Pilihanraya Umum ke 13(PRU 13): Analisis Pilihan Pengundi Muda

[ dikemaskini pada 16 Mei 2017)

Ramai pengunjung dalam Blog ini telah memohon supaya penulis membuat kajian tentang kecenderongan para pengundi muda dalam PRU 13 baru-baru ini. Saya dapati juga perkara ini sekian lama  telah menjadi polimik masyarakat memandangkan betapa pentingnya undi pengundi muda dalam mencorak politik negara pada beberapa PRU yang akan datang.

Tanggapan para analisis politik dan masyarakat kini ialah pengundi muda lebih cenderong mengundi parti pembangkang sementara pengundi yang  lebih dewasa lebih cenderong mengundi parti Barisan Nasional. Adakah tanggapan ini betul atau salah akan saya rungkaikan dalam artikel ini berdasarkan kajian regression analysis yang telah dilakukan baru-baru ini.

Soal ini amat penting tetapi hanya relevan dalam kes politik masyarakat Melayu yang sedang bergolak di Semenanjung Malaysia. Bagi masyarakat Cina pula kita tidak perlukan sebarang kajian kerana umum telah mengetahui semua mereka telah mengundi Pakatan Rakyat. Bagi negeri-negeri Sarawak, Sabah, Johor dan Negeri Sembilan juga ini tidak merupakan satu masalah kerana sokongan kukuh  pengundi Melayu  dari semua peringkat umur dibelakang BN di negeri-negeri ini.

Diakhir tahun 2013 pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menerbitkan angka-angka pengundian mengikut julat umur untuk tontonan umum. Ini membolehkan saya membuat analisis secara terperinci dengan memfokus kepada kecenderongan pengundi muda kepada parti BN atau Pakatan Rakyat.

Saya telah membuat kajian data-data dari beberapa negeri di Semenanjung dan untuk Semenanjung keseluruhannya. Kajian  telah dibuat dengan memilih sampel secara rambang dari beberapa kawasan DUN di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Hasil kajian  itu menunjukkan yang pengundi muda dalam  julat umur 21 hingga 29 tahun menyokong BN. Bagaimanapun,  kajian awal ini tidak lengkap kerana tidak dibuat secara multiple regression seperti lazimnya.

Oleh itu, saya telah berusaha  menguji beberapa model baru  dan kini  dalam tahun 2017 berjaya menghasil dapatan yang cukup baik. Model yang dipilih dapat mengukuhkan dapatan dari kajian terdahulu  yang pengundi muda dalam lingkungan umur 21 hingga 29 tahun telah mengundi menyokong BN dalam PRU tahun 2013. Printout komputer Model ini diperturunkan di bawah:

KOMPUTER PRINTOUT HASIL KAJIAN DIBUAT PADA TAHUN 2017

  Regression Output:    
Constant     0  
Std Err of Y Est   1903.55  
R Squared     0.7947  
No. of Observations   54  
Degrees of Freedom   51  
         
X Coefficient(s) 0.6187 0.5700 0.3446
Std Err of Coef. 0.4624 0.1425 0.1156
T Value   1.3378 3.9970 2.9795
    [M21-29] [M30-M79] OTHERS

Legend: [M21-29] – pengundi Melayu berumur diantara 21 hingga 29 tahun
[M30-79] – pengundi Melayu berumur diantara 30 hingga 79 tahun
[OTHERS] – Penggundi kaum lain
Nota:     Model ini menggunakan sampel keputusan  PRU 2013  dari 54 Kawasan DUN                        negeri-negeri   Semenanjung dan dipilih secara rambang.

Hasil kajian diatas menunjukkan 61.87% pengundi Melayu dalam julat umur 21 –  29 tahun telah mengundi BN, 57%  bagi yang dalam julat umur 30 – 79 tahun, sementara penggundi lain sejumlah 34.46% telah meggundi BN. T Value juga cukup signifikan  bagi [M30-79] dan OTHERS tetapi dengan nilai 1.3378 ianya kurang  signifikan bagi pengundi muda [M21-29]. Bagaimanapun  R-Squared 79.47  menunjukkan hasil kajian ini cukup baik dan boleh memberi banyak gambaran apa yang mungkin berlaku diwaktu plihanraya nanti.

