Transformasi Ekonomi(ETP) dan Kerajaan(GTP): 12 Isyarat Jelas Kejayaan – Idris Jala

( Artikel ini adalah rumusan terjemahan artikel 12 Clear Signs of Success -The Star 1 April 2013-  oleh Datuk Idris Jala,   Menteri di Jabatan Perdana Menteri  dan CEO Performance Management and Delivery Unit)

Datuk Idris Jala menyatakan, dengan pencapaian Program Transformasi setakat ini,  negara kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020,  malah  jika pencapaian berterusan degan kadar terkini, kita mampu mencapainya menjelang tahun 2018.

12 isyarat yang nyata  termuat dalam Laporan Tahunan Program Transformasi. Antaranya ialah:

1.Malaysia telah mencapai pertumbuhan per kapita Pendapatan Negara Kasar sejumlah 41% daripada tahun 2009 sehingga 2012.

2.Pada tahun lepas sasaran dalam tiga sektor utama telah dicapai.   Negara telah mengambil seramai  438,800 orang pekerja baharu, iaitu  13% melepasi sasaran;  Pelaburan Swasta  sebanyakRM139.5 bil, melebihi sasaran sebayak 9%;  dan Pendapatan Negara Kasar  melepasi sasaran sebanyak 2%.

3. Pertumbuhan Ekonomi pada tahun 2012  ialah 5.6% berbanding 5.1% pada tahun sebelumnya. Ini merupakan pencapaian yang luarbiasa memandangkan suasana ekonomi dunia yang lembab dalam tempoh tersebut.

4. Hasil Kerajaan dalam dua tahun yang lepas adalah pencapaian yang tertinggi dalam rekod. Tahun lepas ia bertumbuh dengan kadar 12% kepada RM207 bil, yang membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program membantu rakyat miskin dan membina infrastruktur.

5. Defisit Belanjawan telah menurun  daripada 6.6% GDP kepada 4.5% GDP dalam tahun 2012. Sasaran tahun ini ialah 4% dan 3% pada tahun 2014. Bagi yang kurang arif, deficit yang menurun (dikira dari segi nisbah GDP) adalah baik untuk negara dan mencerminkan kemampuan yang meningkat untuk kerajaan  membayar hutang.

6. Pertumbuhan  pelaburan swasta telah meningkat tiga kali ganda daripada 5% antara tahun 2005 dan 2010 tatkala Transformasi Ekonomi bermula,  kepada 17% pada tahun 2011 dan 2012. . Tahun lepas ia meningkat 22% selepas bertambah 12.2% pada tahun 2011.

7. Malaysia menerima pengiktirafan dunia. Dalam tahun 2012, kedudukan negara di  Bank Dunia sebagai negara yang mudah berbisnes  meningkat ke tangga yang ke 12 daripada ke 18 sebelumnya. Kearney’s  Confidence Index untuk Pelaburan  Langsung Asing(FDI)  kedudukan kita meningkat ke 10 daripada ke 21 sebelumnya.

8. Peningkatan kualiti infra pengangkutan memberi manfaat kepada semua rakyat. Di Kuala Lumpur rakyat menikmati pertambahan 37 tren KTM, 35 tren LRT dan 470 buah  bas Rapid KL.

Bukti bukti di atas berserta dengan beberapa lagi isyarat yang lain  menunjukkan yang negara ini semakin maju dan  bergerak di landasan yang betul   dengan semangat Malaysia Boleh.

[Artikel di atas diterbitkan sebagai khidmat  kepada para  pembaca tentang keadaan ekonomi negara semasa. Saya terpanggil menerbitkan artikel ini sebagai panduan memandangkan suasana  di internet yang cenderong membangkitkan informasi yang mengelirukan.]

dirumus dan diterjemah oleh DAH IKHWAN.

Gallery | This entry was posted in Artikel Business, Artikel Politik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Transformasi Ekonomi(ETP) dan Kerajaan(GTP): 12 Isyarat Jelas Kejayaan – Idris Jala

  1. drmuzaffar says:

    Salam. Any comments on lim kit siang glg patah ventures. It is 53% chinese and 47 % malay / indian.seats.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara drmuzaffar,

      Saya akan buat komen tentang perkara ini dalam artikel winnable candidate. Mengikut analisis awal agak sukar Lim Kit Siang menang jika berlawan dengan Menteri Besar Johore.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s