Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013): Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

Alhamdulillah  PRU 13 telah selesai dan semua data telah diperolehi dan dimuatkan kedalam komputer yang membolehkan analisis secara terperinci. Dalam artikel ini kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana   wujudnya kekeliruan  tentang corak pengundian dan implikasinya kepada  halatuju politik setiap kaum selepas ini. Kita  belum lagi membuat analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.

Pengundian Mengikut Kaum

Bagi Semenanjung Malaysia, analisis  kita menunjukkan  63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk  negeri negeri dan wilayah adalah seperti  dalam Jadual beritkut:

Jadual:  Pengundian Mengikut Kaum Bagi Kawasan Parlimen

Wilayah Melayu mengundi BN Cina mengundi BN India mengundi BN
KL dan Selangor           62%         11.6%             24.4%
Pulau Pinang            62.4         12.6              21.5
N Sembilan & Melaka            81.8           7.2              31.0
Perak            63.0          13.1               68.5
Kedah            56.7             9.2               54.9
Johore            84.1           11.1               59.1
Terengganu            53.2                  –                –
Kelantan             46.7                    –                 –
Semenanjung(purata)             63.3            10.8                43.2

Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu  kepada BN di aras 63.3% dengan Johore mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan  undi berbanding PRU 12 dan  fenomena ini mampu  menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN  di semenanjung pada kadar 61%.

Undi dari kaum Cina,  malangnya untuk BN telah jatuh  diluar jangkaan sama sekali,  keparas 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Ini mencerminkan  betapa efficiennya jentera DAP  dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.

Corak pengundian mereka mencerminkan kaum Cina begitu yakin yang  mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Melayu serta  membentuk kerajaan persekutuan yang  diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan  menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini  hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

DAP  mampu merancang dan melaksanakan kempen   dengan begitu teliti sekali, Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

DAP telah menggunakan Isu  Rasuah, Nepotisma,  Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti  dan perlaksanaan yang amat efficien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur  termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia (sila Klik).

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat  tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%.  Sebenarnya penentangan  ekstrim dari kaum India masih  wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain  sokongan mereka  meningkat hingga ke paras 59.1% di Johore dan  68.5%  di  Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama  Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.

Akhir sekali, dengan angka angka di atas,  saya ingin menjelaskan yang kekurangan kerusi Parlimen BN  sebenar berbanding Ramalan dalam blog ini disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina.

Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum  Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Komposisi  Ahli Parlimen  mengikut Parti dan Kaum

Untuk makluman di bawah saya paparkan jadual  komposisi Parlimen dalam jadual di bawah:

Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)

Melayu/Bumi Cina India Jumlah
DAP                 2      30       6        38
PKR                18        9       3        30
PAS                21        0        0        21
Jumlah  Pakatan  Rakyat                41       39       9        89
Barisan Nasional               122         7         4       133

Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai  122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera  dari Barisan Nasional dan  hanya 41 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh  bukan Bumiputera 48 kerusi termasuk 39 kerusi dari kaum Cina.

Angka diatas menunjukkan ada seramai 163 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.

NOTA
Ramai bertanya soalan atau mempertikaikan  data undi mengikut kaum yang kita hasilkan dari model regression. Angka agka kami sebenarnya   boleh diverify dengan mudah. Sila lihat formula di bawah:

BN(2013)= %MMxJMM+%CMxJCM+%IMxJIM
legend
BN(2013)= undi BN perolehi dalam sesuatu kawasan pilihanraya  parlimen.
%MM= % melayu mengundi mengundi BN.
JMM= Jumlah Melayu Mengundi
dan seterusnya untuk Cina dan India.
applykan formula ini untuk setiap kawasan dalam sesebuah negeri dan anda akan mendapat jawapan berapa buah kerusi yang BN menang dlm negeri/wilayah tersebut. Cuba Johore, Negri 9 dan Melaka, Perak, dahulu dsb. Jika ada masalah sila bertanya.

Anda boleh juga menggunakan kaedah diatas  untuk menganggar jumlah dan peratusan undi popular  seluruh Malaysia yang diperolehi oleh  BN dan Pakatan Rakyat. Jawapan yang anda  akan dapat  hampir  menepati angka rasmi SPR iaitu 50.87% untuk Pakatan Rakyat dan 47.38% untuk BN.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Copyrights (c) by DAH IKHWAN. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH IKHWAN.

Artikel-artikel Berkaitan

1.Kemenangan Donald Trump dan Kesannya. kepada Malaysia.
2. Ramalan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
3.Pilihanraya Negeri Sarawak 2016: Kajian dan Ramalan
4. PRU 13: Analisis Pilihan Pengundi Muda
5. PRU 13: Corak Pengundian di Lembah Kelang Mengikut Kaum

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Pilihanraya Umum Ke 13 (2013) and tagged , . Bookmark the permalink.

94 Responses to Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013): Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

  1. Mr.Haha says:

    You are a shameless racist.

  2. DAH IKHWAN says:

    Mr. Ha Ha,
    Do you know the song hips don’t lie. Here we have figures don’t lie, but many politicians make a living by lying. Who knows you may be one of those liers.

    Saudara saudara yang dihormati,

    Untuk makluman anda sekalian, Mr. Ha ha ialah seorang pengunjung yang aktif dalam blog ini sejak musim pilihan raya ini. Dalam komen komen beliau, beliau menyatakan dia seorang asing, berugama Islam dan lama menetap di Malaysia. Saya kurang yakin kerana hujah hujah beliau kesemuanya serupa dengan propaganda DAP, Malaysian Malaysia yang bermatlamat menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Oleh itu, saya berasa sungguh hairan mengapa hasil kajian ilmiah dan objektif yang kita hasilkan dalam artikel ini boleh mengundang respon beliau seperti di atas.

    Mungkin anda pernah dengar DAP Red Bean Army yang direkrut oleh DAP beramai- ramai untuk menjalankan propaganda mereka secara halus di alam maya. Saya tidak berasa hairan jika ada diantara mereka menyamar sebagai orang Melayu Islam dengan tujuan mengelirukan kita. Anda boleh baca banyak lagi komen komen dia pada artikel ‘ Malaysian General Election 2013: How will the Chinese Votes?’ dalam blog ini.

