Pilihanraya Umum Ke 13: Analisis Undi untuk Anwar Sebagai PM

Kita  menghormati kenyataan  YAB Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang baru bahawa  Pas Kelantan berdiri teguh dibelakang PAS Pusat agar proses pilihanraya  dihormati. Petikan kenyataan di laman facebook beliau seperti dibawah:

 ‘Saya membaca kenyataan beberapa pihak di dada-dada akhbar meminta agar proses pilihanraya dihormati dan rakyat dipohon untuk tidak menggunakan kekerasan menjatuhkan kerajaan. Dalam hal ini saya teguh bersama kepimpinan PAS Pusat yang menegaskan bahawa PAS dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik…….Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihanraya dihormati.’

Kenyataan di atas jelas menunjukkan yang parti PAS tidak merestui  tindakan Anwar kini menggerakkan  penyokong Pakatan Rakyat  berdemonstrasi di jalanan untuk mengganggu-gugat  Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional sekarang.

Seperti kita semua maklum Anwar cuba menghalalkan tindakan beliau dengan menuduh proses pilihanraya sebagai  tidak telus dan penuh penipuan. Beliau juga mendakwa  mendapat undi majoriti dalam  PRU ke 13 ini.

Kita telah menyemak butiran rekod pengundian yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan  mendapati sesungguhnya Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti  sebanyak  50.87% berbanding BN yang hanya mendapat 47.38%. Keadaan seperti ini baru pernah berlaku di Malaysia sekarang,  sungguhpun  ia lumrah berlaku di negara negara lain seperti Britain dan Australia yang mengamal sistem demokrasi berparlimen seperti negara kita. Malah di Amerika Syarikat sekalipun dalam pemilihan Presiden Bush untuk penggal pertama, beliau  telah   mengalahkan Calon Presiden Al Gore walaupun Al Gore  yang mendapat undi majoriti. Untuk artikel lengkap tentang kes kes serupa di luar negara, sila klik di sini.

Dalam hal ini kita nampak Anwar begitu keciwa kerana terlalu yakin yang beliau akan dapat membentuk kerajaan pusat selepas PRU 13 ini. Kita  berasa hairan mengapa beliau dan DAP dan keseluruhan masyarakat Cina berpandangan demikian. Kita rasa terdapat beberapa sebab beliau terlalu yakin: Pertama wujudnya beberapa opinion poll yang menyatakan beliau lebih popular daripada Najib sebagai Perdana Menteri; kedua beliau  beliau tidak nampak dalam opinion poll yang sama menunjukkan  Barisan Nasional masih popular dikalangan kaum Melayu dan juga  pulih di kalangan kaum India.

Jadi histeria  yang menyelubungi  seluruh masyarakat Cina di saat akhir  sebelum hari pengundian mengabui mata Anwar  dan masyarakat Cina sendiri tentang realiti sebenarnya. Masyarkat Cina menyokong Pakatan Rakyat bukan  kerana mereka sukakan pembangkang, mereka mengundi kerana terlalu yakin yang pembangkang akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Dengan kata lain mereka dirasuki oleh slogan yang mereka reka sendiri, ia itu slogan UBAH  dan Ini kalilah.

Tetapi, soalnya sekarang, betul kah dakwaan Anwar yang beliau lebih popular daripada Najib sebagai calon Perdana Menteri. Dapatan  tinjauan pendapat pihak  UMCEDEL yang terbit di saat akhir Pilihanraya juga  menyokong pendapat ini.

Jika dilihat dari segi undi dalam PRU 13 ini, secara kasar  memang Pakatan Rakyat  mendapat undi majoriti. Tetapi tidak semua dalam Pakatan Rakyat yang menyokong Anwar  menjadi Perdana Menteri, kerana Parti PAS ada calon PM nya sendiri. Dari segi ini undi yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri hanyalah  pada kadar 41% sahaja berbanding 47% untuk Najib, butiran seperti berikut:

Undi Sebagai PM %
Najib Tun Razak 5,237,699 47
Anwar Ibrahim 4,523,021 41
Hj Hadi Awang 1,100,963 10
Undi Rosak 192,894 2
Jumlah 11,054,577 100

 

Seterusnya kita telah juga membuat analisis bangsa mana yang disebalik sokongan kepada Anwar, butiran seperti dibawah:

Kaum Undi Anwar PM* %
Cina  2,833,331   63%
Melayu     998,729   22
India     460,867   10
Lain-lain     230,094     5
Jumlah  4,523,021 100

Nota: *Anggaran mengikut kaedah analisis regression.

