Ranking PISA dan Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia

 

Kedudukan Malaysia dalam  program Penarafan Pendidikan Dunia, PISA untuk tahun 2012 baharu sahaja dikeluarkan dan menunjukkan  Malaysia berada dikedudukan 52 daripada sebanyak 65 buah negara. Ini berbanding dengan kedudukan  pada paras  55 daripada sejumlah 74 buah negeri  pada tahun 2009.

Penarafan ini membandingkan kedudukan mutu pendidikan di peringkat antarabangsa dalam tiga mata pelajaran, iaitu, matematik, sains dan pembacaan. Butiran mata yang dicapai Malaysia adalah seperti berikut:

[Dikemaskini pada 7 Disember 2016]

Mata Pelajaran                             PISA 2009                    PISA 2012          PISA 2015

Matematik                                            404                              421                      446
Sains                                                       422                              420                      443
Bacaan                                                    414                              398                       431
Kedudukan Malaysia                            55                                 52

Dalam angka di atas, bidang matematik menunjukkan peningkatan yang ketara daripada 404 mata pada 2009 kepada 446 pada tahun 2015, daripada 422 kepada 443 untuk Sains dan 414 kepada 431 untuk Bacaan.

Angka perbandingan dengan negara- negara lain adalah seperti dibawah bagi PISA 2012:

Mata Pelajaran    Malaysia             Singapura           OECD

Matematik              421                        573                         494
Sains                          420                       551                          501
Bacaan                      398                       542                          496

Data di atas menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan dibelakang Singapura yang berada di ranking ke tiga dunia. Data untuk negara-negara maju (OECD) juga jauh mendahului Malaysia.

Negara kini mensasarkan untuk mencapai ranking dalam kumpulan sepertiga teratas seperti  dalam  objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara.

Dalam kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-negara lain (termasuk  berbanding beberapa negara ASEAN )disebabkan oleh beberapa perkara, diantaranya pelajar lebih menunpukan perhatian kepada perperiksaan awam dan kurang  serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA. Juga bentuk jawapan dalam  Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak berbentuk penulisan  seperti dalam ujian PISA.

Dengan pendekatan di atas,  guru-guru dan pelajar Malaysia lebih cenderung menggunakan jalan pintas dan hafalan dan tidak banyak menumpukan soal pemahaman applikasi dalam sesuatu  mata pelajaran, terutama mata pelajaran matematik dan sains.

[Bagaimanapun angka terkini untuk tahun 2015 menunjukkan peningkatan agak ketara dalam ketiga-tiga matapelajaran berbanding tahun 2012.Ini  menampakkan kesan positif sistem PBS yang digunakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam kurrikulum sekolah di Malaysia.]

Bagaimanapun,  Ketua Pengarah Pelajaran dipetik menyatakan  (Mingguan  Malaysia  23.2.14) yang  analisis terhadap Program PISA  mendapati terdapat beberapa sekolah di Malaysia mencatat skor tinggi standing Shanghai di China, Singapura dan Finland.

Beliau berkata skor tinggi yang dicatatkan oleh sekolah swasta, agama dan sekolah harian berkenaan adalah kerana amalan terbaik tertentu yag dibawa pengetua dan seterusnya di terjemahkan para guru di bilik darjah.

“Jadi kita boleh melakukan intervensi di sekolah lain supaya mereka juga boleh mengadaptasi amalan terbaik tersebut mengikut situasi masing-masing ” katanya.

Sejak beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah kemerosotan  ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).

Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti  Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura. Pada masa kini  pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara.

Tujuan utama sistem PBS ialah untuk menambah-baik  hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang  lebih baik bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data tentang kelebihan dan kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem sekarang yang berorientasikan peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.

Bagaimanapun, masalah dalam pentadbiran PBS kini  banyak diperkatakan di alam maya. Suasana  ini sesugguhnya menggambarkan kecelauran dalam perlaksanakan sistem ini yang sudah menjangkau ke tahun yang ke tiga.

Isu utama  timbulnya daripada proses data entry yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Difahamkan bahawa kerja data entry itu tidaklah begitu sukar,  tetapi sistem online yang digunakan itu yang menimbulkan masalah yang amat membebankan.

