Pilihan Raya Kampus 2012: Petanda Baik Untuk Barisan Nasional?

Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK)   baharu sahaja diumumkan  pada  25 September  semalam. Seperti dijangka kumpulan Pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan telah menang besar, dengan menguasai   Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  di 17 daripada 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Sebanyak 85% daripada sekitar  620 kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh kumpulan Pro-Aspirasi .

Kumpulan Pro-Mahasiswa yang pro pembangkang hanya mampu menguasai MPP di Universiti Kebangsaan dan agak pasti juga Universiti Islam Antarabangsa (Pengundian di UIAM telah dibatalkan kerana kesilapan teknikal komputer pengundian). Di Universiti Malaya, setelah pengundian semula dua kerusi, Kumpulan Pro-Mahasiswa   hanya memenangi 21 dan pro Aspirasi menang 22 undi.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan  penuh yang telah direkodkan.

JADUAL 1: KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS DI IPTA TAHUN 2012

UNI-VERSITI PRO-ASPIRASI PRO-MAHASISWA BEBAS JUMLAH
UPM 40 (32) 7 (11) 0 47
USM 37 (24) 7 (14) 0 45
UUM 34 0 2 36
UNIMAS 13 0 0 13
UPSI 25 0 4 29
UMP 18 6 0 24
UMT 20 0 0 20
UPNM 14 0 0 14
UKM 8 (15) 19 (22) 1 28 (37)
UM 22 (18) 21 (23) 2 43 (41)
UIAM       0(3)      26 (23) 0 26 (26)
UniMAP 31 0 0 31
UiTM 226 0 0 226
UTeM 28 0 0 28
UniSZA 24 0 0 24
UTM 48 6 (12) 0 55
UTHM 26 1 0 27
UMK 10 4 0 14
UMS 38 0 0 38
USIM 24

Nota: Angka dalam kurungan adalah jumlah kerusi yang dimenangi pada tahun 2011.

Manakala jadual 1  di atas menunjukkan keputusan penuh  tahun 2012 dan angka untuk  tahun 2011, pada jadual 2 di bawah saya perturunkan angka perbandingan bagi  kedua dua kumpulan antara tahun 2008  dan 2012.

Jadual 2: Perbanding kedudukan Pro Aspirasi dengan  Pro-Mahasiswa (2008 – 2012)

UNI-VERSITI PLIHARAYAKAMPUS

2008/2009

PILIHANRAYAKAMPUS

2011/2012

 

PILIHANRAYAKAMPUS

2012/2013

PRO-ASPI-
RASI
PRO-
MAHA-
SISWA
PRO-
ASPI-
RASI
PRO–
MAHA-SISWA
PRO-
ASPI-
RASI
PRO–
MAHA-
SISWA
UM 20 21 18 24 22 21
UKM 21 12 15 22 10 18
USM 23 6 23 13 39 3
UPM 35 13 32 11 40 7
UTM 45 10 41 12 48 6
UIAM 3 27 3 23 0 26
UiTM 50 0 50 0 50 0
JUMLAH 197 89 182 105 209 81
PERATUS 68.9% 31.1 63.3 36.7 72.1 27.9

Jadual 2 di atas menunjukkan  perbandingan data dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) untuk tahun 2008 hingga 2012. Untuk   perbandingan yang realistik, saya hanya menggunakan data daripada tujuh  buah universiti utama seperti ternyata di atas.

Angka di atas tidak banyak menunjukkan perubahan daripada 2008  hingga 2011, tetapi mulai daripada tahun ini pengaruh Pro-Aspirasi dalam tujuh buah universiti ini  telah meningkat daripada 63.3% pada tahun 2011  kepada 72.1% pada tahun ini. Prestasi  Pro-Mahasiswa  yang menyebelahi  pembangkang pula telah menurun daripada 36.7%  pada 2011 kepada hanya 27.9% pada tahun ini

Sentimen kini  yang memihak kepada Pro Aspirasi sedikit sebanyak membayangkan sokongan masyarakat Kampus   adalah selari dengan populariti PM Najib sekarang.  Sekali gus ini juga mecerminkan penolakan politik kepartian ala  pembangkang  dalam pilihan raya kampus.