    • Mr.Haha says:

      Scare the people with NEP abolishment and non-existent Dap army. Kudos.
      Your super scientific research has not been approved by any authority. So its just syok sendiri.
      Thank you for calling me a dubious Muslim.

      And here is an hadith for the uneducated rural BN voters
      The cure for ignorance is to question.
      -Prophet Muhammed S.A.W.

      • DAH IKHWAN says:

        I am not familiar with that hadith. You must have done some research.
        By the way why should any authority approve my research. I have enough credential to do my own research. Look at some of those research widely published just before the Election. Some are utter rubbish, with findings that Anwar as more popular than Najib. Anybody knows it is not true.

      • DAH IKHWAN says:

        How do you know DAP Red Bean Army does not exist? By the way, you don’t even know the spelling of my prophet’s name, yet claiming to be a muslim and teach me hadith. What a dangerous person you are.

      • asaifude says:

        saudara dan,

        kenapa marah apabila orang mengkritik analisis saudara, sedangkan saudara juga mengkritik UMCEDEL? Pernahkah saudara melihat metodologi yang UMCEDEL gunakan?

        asaifude.

  3. kifli says:

    kajian penipuan undi tak nak buat ka?

    • DAH IKHWAN says:

      Itu soal polis dan spr. Pihak Asli dan badan badan pemantau lain kata keputusan boleh diterima.
      Tak mungkin pihak menang termasuk DAP mahuk kemenangan mereka dipertikaikan.

  4. zul says:

    macam mana saudara tahu berapa peratus undi kaum melayu, cina dan india? data ambil dan proses bagaimana?

    • DAH IKHWAN says:

      Saudra Zul,
      Ini mudah sahaja. Kita gunakan kaedah dalam ilmu statistik, ia itu
      regression analysis. Komputer program kita gunakan Lotus 123, mungkin juga microsoft excel ada program serupa.

      • Wan Anak Trengganu says:

        You used Regression Analysis in Lotus 123 and spammed those results to the public? You gotta be kidding me! Have you tried to use SAP yet and compare those results? If you have not heard of such program, try to use Advance Excel and modify your formula. I gotta the feeling your parameters and variables in your multiple regression formula you used were not reliable? Have you done reliability test on your model before you used them? Your formula shown by you above does not look like a reliable one as you did not show how you calculated your regression correlations and co-variances for those variables you used. You seem to assume those variables are all independent of each other. You need to provide proves that those are indeed independence variables. Otherwise your formula failed miserably. You also failed to explain your assumptions on, say, mixed races. For example, how do you define the race of someone who has a chinese father and a malay mother or vice versa?

        So, if I were you, I would refrain from fooling people with your so called statistical analysis results if you are not an expert in Statistics. You need to show your credential, bro!

      • DAH IKHWAN says:

        Saudara Wan,

        I welcome your comment. I did not show the full computer print out of the results because in a public forum like this, most people do not understand it. It is very rare to see comment such as yours.

        Frankly speaking, I haven’t heard of your SAP analysis. Since you are more familiar, why don’t you test the data and show it here. IN any case the blog does not release the results before I test it rigourously. I am sure if your testing is done properly, it should show the same result as in this original article. One of the results, namely Selangor and KL is shown below:

        BN(Sel.KL) Regression Output:
        Constant 0
        Std Err of Y Est 3280.69
        R Squared 0.9136
        No. of Observations 33
        Degrees of Freedom 30

        X Coefficient(s) 0.620120777489503 0.115807217276829 0.243577569826618
        Std Err of Coef. 0.0356430366441326 0.0270904284939897 0.129855481337336
        T Value 17.3 4.27 1.875
        Malay Chinese Indian

        The model is highly accurate with R Squared at 91%, and T Values for regression coefficients indicated strong significance with absence of multicollinearity of independent variables. In other words, with R Squared =91%, only 9% of the result variations calculated using this model are unexplained as error term. High T Values and absence of multicollinearity means each coefficient percentage derived for Malay, Chinese and Indian is very reliable at more than 95%..

        I have added a note at the bottom of the article on a simple method to verify the model.

        On the author’s credentials, one does not trumphet his credentials, but since there is need for it here, the author is an MBA graduate from Leuven University, a leading European Business School.

  5. Orang Muda says:

    mengarut… undi rahsia bodo.. mana tau melayu brp peratus, cina berapa peratus, india brp peratus???? RACIST

    • DAH IKHWAN says:

      Orang Muda,
      Jangan kurang ajar. Tahu kah anda saya seorang tua umur 65 tahun, berijazah MBA dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan selama 20 tahun.

      Jika kamu kurang ilmu, belajarlah semoga boleh menyumbang untuk bangsa Melayu.

      • ibnu Mohamad says:

        Analisis anda ini jauh lebih biadab & kurang ajar berbanding komen orang muda itu. Menyebarkan fitnah mengenai konspirasi DAP terharap Melayu & Islam seluruhnya. Tunggulah api neraka. Umno tak boleh selamatkan awak kat akhirat walaupun awak tolong Umno seumur hidup untuk sebarkan fitnah ini.

        Statistik bilangan MP Melayu DAP pun tak betul. Sepatutnya 2 bukannya 1. Begitu juga dengan statistik bilangan MP India DAP, sepatutnya 6 bukannya 3.

        Bertaubat cepat.

      • DAH IKHWAN says:

        ibnu Mohamad,
        Anda harus tahu budaya masyarakat lain, terutama yang bersaing dengan Melayu dinegara ini. Orang Melayu diajar agama supaya jujur, ikhlas dan jangan menipu, ianya soal dosa dan pahala, syurga dan neraka. Kita tidak digalak bersangka buruk dan dilarang menindas, tetapi wajib berwaspada untuk kepentingan Agama dan bangsa.. Bangsa Cina yang bukan Islam lain budaya mereka. Budaya mereka mengejar harta benda dan kepenting bangsa mereka tanpa mengira soal dosa dan pahala. Mereka sering mengunakan deception atau mengelirukan pesaing dalam perniagaan dan politik dan juga dalam ehwal perang.malah ini telah dimajukan keperingkat tinngi dan dibanggakan sebagai’ art of deception’.atau seni mengeliru pihak lawan. Orang Baratpun serupa seperti Amerika dan Yahudi.

