Pilihan Raya Umum Ke 13 ( Tahun 2013): Calon Boleh Menang ( Winnable Candidates)

Sudah  hampir dua tahun perihal winnable candidates atau calon boleh menang  telah menjadi bahan polimik, lebih lebih lagi  ketika demam pilihanraya tengah memuncak kini.  Konsep yang  pada mulanya  timbul dari kelompok Barisan Nasional kini juga merebak ke kelompok  Pakatan Rakyat. Nampaknya kedua dua pihak kini sebok mencari winnable candidates untuk mengisi kerusi kerusi yang akan dipertandingkan.

Siapakah winnable candidate itu? Adakah mereka dari golongan terpelajar? Agaknya sudah pasti, sebab kaum terpelajar memang ramai sekali dinegara ini. Hampir semua anak muda kini ada ijazah. Begitu banyak  Universiti   yang mengeluarkan graduan  Melayu setiap tahun,.. cuma soalnya adakah mereka ini punyai  cukup kualiti atau tidak, cukup amanah atau tidak, mesra rakyat kah tidak, winnable kah tidak – itu saja.

Sama-ada terdiri dari  golongan tua atau muda? agaknya bolehlah…. yang dari kalangan ahli politik veteran dan  berkualiti  memang sudah  nampak sejak dahulu lagi. Najib pun pasti tidak abaikan kaum tua. Ada kaum tua yang menyerlah agaknya dikekalkan. Tapi macam mana pula kaum tua yang dah nyanyuk…ini bukan gurau tau, memang ada yang sebigini.  Ada bekas jeneral kini sebok berceramah politik  ingin agaknya jadi wakil rakyat – asalkan dapat jadi wakil rakyat jadilah. Jika nasib baik boleh naik jadi menteri pertahanan  pula..bolehlah holiday dalam  submarine scorpene  serta mengecapi  kenikmatan selepas bersara.

Yang  anih sekali,  bekas menteri pun kini asyik naik pentas ceramah politik (lihat youtube). Tapi yang ini mungkin juga winnable,  sebab dia kata Allah suruh dia turun padang untuk menyelamatkan bangsa.  Bukan main hebatnya ahli politik veteran ini, waktu jadi menteri dalam Kabinet Barisan Nasional dulu  tak ada pula Allah perintah dia turun padang;  orangnya  dan penampilannya  tak pula    macam utusan Allah, ha ha ha.

Macam mana pula pemimpin politik verteran yang pernah menjadi bintang video dulu.  Winnable tak Chua Soi Lek? Dia orang Cina, tak apalah…sebab pengundi Cina tak kira sangat soal salahlaku sek, asalkan beliau jujur, bijak berucap,  tangkas dan  amat penting,(tak kira umur)   masih kuat ha ha ha.

Pengundi Melayu, lain pula. Mereka masyarakat konservatif. Jika dari kalangan Bintang Filem, tak apalah, tapi  seorang  ‘bintang video’  punyai isu moral  macam mana pula? Winnable candidate tak? Jika  pengundi  itu kesemuanya taksub, tak ada masalah. Tetapi dikawasan pengundi konservatif beragama Islam, bagaimana pula?  Pasti masalah besar! Kalau letak di kawasan ramai pengundi Cina,  mungkin  winnable  juga.

Bagi Najib pula mencari winnable candidate sebagai calon BN   agaknya sukar (atau mudah) mengikut tempat yang dipertimbangkan. Jika sesuatu kawasan pilihanraya sudah ada YB penyandang dua kali pilihanraya, takkan tak winnable, jika tidak sudah pasti dia kalah dalam PRU 2008 sewaktu  BN dalam keadaan yang amat lemah.  Sebaliknya  penyandang satu penggal pula mungkin sukar dinilai sebab pengundi belum berpeluang menilaikan beliau.

Yang lebih sukar bagi Najib ialah memilih calon untuk kawasan yang kalah dalam tahun 2008 dan perlu dirampas  semula.  Kira kira 60 kawasan pilihanraya parlimen yang tergulung dalam kategori ini. Dalam keadaan seperti ini agaknya Najib perlu menilaikan populariti seseorang bakal calon mengikut pengaruh keluarga calon dalam kawasan berkenaan disamping peribadi calon tersebut. Agak sukar menilaikan kes seperti ini jika masing masing bakal calon mulai kempen dan membina pengaruh masing masing. Tambahan pula sudah pasti dalam keadaan begini, pertarungan dijangka sengit,   pengaruh parti agak setara, justeru memerlukan pengaruh calon dan keluarga beliau untuk menang.

Jika mengikut kajian kita yang lepas, faktor calon baru  pada puratanya tidak menyumbang apa apa kepada  undi yang diperolehi. Siapa sahaja  yang menjadi calon  akan menyumbang undi yang serupa,  dalam keadaan begini, undi hanya diperolehi  diatas kekuatan parti sahaja. Sedikit perbezaan dijangka  ada  dan ini disebabkan oleh  faktor keperibadian dan pengaruh keluarga sahaja.

Bagi Pakatan Rakyat nampaknya lagi sukar menentukan sama ada seseorang itu winnable atau tidak. Ini kerana terlalu ramai daripada mereka hanya merupakan calon sepenggal, ramai pula daripada kalangan yang belum dikenali sewaktu PRU 12. Jadi inilah kali pertama pengundi berpeluang menilaikan mereka.

