Antara Bung Mokhtar dan Syed Mokhtar : Pemikiran Yang Bercelaru

Bung Mokhtar dan  Zizie Ezette

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Bung Mokhtar yang  terkenal sebagai seorang wakil rakyat yang sering mengundang kontroversi, kali ini  dengan tiba tiba menghantam  rakan senama beliau, ia itu  usahawan Melayu terulung  Tan Sri  Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sebelum ini tidak adapun kritikan  yang serupa terpapar dimana manapun. Malah artikel wawancara  dengan  Syed Mokhtar yang disiar dalam  blog ini  seketika dahulu begitu popular dikalangan pembaca dan sering menjadi inspirasi dikalangan masyarakat, terutama mereka yang  berminat  menjadi usahawan atau peniaga.

Jadi  ucapan Bung Mokhtar di Parlimen  beberapa hari dahulu sungguh tidak diundang dan tidak mendatangkan apa apa kebaikan kepada masyarakat.  Mengikut Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim menempelak  ucapan beliau yang  menuduh tokoh korperat Melayu  tersebut memonopoli segala jenis perniagaan di negara ini.

Pertubuhan Perkasa juga meminta Bung Mokhtar jangan menjadi alat untuk pihak lain menyerang tokoh tokoh  seagama dan sebangsa yang telah mencapai kejayaan.

Tuduhan yang Bung Mokhtar lemparkan sebaliknya mencerminkan bentuk pemikiran yang bercelaru segelintir kecil pemimpin politik Melayu di negara ini. Ini kerana  jika benar sekalipun wujud  unsur monopoli dalam perniaga Syed Mokhtar, ini bukan suatu isu yang perlu diketengahkan. Kita perlu ingat Tan Sri Syed Mokhtar adalah diantara segelintir usahawan Melayu yang berjaya dan mampu bersaing dengan bukan Bumiputera. Jika adapun wujud ciri ciri monopoli dalam satu dua sektor,  ini sepatutnya dialu-alukan kerana  ada usahawan  Bumiputera yang mampu  mengenepikan persaingan dari usahawan bukan Melayu dalam sektor sektor tersebut.

Jika Bung Mokhtar ikhlas, beliau sepatutnya mengarahkan  kritikan beliau kepada usahawan Cina yang  memonopoli  beberapa sektor dinegara ini seperti, YTL dalam sektor Elektrik(IPP), Lim Goh Tong dalam (Genting Highland) dan  ramai lagi yang menduduki kedudukan istimewa dalam sektor perbankan, Hartanah, perjudian, perhotelan, perladangan  dsb.

Memang benar terdapat beberapa syarikat GLC yang menyerupai Melayu  yang  bersaing dalam beberapa sektor seperti, Sime Darby, CIMB, Maybank, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dsb. Tetapi perlu diingat  syarikat GLC ini hanya sebahagiannya dimiliki Bumiputera dan tidak dikuasai oleh masyarakat Bumiputera. Syarikat syarikat ini sebenarnya di kuasai oleh kerajaan atau pihak pengurusan masing masing sehingga sering tindak tanduknya  bersaing atau  membantutkan pertumbuhan perniagan Melayu sendiri.

Tun Mahathir bertindak tepat apabila   membidas syarikat syarikat GLC  di Majlis penutupan Kongres Ekonomi Melayu baru baru ini. Beliau berkata syarikat syarikat ini berlumba lumba bersaing dengan syarikat kerdil orang Melayu sehingga menyebabkan syarikat terbabit gagal mendapat tempat dalam industri.

Beliau berkata , keadaan seperti ini tidak harus  berlaku  kerana kewujudan GLC adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu. Malangnya, kata beliau, GLC kini terpisah daripada orang Melayu dan mereka tidak lagi berperanan sebagai pemegang amanah kepada kaum Bumiputera.

Kini, berbalik kepada Bung Mokhtar, beliau sesungguhnya gemar  mengundang kontroversi dan mencerminkan pemikiran yang bercelaru.  Anda  pasti ingat peristiwa beliau kahwin lari di Thailand tidak lama dahulu. Itu juga mengundang kontroversi, walaupun dalam  diperistiwa itu beliau  sekurang-kurangnya  mendapat simpati dari kaum lelaki sungguhpun dikecam oleh kaum wanita.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel artikel menarik:

1. Pengundi Cina senyap senyap mendaftar, melayu masih lalai

2. Pilihanraya Kampus 2012: Petanda Baik untuk Barisan Nasional?.

Gallery | This entry was posted in Artikel Business, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Antara Bung Mokhtar dan Syed Mokhtar : Pemikiran Yang Bercelaru

  1. drmuzaffar says:

    Melayu selalu hasad pada Melayu. Tidak senang melihat Melayu maju,lebih rela lihat bangsa lain mewah.

  2. rafputra says:

    Setuju. MP2 Bumiputera Melayu harus berhati-hati melontarkan isu terutamanya di Parlimen….jgn krn nak cari glamer akhirnya jadi kontroversi yg merugikan rakan seagama sebangsa sendiri…akhirnya ternampak ‘kebodohan’ sendiri

  3. Melayu perlu buangkan ‘phd’ sesama Melayu dan belajar untuk membina rangkaian perniagaan sesama Melayu di samping belajar perkara-perkara baru yang memanfaatkan semua.

  4. Madden Fidz says:

    Sejak berkahwin barui, YB Bung Mokhtar kurang membuat ulangkaji sebelum bersuara di parlimen. Beliau sepatutnya terlebih dahulu tahu siapa Ananda Krisnan dengan Astro dan siapa Robert Kuok yg di panggil Raja Gula Malaysia.

  5. Madden Fidz says:

    Beliau hanya nampak kuman di seberang laut tpi gajah di depan mata tak nampak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s