Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 tahun 2013: Ramalan Keputusan Parlimen

Syukur Alhamdulillah semua artikel berkaitan PRU 13 mendapat sambutan hangat dari anda sekalian satakat ini. Dengan dorongan anda sekalian,  saya telah dapat menyiapkan ramalan untuk kawasan  parlimen, walaupun ini  memerlukan masa yang  banyak untuk menyiapkannya.

__________________________________

Sila lihat artikel Keputusan dan Ulasan Pilihan Raya Umum ke 13 dan Klik di sini

__________________________________

Saya tidak perlu menperkenalkan diri  kepada anda yang kerap berkunjung ke laman blog ini, tetapi bagi mereka yang baru terdorong melawat  ke  sini, terutama dimasa demam pilihan raya sekarang, saya perlu memberi sedikit informasi tentang rekod dan kaedah ramalan.

Sejak kita memulakan  projek  ini, kita telah menyiapkan ramalan  untuk 12 pilihan raya kecil sejak tahun 2009 lagi. Kita  juga telah menyiapkan ramalan untuk Pilihan Raya  Negeri Sarawak dalam tahun 2011. Ramalan-ramalan in terbukti ketepatannya , kecuali di satu kawasan sahaja. Kesemua ramalan yang lepas boleh diakses dalam blog ini.

Ramalan dibuat dengan kaedah multiple regression analysis untuk  menghasilkan model yang memerlukan input data yang banyak dari semua kawasan pilihan raya, iaitu sebanyak 222 kawasan parlimen kesemuanya. Beberapa faktor telah dipilih untuk diujikaji bagi mempastikan signifikannya  data tersebut dalam model yang akan digunapakai.

Faktor-faktor penentu (independent variables) yang telah diujikaji dan terpilih sebagai signifikan untuk sesuatu kawasan parlimen ialah jumlah pengundi Melayu, Cina,India, dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah, faktor pengaruh parti dalam kawasan tersebut dan  berapa kali penyandang telah bertanding sebelumnya. Semua faktor diatas didapati sangat signifikan, yakni memberi kesan yang ketara keatas keputusan pilihan raya.

Dalam ramalan ini saya menganggarkan  sokongan pengundi Melayu kepada BN diparas 61%, undi Cina 25% dan undia kaum India 60%. Juga  saya inputkan aras kekuatan tradisi BN di dalam setiap kawasan pilihanraya.

Dalam membuat ramalan ini, saya ketepikan fahaman politik sendiri bagi menghasilkan ramalan yang objektif dan terbukti  tepat sebelum ini. Sama ada ramalan kali ini juga setepat itu, Allahu ‘alam, Allah sahaja yan mengetahui, dan insya Allah kita akan bersama-sama  tahu pada 5  Mei ini

Dalam menyediakan ramalan saya akur dengan respond anda sekalian. Pengunjung pengunjung dari BN biasanya gembira, tetapi yang dari PR ramai yang marah kerana ramalan  untuk kawasan kawasan DUN setakat ini memihak kepada BN.

Hasil kajian menunjukkan BN akan menang dalam PRU ke 13 dengan memperolehi majority melebihi 2/3. Butiran seperti dalam jadual di bawah:

Jadual: Ramalan Keputusan Pilihan Raya Parlimen Malaysia Tahun 2013

Semenanjung BN Minima BN Maxima
BN 113 121
DAP 27 26
PKR 17 13
PAS 8 5
Jumlah 165 165
Sabah & Sarawak
BN 46 49
DAP 8 7
PKR 2 1
PAS 0 0
Bebas 1 0
Jumlah 57 57

Jadual di atas menunjukkan  dalam senario  minima BN akan memenangi  159 kerusi parlimen di seluruh Malaysia manakala DAP akan memenangi 35 kerusi, PKR 19  dan PAS 8. Dalam senario yang terbaik pula BN akan memenangi 170 kerusi, diikuti DAP dengan 33 kerusi, PKR  14 dan PAS  5. Untuk majoriti 2/3 BN hanya memerlukan  148 kerusi.