  6. Amin says:

    DAP Melayu bukankah dua orang, Bukit Bendera dan Raub?

  7. Hamba Allah says:

    Salam.
    Tidak mustahil untuk mendapatkan sokongan daripada non muslim untuk melaksanakan hudud. Asalkan mereka faham dan yakin bahawa hudud ini adil dan merupakan undang2 yang baik. Kefahaman tentang undang2 hudud ini yang perlu diperluaskan. Bukan kepada non muslim saja, malahan kepada muslim sendiri.

    ‘Angka diatas menunjukkan ada seramai 160 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 138 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah MUSTAHIL dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya.’

    Bukan mustahil. cuma mungkin tidak mudah. Tapi tidak mustahil.

    Wallahualam.

    Anyway. Good data. Just one question, where did you get these datas from?

    • DAH IKHWAN says:

      Kepada Hamba Allah,
      Mungkin perkataan anda kurang tepat. Dalam bahasa Inggeris saya lebih selesa dengan perkataan very low probability bagi menggambarkan betapa rumitnya isu ini. Maaf ya jika saya gunakan perkataan mustahil.

      Data ini sebenarnya diprocess daripada terbitan akhbar ketika penamaan calon dan terbitan akhbar sewaktu keputusan pilihanraya. Bagi setiap kawasan pilihan raya parlimen data jumlah yang turun mengundi, jumlah undi BN, jumlah undi Melayu, India dan Cina di regress mengikut kaedah ilmu statistik. Gunakan computer program Lotus 123. Sangat mudah.

      Saya sebenarnya membuat model analysis sejak PRU 2008 lagi. Sila rujuk artikel artikel lama awal tahun 2008 di arkib blog ini.

      Minta UMCEDEL dan Majliis Professor buat kajian semudah ini. Jawapannya lebih tepat daripada angka yang mereka keluarkan sebelum pilihan raya..

      • asaifude says:

        saudara dah,

        UMCEDEL juga membuat analisis statistik spt saudara termasuk multiple regression, tidak adil menuduh UMCEDELmengeluarkan angka yang bukan-bukan, UMCEDEL mematuhi segala prosedur dan standard akademik.Jangan mengkritik UMCEDEL secara sembrono semata-mata saudara dikritik orang lain. Budaya menyerang kajian orang lain terutama di dunia siber amat dikesalkan. Sila hubungi UMCEDEL sebelum saudara menghentam mereka.

        asaifude.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Asaifude,
      Minta ma’af saudara, mungkin saya terburu buru diwaktu itu kerana terikut ikut dengan sentimen politik tanpa mendalami hasil kajian mereka. Saya akan teliti semula finding mereka.

      Saya telah pinda komen-komen yang ekstrim ditempat-tempat berkenaan.

  8. pakai otak says:

    Sedangkan undi adalah rahsia..pandai2 je mengenalpasti peratus undi melayu, cina dan india…ini adalah analisis PERKAUMAN..

  9. tun says:

    terima kasih tuan atas pengetahuan tuan sy percaya dgn analisa tuan …kerana melihat kpd seat2 yg ditandingi DAP majoriti yg diperolehi amat hebat … perbandingan dgn undi2 yg dapat oleh rakan2 drp PAs dan PKr .. ignore shj komen2 yg jahil … sekali lagi tq

  10. Umno Insaf says:

    Kajian ini cuma andaian mesin tanpa jiwa. Ketepatan keputusan kajian boleh dipertikai. Kecuali kertas undi disemak satu-satu.

    • DAH IKHWAN says:

      Kajian berasas ilmu statistik menggunakan andaian sifat-sifat angka dan mean. Dengan itu ia tidak dapat digunakan untuk ramalan atau membaca apa yang sebenarnya berlaku dalam sesuatu kawasan pilihanraya, jadi kata kata anda memang betul. Tetapi model macam ini sangat berguna untuk mengkaji keputusan untuk banyak kawasan sekaligus seperti keputusan untuk negeri wilayah sama ada pada satu waktu pilihanraya atau dalam satu kawasan tapi merentasi masa(time series).

  11. azn says:

    memang boleh dicabar ketepatan statistik, tetapi kebolehpercayaan juga diukur dengan ralat2 yg boleh diterima pakai. kalau tidak, mmg tiadalah orang yg menggunakan statistik bagi tujuan perniagaan, pembuatan dan sebagainya…. mohon sesiapa yg berminat minta moderator tolong ajar bagaimana untuk melakukannya. then, barulah kita nilai boleh diterima pakai atau tidak. Sy menghargainya

    • DAH IKHWAN says:

      Terima kasih azn,
      Untuk membuat analisis sendiri memang rumit. Pertama kena belajar multiple regression analysia dulu, ini biasanya satu bahagian dalam masters degree program, Kedua kena biasakan dengan computer program lotus 123.. Dah mahir dengan kaedah2 di atas perlu salinkan data kedalam computer, kira kira 2000 data kesemuanya untuk 222 kawasan parlimen. Data ini kita proses dgn komputer untuk mendapat jawapan.

      Rumit dan banyak ambil masa. Sebab itu tak ada sangat orang buat analysis ini, cuma orang tua crazy macam saya yang sangat sayangkan bangsa buat kerja macam ni.

      Tapi, kalau nak verify figures dalam blog ini mudah sekali. Darabkan kadar sokongan Melayu kpd BN dengan bilangan Melayu yg turun mengundi dlm satu kawasan, seterusnya untuk kaum lain, anda akan dapat jawapan undi BN untuk kawasan itu. Ulangkan proses untuk semua kawasan dalam negeri dan anda dapat hitung berapa kawasan yang BN menang dlm negeri tersebut. Saya cadang, mulakan dengan Negeri Johore, Negri 9 &Melaka, Perak kerana jawapannya sangat tepat dgn keadaan sebenar. Kawasan KL/Selangor pula jawapannya kurang jelas kerana banyak sangat kerusi panas, dan memerlukan formula yang lebih cangih.

