorang itu sukar dinilai  dengan objektif, apalagi ramai orang yang berkepentingan  sudah tentu akan melobi PM untuk memilih calon cadangan mereka.

Pun demikian, ada juga wajarnya bagi Datuk Seri Najib memberi fokus kepada calon boleh menang kerana sesungguhnya BN terpaksa menengah ramai muka baharu kerana terdapat banyak kerusi DUN dan Parlimen, lebih daripada 1/3, yang kini dipegang oleh Pakatan Rakyat. Jadi soal pemilihan calon muka baru yang  boleh menang adalah perlu bagi merampas balik banyak kerusi yang hilang dalam PRU 12 yang lepas.

Sebenarnya, saya telah membuat satu kajian ilmiah sejurus selepas PRU 12 dalam tahun 2008 tentang perkara ini. Kajian ini menggunakankan data Pilihanraya Parlimen tahun 2008 dan 2004 dan dianalisis mengikut kaedah multiple regression. Dapatan dari kajian ini mengsahkan yang faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seseorang calon dalam pilihanraya. Pada puratanya seorang calon Parlimen di Semenanjung Malaysia menyumbang(atas pengaruh peribadi) sejumlah sifar undi jika beliau seorang calon muka baru, dan sumbangan meningkat sehingga 1400 undi bagi seorang calon penyandang empat kali.

Finding ini adalah amat penting dan perlu diambilkira dalam meletakkan calon dalam kawasan yang mana kekuatan kedua belah pihak itu seimbang.

Sekian wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s