Ucapan Kemenangan Presiden Barrack Hussein Obama

Pada malam in,  200 tahun  selepas  negara kita yang  dahulunya sebuah  tanah jajahan mendapat hak menentukan destininya, tugas untuk melengkapkan  negara ini  diteruskan.

Ianya diteruskan kerana anda. Ia diteruskan kerana anda sekalian telah mengekalkan semangat yang telah berjaya membenam  perasaan putus asa akibat  peperangan dan depression(kemelesetan), suatu  keyakinan yang telah mengangkatkan negara ini daripada lembah kemurungan kepada pengharapan yang memuncak, suatu   keyakinan  yang sementara  anda boleh  mengejar impian masing masing, tetapi pada masa yang sama  kita adalah satu keluarga Amerika, kita jatuh dan bangun bersama sebagai satu bangsa dan satu negara.

Pada malam ini dalam pilihanraya ini,  anda  rakyat Amerika bersama mengingati yang sementara  perjalanan kita adalah sukar dan panjang, kita telah berjaya bangun semula, kita telah berjuang kehadapan dan  kita tahu  yang terbaik untuk Amerika akan  tiba.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Amerika yang turut  serta dalam pilihanraya ini, sama ada anda pengundi buat kali  pertama serta menunggu lama dalam barisan pengundi yang panjang, sama ada mengundi untuk Obama atau Romney, undi anda adalah penentu kemenangan. Saya telah menghubungi Romney dan mengucapkan  tahniah kepada beliau diatas kempen mereka yang bertenaga itu.

Saya  juga mengucapakan terima kasih kepada rakan saya sejak empat tahun yang lepas, iaitu Timbalan Presiden saya Joe Biden, seorang Timbalan Presiden yang terbaik untuk Amerika.

Kepada anda sebagai pasukan kempen  yang terbaik dalam sejarah politik, ada dikalangan anda adalah muka baru di sini, dan ada yang bersama saya sejak awal awal lagi, tetapi anda semua ibarat dalam satu keluarga, tidak kira apa yang anda buat dan kemana anda akan pergi dari sini, anda akan  membawa bersama kenangan manis sejarah yang kita tempa bersama, dan penghargaan daripada seorang Presiden yang akan mengingati budi anda sepanjang hayat. Terima kasih di atas keyakinan anda yang membuat anda mampu mendaki setiap bukit dan   mengharungi setiap lurah  dalam kempen ini, anda telah bersama sama  mengangkatkan saya sepanjang masa.  Saya sesungguhnya  terhutang budi  diatas semua usaha yang luarbiasa  dari anda.

Saya tahu kempen politik ada kalanya remeh, malah nampak  bodoh. Ada yang dengan sinis menganggap ianya suatu pertarungan ego, atau perebutan pengaruh dikalangan   kumpulan yang berkepentingan, tetapi jika anda berpeluang mendengar rintihan dari akar umbi, anda akan dapati sebaliknya, anda akan mendengar suara para petugas diperingkat akar umbi daripada mereka  yang telah  berpeluang mendapat  pendidikan di Kolej dan universiti, dengan penuh  semangat ingin menentukan generasi muda  nanti  mendapat peluang yang sama seperti mereka, anda akan mendengar  para petugas sukarela bertungkus lumus dengaan ingatan saudara saudara mereka yang telah mendapat peluang pekerjaan di kilang kilang yang kian maju… itulah politik (untuk meneruskan kemajuan) yang sebenarnya. Sebab itulah wujudnya pilihanraya… ia bukanlah sesuatu yang remeh, tetapi suatu perkara yang amat pokok (dalam suasana demokrasi).

Demokrasi dalam sebuah negara sebesar Amerika dengan penduduknya seramai  300 juta orang  ia  boleh menjadi  heboh, kotor dan rumit. Kita ada pandangan  sendiri. Setiap orang mempunyai kepercayaan masing masing yang mendalam. Ketika kita melalui masa dan suasana yang sukar untuk mencapai kata sepakat untuk negara, pasti ianya membangkitkan  kegahirahan dan kontoversi

Keadaan ini tidak akan berubah selepas malam ini, dan ia tidak sepatutnya berubah. Pertengkaran yang kita lalui  sebenarnya merupakan tanda kebebasan yang kita amalkan.