  12. Nak Tahu says:

    Boleh tak tuan pecahkan analisis undi BN yang di menangi mengikut parti komponen BN (i.e. UMNO, MCA, MIC dan lain2)….mungkin kami boleh more appreciate analisis yang tuan buat…just nak tahu…

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara, saya dah letih selepas beberapa hari depan komputer. Saya cadang saudara kira sendiri ada dlm akhbaar.

    • DAH IKHWAN says:

      All the best. saya telah update artikel diatas. Anda sekarang boleh verify kesahihan angka % undi kaum dalam jadual di atas. .Sila rujuk nota dibawah artikel

  13. zul says:

    Salam…congakan saya buat(Rujuk undi popular drp mkini) … jika berdasarkan % yg dibagi menunjukkan separuh undi pakatan adalah dari kaum cina atau lbh kurang 2.5juta… BN pula hanya lbhkurang 330k shj…di semenanjung… wow…. apa perlu PM buat utk penyatuan nasional… rasa saya buang masa je.. baik buat penyatuan Umat.. 5 tahun utk proses penyatuan umat… bagi apa Kelantan nak.. bagi apa bumiputra sabah serawak nak.. bagi apa org luar bandar nak… lebihkan luar bandar drp dlm bandar… Semoga negara kita tidak tergadai…

  14. Shahrizal says:

    Macam mana hang kira ek? Kat kertas undi tu boleh tau kaum apa yg ngundi ke? Hebat awak ni!!

  15. Mr.Haha says:

    Ringgit, Bonds Rally This Week After PM Najib Wins Re-Election -Bloomberg

    Najib vowed to cut subsidies on fuel and electricity in an effort to lower the budget deficit, which the finance ministry plans to reduce to 4 percent of gross domestic product in 2013, according to its 2012/2013 economic report released Sept. 28. The nation has posted a shortfall very year since 1998. It was 4.5 percent of GDP in 2012.

    Last sentence tells you all about Anwar. He was kicked off by Mahathir in 1998. Sent to jail 1999 for 6 years without evidence. WHY?

  16. ahmad khairi says:

    Anwar is a homosexual, no doubt whether there is evidence or not , he is pure homo!

    • Mr.Haha says:

      And you are satanist! No doubt whether there is evidence or not, you are a servant of dejjal.

  17. ahmad khairi says:

    If we vote PKR & PAS, we vote Anwar, we will not let a gay to lead our country, And For DAP, we will never forget what LIM KIT SIANG said prior to the bloody 13th May 1969, All Malay young generations must read this history…..

    • Mr.Haha says:

      You blame all the opposition without any proof. You are really an ignorant person. No time to discuss with you ever again.

  18. mr ahmad says:

    “”Oleh itu isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini””
    erm,,so kalau PR menang pon DAP xboleh la nk tukar agama rasmi negara ni jadi agama kristian kan??macam org2 BN ckap kalau PR menang agama rasmi jd agama kristian,,btul x org tua yg berjawatan tinggi dlm kerajaan selama 20thn?? :):) kalau dijumlah kan ahli parlimen cina n india pon baru 61 org,,,ni baru ckp psl nk tukar agama rasmi belum ckp psl len lg,,btul x org tua??nk tukar dasar,nk jadi negara republik,nk hapuskan hak org2 melayu,nak tukar bahasa rasmi,dll,,,bukan ke sume 2 nk kene ade 2/3 gak???

    “”Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam””
    erm,,mcm mne encik tua tau yang Allah redha ke x redha??jgn men ckp je,,kite pon xtau apa sebab y telah berlaku..Allah saja y tau,.kite pon xtau ape yang telah dirancang oleh Nya untuk negara ini di mase akan datang..ade hikmah disebalik kejadian yang telah berlaku,,
    harap2 encik tua boleh terima la ye pndngn org muda ni,, sekian terima kasih..🙂

    • DAH IKHWAN says:

      Mr. ahmad,

      Anda harus tahu benteng menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera sekurang kurangnya dua peringkat, pertama hak istimewa dalam perlembagaan, ini memang memerlukan 2/3 majoriti untuk mengubahkannya. Benteng kedua ialah dasar kerajaan dan budget kerajaan yang boleh lulus dgn simple majority dalam parlimen. Misalnya untuk menwujudkan sesuatu kawasan pilihanraya baru memerlukan majoriti 2/3 dalam parlimen, tetapi untuk mengubah sempadan pilihanraya hanya memerlukan simple majority sahaja. Dahulu kerajaan ada 2/3 majoriti yang mampu menjaga hak Melayu dan Bumiputera dalam hal ini. Tapi soal lain seperti komposisi kakitangan kerajaan, polis dan angkatan tentera boleh diubah dengan mudah dan UiTM yang kini menampung 200,000 pelajar Bumiputera pun boleh dikuncupkan dengan mengurangkan budgetnya atau secara arahan pentadbiran kerajaan pusat sahaja.Itu beberapa contoh sahaja yang menjamin hak kita dan anak cucu kita. Banyak yang lain lagi, anda kaji dan kiralah sendiri.

      Lagi kiranya menteri Keselamatan Dalam Negeri di pegang oleh DPM Lim Kit Siang? Inilah kementerian yang jaga kad pengenalan, kerakyatan, immigresyen, polis dsb. fikir fikirlah. Orang muda perlu sensitif perkara seperti ini demi keselamatan dan kelangsungan bangsa Melayu di tanah air sendiri.

      Soal Allah redha atau tidak kempen ubah PR, memang Allah tidak redha setakat ini, kalau Allah redha tentulah sudah menjadi.

  19. irfan says:

    setinggi-tinggi tahniah kepada tuan kerana kajian ini dan artikal yang tuan siarkan………teruskan demi agama dan bangsa,moga Allah berkati anda

  20. Al-Fityan Kreatif says:

    The Great’s data and good actions. Well i’m also wanna make suprise is reality soon,someone,or a lot of people will start the ‘WAR’ to takes the Malaysian went they thinks now (thats times) is very powerfull and much2 ready.. If Muslims sleep,they still moving and planning.

