Menjejaki Agenda Bumiputera Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru baru ini mengumumkan lima lagi pendekatan baru sebagai inisiatif untuk membantu memperkukuhkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Pendekatan baru itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputra (MTAB) yang dipengerusikan beliau sendiri  yang antara lain bersetuju supaya bilangan syarikat teras bumiputera ditambah sebanyak 50 lagi berbanding 30 dalam fasa pertama.

Syarikat Teras Bumiputera

Program Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) Bumiputera Berprestasi Tinggi, yang dikenali sebagai Program TeraS, telah dilancarkan oleh TERAJU pada 20 Julai 2011. Program ini bertujuan untuk membangun generasi usahawan Bumiputera bertaraf dunia di dalam kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Syarikat-syarikat yang terpilih setakat ini telah melalui proses penilaian dan penarafan,  sudah dipastikan  ada potensi untuk berkembang lebih maju. Jumlah hasil syarikat tersebut kini adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

Beliau menambah, ”Konsepnya bukanlah kita janjikan setiap syarikat ini semestinya mendapat kontrak kerajaan tetapi lebih kepada keupayaan membina dan membangunkan keupayaan syarikat-syarikat tersebut dari segi pengurusan, teknikal dan kewangan selain membantu dari segi inovasi serta pelan perniagaan.”

Saya rasa Program Syarikat Teras ini adalah satu inisiatif kerajaan yang berinovatif dan berdaya maju. Ia adalah antara inisiatif  terpenting dalam Model Baru Ekonomi dalam meningkat kapasiti dan kemampuan syarikat Bumiputera.

Untuk menjayakan Program ini, adalah penting penarafan itu dibuat dengan cara yang telus dan  professional tanpa sebarang pengaruh politik atau kronisma.

Pendekatan kerajaan dalam menjayakan program ini juga boleh diterima baik selagi ia difokuskan kepada  usaha meningkatkan kapasiti dan dayasaing syarikat syarikat ini.

Sudah pasti agaknya sebuah syarikat teras sudah menunjukkan effesiensi dan kemampuan berdaya saing sebelum menerima penarafan. Adalah penting ciri ciri yang mulai berkembang ini di rangsangkan bagi terus memajukannya. Janganlah kerajaan, sebaliknya, terlalu memanjakan syarikat syarikat teras ini sehingga mereka  menjadi tidak ingin bersaing dipasaran bebas mahupun didalam atau di luar negara.

Dana Mudahcara

Dana Mudahcara berjumlah RM2 bilion disediakan oleh Kerajaan untuk kegunaan inisiatif-inisiatif Projek Permulaan (EPP) oleh syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan.

Dana ini diwujudkan sebagai “tipping point” sesuatu projek, dengan menyediakan pembiayaan bagi infrastruktur asas, agar Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Bumiputera dapat memberi lebih tumpuan kepada pelaksanaan projek. Dana ini akan menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk menjalankan projek-projek yang mempunyai tahap kelayakan minima nilai pelaburan projek berjumlah RM20 juta.

Kita difahamkan dana ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada yang disediakan oleh Kerajaan untuk keseluruhanPFI yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Diharap syarikat syarikat Bumiputera yang memerlukannya memohon dana ini dengan segera.

Mengikut pemerhatian kami dana dana serupa yang terbuka,  mendapat sambutan yang luarbiasa dari bukan Bumiputera.

Program Penswastaan

Perdana Menteri berkata, keputusan juga dicapai untuk meminta Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melepaskan pegangan ke atas syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras perniagaan(bukan core business) tetapi berpotensi untuk diserah tadbir dan diserah milik kepada syarikat bumiputera seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

”Dan mereka akan melalui satu proses penilaian yang dibuat secara tender terbuka di mana syarikat-syarikat bumiputera dipelawa mengambil bahagian. Syarikat terbaik dan paling kukuh, mempunyai kemampuan akan diserah milik untuk memiliki syarikat tersebut dan seterusnya dapat menambahkan nilai ekuiti bumiputera,” jelas beliau.

Untuk itu, kata Perdana Menteri, Khazanah dan PNB masing-masing disasarkan akan melepaskan pegangan ke atas lima syarikat.