Dari segi komposisi kaum,   Anwar mendapat undi yang padu dari Kaum Cina, pada kadar 63%, berbanding Melayu hanya 22%.

Dengan angka angka di atas kita menjangka gerakan besar- besaran Anwar untuk meggangu-gugat Kerajaan BN tidak mendapat sambutan yang beliau harapkan daripada Masyarakat Melayu. Kinipun muka-muka yang membanjiri gerakan demonstrasi  beliau adalah  terdiri  majoritinya  dari anak-anak muda Cina. Ia kini  kian menyerupai  protes  dari  masyarakat Cina  kerana gagal menumbangkan Kerajaan Melayu/Islam di  Negara ini.

Hanya, dengan  kemuncak protes  yang  akan di adakan di Kuala Lumur  atau Selangor, ia mungkin sedikit sebanyak menyerupai protes antara kaum, tetapi  corak pengundian PRU baru baru ini  menunjukkan  sebaliknya.

Oleh itu kita harap pihak Polis berhati berhadapan dengan protes ini dengan tidak mengambil tindakan fisikal secara drastik yang boleh menarik simpati kepada gerakan Anwar ini.

Sekian,  wallahu ‘alam

DAH IKHWAN

20 Comments

  1. ----@

    Blog yang sangat menarik. Seronok saya membaca analisis-analisis tuan. Saya ingin memohon saudara membuat analisis tentang undi yang diperolehi oleh PR. Berapa peratus melayu, cina, india, bandar, luar bandar, dsb yang membentuk undi popular yang diperolehi oleh PR? Adakah “kemenangan” PR berdasarkan CInami seperti yang diperkatakan oleh DSN atau Tsunami Malaysia seperti yang dipertahankan oleh LKS? Terima kasih.

  2. DAH IKHWAN

    Terima kasih. Insya Allah akan diusahakan

    • ----@

      Terima kasih. Saya juga ingin memahami pola pengundian PRU13 berdasarkan umur, jantina, pendapatan, dsb kerana saya suka nombor. Saya ingin mendengar analisis saudara tentang perkara itu. Tidak mengapa kalau bersifat teknikal. Lagi banyak data, lagi bagus. 🙂

      Diharap saudara akan terus menulis.

  3. salam sejahtera. artikel yg menarik utk dibaca. teguran mesti diterima walaupun agak pahit demi meneruskan perjuangan supaya tiada cacat cela. saya juga memohon saudara membuat kajian di mana halatuju pembangkang jika DSAI tidak dipecat dan jika DSAI bersara dr politik skrg ini…

    • DAH IKHWAN

      Saudara Penjajak Badai,
      Terima kasih. Saya rasa sukar hendak membuat kajian sedemikian kerana ia banyak akan merupakan pendapat yang subjektif. Setakat ini saya hadkan artikel artikel berasaskan analisis data
      dengan seberapa objektif yang boleh.

  4. afendi husin

    assalamualaikum dah ikhwan
    saya adalah pembaca baru blog ni, dan sangat berterima kasih atas kandungannya. artikel kegemaran saya adalah bertajuk ‘tony fernandes dan air asia’ dan juga ‘pasaraya mydin’

    • DAH IKHWAN

      Terima kasih

  5. Nasir Omar

    Kalau nak banding biarlah padan eg UBN Vs PR untuk porpular vote, bukan Najib Vs Anwar Vs Hadi… anyway it is a feel good article for najib but not the reallity.

  6. DAH IKHWAN

    Saudara Nasir,
    Sebenarnya itulah realitinya jika Anwar menonjol-nonjolkan undi majoriti seperti dalam presidential election. Ketiga tiga mereka boleh bertanding dan mendapat sokongan parti masing-masing.

    Realiti sebenarnya di sini ialah sistem demokrasi berparlimen yang memberi 133 kerusi untuk BN dan 89 kerusi untuk PR.

  7. SHAHS

    Salam. Saya amat menghargai analisa ini….daripada kita bercakap kosong tanpa analisa atau kajian. Mungkin ada yang berpendapat ini hanya analisa dan andaian, namun jangan lupa berbincang tanpa data atau asas amat merugikan masa. Tahniah Dah Ikhwan.