Dapatan yang menunjukkan pengundi Melayu muda [M 21-29] lebih ramai mengundi BN berbanding Melayu yang lebih tua saya rasa ada asasnya kerana mereka ini tidak terikesan dengan emosi politik lama Anwar Ibrahim/Mahathir yang ada pada pengundi Melayu lebih tua dalam lingkungan umur 30 dan 40han. Bagaimanaun perihal ini perlu kajian selanjutnya dengan menambah sampel kajian. Setakat ini, ini boleh bererti pihak BN mempunyai probabiliti tinggi  mendapat  undi majoriti dari pengundi muda, tetapi dengan T Value yang agak rendah, undi muda  boleh berubah bergantung kepada keberkesanan kempen parti-parti berkenaan.

Sungguhpun model ini adalah yang terbaik (dalam kajian julat umur) telah diusahakan, ia ada  sedikit kelemahan kerana saya hanya mampu menggunakan 54 sampel sahaja. Ini kerana data berkenaan hanya dipaparkan  oleh pihak SPR dalam masa terhad dan tak sempat disalin kesemuanya. Sekiranya anda ada memiliki lebih banyak data, sila cuba buat analisis serupa dan kemungkinannya  dapatan itu pula akan dapat menyokong kajian ini dengan kongklusif.

Untuk mengimbas kembali kajian terdahulu, dipaparkan dibawah  model  yang telah saya muatkan dalam artikel asal(tahun 2013)  untuk negeri Selangor, Perak, Pahang dan Kedah. Untuk kajian Semenanjung Malaysia keseluruhannya, saya gunakan  sampel dari DUN mengikut weightage peratusan pengundi-pengundi Melayu di negeri-negeri ini.

Hasil dari kajian  asal ini  saya paparkan lagi sebagai  Appendix dibawah

 

Salam, wallahu a’lam

DAH IKHWAN

 

                                                                                                                       Appendix

Jadual 1

Umur
21-29
Umur 30-79 Umur 21-79
Selangor dan
Perak
            62.4%         62.1%          62.1%
Pahang             63.8         64.1          64.0
Kedah             60.3         60.4          60.4
Semenanjung
Malaysia
            62.3         63.6           63.3

 

Jadual diatas menunjukkan  seramai 63.3% daripada pengundi Melayu di Semenanjung  telah mengundi BN dalam PRU 13. Untuk yang  dalam julat umur 21-29 tahun angka yang mengundi BN ialah  pada kadar  62.3%. Dapatan ini menunjukkan perbezaan sedikit sahaja, tetapi  menyanggah  persepsi umum yang pengundi muda lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. Keadaan ini agak menyeluruh kerana juga berlaku di Selangor dan Perak, walaupun sokongan Melayu kepada BN disana keseluruhannya berada diparas yang kurang tinggi.

Hasil kajian diatas menunjukkan sokongan pengundi Melayu kepada BN masih kukuh, malah lebih kukuh daripada keadaan dalam PRU 12. Ini agaknya sebagai reaksi masyarakat Melayu kepada tekad yang ditunjukkan oleh kaum Cina untuk menumbangkan kerajaan BN yang berpaksikan kuasa Melayu diketika  perpaduan dan kuasa Kaum Cina  kini  sedang memuncak.

Untuk pembaca yang memahami atau pakar dalam regression analysis yang digunakan dalam kajian ini, saya paparkan methodologi kajian dibawah:

Methodologi Kajian

Kesemuanya 40 Kawasan DUN telah dipilih secara rambang tetapi mengikut weightage bilangan pengundi Melayu disetiap negeri di Semenanjung. Dalam  kajian ini saya mulai dengan analisis multiple regression data pengundi mengikut julat umur, iaitu umur 21-29 tahun, 30-39, 40-49, 50-59, 60-69, 70-79 tahun. Pendekatan ini gagal menghasilkan dapatan yang baik kerana wujudnya multi-collinearity pada beberapa  coefficient yang dihasilkan.

Oleh itu saya  meminda pendekatan  regression dan menggunakan satu faktor angkubah  setiap kali, iaitu faktor julat umur 21-29 tahun, julat umur 30-79 tahun dan 21-79 tahun. Hasilnya lebih memuaskan dan dapat dilihat dalam jadual 2  dibawah:

Jadual 2: 

Julat Umur Peratusan  Mengundi BN   R-squared T-Value No. of Observation
21-29 tahun 62.3%       66  26.8 40
30-79 63.6%      71.8  30.6 40
21-79 63.3%      69.6  29.6 40

Seterusnya untuk membuat  Model persamaan untuk julat umur yang lengkap saya satukan model untuk umur 21-29 dan 30-79 tahun dan menghasilkan Model baru seperti di bawah:

Constant     0
Std Error of Estimate   2402
R Squared     0.90
Number of observation   40
Degreesof Freedom   38
       
X coefficients 0.623 0.636
    [Melayu 21-29] [Melayu 30-79]

Copyrights (c) by DAH IKHWAN. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan.