Kita alu alukan langkah kerajaan yang terbaru ini dalam program penswastaan. Nampaknya  ia banyak berbeza dan lebih baik  berbanding dengan program penswastaan dizaman pemerintahan Tun Mahathir dahulu.

Dizaman Tun Mahathir penswastaan tidak dilaksanakan dengan teratur apabila penerima program penswastaan dipilih tanpa sistem yang telus daripada kalangan usahawan yang belum ada pengalaman, tiada  track record dan tanpa modal yang cukup.

Kini mereka yang berminat  akan melalui satu proses penilaian yang dibuat secara tender terbuka di mana syarikat-syarikat bumiputera dipelawa mengambil bahagian. Syarikat terbaik dan paling kukuh, mempunyai kemampuan akan diserah milik untuk memiliki syarikat yang diswastakan  dan seterusnya dapat menambahkan nilai ekuiti bumiputera.

Kita bersyukur di atas tindakan Dato’ Seri Najib kerana menghidupkan semula Program Penswastaan yangmana pernah dilaksanakan dahulunya di zaman Tun Mahathir. Artikel kita yang disiar dalam tahun 2009, telah menyarankan supaya tindakan ini diambil dengan beberapa penambahbaikan berbanding dengan yang sebelumnya. Saranan ini telah dibuat berikutan penemuan kajian kita yang membuktikan syarikat syarikat usahawan Bumiputera telah mengatasi prestasi syarikat syarikat GLC dalam tempoh  kajian mulai tahun 2002 hingga tahun 2007.

Antara pendekatan yang kita sarankan ialah isu kemampuan syarikat yang menerima penswastaan dan soal ketelusan proses pemilihan.

Nampaknya tindakan yang kini sedang diambil kerajaan banyak persamaannya dengan cadangan kita dahulu, dan ini sudah memadai buat permlaan.

Pada fasa yang seterusnya, kerajaan seharusnya meluaskan program penswastaan meliputi juga core business kepada GLCs, tetapi penswastaan bolehlah dihadkan kepada 40% ekuiti syarikat terlibat bagi mengekal ruang pelaburan untuk  PNB dan badan saham amanah Bumiputera yang lain.

Jika cadangan di atas di terima, kita yakin persekitaran perniagaan Bumiputera akan menjadi lebih rancak  dan berkembang dengan lebih pesat, Insya Allah.

Salam hormat daripada

DAH IKHWAN

Artikel Berkaitan

1. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13

2. Keputusan PRU 12 (tahun 2008): Analisis Pengundian Mengikut Kaum.

3. Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak(2011): Analisis undi mengikut kaum.


Gallery | This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Menjejaki Agenda Bumiputera Najib

  1. Dino Bravo says:

    I feel that PNB does not need to sell its companies. Since, its aim is to provide good dividends to the rakyat. Those companies under PNB arms are normally good companies. Selling them means there are possibilities of mismanagement leading to reduce profitabilities

  2. KD WORDPIRATE says:

    Kita bersyukur di atas tindakan Dato’ Seri Najib kerana menghidupkan semula Program Penswastaan yangmana pernah dilaksanakan dahulunya di zaman Tun Mahathir. Artikel kita yang disiar dalam tahun 2009, telah menyarankan supaya tindakan ini diambil dengan beberapa penambahbaikan berbanding dengan yang sebelumnya. Saranan ini telah dibuat berikutan penemuan kajian kita yang membuktikan syarikat syarikat usahawan Bumiputera telah mengatasi prestasi syarikat syarikat GLC dalam tempoh kajian mulai tahun 2002 hingga tahun 2007.

    Antara pendekatan yang kita sarankan ialah isu kemampuan syarikat yang menerima penswastaan dan soal ketelusan proses pemilihan.

    Nampaknya tindakan yang kini sedang diambil kerajaan banyak persamaannya dengan cadangan kita dahulu, dan ini sudah memadai buat permlaan.

    Pada fasa yang seterusnya, kerajaan seharusnya meluaskan program penswastaan meliputi juga core business kepada GLCs, tetapi penswastaan bolehlah dihadkan kepada 40% ekuiti syarikat terlibat bagi mengekal ruang pelaburan untuk PNB dan badan saham amanah Bumiputera yang lain.

    Satu pandangan yang bernas.
    Terima kasih, DAH Ikhwan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s