  8. asaifude

    sdr dan, kepimpinan pr secara umumnya telah sepakat anwar ibrahim akan jadi pm sekiranya pr menang majoriti kerusi, adakah adil membandingkan najib, anwar, hadi, 1 bn, 2 pr? malah kalau campur hadi & anwar, ternyata calon pr melebihi bn!

    asaifude.

    • DAH IKHWAN

      Saudara Asaifude,
      Betul PR dapat undi majoriti, tapi ini tidak relevan dlm demokrasi berparlimen yg kita amalkan. Sebab itu jika Anwar tidak puas hati justeru merujuk cara pemilihan presiden, akar umbi PAS mahu Hj Hadi Awang sudah tentu mereka mahu ketua mereka sendiri. Kita tidak mengandaikan Hj Hadi menolak pencalonan.

  9. Mohd Noor Haikal

    Salam DAH Ikhwan;

    Makin menarik blog DAH Ikhwan berbanding pada awal kemunculannya…tahniah…saya berharap DAH Ikhwan turut sama melayari blog Helen Ang yg juga sering melakukan analisis bersabit keputusan PRU lalu walaupun ianya lebih bertujuan mendedah dan membuktikan kewujudan ‘Tsunami Cina’ pada PRU ke-13. Antara artikel menarik Helen Ang : [http://helenang.wordpress.com/2013/06/04/apa-cina-mahu-di-pru14/]

  10. DAH IKHWAN

    Saudara Mohd Noor,
    Terima kasih kerana mengenalkan Blog Helen Ang kepada saya dan para pembaca. Sungguh artikel artikel beliau menarik sekali dan penuh dengan fakta dan data. Beliau juga telah banyak memetik kajian dalam blog ini dalam artikel ‘Star columnist mislead readers on UMNO….’ yang diterbit hari ini

  11. MH

    Salam Tuan DI. Saya sudah mengikuti blog saudara sejak mula lagi. Blog tuan adalah sangat objektif. Untuk makluman tuan, Saya baru siap masukkan data GE13 ke dalam SPSS. Memang kerja gila tuan..:) Saya difahamkan tuan menggunakan lotus 123 sebagai software. mohon email saudara untuk discussion lebih lanjut.

    • DAH IKHWAN

      Saudara MH,
      Terima kasih, tetapi saya rasa lebih elok berbicara di ruangan ini sahaja sebab saya jarangkali buka e mail. Lagipun perbincangan terbuka boleh dimanfaati oleh semua pengunjung blog ini.

  12. MH

    Baik semoga dapat manfaat semua. Saya mahu bertanya leboh lanjut akan model yang Tuan gunakan. Boleh Tuan berkongsi model yang digunakan?

    • DAH IKHWAN

      Saudara MH,
      Ma’afkan saya kerana lambat sedikit menjawab soalan saudara. Ini kerana dalam beberapa hari yang lepas jadual harian saya terlalu sebok.

      Model yang saya guna mengunakan multiple regression analysis, iaitu suatu kaedah dalam ilmu statistik. Hipotesisnya ialah:

      BN= axM + bxC + cxI +e
      dimana BN=undi diperolehi BN dalam sesuatu kawasan pilihanraya
      M= bilangan Melayu yang mengundi dalam kawasan tersebut dan seterusnya C=Cina dan I =India
      a,b, c = coefficient regression untuk kaum M, C dan I. e=error term.

      untuk mendapat angka jawapan a,b dan c, anda perlu belajar dan biasakan diri menggunakan program lotus 123.

      dalam program lotus nanti apabila di minta anda perlu mengisi jadual untuk siri X iaitu berupa angka untuk M, C dan I.

      Untuk Y pula anda perlu mengisi angka untuk BN.

      ulang mengisi data untuk setiap kawasan DUN negeri atau Parlimen.

      Jawapan, ia itu coefficient untuk a,b dan c akan dapat di generate dengan program ini.

  13. MH

    Maaf tuan lama baru nak reply. jika kita menggunakan SPSS, adakah hasil dengan model yang sama akan sama dengan hasil lotus123?

  14. Maaf, saya tidak biasa dengan SPPS. Tapi saya rasa jika SPPS itu ada bahagian data regression, jawapannya pasti sama. Yang pentingnya data input tu betul dan menggunakan data yang telah saya nyatakan terdahulu.

Comments are closed