  21. Pening Kepala says:

    Kenapa nak kritik hasil analisis seseorang, kan baik buat analisis sendiri dan bentangkan di sini.Agar kita dapat manafaat , saya tidak menyokong mana mana parti polotik tetapi saya amat berminat mendalami fakta vs auta.

    Tak perlu kita mencaci,atau memaki hamun seseorang semata mata tidak bersetuju dengan pendapatnya.

    Bila kita berbincang lebih baik kita rasionalkan hujah hujah kita daripada beremosi semala menjawab atau bertanya…

  22. jojo says:

    Aku cabar PAS yg berada dlm pakatan rakyat selangor….hapuskan segala pusat maksiat di selangor pbt selangor harus menjalan dan melakukan serbuan dihotel2 dan rumah tumpangan…..rumah urut ketatkan keluaran lesen rumah urut dan pusat judi…..masa tu baru kita tahu hati budi cina kafir…..umno juga turut buat perkara yg sama berkerjasama dgn pas utk pastikan islam diselangor berdaulat….masa itu org bkn islam terpaksa mengikut corak pemerintahan islam org bkn islam tiada jalan dan akan hidup suasana islam….jgn kira pikirbkan undi bkn islam mereka semakin naik kepala mereka tahu undi mereka penentu kemenangan umno atau pas……..lapangkan hati baik umno dan pas buang yg keruh ambil yg jernih laksanakan islam sebenar nescaya org bkn islam terpaksa ikut rentak pemerintahan islam takut akan allah bkn takut kurang bilangan undi dr org kafir…laksanakan perintah allah sesungguhnya allah lebih berkuasa dr org kafir

    • Kita Melayu dalam UMNO buktikan kita mengamal Islam sebenar benarnya. Di Padang Mahsyar kita akan dibangkitkan bersama pemimpin kita – adakah kita mahu bangkit bersama ulamak? Atau bersama pemimpin perasuah, persenda Al Quran dan memperlekeh syariat Islam (spt menutup aurat dsb nya)? Hayati Surah Hud Ayat 113,

  23. abgsepi says:

    analisis yg perlu dibincangkan bersama..
    boleh diterima pakai untuk kajian lanjut…

  24. abgsepi says:

    salam tuan,
    pohon tuan buat analisa utk pru13 bagi negeri terengganu.tk.

    • DAH IKHWAN says:

      Insya Allah.

      • Ir Dino Bravo says:

        Dah Ikhwan. Sebagai seorang yang memahami juga kaedah analisis statistik, saya merasakan Dah Ikhwan banyak spent masa untuk kajian. Topik2 yang DI pamerkan memang menarik. Oleh kerana ini adalah bertaraf professional, saya berharap komen2 pembaca perlu juga professional. Blog DI mungkin satu2nya blog yang mengambil pendekatan statistik untuk pilihanraya berbanding dengan blog2 lain yang kebanyakannya untuk membangkit kebencian tethadap sesuatu pihak. Membangkitkan kebencian pada sesuatu pihak mungkin strategi berkesan buat jangkamasa pendek tetapi negara mungkin menghadapi masalah pada jangkamasa panjang. Saya berharap DI terus dapat menganalisa sesuatu isu dari perspektif strategik dan statistik

      • DAH IKHWAN says:

        Saudara Ir Dino,
        Terima kasih atas pandangan saudara. Saya sungguh menghargai kehadiran saudara dalam blog ini kerana boleh membantu dalam perjuangan untuk Melayu dan agama Islam di Malaysia. Ini memang memerlukan usaha berterusan untuk meperbetulkan persepsi orang2 muda Melayu yang banyak dirosakkan oleh pihak musuh, terutama yang begitu licik dari DAP.

  25. Kampong man says:

    Salam Dah Ikhwan;

    1.Tuan tidak perlu melayan Mr Ha Ha dan ibnu Mohamad.In the first place Mr Ha Ha is definitely not a muslim as he claimed to be but ibnu Mohamad is of course.Mr Ha Ha lacks diplomacy and is rude .Hopefully,he is a Malaysian .He cannot even articulate in a civilsed manner.Kata orang melayu berbahas dengan cara beradab walau pun beliau tidak bersetuju dengan analisis sdra Dah Ikhwan.Yang pasti beliau tidak cuba menggunakan bahasa Malaysia.

    2. Dah Ikhwan betul bahawa hanya saorang(1) Melayu yang berjaya memenangi kerusi parlimen ia itu kenalan saya Ariff Sabri@ Sakmongkol Di Raub.Yang menang di Bukit Bendera bernama Zairil Khir Johari adalah saorang cina bukan melayu.Malah beliau tidak punyai satu titik pun darah Melayu dalam badan beliau.Zaiiril adalah anak kepada Christine Lim yang berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 ketika beliau berumur 13 tahun.Bapa Zairil ialah saorang cina Sigapura.Masakan LGE terlalu mempercayai saorang melayu sebagai orang kanan beliau,tidak mungkin.
    Sdra ibnu Mohamad kindly take note of the fact who Zairil is really. Chauvanistic DAP cannot fool all of us all the time.

    3.I was in disagreement to your prediction of BN winning BIG. I have predicted a win by BN with failing to achieve 2/3 majority but confortable majority without doubt prior election with DAP improving its seats to not more than 40 seats and dominant in PR,Pas had a reduce seat with min 18 seats and PKR drastically reduced to about 18 or so but both reduced then.The CHINESE TSUNAMI has somehow changed the scenarios as your basis was different from what has actually happened.I was wrong in predicting PKR win ,30 this time (31 in 2008 and 1 in 2004),PKR should thank the malay split and the chinese tsunami.

    3.I have all along believed that BN will still prevail despite the massive chinese support for DAP this time .Lets hope our chinese friends get back to their senses giving support to the moderate MCA and Gerakan.DAP should not continue playing the racial sentiments to garner votes which they did in PRU 13.Poor MCA has to transform for the better else ship out. Maaf ,Wallahwuallam.

