Mungkinkah Orang Melayu Penduduk Asal Madagaskar?

Journey’s end

(Terjemahan daripada majallah Economist bertarikh 24 Mei 2012 bertajuk 30 Lost Souls)

Madagaskar terkenal dengan hidupan  luar biasa yang telah lama pupus di tempat tempat lain. Populasi manusianya juga luar  biasa. Pulau ini merupakan tempat yang terakhir diduduki manusia di atas muka bumi ini, dengan imigran  pertamanya pada pertengahan  milinium  pertama selepas Masehi. Anehnya, sungguhpun   pulau ini terletak berhampiran Afrika( hanya 400 km dari benua itu) para imigran ini memang sudah lama diagakkan tiba dari kepulauan Melayu lebih 6,000 km jauhnya.

Ada tiga sebab yang menimbulkan sangkaan ini. Pertama, telah di akui sejak  berkurun kurun dahulu yang bahasa Malagasi, walaupun berbeza, didapati meminjam banyak perkataan Jawa, Melayu dan bahasa di Borneo dan Sulawesi. Kedua, budaya penduduk pulau ini  termasuk perahu dan alat muziknya,  tanaman seperti padi dan pisang berasal dari Asia dan bukannya  Afrika. Bukti genetik juga mengaitkan Malagasi moden dengan orang yang menduduki timur Indonesia,   malah juga yang lebih jauh  ke timur di Melanesia dan Oceania.

Kini Murray Cox dari Massey University  New Zealand dan rakan rakan beliau, telah membuktikan dengan jelas, bukan sahaja tentang asal usul para pendatang ini, malah berapa bilangan mereka sekalipun. Dan jawapannya sangat mengejutkan, iaitu hanya 30  orang wanita.

Penemuan beliau, yang diterbitkan dalam Proceedings of The Royal Society, dengan  mengambil sampel seramai 266 orang Malagasi dan membandingkan nya dengan sampel dari seramai 2,745 orang Indonesia. Beliau menumpukan kajian keatas DNA dari sel mitochondria yang diwarisi melalui ibu. Justeru itu hanya jantina perempuan sahaja yang dapat dikenali.

Dr. Cox dan rakan rakan beliau telah berjaya membuat perbandingan statistik terhadap gene gene (genome  mitochondrial) orang Indonesia dan orang Malagasi dengan tepat, atas sebab gene gene jenis ini jarang sekali terdedah kepada mutasi walaupun melangkaui zaman yang berkurun kurun lamanya sejak kumpulan imigran ini terpisah dari alam Melayu.

Setelah mengesahkan yang DNA Malagasi dan Indonesia berpisah kira kira 1200 tahun yang lampau, hampir sama dengan tarikh Madagaskar mulai diduduki manusia (mengikut pakar arkeologis), kumpulan pakar ini selanjutnya menyelidiki seramai mana wanita imigran Melayu  ke Madagaskar ini yang perlu wujud pada asalnya untuk menjelaskan perbedaan dalam DNA berkenaan. Jawapannya ialah 30 orang sahaja.

Jawapan ini membawa kepada persoalan yang kedua: adakah pendudukan Melayu di Madagaskar telah dirancang atau merupakan suatu kebetulan sahaja.  Ada kemungkinannya dirancang. Pada zaman itu kepulauan Melayu telah dikuasai Empayar Srivijaya, yang berkemampuan menghantar ekspedisi sebegini keseberang Lautan Hindi jika ia kehendaki. Tetapi tiada terdapat sebarang bukti sejarah kearah ini. Jika sekalipun benar,  sudah mungkin ia disusuli dengan imigrasi imigrasi serupa sepertimana kuasa kuasa Eropah menemui dan menduduki benua Amerika.

Jadi, besar kemungkinannya, kumpulan Melayu yang menduduki Malagasi merupakan kumpulan yang terdampar  tanpa meninggalkan sebarang berita dinegara asal mereka. Tetapi mengapa begitu ramai wanita yang turut serta, ini tidak mungkin dan begitu aneh,  lainlah jika wanita ini menjadi objek pemerdagangan manusia dizaman silam!  Dan berapa ramai pula lelaki?  Ini belum dapat diketahui sehingga satu kajian seperti yang dibuat oleh Dr. Cox untuk menganilisis Y Chromosome lelaki Malagasi termasuk gene DNA yang diwarisi melalui lelaki – tamat.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s