Tony Fernandes dan Air Asia

Latar Belakang

Jika sebelum ini kita telah memaparkan artikel wawancara dengan seorang  tokoh usahawan Melayu  Tan Sri Mokhtar Al Bukhary,  tokoh usahawan Cina Tan Sri Robert Kwok, Kumpulan Mydin,  kini saya ingin pula  menarik perhatian anda kepada seorang tokoh usahawan yang luar biasa berketurunan India,  iaitu Dato’ Tony Fernandes pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Tony Fernandes

Tony Fernandes yang kini berusia 48 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.

Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.

Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.

Air Asia

Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.

Jatidiri Tony Fernandes

Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.

Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.

Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  diantara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).

Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.

Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.

Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.

Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.

Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Cara cara Tony menempuhi Halangan

Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.

Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.

Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.

Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.

Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”

Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics  – Tamat.

DAH Ikhwan

Artikel Menarik:

1.Tan Sri Azman Hashim: Usahawan danPeneraju Bank Terunggul
2.Mari Uji Tahap Kecekalan Anda
3Tugasan PM Pada Hakikatnya UntukMahathir
4. Perbandingan Prestasi Syarikat GLC, Syarikat Melayu dan Cina
5.Sistem Pengangkutan Awam KL, Singapura – Dimana Melayu Singapura?

Reference:
1.  The Air Asia Story  by  Sen Ze and Jayne Ng
2.Dato’ Tony Fernandes Biography.
3.Air Asia Directors’ Biography.

Gallery | This entry was posted in Artikel Business and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Tony Fernandes dan Air Asia

  1. drmuzaffar says:

    salam. baru sahaja came accross ur blog. analsis dan ramalan pilihanraya mmg tip top dan almost 100% accuracy. Syabas.

    Harap dapat berikan pandnagan terkini mengenai prestasi BN/PR didalam pru yg bakal menjelang tiba.

    drmuzaffar

  2. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Sdr Dr.Muzaffar, Sememangnya saya kini dalam proses menyediakan ramalan, tetapi hanya dapat buat lebih tepat dengan beberapa input terkini yang sedang dinantikan.

    Setakat ini hanya saya boleh katakan sentiment pengundi Melayu kini memihak kepada BN dan sentimen undi India sekurang kurangnya telah pulih lebih baik daripada tahun 2008. Sentimen pengundi Cina sukar diramalkan setakat ini, tetapi ada kemungkinan mereka balik ketahap tahun 2008 atau lebih baik dari itu jika mereka melihat Melayu akan bersatu dibawah BN. Kita perlu ingat semangat KIASU orang Cina, mereka mencuba sedaya upaya menang, tapi tidaklah pula jika berhadapan kekalahan yang nyata. Seperti berniaga, Mereka tidak mengundi ikut emosi.

  3. drmuzaffar says:

    Terima kasih. Menarik dapat lihat ramalan dan ulasan yg berlandaskan fakta berbanding emosi dan fanatik kpd parti2 tertentu.

    Ya, kita sangat2 menantikan pola pengundian pengundi Cina pada PRU ke 13.

    Semoga Malaysia dapat kehadapan dengan lebih jelas selepas PRU dgn kerajaan dapat membuat keputusan2 yg terbaik utk negara walaupun meminjam kata2 Dr Mahathir , kurang popular.

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara DR Muzaffar,
    Saya telah memuatkan satu artikel tentang Pilihanraya Kampus yang diadakan baru baru ini. Saya yakin sentimen warga kampus adalah sangat relevan dan boleh dianggap mencerminkan sentimen masyarakat Melayu terkini, terutama sentimen politik pengundi muda. Sila baca artikel tersebut diblog ini bertarikh 27 September.

  5. Pingback: biodata tony fernandez air asia yang | Kuplux's

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s