  26. DAH IKHWAN says:

    Saudara Kampong Man,
    Terima kasih atas komen dan infomasi dari Saudara. Ia satu piece of info yang amat baik untuk membangkitkan kesedaran. Saya amat menghargai kehadiran saudara disini.
    Kita kini berhadapan dengan propaganda machine DAP yang paling licik yang menggunakan prinsip the art of deception at the utmost.

  27. zulkifli says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Saya setuju dgn saudara dah ikhwan… rasanya mr mohammadk kena baca sejarahlah… cuba check sejarah andalusia… sejarah palestin israel.. sejarah singapura.. dan sejarah perak masa mb nizar… sejarah sentiasa berulang…

    Israel rampas jajah palestin 2 cara.. rampas melalui perang.. rampas melalui tawaran jutaan utk tanah org arab… andalusia..sepanyol 400 tahun kerajaan Islam fatamiyah.. kini menjadi negara kristian.. so apa guna PM melayu Islam jika exco boleh desak tanah 999tahun…

    So belajarlah dgn sejarah sama.. kuasa duit mengelabu mata Palestin dan mmg tak mustahil org Melayu sama juga akan jual tanah kpd bangsa lain.. cuba cek kg2 di KL.. yg tinggal tak leh jual tanah wakaf dan tapak masjid shj… cuba cek tempat lain juga…

    Wallahualam..

  28. awarkana says:

    assalamualaikum…
    Tolong sedarkan orang melayu yang menggunakan orang melayu untuk menjatuhkan bangsa melayu. Mereka ini tidak ada kebangsaan melayu dan sanggup dijajah oleh bangsa lain di bumi sendiri.

  29. saifulgpe says:

    salam.. tuan bagus buat analisis ni..
    lebih penting tuan jawab serangan dgn tanpa melatah & mencaci.. bravo

  30. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Saudara Awarkana, Zulkifli, dan Saifulgpe. Saya amat menghargai pandangan anda. Keadaan kini sebenarnya agak parah sebab cybertroopers DAP sudah lama bersiap sedia sejak tahun 2008 lagi. Dalam masa tersebut mereka telah berjaya meracuni pemikiran sebahagian anak muda kita di alam maya. Sebab itulah pemikiran anak muda kini tidak terbuka dan gemar mengulang perkataan kebencian seperti penipu, penyangak, macai. DAP cybertroopers juga gemar quote hadis untuk mengelirukan anak muda Melayu.

    Kini aktiviti sebahagian mereka mudah dikesan kerana ramai mengaku dari awal yang mereka berbangsa Cina. Ada pula yang menyamar sebagai beragama Islam, tetapi yang paling sukar dikesan ialah jika ada diantara mereka yang gunakan bahasa Melayu.

    Anak anak muda Melayu sepatutnya berwaspada dan jangan terikut dengan hasutan orang Bukan Melayu dan bukan Islam. Dengan itu blog ini ingin mengujudkan suasana selesa untuk mereka bertukar fikiran dan membuka minda.

    Ini adalah usaha berpanjangan mulai dari sekarang demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

  31. Rahman Awang : Sabah says:

    Tahniah Dah Ikhwan. kajian tuan sangat berguna. semoga dapat membuka minda orang2 Islam.

  32. As salam, maklumat dan penulisan yang baik serta berilmiah, tahniah DI, kepada saudara seIslam semua yang mempunyai pandangan dan semangat yang sama kalau boleh kita rapatkan saf kita semula, kekuatan bangsa cina pada kesatuan hati mereka, mari kita sama2 bersatu berganding bersama bangkit penuh dengan semangat kesatuan ummah..tak kira dari UMNO atau PAS, inilah perjuangan fisabilillah kita di bumi Malaya ni, negara Islam lain mereka kebanyakan bersatu tetapi menghadapi masalah dgn peperangan dari pihak khufar, tetapi di bumi ini Allah SWT menguji kita dgn persengketaan antara org Islam sendiri, tidak mengikut apa yang Rasulullah pesan sesama Islam berlembut dan kpd org kafir kita bertegas,tidak beriman seseorg itu selagi dia tidak mengasihi sesama saudara Islam dan berbaik sangka antara satu dgn lain. marilah kita bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam yang kita sanjungi, lupakan perbezaan politik, yg baiknya buang perasaan ego bongkak segala, landscap politik negara sudah berubah, kenapa mca dan gerakan boleh bersatu bersekongkol dgn dap dan berpaling tadah dgn rakan2 Melayu mereka utk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam kita, sedangkan kerajaan tidak pernah menindas org-org cina malahan perniagaan,keluarga,kekayaan mereka subur MEMBIAK di bumi MALAYA ini, kesetian dan kejujuran mrk boleh dipertikaikan, Rasulullah berpesan berpada2 bersahabat dgn org2 kafir krn mrk adalah bahan bakar kita di neraka nnti, sebenarnya mereka tak akn puas dgn nafsu buas utk menakluk bumi yg kita cintai ini,kita sekarang diperhati dgn halus oleh yahudi laknatullah melalui entitinya di sini..kpd DI terima kasih dan tahniah atas usaha saudara,semoga Allah merahmati saudara…. semakin kurang dan semakin pupus Intelek Islam Melayu yg berfikiran seperti saudara..segala kata kejian dibalas dgn haruman..memang penyabar saudara ni, tidak sia2 ilmu dunia yg dianugerahkan Allah kpd saudara kerana berserta dgn semangat dan roh Islam.. saya sangat berharap semoga saudara Islam kita sedar tidak kira dari parti politik mana pun bersatu kembali di bawah panji2 perjuangan Islam yg sebenar supaya kita nnti tidak dimurkai oleh ALLAH SWT. UMNO buang segala perasaan ego dan bangga diri, PAS buang segala perasaan riak dan takabur sama2 bersatu demi penyatuan ummah dan bersama berjuang menjunjung menegakkan kedaulatan agama ISLAM di bumi bertuah dan di rahmati ALLAH ini….

  33. Saya Budak Istanbul says:

    .

    Assalamulaikum…..