Adakah trend diatas selari dengan trend sentimen pengundi  dalam Pilihan Raya Umum(PRU 13) nanti? Tidak dapat dinafikan jawapannya adalah positif kerana  bilangan warga kampus IPTA yang begitu ramai dan kini   mencecah 500,000 orang.  Pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat pengundi,  malah sebagai  cerdik padai yang sentiasa berinteraksi, mereka  pasti  mampu mempengaruhi  atau dipengaruhi oleh masyarakat di luar kampus.

Disamping itu, trend di kampus  boleh dianggap sebagai bayangan awal sentimen pengundi muda dalam pilihan raya umum nanti.

Akan tetapi, trend peningkatan  dikampus dijangka hanya selari dengan peningkatan sentimen pengundi Melayu/Bumiputera  dalam PRU nanti oleh kerana hampir kesemua pelajar di IPTA terdiri daripada pelajar Melayu/Bumiputera sahaja.

Tetapi,  peratus sokongan  kepada BN  tidak mungkin setinggi 72.1% yang dilihat  dalam pilihanraya kampus kerana tidak semua yang  mengundi Pro-Aspirasi akan mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum. Sebahagian daripada mereka mungkin betul betul tidak berminat melihat pengaruh kepartian,  sama ada BN atau Pakatan Rakyat, berkembang di kampus dan lebih terpikat kepada agenda kepentingan pelajar  yang di bawa oleh Pro-Aspirasi.

Dalam PRU 13 nanti,  arus sentimen memihak kepada BN  juga dijangka bertambah dikalangan masyarakat India, tetapi masyarakat Cina amat sukar diramalkan sebab mereka boleh berubah disaat saat terakhir mengikut kepentingan masyarakat mereka. Mereka biasanya berpegang teguh dengan semangat KIASU (semangat tidak mahu kalah). Oleh itu, jika masyarakat Melayu  menghala ke  arah  perpaduan, kita yakin sokongan dari masyarakat Cina untuk BN sedikit sebanyak akan bertambah,demi mengelakkan kekalahan yang nyata.  Sebaliknya jika kita berpecah belah, masyarakat Cina  pasti akan memberi sokongan padu  kepada DAP untuk mencapai aspirasi  mereka  meletakkan  DAP sebagai parti tunggak kepada kerajaan  Pakatan Rakyat di Putra Jaya.

DAH IKHWAN

Rujukan:

1. Artikel The Star bertarikh 25 Sept 2012.
2. Artikel Malaysiakini bertarikh 25 Sept 2012
3.Keputusan Pilihan Raya Kampus 2008
4.Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus 2011
5
. Sekitar keputusan PRK 2009
6
.Keputusan PRK 2012

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Pilihan Raya Kampus 2012: Petanda Baik Untuk Barisan Nasional?

  1. Kampong man says:

    Sdr Dah Ikhwan,

    Ramai penyokong Pakatan Rakyat mahukan CHANGE kononnya kerana kerajaan BN telah memerintah terlalu lama ,55 tahun.Berbagai isu dibangkitkandari kedua belah pihak BN dan PR .Faktor penting sebagai INDICATOR dan arah tuju masa depan negara terletak pada tangan dan kehendak generasi muda X dan Y.Bagi kami orang lama kami telah mengharungi pelbagai keadaan dari perolehi kemerdekaan negara ,trajidi berdarah 13 may dan terkini kecelaruan demonsrasi jalanan Hindraf,Bersih dan berbagai bagai.Ini dapat di atasi kerajaan memerintah ,BN dengan baik.Apakah CHANGE kepada PR akan lebih baik dan membuka satu era baru yang gemilang dan terbilang ? saya ragu.Saya yakin kemenangan Pro -Aspirasi menjadi satu aspirasi kemenangan BN meneraju negara dengan lebih adil dibawah Najib kali ini.Kerajaan BN harus juga berubah dengan lebih drastik dengan calon calon DUN dan Parlimen yang lebih berwibawa dan mesra rakyat bagi kemajuan negara Malaysia menuju wawasan 2020 ilham mantan PM kita Tun Dr Mahathir.Takniah pada yang berjaya.Salam.

