Gardenia atau Massimo – Apabila Rotipun Punyai Bangsa

(Artikel ini adalah terjemahan petikan daripada  artikel  When Bread has Race yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 8 Januari 2012)

GARDENIA atau Massimo? Roti Bengali atau Roti Boy? Bun Mexico atau Roti Perancis? Sila ke rumah orang Malaysia, pasti  anda akan terjumpa bungkusan roti. Samaada roti putih atau ‘wholemeal’ ia adalah makanan biasa orang Malaysia.

Orang Malaysia sesungguhnya banyak pilihan tatkala memilih untuk sarapan pagi. Ada beberapa syarikat tempatan yang membekalkan roti seperti Gardenia, High 5 dan yang terbaharu Massimo, yang merupakan pembekal utama roti di pasaran. Sesungguhnya banyak pilihan berdasarkan harga, nilai zat dan rasa.

Baru baru ini satu laman Facebook menggesa pembeli pembeli roti menambah bangsa dan politik sebagai  asas pemilihan mereka.

Mulai sebulan lepas, kempen online ini menggesa pemboikotan roti Gardenia, kerana kononnya Gardenia dimiliki oleh syarikat kroni.

Ia mendakwa Syarikat Padiberas Nasional(Bernas), setelah mengambilalih saham Gardenia, telah memberi tekanan kepada syarikat tersebut  supaya menghentikan pembelian tepung daripada Federal Flour Mills Bhd (FFM) yang dimiliki oleh Tan Sri Robert Kwok atas sebab sebab rasis. Bernas dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kempen tersebut menggesa pengguna supaya berpindah kepada Massimo yang dikeluarkan oleh FFM sebagai ganti kepada Gardenia.

Sementara sumber kempen tidak dapat dipastikan, jualan Gardenia menurun, mendorong  syarikat tersebut mengeluarkan iklan yang ia bukannya syarikat kroni dan menafikan yang ia telah diarahkan oleh Bernas menghentikan pembelian tepung daripada FFM.

Dalam iklannya, Gardenia menegaskan ia membeli tepung dari Malayan Flour Mlls Bhd dan Prestasi Flour Mills Sdn Bhd hanya atas sebab sebab komersial.

Ia juga menambah bahawa sungguhpun Bernas ada kepentingan dalam pengilang  tepung berkenaan, ia tidak pernah mengarah atau memaksa Gardenia membeli tepung dari syarikat tersebut.

Pihak FFM pula mengiklan penafian sebarang penglibatan dalam kempen kotor terhadap Gardenia.

Pihak FFM juga menegaskan mereka sentiasa berpegang  dengan prinsip yang setiap perniagaan perlu beroperasi  dalam suasana persaingan yang adil.

“Kami amat bertuah kerana selama ini  beroperasi dalam pasaran yang mengamalkan nilai nilai ini”, kata FFM.

Komen daripada Blog DAH IKHWAN

Dari urutan peristiwa ini sebenarnya sukar hendak mengetahui pihak mana yang menjadi dalang kempen boikot Gardenia ini. Ini kerana sudah pasti ada beberapa pihak yang berkempetingan dalam hal ini, termasuklah pesaing pesaing dalam industri roti.  Tetapi, kita nampak dari peristiwa ini dan beberapa peristiwa yang serupa, kini wujud kempen secara berselindung atau terbuka untuk menjejas atau melemahkan perniagaan yang dimiliki atau dikuasai oleh usahawan Melayu/muslim.

DAH IKHWAN

Artikel yang berkaitan

1. Isu DNA Babi dalam Ramly Burger.

2. Senario Kekuatan DAP Selepas Pilihanraya Umum  13

3.Pilihanraya Umum tahun 2008 – Analisis Undi Mengikut Kaum

This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Gardenia atau Massimo – Apabila Rotipun Punyai Bangsa

  1. kamal azri says:

    salam,aku ikut jugak isu ni dari awal2 isu ni kecoh haritu,
    pada pandangan aku,kenapa lah company massimo ni sanggup gunakan isu perkauman dalam kempen diorang untuk promosikan roti diorang??tak boleh ke berniaga dengan persaingan yang sihat??tapi takde lah aku heran sngat,sebab dari dulu lagi ramai yang dah tau jaringan company robert kuok ni bnyak mengamalkan sifat perkauman yang melampau terhadap org melayu.apa masalah dia pon aku tak tahu,…..jom kita buktikan kuasa membeli ada di tangan orang melayu!!harap2 lepas tu diorang sedar,kalau tak sedar jugak kita teruskan boikot sampai diorang sedar!!

  2. muhaimin says:

    peniaga massimo ni takut dgn the power of demokrasi

  3. Dino Bravo says:

    I will eat Bumi’s made bread only

  4. muhalith says:

    Kita utamakan produk Muslim dahulu baru guna produk bkn muslim. Biar prdk muslim tu mahal sikit atau rasanya kurang sikit tapi kita mesti utamakan produk muslim supaya peniaga muslim blh terus maju. Produk muslim ternyata halal, kalau bkn muslim ni kita kena waspada.

  5. Alhamdullilah baru dapat tau info sebenar memang tempat aku bai tu pun bawa roti massimo dia pun termakan kempen rasanya memang sedap tapi dah tau Robert Kiok yg punya angkara aku nak tukar ke GARDENIA balik!

  6. asraf says:

    Dari awal lagi aku dah tau pasal hal ini…kat ofis aku org yg rasis ni kempen kat fb lagi…aku stick to Gardenia…

  7. aku says:

    massimmo cina punya,,puak2 cina semenenajung pakat boikot gardenia,, kita boikot massimmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s