Perbandingan Prestasi Syarikat GLC, Syarikat Melayu dan Cina (tahun 2008 – 2013)

Artikel ini adalah update kepada artikel Perbandingan Prestasi Syarikat-syarikat di Malaysia yang kita  terbitkan hampir lima tahun lalu, pada pada 15 Feb 2009.

Sejak itu  kita telah mengumpul data yang diperlukan untuk artikel update ini sebagai perbandingan  dan pemantauan kepada kedudukan prestasi syarikat-syarikat tersenarai dalam Malaysian Business Top 100. Untuk makluman sekalian penyenaraian dalam MB Top 100 yang dilakukan oleh Majalah Malaysian Business memilih 100 buah syarikat terbesar Malaysia mengikut saiz jumlah jualan tahunan setiap syarikat di Bursa Malaysia.

Artikel ini diolah daripada tiga  sumber utama, iaitu MB  Top 100 List diterbitkan dalam majalah Malaysian Business Oktober 16-31, 2013 dan juga data-data yang diterbitkan dalam  Stock Performance Guide Malaysia edisi September 2011,  diterbitkan oleh Dynaquest Sdn Bhd. Selain itu informasi tentang syarikat juga didapati melalui kajian menerusi  laman web  Bursa Malaysia.

Di bawah kita paparkan jadual yang menunjukkan kedudukan kategori syarikat pada tarikh terkini pada tahun 2013:

Jadual 1: Syarikat 100 buah terbesar Malaysia mengikut Saiz jualan tahun 2012/2013

KATEGORISYARIKAT JUALAN 2012/2013(RM  juta) JUALAN %
GLC 259,178 40
SYARIKAT CINA 219509 34
SYARIKAT BUMIPUTERA 85,163 13
LAIN-LAIN SYARIKAT 87,437 13
JUMLAH 652,287 100

Nota: Syarikat Bumiputera termasuk DRB-Hicom, UMW Holdings, Boustead Holdings, MMC Corporation, AMMB Holdings, Sapura Kencana Petroleum, Puncak Niaga Holdings, Padiberas Nasional

Jadual.1 di atas menunjukkan kategori syarikat GLC merupakan yang terpenting di Malaysia dengan jumlah jualan RM 259 bil. atau 40% dari keseluruhan jualan dari senarai Top 100 Malaysian Business.

Syarikat dari masyarakat Cina pula menduduki tempat yang kedua dengan jumlah jualan RM 219.5 bil. atau 34% daripada keseluruhan jualan, manakala Syarikat Usahawan Melayu  ditempat keempat dengan jualan RM 85.2 bil. atau 13%. Syarikat lain terdiri dari syarikat asing dan syarikat usahawan  masyarakat  India ditempat ketiga dengan jualan RM 87.4 bil. di kedudukan yang ketiga.

Jika dibandingkan dengan keadudukan pada tahun 2008, Syarikat yang dimiliki dan  hampir kesemuanya diterajui oleh usahawan Melayu kini menguasai RM 85.2 bil.  atau 13% daripada pasaran syarikat dalam MB Top 100. Dalam tahun 2008 penguasaan pasarannya hanyalah  RM 29.5 bil atau 6.3% sahaja. Peningkatan ini adalah kerana ada beberapa buah syarikat GLC atau bahagian-bahagiannya telah diswastakan kepada usahawan Melayu dalam tempoh tersebut. Tambahan pula terdapat syarikat yang baru disenaraikan dalam tempoh  tersebut dan layak menduduki senarai MB Top 100.

Kini kita ingin memaparkan kadar pertumbuhan syarikat-syarikat mengikutkategori pemiliknya, iaitu syarikat GLC, syarikat milikan Melayu, dan milikan Cina

Jadual 2: Perbandingan Kadar Pertumbuhan Syarikat Malaysia Mengikut Kategori

KATEGORI SYARIKAT PERTUMBUHAN PENDAPATAN SELEPAS CUKAI2008—2013 PERTUMBUHAN PENDAPATAN SELEPAS CUKAI2002—2007
GLC 42.7 45.2
SYARIKAT BUMIPUTERA 60.7 70.6
SYARIKAT CINA 77.1 81.4

Jadual diatas menunjukkan  pertumbuhan keuntungan selepas cukai  adalah terendah bagi kategori syarikat GLC dengan kadar 42.7% berbanding dengan Syarikat Bumiputera 60.7% dan syarikat Cina 77.1%. Bagaimanapun, untuk kesemua kategori kadar pertumbuhan menurun berbanding dengan keadaan lima tahun yang lepas, yakni  tahun 2002 -2008.

Data-data diatas mengukuhkan lagi premis kita dalam artikel sebelum ini  yang syarikat GLC yang tidak diterjui oleh golongan usahawan tidak mungkin mengatasi  pertumbuhan syarikat-syarikat usahawan sama ada yang diterajui oleh Bumiputera atau kaum bukan Bumiputera.

Dengan itu, ada baiknya  kerajaan mengambil langkah mempercepatkan  penswastaan syarikat-syarikat GLC kepada usahawan-usahawan Bumiputera. Ini pasti akan dapat memesatkan perkembangan sektor korporat dan sektor ekonomi Bumiputera.

Bagaimanapun, program penswastaan perlu mengikut kaedah-kaedah seperti di bawah:

1. Usahawan Bumiputera yang mengambil alih syarikat GLC hendaklah dipilih dengan merit dari kalangan usahawan yang sudah berjaya dan mampu, dan dari kalangan  perniagaan yang mengamal sistem nilai murni.  Ini suatu syarat sangat penting bagi memastikan kejayaan.

