Rumusan Ringkas buku ‘Good to Great’ ditulis oleh Jim Collins

Kini saya sedang membaca sebuah buku best seller ‘Good to Great’ oleh Jim Collins. Buku ini mengupas jenis kepimpinan dalam perniagaan kepada lima aras yang mana aras tertinggi ditempatkan ke level 5 (Aras 5). Kepimpinan Aras 5 ini diuntukkan kepada mereka yang berjaya memimpin syarikatnya ke mercu kejayaan serta membina barisan pengganti yang mampu mengekalkan prestasi syarikat di aras yang sama dalam tempoh yang panjang.Mengikut buku ini satu faktor yang boleh membentuk seseorang menjadi pemimpin Aras 5 ialah ‘strong religious belief'(Ketaqwaan) secara menyuntik nilai-nilai agama kedalam budaya pengurusan syarikat.

Ciri-ciri Utama Kepimpinan Aras 5 adalah seperti berikut:

1. Kemampuan kepimpinan menghasilkan yang terbaik, satu pemangkin dalam transisi daripada ‘Good to Great’.

Disebalik itu, mereka lazimnya bersikap merendah diri, mengelak daripada sanjungan umum yang berlebihan dan tidak pernah takbur.

2. semangat yang cekal melaksanakan apa sahaja yang perlu untuk menghasilkan yang terbaik dan berpanjangan, walau bagaimana rumit sekalipun.Ia bertindak dengan keazaman yang  tenang dan,  secara senyap dan bergantung banyak kepada piawaian yang memberangsangkan dengan tidak menggunakan karisma sebagai sumber motivasi.

3.menetapkan piawaian yang perlu( dan tidak kurang) untuk membina syarikat cemerlang yang berkekalan.Menyalurkan cita-cita yang tinggi untuk syarikat dan bukan untuk diri sendiri, membentuk barisan pengganti yang mantap untuk kejayaan yang lebih tinggi bagi generasi yang akan datang.

4. kemampuan melihat kelemahan diri sendiri dan bukannya memandang diluar mencari kesalahan orang lain ketika berhadapan dengan prestasi yang buruk. Tidak sekali-kali menyalahkan orang lain, faktor luaran atau nasib buruk dalam keadaan sedemikian.Sebaliknya memandang diluar untuk mengagihkan kredit diatas kejayaan syarikat – kepada orang lain, faktor luaran dan nasib yang baik.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s