Pilihan Raya Umum Ke 13: Corak Pengundian di Lembah Kelang Mengikut Kaum

Banyak telah diperkatakan tentang corak pengundian  pengundi muda dan pengundi kelas menengah (middle class) di Malaysia. Pendapat umum yang lazim kita dengar ialah pengundi muda kini berbeza dengan pengundi tua, begitu juga pengundi dikawasan luar Bandar berbeza dengan pengundi dibandar-bandar. Dalam kata lain pengundi muda dan yang di Bandar Bandar lebih cenderung mengundi Pakatan Rakyat berbanding dengan yang tua dan terdapat di luar Bandar yang lebih cenderung mengundi Barisan Nasional.

Untuk merungkai kesahihan  tanggapan ini, maka adalah  perlu membuat analisis dengan menggunakan julat umur penggundi sebagai angkubah bebas (independent variable). Tetapi memandangkan yang data julat umur tidak tersedia diperolehi maka analisis ini belum boleh dilakukan . Bagaimanapun, saya dapati lebih mudah membuat analisis tentang corak pengundian di Bandar dan meliputi pengundi kelas menengah yang berpendapatan dan berpendidikan lebih tinggi berbanding dengan   rakyat biasa.

Buat kali ini saya memilih kawasan Lembah Kelang sebagai kawasan untuk dianalisis. Kawasan ini  diketahui umum sebagai kawasan yang mempunyai penduduk yang lebih muda, berpendapatan lebih tinggi dan juga berpendidikan lebih tinggi. Soal pertama untuk dikaji ialah apakah betul pengundi Melayu di Lembah Kelang lebih cenderung memilih Pakatan Rakyat. Soal kedua ialah apakah corak pengundian mereka serupa  dalam Pilihan raya DUN berbanding dengan Parlimen.

Jawapan yang diperolehi mungkin mampu memberi petunjuk kepada masa depan politik Negara, sama-ada rakyat masa depan di Bandar-bandar akan tetap mengundi mengikut acuan kaum atau bangsa atau sebaliknya  kurang menitikberatkan soal bangsa tetapi lebih kepada  soal-soal lain seperti, isu nepotisma, konisma, ketelusan, keadilan,  korupsi, kecekapan pentadbiran, ekonomi  dsb.

Hasil Kajian Data Parlimen

Sebanyak 25 kawasan  Parlimen di Lembah Kelang meliputi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih untuk kajian ini. Kajian menghasilkan  persamaan (equation) seperti berikut:

BN            =  0.604 Melayu + 0.131 Cina +  0.18 India
T-Value    =     14.7                       4.5                1.2
R Squared = 0.92
No. of observation 25

Angka-angka di atas  menunjukkan 60.4 pengundi Melayu di Lembah Kelang telah memilih BN, 13.1% bagi pengundi Cina dan 18% pengundi India. Peratusan sokongan Melayu kepada BN di sini hanya kurang sedikit daripada 63.3% untuk seluruh Semenanjung.

Nilai R-Squared bersamaan 0.92  menunjukkan 92%  penggundi di kawasan Parlimen di Lembah Kelang pada PRU 13 telah mengundi mengikut acuan kaum, dengan hanya 8% berupa error term yang tidak dapat diperjelaskan. Ini bererti model persamaan yang dihasilkan ini adalah sangat tepat.

Hasil kajian diatas  hampir sama dengan hasil untuk kawasan Parlimen  keseluruhan  negeri Selangor dan angka purata bagi  Semenanjung  dalam PRU 13  yang telah dinyatakan dalam artikel terdahulu. Ini membuktikan pengundi Melayu masih teguh dibelakang BN  ketika keadaan kerajaan Melayu di peringkat Persekuatuan berhadapan dengan ancaman dari kaum lain.

Sebagai perbandingan, analisis pengundian untuk PRU 2008 di Selangor dan negeri-negeri lain kurang mengikut acuan kaum, dengan factor-faktor lain memainkan peranan yang juga signifikan.

Hasil Kajian Data DUN

Data DUN yang digunakan meliputi semua kawasan di Lembah Kelang negeri Selangor sahaja dan tidak termasuk kawasan Kuala Lumpur yang tiada kawasan DUN. Hasil multiple regression adalah tertera seperti di bawah:

BN    =    0.579 Melayu + 0.113Cina + 0.218 India
T-Value=      30.21                   6.11                  3.12
R Squared   =   .95
No. of Observation 33

[nota:  model di atas adalah yang  paling tepat setelah beberapa kesilapan terawal diperbetulkan]

Angka diatas menunjukkan hanya  seramai 57.9% pengundi Melayu telah mengundi Barisan Nasional bagi kawasan DUN berbanding  60.4% dalam kawasan parlimen di Lembah Kelang,  iaitu perbezaan sejumlah 2.5%.

Angka R-squared di paras 95%  menandakan ketepatan model ini yang amat tinggi.

Ulasan

Hasil kajian di atas menunjukkan yang  penggundi di Lembah Kelang yang mewakili pengundi Melayu di bandar dan pengundi Melayu muda  telah mengundi hampir  sama seperti penggundi  ditempat lain,   iaitu berlandaskan kaum masing-masing. Sedikit perbezaan dilihat dari segi peratusan, ia itu 60.4% pengundi Melayu di Kawasan Parlimen telah mengundi BN berbanding dengan 63.3%  angka purata untuk Semenanjung Malaysia. Ini membuktikan pengundi di Melayu di Lembah Kelang masih perihatin menyokong kerajaan kuasa Melayu.

Walaupun peratusan sokongan kurang sedikit, angka ini masih   menunjukkan  andaian yang penggundi Melayu di bandar dan penggundi muda lebih cenderung menggundi Pakatan Rakyat adalah suatu andaian yang tidak tepat.

Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri pula peratusan Melayu mengundi BN ternyata  luntur sedikit ke paras 57.9%, agaknya kerana wujudnya sedikit tambahan daya penarik Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim..

Bagaimanapun angka R-Squared  diantara 92% hingga 95% yang diperolehi bererti acuan kaum telah menentu corak pengundian tanpa sebarang pengaruh yang signifikan daripada isu-isu selain daripada isu perkauman.

DAH IKHWAN

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Pilihanraya Umum Ke 13 (2013) and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s