Ramalan Kerusi Hangat

Terdapat beberapa kerusi hangat yang para pembaca ingin saya buat ramalan. Membuat ramalan sesebuah kerusi sememangnya amat sukar, apa lagi di kawasan dimana kekuatan parti yang bertanding  itu seimbang.

Di Kawassan P.22 Pasir Mas Kelantan, Ibrahim Ali, penyandang, bertanding atas tiket  bebas dan bertembung dengan Nik Mohd Abduh Nik Aziz dari PAS. Perlu diingati yang Ibrahim Ali memenangi kawasan ini dalam PRU 12 di atas tiket PAS. Mengikut simulasi model kita, pertandingan disini amat sengit,  kerana kawasan ini adalah kawasan tradisi PAS. Jadi ramalan kita di P.22 memihak kepada calon PAS, Nik Abduh.

Di Kawasan P.108 Shah Alam Zulkifli Nordin dari BN ditentang  oleh Khalid Samad dari PKR. Sungguhpun ramai pembaca menganggap kawasan ini kerusi panas, sebenarnya kawasan ini adalah kawasan tradisi BN, hanya kalah pada tahun 2008 kerana suasana anti BN yang luar biasa. Memandangkan yang sentimen politik kini memihak kepada BN dan kawasan ini pula majoriti Melayu, dijangka Zulkifli Nordin dari BN  akan memenangi kawasan ini.

Di P. 162 di  Gelang Patah pertandingan dijangka amat sengit di kubu kuat BN ini. Kehadiran Lim Kit Siang di sini menukarkan senario secara drastik kerana kawasan ini majoritinya   pengundi Cina. Pada perkiraan kita adalah amat sukar bagi  calon BN, Datuk Abd  Ghani Othman untuk memenangi kawasan ini. Ada kemungkinan  Lim Kit Siang mampu memperolehi 90% undi Cina seperti diidami beliau. Jika ini berlaku ia tidak dapat diimbangi oleh undi Melayu dan India, membolehkan DAP  memenangi kawasan ini.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

48 Comments

  1. drmuzaffar

    Ramalan 2/3 jelas utk bn. Harap miracle.dari Allah bagibkerusi gelang patah.kerana sentimen kecinaan sangat kuat di kalangan pengundo cina glg patah. Hanya perlu kan 18% sahaja sokongan.pengundi cina di glg pth utk gani ke hadapan. Sokongan.pengundi melayu dan india di glg pth kini di tahap menghampiri 90%. Insyallah gerak gempur tetakhir bn.dari Tun m akan meningkatkan lagi sokongan melayu dan.india.

    • DAH IKHWAN

      Sama ada Tun Mahathir boleh pengaruhi Cina, sukar diramalkan. ORANG Cina rasa Tun terlalu rasis.

  2. drmuzaffar

    Saudara. Bagaimana permatang pauh. Lbh pantai dan off course putrajaya.

    • Ir Dino Bravo

      1) Sebenarnya berapa jumlah independent variables yang dimasukkan?
      2) Adakah ada moderating variables?
      3) Adakah independent variables berikut dimasukkan (walaupun ia mungkin insignificane ataupun terlalu complex):
      i) Sentimen para pengundi sepanjang 5 tahun lepas
      ii) Jumlah pengundi muda
      iii) Pengaruh internet
      iv) Program transformasi kerajaan
      v) Semangat patriotik
      Terima kasih

      • DAH IKHWAN

        Saudara Dino,
        Kesemuanya saya gunakan lima independent variables, model guna empat ind var ada juga. Sukatan pengaruh tradisi parti dlm kawasan juga penting sekali dengan data % undi BN dapat dlm PRU 2008 dan 2004.

      • DAH IKHWAN

        Lagi satu, sentimen undi muda data hanya terbit dlm pru 13, jadi hanya dapat factor in selepas keputusan pru diketahui nanti. FAKTO faktor lain saudara Dino sebut, saya tidak pasti dapat di quantify.

    • DAH IKHWAN

      Permatang Pauh tinggalkan sahaja kat Anwar. Saya tak yakin ia boleh ditembusi dlm PRU ini. Lembah Pantai nampaknya ada harapan cerah. KAWASAN Putra Jaya ramai pengundi baru kaum Cina. Adakah penempatan kaum Cina disana? Jangan jangan undi hantu tak?