Kerajaan perlu faham betapa rumit kerja dan besarnya tanggungjawab seorang guru yang  hendak menjalankan tugas dengan baik. Pertama, beliau perlu menyediakan pelajaran, selepas itu mengajar diwaktu sekolah dan selepas itu dia  perlu lagi membuat correction keatas kerja-kerja yang dibuat oleh pelajar.  Inipun jika tiada kerja ko-kurikulum  dan sampingan yang diperlukan dalam pentadbiran sekolah. Sudah pasti ini memerlukan lebih daripada 8 jam sehari yang lazimnya dituntut  daripada pegawai kerajaan yang lain.

Kerja-kerja diatas memang munasabah dan diharapkan daripada seseorang guru, termasuklah key in data  untuk sistem PBS.Tetapi apabila  sistem PBS itu tidak effisien, ini amat membebankan. Cubalah bayangkan  bagaimana tertekannya jiwa seorang guru apabila mengambil masa sehingga sejam untuk key in data untuk seorang pelajar. Kebiasaan nya seorang guru mengajar empat atau lima kelas  untuk sejumlah 120 hingga 150 orang pelajar.  Dengan ini  guru-guru terpaksa membuang masa terlalu lama dihadapan komputer dan terpaksa menyambungkan kerja kerja ini sehingga larut malam,  jam 3 atau 4 pagi.  Tidak menghairankan apabila ada dikalangan guru yang lebih rela meletak jawatan daripada hidup tertekan berterusan.

Dalam perkara ini, adalah menjadi tanggungjawab utama bagi kerajaan menyediakan sistem online yang efficien. Masalah ini sudah  berlarutan lebih tiga tahun. Maka tiada sebab ianya tidak diperbaiki atau di overhaul sepenuhnya dengan kadar segera.

Dalam menangani masalah sistem online ini, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil iktibar daripada kesilapan yang lampau. Lantiklah konsultan dan kontraktor yang pakar  dan  terbaik dalam bidang ini. Ini bukanlah satu perkara yang begitu rumit untuk ditangani kerana kita sedia maklum yang kepakaran dalam bidang ICT tidak sukar didapati di Malaysia. Umum tahu yang banyak sistem online yang canggih dan efficien sudah lama wujud  seperti di Lembaga Hasil dalam Negeri, dalam sektor perbankan dan sektor penerbangan.

Setakat ini   telah wujud gerakan terdiri daripada segelintir guru untuk membubarkan Program PBS. Alhamdulillah ia belum lagi mendapat sambutan daripada para guru dan orang ramai. Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga telah meminta golongan pendidik bersabar dan memberi peluang kepada Kerajaan untuk menangani isu ini terlebih dahulu.

Oleh kerana isu ini telah berlarutan selama tiga tahun, pihak Kerajaan perlu mengambil tidakan segera bagi menangani masalah ini. Janganlah hanya ambil sikap sambil lewa sahaja sehingga emosi rakyat memuncak lagi, seperti dalam isu PPSMI yang terdahulu. Jika ini berlaku, amat menyedihkan perkara yang amat penting ini yang akan menentukan nasib generasi baru dan masa depan negara ditentukan dalam demonstrasi jalanan tanpa mengambil kira percancangan rapi secara ilmiah dan professional.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ranking PISA dan Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia

  1. zulkifli says:

    Assamualaikum tuan dah…
    Mohon pandangan tuan tetang polimik PBS di negara kita. Bagaimana cara terbaik utk pendidikan negara.

    Wassslam.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Zulkipli,
      Pada pandangan saya, polimik PBS kini bermula dengan sebab-sebab yang sahih yang dialami guru-guru dalam melaksanakan sistem PBS ini. Bagaimanapun ada tanda-tandanya ia menjadi isu politik jika tidak ditangani dengan segera. Bagi kita sebagai pencinta pelajar dan pendidikan, kerajaan perlu ambil perhatian dan tindakan segera keatas masalah-masaah yang dihadapi guru dalam hal ini.
      Yang amat perlu disegerakan ialah menangani masalah sistem online yang ada sekarang. Mengapakah sistem ini tidak mampu beropersi seperti dijangka? Pakar yang bebas patut dilantik untuk membuat kjian dan mencadang opsyen untuk menangani masalah ini. Disamping itu, Jika pembekal yang ada didapati cuai, tindakan undang-undang patut diambil.

      Public Account Committee sepatutnya ambil perhatian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s