Tinjauan: 49% Tak Percaya Proses Pilihanraya

Malaysiakini dipetik menyatakan Tinjauan (oleh Merdeka Center) yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum perhimpunan BERSIH pada penghujung April mendapati hampir separuh daripada responden tiada kepercayaan dengan  proses pilihan raya semasa. …hanya 20 peratus “sangat yakin” bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai.

Tinjauan pendapat ini telah dibuat oleh pihak Merdeka Center, sebuah agensi tinjauan pendapat umum yang agak  bebas dan lazimnya  boleh dipercayai. Namun hasil kajian boleh diinterpretasi oleh pihak pihak berkepentingan mengikut arah politik masing masing. Dalam kes ini Malaysiakini, sebuah akhbar online Pakatan Pembangkang, nampaknya  seperti biasa gemar membuat kesimpulan mengikut citarasa mereka sendiri.

Sementara itu tiada terdapat liputan dalam  akhbar perdana, terutama yang berbahasa Melayu dan  memihak Barisan Nasional.  Agaknya mereka tidak berkemampuan menganalisis sendiri  angka angka  tinjauan pendapat seperti ini.

Jika diteliti daripada hasil kajian, mereka yang sangat tidak percaya dengan proses pemilihan ialah 22% dan agak tidak percaya 27%, sementara yang sangat percaya ialah 20% dan agak  percaya 24%. Dari angka ini, kita boleh rumuskan mereka yang betul betul tidak percaya hanya dalam lingkungan 22% dan yang betul betul yakin pula  dalam lingkungan  20%. Yang lain tidak mempunyai sentimen yang kuat sama ada yakin atau sebaliknya. Ini selari dengan sikap rakyat Malaysia yang biasanya tidak ambil perhatian sangat dengan soal soal idealisma politik yang berunsur dari  Barat seperti ini.

Analisis mengikut kaum pula  menunjukkan 57% Kaum Melayu yakin dengan proses pemilihan dan 39% tidak yakin, kaum  Cina sebaliknya hanya  19% yakin dan 68% tidak yakin, sementara kaum India 39% yakin dan 50% tidak yakin.

Jika diteliti angka di atas, nampaknya keyakinan kepada proses pilihanraya sangat berbeza mengikut kaum. Adakah ini bererti setiap kaum  betul betul faham dan mempunyai keyakinan berbeza terhadap proses pilihanraya?  Ini tidak mungkin kerana kita semua rakyat Malaysia dan tertakluk kepada undang undang dan prosedur pemilihan yang sama.  Saya rasa  sebab sebenar disebalik perbezaan bukanlah faktor keyakinan kepada proses pilihanraya itu sendiri, tetapi ianya  terlalu dicorakkan oleh  politik perkauman mereka  yang dihubungi dalam survei ini.

Misalnya kaum Cina sepatutnya gembira dan memiliki keyakinan yang tinggi terhadap   SPR kerana kecenderungan majoriti mereka memilih Parti DAP terbukti dicerminkan dengan betul dalam keputusan pilihanraya yang diseliakan  oleh  SPR. Perlu diingatkan dalam Pilihanraya Malaysia 2008, 60% undi Cina telah memihak  kepada Pakatan Rakyat, dan 75%  dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lepas. Ini selari  dengan sejumlah 68% yang tidak yakin dengan  proses pilihanraya. Tinjauan ini juga selari dengan pemerhatian kita dalam artikel terdahulu tentang penyertaan luar biasa dari kaum Cina dalam demonstrasi Bersih.

Bagi Masyarakat Melayu pula, mereka jauh lebih yakin (57%)kepada proses pemilihan berbanding kaum Cina(19%), dan ini juga  pasti mencerminkan kecenderongan politik Melayu kepada Barisan Nasional kini pada tahap sekurang kurangnya 57%. Dan begitulah   pula dengan Kaum India.

Dapatan diatas mencerminkan amalan politik perkauman yang menebal di Malaysia, terutama dalam masyarakat Cina.

Selain itu Tinjauan Pendapat ini juga menunjukkan 92%  daripada responden bersetuju yang daftar pemilih perlu di bersihkan, dan semua kaum berpendapat sedemikian. Dapatan ini kita rasa tepat kerana  adalah munasabah menjangkakan semua rakyat mahu proses pembersihan dan kemaskini berterusan pada daftar pemilih bagi menentukan hasil pemilihan yang adil. Dapatan ini tidak menyalahkan mana mana pihak dengan wujudnya sebarang kesilapan yang terdapat didalamnya. Tanggungjawab pembersihan dan pembetulan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Sekian, wallahu  ‘alam

DAH Ikhwan

Artikel berkaitan:

1. Pengundi Cina senyap senyap mendaftar, tetapi Melayu masih lalai.

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s