Perhimpunan Bersih 3 (Tahun 2012): Satu Ulasan

Perhimpunan Bersih 3 yang diadakan hari ini adalah yang ketiga yang pernah diadakan. Perhimpunan yang pertama telah diadakan pada tahun 2007, kemudian disusuli dengan Bersih 2 pada tahun lepas dan akhir sekali Bersih 3 pada hari ini.

Perhimpunan Bersih 2007 telah mendapat sambutan kira kira 40,000 di Kuala Lumpur. Ini telah banyak membantu Pakatan Rakyat dalam meningkatkan populariti mereka dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang diadakan pada tahun 2008. Justeru itu, pihak penganjur dan Kepimpinan Pakatan Rakyat menganjurkan Bersih 2 pada  tahun lepas, kerana menyangka yang PRU 13 akan diadakan pada setengah tahun pertama 2012.

Adalah jelas Bersih  ini di rancang bagi membantu meningkatkan semula momentum Pakatan Rakyat yang  semakin pudar baru baru ini, berikutan meningkatnya populariti Najib dikalangan rakyat dalam beberapa tinjauan pendapat beberapa pihak baru baru  ini.

Dari segi angka penyertaan, tidak  syak lagi matlamat penganjur telah tercapai. Dianggarkan tidak kurang daripada 100,000 orang telah menyertai perhimpunan pada hari ini dan mengatasi yang telah dicapai pada dua perhimpunan yang lepas.

Sama ada kejayaan mereka pada hari ini akan meningkatkan undi Pakatan Pembangkang pada PRU 13 nanti tidaklah begitu mudah hendak diramalkan. Ini kerana keputusan pengundi adalah satu perkara yang lebih rumit untuk dijangka  atas sebab faktor faktor utama, yakni faktor sentimen perkauman dalam negara ini.

Jika di lihat dari segi penyertaan  kaum dalam perhimpunan hari ini sudah pasti kaum Melayulah yang ramai sekali. Saya telah mengkaji gambar gambar yang telah disiarkan dan menganggar kira kira 70% adalah terdiri daripada peserta Melayu dan 30% dari kaum Cina terutama yang muda muda. Bagi kaum India saya tidak nampak sebarang penyertaan yang signifikan.

Tahap penyertaan dari kaum Melayu adalah seperti dijangka dan mencerminkan perpecahan yang kini melanda Masyarakat Melayu kepada tiga golongan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, ia itu penyokong UMNO yang tidak menyertai,  dan penyokong PAS dan  PKR  yang  masing masingnya menjadi tunggak perhimpunan ini.

Sentimen Melayu di negeri negeri lain di Malaysia dianggarkan kini lebih kukuh dibelakang Barisan Nsaional berbanding dengan suasana pada PRU 12 yang lalu. Pendapat ini berpandukan sambutan dingin kepada perhimpunan Bersih yang diadakan serentak di 6 buah negeri, disamping  tinjauan pendapat yang terkini dari beberapa pihak yang telah diterbitkan.

Bagi kaum Cina pula tahap penyertaan mereka adalah yang tertinggi sejak perhimpunan Bersih diadakan pada tahun 2007, walaupun kaum ini biasanya tidak cenderong berdemonstrasi. Ini mencerminkan sentimen kaum Cina yang masih kekal dan  amat kuat berpihak kepada pembangkang sejak PRU 12 yang lepas.

Perlu diingkatkan penyertaan dari kaum Cina dianggarkan juga lebih tinggi berbanding komposisi kaum mereka  dalam populasi Malaysia. Justeru itu mereka pasti masih kekal dibelakang DAP buat masa sekarang. Ini bererti dalam PRU 13 BN tidak mungkin dapat meningkatkan sokongan dari kalangan kaum Cina. Saya agak DAP akan menang hampir semua kawasan majoriti Cina, sekali gus menempatkan DAP sebagai parti utama(Big Brother) dalam pakatan pembangkang.