2. Proses penswastaan hendaklah telus.

3. Diskaun harga saham boleh di beri, tetapi biarlah terhad supaya tidak disalahgunakan.

4. Penswastaan boleh melibatkan sekitar  40% ekuiti syarikat  bagi memberi ruang kepada pemegang ekuiti yang sedia ada terutama Saham-saham amanah Bumiputera, sementara membolehkan pihak penerima penswastaan memiliki kepentingan mengawal (effective controlling interest) dalam syarikat. Ka’edah ini juga mengurangkan beban kepada usahawan yang menjadi peneraju baru syarikat.

Sekian, wallahu ‘alam wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Artikel Business, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Perbandingan Prestasi Syarikat GLC, Syarikat Melayu dan Cina (tahun 2008 – 2013)

  1. Ir Dino Bravo says:

    Tuan Dah Ikhwan menyenaraikan syarikat2 seperti UMW, Sapura, Boustead etc sebagai syarikat bumiputra dan bukan GLC. Mungkin pada ownershipnya ia dipunyai orang persendirian, tetapi dari segi pembangunan strategiknya ia masih dibantu kerajaan. Secara amnya syarikat2 tersebut majoritinya masih bertaraf GLC pada kaca-mata umum. Secara amnya, tidak banyak syarikat bumiputra yang berjaya menjadi syarikat gergasi tanpa bantuan kerajaan. Ramai usahawan bumiputra yang bagus, tetapi sedikit sebanyak mereka perlukan bantuan kerajaan. Jaringan antarabangsa syarikat bumiputra tidak sebaik bukan bumiputra. Saya berpendapat kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat. Tidak banyak kerajaan negara lain yang sebaik kerajaan Malaysia. GLC juga ada corporate social responsibility untuk memastikan pekerja2 bumiputra dibantu. Dengan GLC lah ramai golongan sederhana bumiputra diwujudkan. Walau bagaimanapun, masih banyak usaha boleh dilakukan untuk membantu bumiputra seperti premis2 perniagaan di kompleks membeli-belah utama, innovasi, r&d dan teknologi tinggi. Orang bumiputra sangat bernasib baik kerana bumiputra majoriti di negara ini. Sekiranya orang bumiputra bukan majoriti, bumiputra akan langsung tenggelam dalam arus ekonomi.

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara Ir Dino Bravo, Terima kasih atas pandangan saudara. Saya tidak menyanggah yang kerajaan telah banyak membantu perniagaan Bumiputera dan kita umat Islam di Malaysia sememangnya harus berterima kasih kerana itu.

    Tetapi kita perlu juga lihat dari sudut motivasi kearah kecemerlangan yang banyak bezanya diantara syarikat-syarikat GLC dan syarikat dikawal usahawan, samaada usahawan Bumiputera atau bukan Bumiputera.
    Kajian yang telah saya lakukan selama 10 tahun mulai tahun 2002, menunjukkan yang syarikat GLC bertumbuh lebih perlahan daripada syarikat yang diterajui oleh para usahawan(entrepreneur). Ini sememangnya dalam jangkaan kita kerana seorang entrepreneur ada motivasi yang amat kuat untuk berjaya.

    Dalam kajian ini saya mengkategorikan beberapa syarikat seperti Boustead, Sapura Kencana Petroleum dan DRD-Hicom kedalam kategori syarikat Usahawan Bumiputera kerana syarikat-syarikat ini ada pihak pengawalnya(controlling Interest) dengan pengurusan yang agak bebas daripada campurtangan kerajaan. Sebaliknya dalam syarikat GLC ia sama-ada di milik sebahagian besar nya oleh kerajaan atau oleh agensi yang dikawal kerajaan. Banyak dari syarikat ini pula pula ada golden share yang dimiliki oleh kerajaan yang memberi kuasa yg luas kepada kerajaan.

  3. hak55 says:

    Adakah laporan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Cina itu tulus?

    Saya pernah bekerja dengan syarikat Cina yang tersenarai di BSKL dan apa yang saya tahu ialah syarikat tersebut ada beberapa jenis akaun – akaun – ‘akaun private (persendirian)’, akaun untuk BSKL, akaun ‘siang’ dan akaun ‘malam’. Saya juga dapati kebanyakkan daripada keuntungan syarikat diagih-agihkan dan dimasukkan kedalam beberapa akaun syarikat-syarikat ‘pleburan’ milik ‘taukeh’ yang ampunya syarikat yang tersenarai di BSKL itu dan menggunakan nama-nama ‘proxy’ dan hanya apa yang tinggal sahaja yang dikira di dalam akaun yang di hantar ke BSKL.

    Itu semua boleh ditutup tanpa kean dengan menggunakan ‘creative accounting’ dan ‘controlled auditing’.

  4. Melissa says:

    This is a good tip especially to those fresh to the blogosphere.
    Simple butt very precise information… Thabk you for sharing this one.
    A must reasd article!

  5. syasya says:

    Salam. Saya nur syasya lew binti muhd syukri lew. Pelajar tingkatan enam atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun. Saya ditugaskan untuk membuat kajian tentang syarikat multinasional di Malaysia yang mempunyai saham 25% di negara lain. Boleh saudara senaraikan syarikat di Malaysia yang menepati ciri yang saya mahukan itu? Harap mendapat kerjasama dari pihak anda. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s