Tetapi disebalik perbezaan ini, kebanyakan kita berkongsi suatu harapan untuk masa hadapan Amerika. Kita mahu anak anak kita membesar dalam sebuah negara  dengan peluang belajar di sekolah sekolah  terbaik dan dari guru guru yang terbaik. Sebuah negara yang  terus wujud dengan legasi  sebagai pemimpin global dalam alam teknologi, penemuan(discovery)  dan innovasi dengan segala pekerjaan  dan peniagaan yang terbaik daripadanya.

Kita mahu anak anak kita hidup dalam  Amerika yang bebas daripada beban hutang, yang tidak dibelenggu  oleh masalah ketidaksamarataan rakyat dan tidak diancam oleh kuasa global warming yang boleh memusnahkan.

Kita ingin meninggalkan legasi sebuah negara yang selamat, dihormati dan dikagumi diseluruh dunia….tetapi juga sebagai negara yang bergerak  dengan yakin melangkaui zaman perang kini,  membentuk keamanan yang dibina diatas dasar kebebasan yag bermaruah untuk setiap insan. Kita yakin kepada Amerika yang bermurah hati, Amerika yang memiliki perasaan belas kasihan dan toleran kepada impian anak anak masyarakat pendatang yang belajar di sekolah sekolah kita dan yang  berikrar kesetiaan kepada bendera Amerika.

…….Ekonomi kita kini pulih, peperangan satu dekad telah tamat dan  kempen yang panjang kini telah selesai.

Anda memilih kami untuk memfokus kepada peluang pekerjaan anda dan dalam masa beberapa minggu dan bulan bulan yang akan datang saya akan betemu dan berusaha  bersama sama  kepimpinan kedua dua buah parti untuk menghadapi  cabaran yang kita perlu tangani bersama.

Tetapi ini tidak bererti tugas anda sekalian sudah selesai. Tugas rakyat dalam sebuah demokrasi tidak selesai dengan pembuangan undi. Di Amerika ia tidak pernah tentang soal apa yang dapat dibuat untuk kita, tetapi tentang  apa yang kita boleh buat melaui proses yang sukar dan  mengeciwakan, tetapi  suatu  kerja yang penting dalam pemerintahan. Itulah prinsip asas negara kita.

Negara ini memiliki lebih banyak  harta benda daripada  mana mana negara di dunia ini, tetapi bukan itu yang membuatkan kita kaya. Kita memiliki  angkatan tentera yang terkuat dalam sejarah dunia, tetapi bukan itu yang membuat kita kuat. Universiti dan budaya kita menjadikan   dunia iri hati, tetapi bukan itu yang menarik mereka datang ke sini.

Apa yang menjadikan Amerika luar biasa ialah ikatan yang menyatukan sebuah negara yang paling majmuk(diverse)  di muka bumi ini.

Keyakinan bahawasanya  destini kita  dikongsi bersama, bahawa negara ini hanya berjaya apabila kita sanggup  menerima obligasi  antara satu sama lain dan untuk generasi akan datang. Kebebasan yang sebegitu ramai  telah perjuangkan atau terkorban kerananya,  menghadiahkan kita  hak kemanusiaan disertai  tanggungjawab bersamanya. Antaranya ialah perasaan kasih sayang, murah hati, kewajipan dan kesetiaan kepada negara. Itulah yang membawa keagungan kepada Amerika.

Saya berkeyakinan tinggi kerana  telah melihat betapa  semangat ini bertapak dikalangan rakyat. Saya telah melihat dalam perniagaan keluarga yang sanggup memotongkan gaji sendiri daripada memberhentikan jiran yang berkerja  dengan mereka, dan pekerja yang sanggup mengurangkan  masa kerja sendiri bagi memberi peluang berkerja untuk jiran,  daripada melihat  mereka menjadi penganggur.

