Malaysia pada landasan yang betul: Kata Wall Street Journal

Malaysia kini sedang menyaksi momentum pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan,   yang  perlu di  kekalkan  dalam menghadapi suasana perdagagangan global yang lemah disamping keadaan politik dalam negeri yang kurang pasti.

Suatu artikel di website  Wall Street Journal, bertarikh 19 Julai 2012,  bertajuk  Malaysia’s Days in the Sun memetik  wujudnya  suatu gelombang keyakinan dikalangan pelabur asing di Malaysia berikutan beberapa  berita yang menggalakkan dalam sektor perniagaaan dan ekonomi negara  yang  bersumber dari pusat kewangan global.

Akhbar berkenaan  memetik  beberapa  peristiwa terkini seperti penyenaraian (RM 10 bil) Felda Global Ventures Bhd, yang akan disusuli oleh IHH Healthcare’s (RM 6.3) , yang merupakan initial public offer (IPO)  yang ke dua dan ketiga terbesar di dunia setakat ini pada tahun ini.

Indek KLCI telah mencecah rekod pada hari Rabu lepas , setelah naik 7% pada tahun ini.

Ekonomi Malaysia juga dipuji kerana kadar pengangguran yang rendah  dan kadar inflasi hanya pada paras 2%. Ekonomi negara  pula  dijangka akan bertumbuh dengan kadar 5% tahun ini.

Sektor perbankan negara juga dijangka kukuh  dangan kualiti aset yang baik, justeru itu  ia tidak akan banyak terjejas akibat masalah  yang teruk  dialami di   sektor kewangan  Eropah, kata artikel tersebut yang memetik laporan daripada sebuah syarikat  penarafan, Moody’s.

Artikel tersebut bagaimanapun menyuarakan amaran risiko di  dalam dan luar negara yang Malaysia perlu tangani.

Ia berkata bahawa kelembapan pasaran global  akan amat dirasai kerana nilai eksport bersih Malaysia yang besar, iaitu 16% daripada GDP, lebih tinggi berbanding  negara jiran seperti Indonesia dan Philippines.

Di sektor domestik, Akhbar tersebut berkata,  pelabur luar berharap agenda Perdana Menteri untuk meningkatkan taraf infrastruktur dan menambah pelaburan, termasuk di sektor petroleum dan gas dan pelancungan, akan berterusan tidak kira bagaimana  keputusan pilihanraya nanti.

“Malaysia sudah ada momentum, tetapi kini  ia banyak bergantung dengan keadaan politik dalam negara dan  sejauh mana kelembapan dialami dalam pasaran global” kata artikel tersebut.

Gallery | This entry was posted in Artikel Business, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s