    1. Saya tak faham mengapa kawan-kawan saya (lebih 70%) yang lulusan PhD dan Master luar negara meng-HALAL-kan rasuah dalan urusan kerja mereka setiap hari dan masih ber-SHALAT 5 waktu dan membaca Al-Fatihah

    2. Saya tak faham mengapa lulusan pandai pandai MELAYU … sungguh berSATU mempertahankan Melayu yg korupsi… bersungguh menutup mata di atas kezaliman UMNO menguruskan tata kewangan Malaysia.

    3. Banyak soalan dalam kubur yang pasti saya tak mampu jawab….

    ALAM SHAH, KL (85-89)

    ..

    • Saya Budak Istanbul
      1. Pakcikj fikir depa konfius Melayu vs Islam vs beriman sebab 56 tahun di
      “suap” dgn “hanya United Musyrikin National Organization sahaja” yang
      pandai memerintah”. Undang undang Lord Reid diutamakan, Al Quran
      hanya untuk musabaqah (sekarang tilawah). Semangat assobiyah yg menebal, darah biru pekat – menyebabkan mereka tak ambil tahu amaran Allah dalam Surah Hud Ayat 113 ” Janganlah kamu cenderong/sokong
      orang orang yang zalim, kelak kamu akan disambar oleh api neraka….”

  34. Ayie Abas says:

    as salamualaikum..tuan🙂

    teruskan berjihad untuk agama, bangsa dan negara…seluruh malaysia bersama2 tuan

  35. Istikharah sebelum mengundi says:

    Doktor , boleh tak doktor tunjukkan statistik pengundi hantu .. Kerana itu sahaja yang boleh diamkan pakatan rakyat ..

  36. DAH IKHWAN says:

    Kita tak dapat kesan undi hantu. Cuma hantu macam Anwar saja yang nampak member member hantu dia.

  37. Erictyzzz says:

    Undi banga apa pun tau,ada isi bangsa dan ugama ka masa undi?? Gila gila punya statistik,tipu punya statistik…berapa undi hantu??

  38. DAH IKHWAN says:

    Saudara bertanyalah dengan bijak pandai macam mana ini boleh dikira dengan tepat. Orang berilmu semua boleh jawab. Orang maju naik kebulan boleh, buat telefon bimbit boleh, buat kapal terbang boleh dan buat komputer pun boleh. Ini nak mengira benda begitu mudah macam ini pun ingat kita buat silap mata..Hantu tu bukan sains dan Anwar sahaja yang tahu.

  39. Ahli umno tapi pangkah dap says:

    65 tahun…..kalau ada rezeki 20 tahun lagi dapat kot,

    tapi jgnlah sia2kan usia sdr dgn memperjuangkan melayu yg tidak akan sesekali ditanya bila sdr mati kelak. berhentilah meratib melatu/bumiputera dan tukarlah kpd takbir yg setiap kali diucapkan akan mendapat pahala bekalan mati.

    • DAH IKHWAN says:

      Ahli UMNO tapi pangkah DAP? Pelek sungguh prinsip anda. Bukan kah DAP itu bukan Islam. Dalam kerajaan Islam DAP tiada hak duduk Parlimen atau DUN. Cuba kaji semula perjuangan anda tu. Nanti diakhirat macam mana nak jawab?

      • suzaliemohd says:

        Saudara, terima kasih atas analisis yang amat bermanfaat ini. Ia telah membuka jalan untuk banyak usaha memantapkan kedudukan Islam dan Bumiputera Islam di bumi tercinta ini. Mohon balas melalui email agar dapat saya perjelaskan hasrat dan idea yang terbuku dalam minda saya.

  40. shahnon says:

    Saya berminat dgn data yang tuan analisa. Sebagai ahli akademik, umumnya saya boleh faham metodologi analisa tuan. Yang kurang cerdik saja akan persoal. Cuma ada satu persoalan. Dari mana tuan dapat angka JMM tersebut (Jumlah % Melayu dll yang keluar mengundi) ? Kalau % populasi atau pengundi mengikut kaum, data itu memang dah ada. Berminat nak tahu. Terima kasih.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Shanon,

      Terima kasih saudara. Disini saya perlu membuat andaian yang peratusan pengundi Melayu dalam register sama dengan Peratusan Melayu yang turun mengundi. Saya agak perbezaan disini tidak signifikan kerana ia hanya berbeza jika peratusan yang turun mengundi jauh berbeza bagi setiap kaum. Daripada perbandingan diantara peratusan mengundi dikawasan hampir semua Cina dan yang hampir semua Melayu kita boleh agak perberbezaannya tidak signifikan. Saya sungguh gembira saudara bertanya soalan ini, kerana saya agak saudara sudah mencuba memperoses data mengikut model ini.

      Saya setuju sebahagian besar pengunjung tidak mampu memahami kaedah ini, tetapi ada yang faham, ramai dari kalangan kaum Cina kesemuanya anti BN dan Melayu yang hardcore pakatan rakyat, suka menggunakan ilmu mereka hendak menyerang kredibiliti saya. Anda boleh ikuti komen mereka dan jawapan saya dalam artikel artikel PRU 13, malah dalam artikel-artikel sejak lima tahun dahulu untuk PRU 12, dan Pilihan Rayan Negeri Sarawak tahun 2011.

  41. SHAHS says:

    Terima kasih. Cantik dan difahami usaha tuan. Yang benar akan tetap menyinar. Salam perjuangan yang belum selesai.

  42. alice wonderland says:

    jalan2 terjumpa, thank you for sharing your analysis, wisdom, interesting facts!