  3. zul

    aduhhhh….

    Lim Kit Siang menang ka?? aduhai…jentera perlu bawa tun M ke johor. bagi meningkatkan pengundi melayu dan india.

    • DAH IKHWAN

      Saya rasa Tun boleh pujuk undi Melayu dan India, tapi inipun mungkin dah amat tinggi sekarang. Kesan sampingan, undi Cina semakin jauh. NAJIB LEBIH friendly bagi orang Cina dan kaum lain.

  4. drmuzaffar

    Setuju. Tun m tak akan dpt pengaruhi undi cina di glg pth. jgn dpt 2/3 tapi hilang putrajaya dah.

  5. Ir Dino Bravo

    Dah Ikhwan;
    Terima kasih kerana membalas pertanyaan saya. Ya, data-data tersebut mungkin agak baru dan sukar diquantified. Saya berpendapat, sentimen pengundi sepanjang lima tahun lepas dan juga pengundi muda terutamanya dengan pergaruh internet mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi analisa tetapi mungkin tidak banyak, mungkin 5% atau 10%, terutamanya sekiranya ada “full-swing”. Sebagai contoh, jika kita menganalisa untuk PRU12, kita akan kaji data-data sebelum PRU12, tetapi keputusan akhir PRU12 mungkin tidak tepat kerana unexpected “full-swing” tersebut.

  6. zul

    ada perubahan atau update tak? sebab ini dah masuk zon 2 hari terakhir nih.

  7. drkamal

    nampak sungguh DAP rasis…sungguh kecewa byk kaum cina tak kenang budi…Semoga Allah SWT membantu kemenangan BN khususnya di GP

  8. BERJASA

    salam tuan

    Saya penyokong parti BERJASA. Mereka bertanding di 9 Parlimen, antaranya Subang, Selayang, Seremban dan Alor Star.

    Boleh tuan komen tentang kebarangkalian kemenangan parti ini?

    terima kasih

  9. benzima

    sy xbrapa setuju dgn kajian nie….. sbb dlm tempoh berkempen sekarang nie kita bleh tgk event yang umno buat dengan event y pakatan buat….. bagaimana sambutannya…..

    dan kalo kita tengok time dato seri najib berucap ketika menjemput PSY datang ke peneng pun….bila dato laungkan “are you ready for BN”… majority menjawab “tidak”…. sedangkan orang yang hadir adalah dari setiap pelusuk negara malaysia…. bagaimana boleh katakan BN boleh menang 2/3. suka saya katakan jika pilihanraya ini berlaku dengan adil ramalan diatas akan jauh meleset…..

    maaf jika apa y sy katakan menimbulkan kemarahan…..

  10. faisal nor

    shah alam pun dah jd bn d pkr..itu pun dh xbetul…hmmmm

  11. hak55

    Dengan 80 % pengundi bukan Melayu dan sekurang-kurangnya 50% pengundi Melayu dijangka akan mengundi PAKATAN RAKYAT, nampaknya kali ini BN akan kalah di dalam PRU 13 yang akan diadakan pada hari Ahad ini.

    Sesiapa yang kenal Najib tolonglah beritahu dia (Najib) supaya dia boleh beritahu isterinya untuk berkemas (packing) dengan seberapa segera yang boleh.

    INIKALILAH!

    As – Salaam. HAK

    • DAH IKHWAN

      DI MANA hang dpt angka angka diatas. TAK boleh dari atas angin saja.

  12. danial cool

    Biasa lah komen penyokong pembangkang amat ekstrimis dan marah-marah kadang-kadang saya perhatikan mereka belajar dari ketua pembangkang samada DAP,PKR dan PAS macam orang tak siuman pun ada.Mereka lupa Allah dah susun semuanya.Teruskan kajian anda yang memang saya nampak logik dan tiada sentimen terhadap mana-mana pihak.Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dapat menilai kaca dan permata. Insyaa Allah kebenaran akan terserlah juga.AMIN

  13. PRGOOOOOO!!

    Hi awak. Hihihi iniakalilah!!