Saya telah melihatnya di pantai New Jersey dan New York di mana pemimpin daripada setiap parti dan setiap aras dalam kerajaan mengenepikan perbezaan mereka bagi membantu komuniti  membina semula  dari kemusnahan ribut taufan yang melanda baru baru ini.

Saya tidak pernah begitu yakin dengan Amerika seperti pada malam ini. Dan saya memohon anda mengekalkan harapan ini. Saya tidak bercakap tentang optimism yang membuta, optimism yang tidak mengendahkan  tugas dan rintangan yang menggunung di hadapan. Saya tidak bercakap tentang angan angan mat jenin yang hanya mendorong kita duduk disampingan atau mengabaikan perjuangan.

Saya sentiasa yakin bahawa harapan merupakan  kegigihan  dalam diri  yang mendorong kita, walaupun berhadapan dengan bukti sebaliknya,  bahawa sesuatu yang terbaik menanti kita  selagi kita tabah bekerja dan berjuang untuk  mencapainya.

Tidak mengapa sekiranya anda berkulit hitam atau putih, Hispanic, pribumi Amerika atau imigran dari  Asia, tua atau muda, kaya atau miskin……anda boleh berjaya di Amerika jika anda sanggup berusaha.

Dan  dengan pertolongan anda, dengan  anugerah Tuhan, kita akan bersama bergerak kehadapan dan mengingatkan dunia betapa  sebabnya kita hidup  dalam negera yang paling agung di muka bumi ini.

Terima kasih Amerika. Semoga Tuhan merahmati anda. Semoga Tuhan merahmati persatuan negeri negeri Amerika ini – tamat

Diterjemahkan oleh DAH IKHWAN

Sila klik link ini  untuk video  Victory Speech of President Obama

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Ucapan Kemenangan Presiden Barrack Hussein Obama

  1. Terbaik . ucapan yang sangat bermakna dan penuh dengan inspirasi . no wonder Amerika still choose him to be the president again .

  2. Mohd Noor Azam Bin Hanas says:

    Salam Tuan D A H Ikhwan..saya sering merujuk artikel Tuan berkaitan analisis terhadap sesuatu isu khususnya berkaitan arah sokongan rakyat terhadap kerajaan samada semasa PRU, PRK ataupun dalam sebarang isu menarik perhatian..sebelum ini saya ada memberi komen yang disertai harapan untuk menemui Tuan bagi membincangkan kaedah, justifikasi dan penilian terhadap setiap analisis yang dilakukan..sekiranya Tuan bersetuju untuk menemui saya, sila hubungi saya melalui e-mail disertakan..terima kasih Tuan D A H Ikhwan..

    Regards,

    Azam Hanas

    • DAH IKHWAN says:

      Encik Noor Azam,

      Terima kasih kerana berminat dengan artikel artikel yang saya tulis. Insya Allah saya akan hubungi Saudara melalui e mail nanti.

      Salam,

      DAH IKhwan

  3. drmuzaffar says:

    salam Tuan.

    lari topik sikit. apa pandangan prospek BN di Kelantan? ada ura-ura, PRU ke 13 pelaung terbaik UMNO/BN merampas Kelantan dgn sokongan pegundi2 Hulu Kelantan.

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara DR Muzaffar,
    Jika dilihat daripada keputusan dua pilihanraya kecil di Kelantan selepas tahun 2008, betul ada perubahan sentimen politik di Kelantan ke arah BN. Keadaan kini lebih sukar dianggar kerana tiada wujudnya pilihanraya kecil lagi.
    Bagaimanapun sama ada BN boleh menawan Kelantan adalah bukan susuatu yang mustahil. Pada pilihanraya tahun 2004 BN hanya kalah dua atau 3 kerusi sahaja.

  5. danial cool says:

    Sikap rakyat Amerika punyai jati-diri,patriotik, keyakinan diri dan bangga terhadap negara USA melahirkan jagoan sukan,software developer,media,film-maker,financialist etc…amat saya kagumi namun begitu kebebasan lain2nya saya tidak setuju yang merosakkan akidah seperti kahwin sejenis,lesbian@gay,free sex…….that is America a land of dreamz…..but then Malaysia is the best and truly Asia hahah:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s