  43. kondo rakyat says:

    salam tuan,

    saya cuba apply kat data lembah pantai iaitu kaw saya mengundi. tp tak dpt jwpn yg sama dgn keputusannya dan maj nurul lebih besar. sy abaikan undi rosak dan calon bebas. salah dan tak tau kira le tu. sebelum ni sy ada try predict result 1 hari sebelum pilihan raya berdasarkan:
    1. % keluar mengundi thn 2008. semua kaum sama %.
    2. persepsi % kaum2 ini akan mengundi sepanjang tempoh kempen.
    3. abaikan calon bebas dan undi rosak.
    nurul menang maj bwh 5000. masa result kuar formula yg sama sy guna. sepatutnya dia menang lebih besar. jd sy cuba olah kiraan dgn mengambil kira undi kaum2 lain 1st, maklumlah dap menang maj berpuluh ribu so persepsi dah ada dan menunjukkan melayu lembah pantai bwh 30% shj yg mengundi nurul. sy tau metodologi sy x tepat dan hanya persepsi shj. tp blog tuan berjaya mengesahkan uji kaji sy ni makasih. gelombang bukan melayu / pribumi esp cina bukan persepsi tp benar2 berlaku tp mereka in denial. diorang xde balls or galls bak kata helen ang sudah baling batu sembunyi tgn.

    ps. dpt tau blog tuan dr blog helen ang. makasih helen aku cina.

  44. DAH IKHWAN says:

    Tahniah kerana kondo rakyat juga telah mengesahkan yang tsunami Cina benar belaku. Berkenaan Kawsasan Lembah Pantai, saya dapati undi yang Raja Nong Chik perolehi 4,000 undi melebihi yang kita jangka melalui kiraan model. Ini hanya boleh berlaku dengan keadaan yang BN memperolehi lebih 70% undi Melayu. Ini bererti Nurul hanya mendapat kurang daripada 30% undi Melayu, bertepatan dengan hasil ujikaji saudara.

    • Mohd. Azre Mohd. Yunus says:

      salam tuan blog,

      lebih kurang as attached table yg saya buat. apa yg menyedihkan mereka mengatakan bukan melayu yg menyelamatkan bn thn 1999 ttp tak nak berterima kasih pulak. bg saya isu tahun 1999 adalah berbeza dgn 2013. kita tahu niat mereka. apa yg cina mau. tak yah nak berselindung lg. cerita ceriti pengalaman saya:-

      1. long time ago masa saya form 1 – 3 tak ingat. makcik saya di segamat menyuruh saya mendaftar sbg pengundi bila umur 21 thn. dia ckp cina semua buat cam tu utk ramaikan pengundi nanti boleh minta kawasan. diorang tahu melayu tak gemar nak register. undi tak undi takpe janji register.

      2. then masa saya matrik di uum. cikgu kelas saya bgtau result questionaire thn lepas utk bakal graduan uum apa perancangan selepas study. soalannya berbentuk mengisi keutamaan 1 – 10. pihak uum terkejut apabila tanggungjawab mengundi top 3 bg student cina. melayu top 5 kawin, mengundi purata tempat ke 8.

      3. and then masa degree. kwn saya dr kelantan cerita pengetua dia pergi  majlis kat sekolah cina. dr. fong chan onn yg merasmikan. pengetua dia faham mandarin. dr. fong cerita pasai gejala sosial bosia, rempit, dadah dsb tiba2 dia ckp bende2 ni takde masa kita memerintah nanti. terkejut beruk pengetua tu kata member saya.

      it is not abt a credible strong alternative, it is abt getting the power to rule. in 1999 we have a strong oppo but they didn’t support them, why? because it was still malay controlled oppo. so what’s difference does it make with the currently bn.

      lembah pantai kempen pun berbeza ikut bukan melayu dan melayu. saya igt teori divide and rule aje yg ade rupanya teori divide and kempen pun ade. dgn cina dikatanya umno racist korup devil dgn melayu dituduhnya pembangunan lembah pantai mcm kt kerinci oleh uoa dan abdullah hukum oleh sp setia jadikan melayu lebih terhimpit di negeri sendiri. sape yg mampu beli cina2 aje kata mereka bukan utk melayu. saya ckp well tell that to your non malay supporters / friends! if you have balls.

      ________________________________

  45. Pingback: Chinese Tsunami? | Oik65's Blog

  46. Suara Ampang says:

    Pakatan rakyat banyak ada PHD hasil titik peluh UMNO tapi banyak yang masih bodoh . Sebab tu guna PHD nak masuk politik.

  47. Pingback: Telling Lies | Oik65's Blog

  48. Pingback: In Reply to hooleah | Oik65's Blog

  49. Pingback: Star columnist misleads readers on Umno GE13 performance | Helen Ang

  50. Pingback: Utter Non-Cense | Oik65's Blog

  51. Pingback: Kit Siang: Term ‘Chinese tsunami’ is “downright racist” | Helen Ang

  52. Pingback: A mere 10% Indian vote swing will lose BN five seats | Helen Ang

  53. Pingback: MCA colluded in Chinese tsunami and should not be taken back into cabinet | Helen Ang

  54. aku tak pandai says:

    analisis yang baik dan boleh diguna pakai. tp biasa la statistik mna tepat. tp sy percaya itu berlaku. sy ni tak pandai statistik….tp jumlah pengundi ikut bangsa mmg boleh tau. jumlah pengundi, jumlah undi calon dan majoriti dah boleh kita buat andaian. dan yang pasti kawasan mejoriti kaum cina akan beri sokongan kpd DAP dan kita boleh nampak majoriti yang besar.

    So tu je la pandangan saya yang tak pandai sangat la

  55. akn says:

    Salam, saya pelajar UKM dan sy membuat research berkenaan pola pengundian di bangi. oleh kerana itu, saya ingin membuat kaedah multiple regression analysis dlm bentuk microsoft excel di mana ketahui peratus yg undi umno dan pas di dun bangi bagi setiap pusat daerah mengundi dan kawasan lokalitinya.

    justeru, sy mohon sgt kepada saudara supaya berikan email kpd sy. research sy ini perlu siapkan sebelum 22 mac nanti. saya mohon sangat2 supaya saudara bantu saya membuat kaedah ini. mohon pertimbangan sewajarnya. terima kasih

  56. DAH IKHWAN says:

    Minta maaf saudara, saya tidak dapat membantu, kerana kaedah ini hanya dapat digunakan untuk membuat estimate untuk negeri atau wilayah yang cukup besar yang ada di dalamnya cukup kawasan DUN untuk dianalisis.

    Data yang saudara ingin tahu itu hanya boleh didapat dari rekod pengundian pada SPR.

  57. Pingback: Important agenda for Umno divisions meeting this Sunday @mpkotabelud | Helen Ang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s