  14. Cheah

    Saya kaum Cina…saya tidak setuju yg kaum cina tidak kenang budi. Ambil saya sebagai contoh, saya dpt 5A dlm SPM di tahun 1984. Saya tidak dpt apax2 schlorship utk ke luar negara sambung belajar, terpaksa sambung tinkatang 6..tapi, classmate saya yg kaum melayu..hanya dpt 2A, dpt schola rship belajar doctor d di UK. Dan 1 lagi hanay 1A, dpt schlorship belajar kejuruteraan di US…PENDAPAT KAMU…ADAKAH INI ADIL?

    • adil. sebab melayu begitu bermurah hati untuk beri anda kewargenegaraan tanpa syarat. anda boleh belajar, makan, minum, kerja dan cari kekayaan dengan aman di sini. yang orang melayu minta satu sahaja. apa apa yang berkaitan dengan hak kami jangan di ganggu. orang cina boleh pergi china. orang india boleh pergi india. orang melayu pula ada satu negara ini sahaja dan tak boleh pergi mana mana. itu pon orang melayu sanggup share dengan bangsa lain. kalau ini pon kamu hendak ambil, apa yang tinggal untuk kami? adil bukan bererti sama rata. adil bererti memberikan hak kepada mereka yang sepatutnya. kalau kamu nak betul betul adil, populasi negara ini ada 55% melayu, 30% cina, india 10 peratus, lain lain 5%, kita pecahkan kek ekonomi kepada pecahan di atas, adil tak? kamu tak puas hati orang melayu dapat itu dan ini. kami tiada masalah untuk korbankan segala yang menjadi hak kami secara sama rata jika itu yang kamu tuntut, tapi kalau kamu mahu kami korbankan hak kami, seadilnya ialah kamu korbankan kewargenegaraan kamu. setuju?

      • nizam

        setuju apa adam kata, sape yg paling ramai yg kaya kat kat mlaysia?? org melayu xkisah pun.yg peting kita bolih terima semua 1 malysia. sama2lah jaga keamanan jgn spai trgadai body trgadai mlaysia,pd anasir2 luar lebih2 lg YAHUDI ada PAHAM Renung2 FIKIR2 lah.HIDUP 1 malaysia.

    • Hamdan

      Hey Cheah, takat dapat 5A SPM. Saya tak tau apa yg jadi pada 1984. Mungkin kamu tak kenal menteri tapi bapak kawan kamu kenal. Tapi batch saya tahun 1997, dapat 10A pun tak keluar negara. Jangan ingat Melayu dapat keluar negara dengan result yg rendah macam tu. Tiada dalam rekod kenalan / saudara mara yg ada rekod seburuk tu, 2A even dapat masuk universiti tempatan. Yang ditawarkan biasiswa semuanya mempunyai keputusan yang sangat cemerlang.

      Adil. Sebab kamu dapat pendidikan dan diberi peluang yg sama untuk bersekolah di seklah sama macam orang-orang Melayu. Kamu diberi peluang untuk meneruskan pengajian sampai ke tingkatan 6 dan seterusnya. Tengok top 10 orang terkaya di Malaysia. Apa yg tidak adilnya?

  15. Mujibur

    Saya rasa Cheah ni ini Cybertrooper DAP atau geng Red Beans.. Anak saya mendapat 11 A dan pelajar terbaik di sekolahnya mengatasi pelajar China. Apabila di temuduga untuk mendapatkan scholorship belaiu tidak dapat dan salah seorang yang dapat dalah rakannya seorang berbangsa China ynag hanya mendapat 9A dan 1B. Cakap2 mengatakan bahawa pelajar tadi mendapat biasiswa di bawah kuota kaum China. Kami menerima dgn hati terbuka dan anak saya meneruskan pelajaran dalam negeri. Beliau ditawarkan biasiswa dlm negeri saja. Kami tetap bersyukur

  16. Mr.Haha

    InsyaAllah BN lose.

    • nizam

      BN lose?? hidup DAP Hidup DAP pastikan pas,pkr semua ganti agama islam n bgsa melayu,itu janji dap prty yahudi. baru best hidup dap hidup dap HaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHa… baru tau tinggi rendah langit. org2[???]. renung2kn fikir fikirkn la.