Advertisements
Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Pilihanraya Umum Ke 13 (2013) and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Pilihanraya Umum ke 13(PRU 13): Analisis Pilihan Pengundi Muda

  1. alya says:

    bagaimana pula dengan data pengundi muda(21-40 tahun), sebab 39-70 tahun tidak menunjukkan pengundi muda.. saya nak tau sangat data 21-40 tahun pru 13.

  2. DAH IKHWAN says:

    Cik Alya,
    Dari tanda-tanda yang sudah nampak boleh diagakkan tiada perbezaan signifikan bagi julat pengundi yang dimaksudkan. Bagaimanapun, saya akan buat analisis nanti, Insya Allah.

  3. Pingback: Majoriti golongan belia Melayu sokong BN | Helen Ang

  4. zukarnain says:

    Minta saudara buat analisis ilmiah perkara berikut:

    1- pengaruh pengundi luar bandar

    2- kesan internet terhadap generasi muda adakah mempengaruhi mereka sehingga buat keputusan berdasarkan maklumat internet terutama facebook..blog dan utube..?

  5. Anis says:

    Salam, boleh saya tahu dari mana saudara dapat data mengenai angka pengundian mengikut julat umur yg dikeluarkan oleh Spr. Dah cari tapi tidak jumpa. Terima kasih

  6. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Cik Anis atas soalan ini. Pihak SPR pada suatu waktu dulu pernah memaparkan data mengikut julat umur. Tetapi nampaknya kini telah ditarik balik dan saya sempat menyalinkannya sebelum mereka berbuat demikian.

  7. alia says:

    Salam, macam mana saya boleh dpatkan data pengundi mengikut umur memandangkan saya tidak jumpa. saya memerlukan data untuk kajian saya. Memandangkan en. ikhwan mempunyai data, mungkin boleh berkongsi dengan saya.

    • DAH IKHWAN says:

      Waalaikum salam,

      Terima kasih atas soalan ini. Saya tidak dapat memberi semua data yang ada sebab ini perlu Puan usahakan sendiri. Bagaimanapun saya boleh paparkan data untuk satu kawasan sahaja. Sila nyatakan kawasan mana yang Puan kehenddaki.

  8. Pingback: Update Penting: Analisis Pilihan Pengundi Muda Umur 21-29 Tahun | DAH IKHWAN Weblog

  9. Anonymous says:

    salam saudara ikhwan…boleh mohon share data jumlah pengundi mengikut umur bagi parlimen BERA P.090

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara, data yang ada pada saya hanya untuk Pahang N.37, iaitu satu daripada tiga kawasan dalam P.90. Dalam kawasan DUN ini, jumlah pengundi ialah 17,037 dan daripadanya seramai 2974 orang pengundi Melayu berumur antara 21-29 tahun dan 11,811 Melayu berumur antara 30-79 tahun. Jika mengikut nisbah julat umur yang sama, dianggarkan kawasan P.90 mempunyai 6,074 pengundi Melayu dalam julat umur 21-29 tahun dan 24,299 pengundi Melayu berumur antara 30-79 tahun.

  10. Anonymous says:

    pru 14 pola pengundi muda Melayu sudah terlalu fluid.saya amat yakin perubahan ketara pola pengundi Melayu terutamnya dikalagan anak Muda Melayu pada pru 14 mendatang kelak berbanding pru 13 terutamnya di Johor Melaka N9 Kedah Perak dan Selangor.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara, mengikut kajian saya, pengundi muda Melayu dalam julat umur 21-29 tahun lebih gemar mengundi BN pada PRU 13 berbanding pengundi tua. Tetapi T Value 1.34 adalah kurang signifikan, menggambarkan pendirian yang boleh berubah atau undi atas pagar. Pihak mana yang lebih berkesan dalam kempen mereka akan memiliki undi undi kategori ini, dan dijangka sentimen kaum yang lebih hangat akan memberi kelebihan kepada BN.

  11. Pingback: Sukan SEA 2017: Semangat Generasi Muda Kini | DAH IKHWAN Weblog

  12. faisal says:

    Salam sdr ikwan.. boleh saya dapat alamat email untuk saya bertanya secara peribadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s