Sikap Melampau Dong Zong

Sikap dan Tindakan Melampau pertubuhan Dong Zong untuk kepentingan sekolah Cina sungguh menyakitkan hati. Mereka seolah-olah tidak ingat yang bahasa Cina itu bukan Bahasa Kebangsaan dan tidak boleh disamakan dengan Bahasa Melayu. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan bahawa tuntutan melampau mereka itu pada realitinya menyaingi kedudukan Bahasa Melayu  dan menjejaskan usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan  di negara ini.

Apa tidak nya, jika kita halusi segala tuntutan mereka untuk sekolah sekolah Cina, ianya  tidak kurang daripada apa yang  hanya kerajaan perlu  laksanakan untuk memertabatkan Bahasa Melayu sahaja. Ini termasuklah  tuntutaan untuk bajet yang tinggi untuk pembangunan dan pentadbiran sekolah Cina, bilangan guru yang lengkap untuk mereka, pengiktirafan sijil perpereksaan sekolah Cina, dsb.

Jika dilihat diluar sana, selain di negara negara mereka sendiri , mana ada layanan yang begitu istimewa untuk bahasa dan budaya Cina seperti terdapat di Malaysia ini. Malah di negara jiran paling dekat, di Singapura , bahasa Cina sudah hampir pupus. Di Indonesia, Filipina, Thailand,  Vietnam dll. mereka tidak dibenarkan memakai  nama sendiri dalam bahasa Cina.

Keadaan ini terjadi hanya kerana sifat semulajadi orang Melayu Malaysia yang terlalu toleran, sehingga lupa yang kedudukan bahasa, budaya dan ekonomi mereka sendiri yang terancam.

Untuk makluman pembaca, pertubuhan Dong Zong ialah sebuah pertubuhan  NGO ekstemis Cina dalam arena pendidikan masyarakat Cina yang amat berpengaruh di negara ini.   Sikapnya amat ekstremis dan biasanya bertindak tanpa mengira sensitiviti kaum lain, seolah olah  kaum lain tidak  wujud di negara ini. Ia didokong oleh sebahagian besar dari masyarakat Cina dinegara ini. Jadi segala tindakannya mencerminkan sikap sebahagian besar dari Masyarakat Cina dan sudah tentu parti politik kaum Cina mengeruni pertubuhan ini.

Setelah mencapai banyak kejayaan  untuk memertabatkan bahasa Cina dikalangan kaum Cina, kini mereka hendak lebih daripada itu.  Kejayaan dimasa lalu direalisasikan melalui MCA, tetapi  kini nampaknya, untuk mengukuhkan kedudukan mereka lagi, pihak Dong Zong berpaling pula kepada DAP. Mereka begitu yankin DAP jika berjaya menjadi rakan utama dalam kerajaan pembangkang diperingkat Persekutuan, dapat mencapai untuk mereka apa yang MCA gagal lakukan. Inilah puncanya mereka sanggup menghina dan menyerang Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu majlis baru baru ini.

Secara lebih terperinci, tuntutan pihak Dong Zong adalah seperti berikut:

1. Kementerian Pelajaran di tuntut  segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

2.Menuntut disediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

3.Menuntut  supaya guru guru yang berkelayakan dalam bahasa Cina yang telah dipindah keluar, supaya kembali berkhidmat di sekolah cina.

4. Menuntut  supaya Akta Pelajaran dikaji semula untuk kepentingan sekolah sekolah vernacular  Cina supaya setaraf dengan sekolah kebangsaan.

5. Menuntut kerajaan mengiktiraf Sijil Pelajaran Bersekutu sekolah Cina(Unified Examination Certificate). Tuntutan ini pernah ditolak terdahulunya di zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Kami terkilan dengan jawapan Kementerian Pelajaran selepas peristiwa itu. Timbalan Menteri Pelajaran  Datuk  Wee Ka Siong, dengan panjang lebar berusaha menententeramkan  sentimen kaum Cina dan menyatakan beberapa tindakan positif sedang diambil untuk menyelesaikan isu isu yang ditimbulkan.  Ini dibuat seolah oleh pihak kerajaan yang bersalah dan seolah oleh tuntutan kumpulan ekstremis ini yang  munasabah.