  17. gibs

    ini cuma ramalan…bukan ramaln yg mengundi…rakyat yang mengundi..jadi..lihat selepas undian rakyat…

  18. mustaffa

    menurut pemerhatian saya, tanda2 sudah jelas BN dapat 2/3.. malah di Kelantan dan Kedah, BN amat cerah menguasai kerajaan .. sentimen di bawah menunjukkan demikian.
    yang jadi mangsa perubahan sikap pengundi ialah PAS dan PKR. Langkah DAP yang berkempen agresif di kawasan Cina, telah menakutkan pengundi melayu atas pagar. Rakan saya memberitahu, temanya ialah `kita naikkan kuasa Cina’..

  19. mic

    I really love how you can predict as such, it just what wonder me the most is on what basis you make that prediction? suka2?

  20. Neil

    saya peribumi Sarawak…kenapa kempen sekarang yang terlalu perkauman dan sesetengah parti mengaitkan agama(Ibrahim Ali)…apa semua ni?terlalu kecewa tengok BN selalu memain isu ini…lebih x2 lagi terhadap orang cina..saya dengan kawan Cina saya tidak ada timbul isu ini sama makan minum…ini kali saya tahu nak undi apa….fakta tidak boleh padam hanya dengan sekadar mulut sahaja..

  21. Maha agong ALLAH boleh merubah dlm sekelip mata., Kemenangan BN bermakna Kaum melayu akan tertindas 50tahun menang pun yg merempat, Miskin dan di Flat2 murah sekitar KL 80% org melayu, – kalau dilihat sekitar KL maju berkembang tapi harta HAK MILIK ORG MELAYU sukar dicari., – JIka dahulu level guru2 sekolah mampu memiliki rumah teres sekitar raduis 30km dari kuala lumpur, tapi zaman 2012,2013 rumah2 sekitar KL mencecah jutaan ringgit contoh selayang 20×70 harga rumah secondhand sahaja bermula dengan 450k, kalau yg baru sekitar 500k ker 1.3m berapa ramai yg mampu kalau gaji setakat 10k sebulan nak membeli rumah yg berharga 700k , itu gaji yg 10k sebulan yg bawah 5k sebulan macam mana? dlm umno pun berapa kerat sgt yg mewah? tak sampai 5% pun

  22. Mujibur

    Din Bruno… 50 tahun dulu di mana org melayu.. berapa ramai jadi Doktor, engineer , Akauntan dsb.. Berapa nilai asset orang melayu..???

  23. hantu siang

    Dalam Islam tidak ada ramalan…….sepatutnya ia hanya satu analisa akademik berdasarkan faktor2 langsung dan tidak langsung dengan variasi2 yang diterima. Apa pun analisa hanya berdasarkan data yang ada dan sentimen sebenar pengundi tidak ada dalam analisa tersebut maka penentu adalah hari mengundi. Menang dan kalah adat pilihanraya itu hak pengundi majoriti kalau terima ala demokrasi maka terimalah dengan hati terbuka. Kalau BN kekal mohon pemimpinnya semua insaf dan jalankan tanggongjawab dengan amanah, tabliq, fatanah. Kalau PR menang jangan kadok naik junjung, beristiqamah dan berlakulah adil dan jangan berdendam. Semoga Allah memberikan hidayah kepada semua politikus.

    • DAH IKHWAN

      Saudara hantu siang,
      Setahu saya ramalan itu adalah istilah am samaada ia dibuat sechara ilmiah menggunakan fakta yang ada seperti unjuran ekonomi tahun depan, unjuran jualan perniagaan, ramalan kertas perperiksaan ataupun ramalan cuaca. Semua ramalan itu pentinng dalam pentadbiran ekonomi atau pentadbiran negara. Ada juga ramalan yang haram seperti ramalan empat nombor ekor atau ramalan ahli nujum tentang nasib masa depan kita.

      Ramalan pilihanraya yang kita buat berasaskan pangkalan data yang sedia ada termasuk data dan keputusan pilihanraya dahulu, demografi pengundi dan tinjauan pendapat. Ia hanya tafsiran penyelidik menterjemahkan data yang ada dalam bentuk model untuk kawasan kawasan pilihanraya. Ini bukanlah seperti ramalan melulu Anwar Ibrahim hendak membentuk kerajaan Malaysia selepas PRU 13.