  2. drmuzaffar says:

    PRU ke 13 jika undi Melayu mampu ke arah 80 % dicanai bersama dgn undi pengundi India melebih 70 % , tidak mustahil 2/3 mampu dikembalikan dgn pertolongan rakan2 dari Sabah serta Serawak.

    Undi Cina , mereka agak tekad hidup mati bersama DAP.

    Mungkin situasi di Serawak bakal berlaku pada PRu ke 13 nanti.

    Saya amat berminat dgn cara KM Serawak menangani post Pilihanraya Negeri Serawak dgn menghapuskan jawatan Tim Ketua Menteri 1 dan hanya melantik seorang exco muda dari berketurunan Cina.

  3. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih atas komen daripada Kampongman dan drmuzaffar. Saya yakin yang keputusan pilihanraya kampus akan menimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat umum, terutama yang di Lembah Kelang akan perlunya perpaduan untuk mengekalkan kuasa Melayu/Bumiputera di Malaysia.

    Melayu/Bumiputera perlukan change yang positif untuk kepentingan bangsa dan ini nampak dalam program transformasi Najib. Tetapi, change yang melibatkan pertukaran kerajaan hanya akan memporak- perandakan atau menjatuhkan kuasa Melayu dan amat merugikan kita.

    Soal sokongan Melayu untuk BN, berpandukan pilihanraya pilihanraya yang lepas, ia lazim diantara 54% (agak rendah dan berbahaya) dan 62% (cukup tinggi untuk Semenanjung Malaysia). Insya Allah, dengan sokongan baik dari Masyarakat Melayu, jika ditambah dengan sokongan dari undi masyarakat India 55%, dan sedikit undi Cina, ini sudah mencukupi untuk BN menang dengan agak selesa.

  4. DAH IKHWAN says:

    Komen saudara drmuzaffar tentang cara KM Taib Mahmud menangani keadaan post piliharanraya negeri Sarawak saya setuju ia agak menarik. Tetapi itu saya rasa disebabkan oleh ketiada ahli dun dari masyarakat Cina yang menang. Dengan ketiadaan mereka dalam kabinet negeri, kita harap masyarakat Cina faham akan perlunya bertolak ansur, lambat laun akur dengan hakikat kekuatan dan peranan politik setiap kaum.

    Sekiranya, keadaan di Sarawak berulang di Putra Jaya, saya rasa ada eloknya PM Najib bertegas dan jangan terlalu beralah. Biarlah pengundi menentukan masyarakat mana yang menguasai jawatan jawatan penting kabinet. Inilah hakikat dan fundamental demokrasi di Malaysia dan di mana mana jua pun..

  5. drmuzaffar says:

    Yeap saya setuju, jika situasi Serawak berlaku di Semenanjung dgn penolakan calon2 BN dari MCA dan Gerakan oleh pengundi Cina, saya amat berharap PM Najib tidak melantik mereka yg tewas sebagai senator.

    PM Najib wajar bertegas , hanya yg diberi hak oleh pengundi sahaja layak mewaklli rakyat di Parlimen.

    Jika pengundi Cina memilih pembangkangutk mewakili mereka , so be it.

    Politik hari ini sungguh malang apabila demi undi, agama baik di masjid dan digereja dipergunakan secara maksimum.

    Itu tidak sihat untuk jangka masa panjang.

    Malaysia hanya mampu utuh jika rakyat berbilang kaum hidup bertoleransi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s