Bagi pihak Dong Zong pula seperti biasa  mereka  skeptik dan tidak percaya dengan jawapan pihak kerajaan. Mereka sungguh  yakin DAP sebagai parti dominan (selepas PRU 13) akan dapat membantu memertabatkan bahasa Cina jika kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di peringkat Persekutuan.

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Sikap Melampau Dong Zong

  1. JJ says:

    itu le maasalahnya kalau bagi muka sangat,hendak tak nak kena akui jugak yg mereka bukan. . . ., mereka adalah pendatang dimasa lalu dan mereka masih kekal beranggapan demikian sehingga kini..Ini dapat dilihat dari apa yg mereka minta hanya memperjuangkan satu kaum sahaja. Kalau benarlah mereka ni warganegara malaysia sejati yg lahir dimalaysia…apa perlunya hendak bermacam-macam, tak cukup ke apa yg mereka dapat skg ni dan anak2 mereka bebas sekolah disekolah kebangsaan dan peluang kerja yg sama rata dikalangan melayu,india dan cina.Adakah mereka tertindas dimalaysia macam bangsa china yg beragama islam dinegara nenek moyang itu.

  2. ju_anna says:

    kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam perlu lebih teliti sebelum membuat apa-apa juga keputusan didalam setiap urusan yang melibatkan bangsa Cina, India ataupun sesama Melayu yang bukan Islam. Mereka telah lama berada sebumbung dengan bangsa Melayu yang beragama Islam. Mereka bebas daripada tuntutan Jizyah dan juga Kharaj sepertimana yang telah ditetapkan oleh negara-negara Islam sebelum ini. Malaysia telah lama diiktiraf sebagai negara Islam dan kerana itu juga ia diberi nama Malaysia. Setiap urusan pentadbiran di Malaysia banyak yang berlandaskan perundangan Corak Pemerintahan Islam walaupun masih ada lagi yang kurang disebabkan kewujudan kepercayaan yang bertentangan dari ajaran agama Islam yang cuba untuk memperluaskan kuasa di Malaysia. Kekuatan mereka yang merupakan pendatang haram dari awalnya adalah bahasa. Selagi kita tidak sedar apa sebenarnya perjuangan seorang umat Islam yang berbangsa Melayu selagi itulah kepalsuan corak pemikiran akan terus menguasai pegangan, perjalanan dan juga perjuangan hidup umat Islam di Malaysia pada masa akan datang. Mereka yang menembusi kawalan sempadan negara akan menjadikan bahasa mereka sebagai pelengkap ayat untuk berkomunikasi yang berfungsi sebagai kunci kata untuk mendapatkan pengaruh bagi merealisasikan impian bangsa mereka untuk memperluaskan empayar mereka di Malaysia. Kebanyakkan mereka merupakan gerilla berani mati (agen-agen Komunis) yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka sendiri. Sesetengah orang Melayu bukan memberi mereka muka ataupun membiarkan mereka membuat tuntutan tetapi setiap apa yang mereka bangkitkan di Malaysia, hanya akan makan diri mereka sendiri. Seumpama suatu kehancuran yang mereka terima akibat kemurkaan Allah s.w.t untuk setiap apa yang mereka tuntut selama mereka berada dibawah pentadbiran Malaysia. Kita jangan mudah goyah ataupun rapuh dengan setiap pembangkitan yang mereka lakukan. Kerana mereka sentiasa berada didalam tipu daya yang dijadikan oleh Allah s.w.t yang akhirnya menumpaskan beribu-ribu rakyat China yang tidak berdosa untuk apa yang mereka kejarkan di bumi berdaulat ini..Istilah komunis dan juga komunikasi itu juga adalah hampir serupa seandainya cara berkomunikasi yang diketengahkan akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri. Kesabaran itu adalah pedang iman.

  3. hafiz says:

    sepatutnya hapuskan sahaja sekolah jenis kebangsaan ini. biar semua belajar di sekolah kebangsaan.kat sekolah kebangsaan boleh belajar bahasa mandarin,tamil dan banyak lagi. jadi, tiada sebab perlu diteruskan sjk.

  4. danial cool says:

    Saya setuju dengan saudara Hafiz.SJK ini sebenarnya menyebabkan jurang antara ketiga bangsa iaitu Melayu,Cina dan India. Di sekolah kebangsaan semua boleh belajar ketiga bahasa dan Bahasa Malaysia bahasa utama bahasa Inggeris penting kerana ia bahasa antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s