      Saya tidak nampak bagaimana ramalan saya menjadi satu isu dalam agama.

  24. Tanak Waguh

    salam..saya bumiputera Sabah dan menetap di KL. Mungkin ramai yang tidak tahu hakikat sebenar rakyat Filipino yang mendapat WARGANEGARA di Sabah, memang betul pada asalnya untuk meraih undi dari pengundi Islam ketika kedatangan UMNO di Sabah. Tapi tindakan tersebut menyebabkan Sabah mendapat penyakit “kanser” yang sukar dibuang walaupun diketahui puncanya. Najib sendiri pernah mengaku dalam rancangan di TV1 bahawa kerajaan tidak dapat mengawal kemasukan warga asing, sama seperti US tidak dapat mengawal kemasukan warga Mexico. Tetapi kenapa tidak dibendung korupsi sehingga memberikan warganegara kepada warga asing tersebut. Penduduk Sabah terpaksa bersaing dengan PATI untuk mendapat pekerjaan. Majikan lebih gemar mengambil tenaga kerja PATI kerana tidak perlu membayar gaji tinggi, EPF, socso ect.

  25. Dolah

    Ya allah, menangkanlah BN dgn cemerlangnya…..aminnnnn

  26. FAIZUL

    Parlimen Sembrong Dun Kahang, kemenangan mudah buat Hisyammuddin

  27. Noname

    Orang kalau dahh taksub, mcm kena rasuk. Cakap apa pun x guna.. Nampak depan mata pun boleh kata tak.. Bila jd mcm tu, si perasuk hv done a very good job.. Congrats.

  28. ERISHAH

    kita KEKAL kelantan, Kita TUKAR putrajaya

  29. AMIN.. SELURUH UMAT MELAYU HARUS BERSATU DALAM SATU IKATAN YANG KUAT BAGI MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR, INGAT TUAN-TUAN PELESTIN JATUH KETANGAN YAHUDI DISEBABKAN SIKAP PENDUDUK YAHUDI YANG SUKA MENJUAL TANAH KEPADA BANGSA YANG DILAKNAT ALLAH ITU. WALAUPON SUDAH DIINGATKAN OLEH PARA CENDIKIAWAN ISLAM KEPADA ORANG PENDUK ISLAM PELESTIN SENDIRI. INGAT TUAN-TUAN ORANG KAFIR SENTIASA BERNIAT BURUK TERHADAP AGAMA KITA. WALAUPON KITA BOLEH MAKAN DAN MINUM DENGAN MEREKA SATU MEJA TETAPI HATI MEREKA TETAP MEMPUNYAI SIFAT DENDAM KESUMAT KEPADA KITA. WALAUPON MEREKA KATA IYA DIDEPAN KITA TETAPI TIDAK DIHATI MEREKA. wALAUPON SETIAP PARTI-PARTI DI MALAYSIA INI ADA MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN PARTI-PARTI BUKAN BERAGAMA ISLAM TAPI KITA MESTI SENTIASA TANAMKAN SIFAT CURIGA KEPADA MEREKA. APA KATA KITA DOAKAN SAMA-SAMA SEMOGA 60 PERATUS ORG MELAYU YANG BOLEH MENGUNDI KALI INI BERSATU UNTUK MENEGAKKAN KEKUATAN ORANG MELAYU. SUPAYA KITA TIDAK DIPANDANG REMEH OLEH BANGSA LAIN. UMNO(ISLAM)+(PKR ISLAM)+PAS(ISLAM) 60 % MEJORITI DALAM PARLIMEN. KITA TIDAK AKAN DITENTANG OLEH APA BANGSA SEKALIPON DALAM MALAYSIA. APA HUKUMPON KITA BOLEH LAKSANAKAN. BUANGKAN DENDAM KESUMAT SESAMA BANGSA, IRI HATI, SESAMA UMAT MELAYU. INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA MAHUPON DIAKHIRAT. WUJUDKAN IKATAN MELAYU ISLAM NEGARA (IMAN). MARILAH KITA RAMAI-RAMAI DOAKAN SEMOGA IANYA MENJADI KENYATAAN. AMIN YARABBULA’LAMIN.