Bolehlah dirumuskan peserta peserta Perhimpunan Bersih 3 terdiri daripada tiga kategori. Pertama, penyokong tegar Parti PAS dan PKR; kedua, yang mewakili majoriti masyarakat Cina yang bertekad  mengukuhkan Kerajaan Negeri  yang bertunggakkan kuasa Cina di Pulau Pinang dan Selangor sambil menginginkan  peranan yang sama di peringkat kerajaan Persekutuan. Golongan yang ketiga dan terkecil adalah mereka yang betul betul berniat dan memperjuangkan matalamat Bersih.

Dengan penyertaan yang meluas daripada masyarakat Cina, ini sudah cukup membayangkan yang DAP akan mampu  mengulangi kejayaan cemerlang  mereka seperti  dalam  Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas.

Bagi kaum India pula ,  dari gambar gambar yang banyak disiarkan, nampaknya kini mereka lebih berhati hati dan menjauhkan diri daripada sebarang perhimpunan yang menentang kerajaan. Ini adalah petanda yang baik bagi BN

Sekian, wallahu’alam.

DAH IKHWAN

Artikel Artikel Berkaitan

1. Bersih 3 Besar: Masalahpun juga Besar

2.Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak(2011): Analisis dan Ulasan.

3.Sikap Melampau Persatuan Dong Zong

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Perhimpunan Bersih 3 (Tahun 2012): Satu Ulasan

  1. ju_anna says:

    Adakalanya kita rasa diri kita sempurna dan berada di pihak yang benar sehingga kita sentiasa sangka yang buruk terhadap pendapat orang lain. Namun apa sebenarnya yang berlaku keatas bumi Allah yang tidak berdosa ini langsung tidak pernah diambil peduli. Mungkin sebagai seorang umat Islam, mereka sentiasa mempertahankan bumi yang berdaulat dengan ibadah kesyukuran. Tetapi bukan bagi orang kafir yang sentiasa melahirkan hasutan dan fitnah dari benih-benih mereka. Mereka sebenarnya tidak dapat menyerah kepada kebenaran sedangkan mereka telah berada didalamnya. Dan kebebasan ini telah membuatkan mereka lebih mementingkan keuntungan dan kebahagiaan hidup mereka tanpa sedar akan kemudaratannya. Pelbagai keuntungan diperolehi daripada pelbagai industri pembuatan, namun tiada siapa dapat mengesan kesakitan bumi Allah ini yang sentiasa digali dan dinodai oleh setiap sisa-sisa pembuangan industri pembuatan sehingga menjadi mendakan yang boleh mengakibatkan pelbagai bencana alam melanda bumi Allah s.w.t ini. Dan projek Lynas hanyalah memproses semula sisa buangan daripada segala toksid yang telah menjadi mendakan untuk menampung kedudukkan muka bumi. Sesetengah pihak yang kurang faham akan merasakan projek berkenaan hanya akan memudaratkan keturunan mereka. Sepatutnya perkara berkenaan telah mereka fikirkan disebabkan diri mereka sendiri sentiasa mengharapkan kebebasan tanpa pernah merendah diri atau sedar diri dengan kedudukkan mereka di bumi Islam. Berada dibawah pentadbiran dan pemerintahan Islam tanpa pernah ada penyerahan yang jelas. Kebebasan yang melampaui batasan itu menjadi ikutan keturunan mereka sendiri yang semakin menghasut anak-anak umat Islam untuk percaya akan setiap pengaruh yang cuba disampaikan untuk memperluaskan kuasa di Malaysia. Itulah punca bagi setiap apa yang mereka bangkitkan setelah kepercayaan keatas bangsa mereka semakin pudar untuk terus mempengaruhi dan menguasai. Kita sebagai generasi Islam yang berbangsa Melayu sememangnya telah diberi amanah untuk tidak menjadikan mereka sebagai sekutu didalam pentadbiran sehingga mengakibatkan kemurkaan Allah s.w.t dan seandainya mereka campurtangan didalam mana-mana urusan pentadbiran pastinya akan menjadi kemusnahan keatas umat Islam sendiri. Kerana mereka(orang kafir) bukan ahli bagi setiap watikah yang diberi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s