Perlu diingatkan dalam kajian  kita yang  lepas, model yang dihasilkan mendapati faktor calon adalah signifikan ( t=2.49) dalam menentukan sebahagian undi yang diperolehi, iaitu daripada sumbangan 0 bagi calon baru kepada 1484 undi bagi calon 4 penggal . Soal winnable candidate tidaklah  begitu penting di kubu kuat BN atau Pakatan Rakyat,  tetapi amat penting di kawasan petandingan yang sengit.

Dengan keadaan demikian, di kawasa-kawasan yang mana kekuatan parti parti yang bertanding adalah setara, faktor calon amatlah penting. Sama ada pilihan itu betul atau tidak,  ia  tanggungjawab  Najib sebagai pemimpin BN, atau pemimpin-pemimpin parti Pakatan Rakyat. Ini bukan mudah ditentukan sekalipun seseorang bakal calon mendakwa  mendapat sokongan padu atau telah menerima ‘perintah Allah’ untuk bertanding.

Update 6 April 2013

Tambun – Anwar Ibrahim: Keputusan Anwar Ibrahim untuk tidak bertanding di Tambun dan sebaliknya mempertahankan kawasan asal beliau di Permatang Pauh adalah keputusan yang tepat. Ini kerana Tambun adalah kawasan majoriti Melayu (64%), Cina (24%) dan India 11.2%). Nampaknya Anwar akur dengan komen dalam Blog ini (di atas) tentang masalah calon ‘video star’ yang punyai isu moral di kawasan majoriti Melayu. Di kawasan asal yang juga majoriti Melayu tak apalah sebab majoriti pengundi di sana taksub dengan beliau.

Penyandang kerusi sekarang ialah Dato Seri Husni Hadazlah, menteri kewangan Malaysia.

Sungai Siput – Sammy Vellu: Presiden MIC kini menyatakan yang Sammy tidak akan bertanding dan Sammy Vellu kata beliau sendiri seorang winnable Candidate. Sungei Siput mempunyai  pengundi Melayu 36%, Cina 40% dan India 23%. Kalau Sungei Siput punyai majoriti Melayu mungkin beliau boleh menang dengan bantuan Melayu dan sebahagian pengundi India, tetapi beliau tidak boleh mengharapkan pengundi Cina yang sukar diramalkan. Dalam keadaan yang ada agak sukar untuk beliau menang jika bertanding di sini. Tambahan pula kehadiran beliau di Parlimen akan menyukarkan Presiden MIC yang ada sekarang.

Gelang Patah – Lim Kit Siang: Lim Kit Siang telah menyatakan hasrat beliau hendak bertanding di Gelang Patah. Kawasan Parlimen P.162 ini yang terletak di Johor , mengikut  angka Pilihanraya yang lepas, mempunyai seramai  78,676 orang pengundi terdiri daripada Melayu 34%, Cina 54% dan India 12%. Pada pilihanraya lepas BN telah memenangi kawasan ini dengan kelebihan  8,851 undi. Kawasan majoriti pengundi Cina ini telah menarik minat Lim Kit Siang  kerana beliau yakin mendapat sokongan padu daripada kaum Cina. Bagaimanapun rekod pengundian dari pengundi Cina di Johor berbeza dari kawasan lain di Semenanjung kerana secara tradisi kaum Cina di Johor lebih mesra dengan  BN, termasuk pada Pilihanraya 2008. Johor juga dikenali sebagai kubu kuat UMNO, tetapi pada  pilihanraya umum  tahun 2008, undi kaum India tidak banyak  dipengaruhi fenomena Hindraf yang melanda  Semenanjung Malaysia.

Dalam keadaan terkini dianggarkan yang  corak pengundian kaum Melayu untuk BN  akan kekal seperti dahulu, undi kaum India akan bertambah tetapi undi kaum Cina akan merosot.

Sekiranya nisbah komposisi pengundi di kawasan ini kekal seperti dalam tahun 2008, pertandingan di sini dijangka sengit jika Lim Kit Siang yang bertanding. Tetapi jika BN mengemukakan Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor menentang Lim Kit Siang, dijangka BN akan  mengekalkan kerusi ini. Ramalan ini adalah ramalan awal dan mungkin perlu dipinda mengikut data terkini komposisi pengundi di kawasan ini.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Pilihan Raya Umum Ke 13 ( Tahun 2013): Calon Boleh Menang ( Winnable Candidates)

  1. drmuzaffar says:

    “Tapi yang ini mungkin juga winnable, sebab dia kata Allah suruh dia turun padang untuk menyelamatkan bangsa”

    Tertawa dgn statement ini. dapat wahyu ke ?

  2. DAH IKHWAN says:

    Bekas menteri tu, nampaknya tak tahu agama kut? Dahpun mengaku dapat wahyu, direct dari Allah pula. Rasulallah pun hanya melalui Jibril. Barang reject dan expired macam nilah jadi penasihat Pakatan Rakyat!!!!

  3. Shahizul Hashim says:

    DAH IKHWAN,

    Rasulallah pun hanya melalui Jibril — Rasanya not 100% betul.
    Sila rujuk ke http://id.wikipedia.org/wiki/Hadits_Qudsi .

    Anyway, good Analysis. Thanks for the information

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara Shahizul,
    Terima kasih diatas komen saudara. Insya Allah saya akan lawat laman wikipedia yang saudara sarankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s