  30. Habislah UMNO

    Kalau assumption awal kita bias, statistic paling tepat pun boleh salah dan bias

    • nizam

      Habislah UMNO menang 2/3 yg lain melopong haha… hidup BN.

  31. Semua ini analisa/ramalan ini adalh gila sehinggalah keputusan dketahui malam ini.Sy teringat kt2 Anthony Robbins bhawa orang tidak akan mempercayai fakta dan analisa anda shinggalah hasilnya kelihatan. Jika pada 500 tahun lps anda mnyatakan bahawa ada sejenis peti yg dpt mengeluarkan suara dan gambr2 yg bgerak ddlmnya yg bernama televisyen anda psti akan dkatakan tidak siuman.

    Sy berasal dr Kelantan dan sy jg trut membuat analisa pengundian
    hari ini bdasarkan statistik dan sentimen pengundi. Sy meyakini Klantan akan jatuh kepada BN dgn minima 25 kerusi shingga 31 kerusi (max).

    Berikut adlh detail kerusi2 yg akan dmenangi oleh BN dan PR:
    BN
    P1(Tumpat), n1(Pngkalan Kubor), N2(Kelaboran), N4(W.Bharu)
    N12(P.pasir), n13(chetok)
    p23(r.panjang), n15(G.periok), n16 (bukit tuku)
    p25(bachok), n20(tawang), n21(perupok), n22(jelawat)
    p26(ketereh), n23(melor), n24(kadok), n25(k.lanas) KUBU KUAT
    p27(t.merah), n26(b.panau), n27(g.ipoh), n28(kemahang)
    p28(p.puteh), n29(selising), n30(limbongan), n31(semerak),n32(gaal)
    p29(machang), n33(p.condong),n35(kemuning)
    p30(jeli), n36(b.bunga), n37(a.lanas), n38(k.balah) KUBU KUAT
    p31(k.krai), n39(mengkebang), n40(guchil),n41(m.urai), n42(dabong) KUBU
    p32(g.musang), n43(nenggiri), n44(paloh), n45(galas) KUBU KUAT

    manakala PAS
    N3(P.pekan)
    p20(p.chepa), n5(kijang), n6(chempaka), n7(pachor) KUBU KUAT
    p21(k.bharu), n8(t.mas), n9(k.lama), n10(b.payung) KUBU KUAT
    p22(p.mas), n11(tendong)
    n14(meranti)
    p24(k.kerian), n17(salor), n18(p.tumboh), n19(demit) KUBU KUAT

    Saya yakin dgn 80-85 peratus ketepatan analisa ini(maxima 10 antaranya tersasar). Semua ini mungkin kelihatan syok sendiri, tetapi malam ini adalah penentu kata2 sy. ‘Semuanya adalah kelihatan gila sehinggalah hasilnya diketahui!

  32. Satay

    ‘ sebab melayu begitu bermurah hati untuk beri anda kewargenegaraan tanpa syarat ‘ – kadiology.

    This is NOT true. Independence was achieved with the cooperation of all races…..if not, the Penjajah still control the country.

    ‘ populasi negara ini ada 55% melayu, 30% cina, india 10 peratus, lain lain 5%, kita pecahkan kek ekonomi kepada pecahan di atas, adil tak?’ – kadiology.

    This is not a proper way to grow the economy…..if that the case, who wants to work to grow the economy to create REAL wealth and jobs for the ordinary people???? There is no government policies to restrict the Malays to 55% or 95%….but there are policies to directly discriminate others.

  33. CIKGURAMLAH

    sya mendoakan…kemenangan BN,,,dn jika kemenangan itu terjadi,,,seharusnya semua melayu islam bersatu….berbaiah dgn satu kepimpinan,,,dan bersolat syukor…diatas apasaja keputusan yg ditunjukkan oleh Allah nanti,,,,ingat ISLAM HARUS TEGAK DIBUMI MALAYSIA,,,,semua yg beragama islam harus BERSATU dan berkasihsayang,,,dan bermaaf-maafan,,,,,hilangkn rasa benci dan dendam kesumat,,,

Comments are closed