Perletakan Jawatan Pehin Seri Taib Mahmud Sebagai Ketua Menteri Sarawak

Perletakan Jawatan oleh  Pehin Seri Taib Mahmud akhirnya rasmi pada hari ini selepas beliau menghadap TYT Yang Pertua Negeri Sarawak petang ini. Sekaligus nama penganti beliau, Tan Sri Adenan Satem juga  telah diumumkan,  dan peralihan kuasa telah ditetapkan pada 28 Februari nanti.

Peralihan kuasa ini sudah lama dijangka selepas PM  Najib mengumumkan, dan disahkan oleh beliau sendiri, semasa Pilihan Raya Negeri yang lepas bahawa Pehin Seri akan mengundur diri dalam pertengahan penggal DUN yang ada sekarang. Cuma  tarikh yang tepat telah menjadi tanda-tanya selama ini.

Tan Sri Adenan Satem Sebagai Pengganti

Bagi rakyat Malaysia di Sarawak, Tan Sri Adenan Satem adalah nama yang tidak asing lagi. Beliau telah lama berkecimpung dalam politik negeri, dan buat seketika pernah menjawat jawatan menteri  Sumber Asli di peringkat Persekutuan. Beliau ialah seorang Naib Presiden Kanan dalam Parti PBB dan seorang rakan yang lebih tua daripada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, iaitu seorang lagi calon Ketua Menteri. Mereka berdua dilahir dan dibesarkan di kampung yang sama dalam bandar Kuching. Kita menjangka, mereka berdua boleh menjalin kerja-sama yang baik di era baru ini.

SK11_090214_BN SARAWAK

Dengan berundurnya Pehin Seri Taib, maka berakhirlah  satu era politik negeri Sarawak yang bermula pada tahun 1981  apabila Pehin Seri Taib dilantik mengganti Ketua Menteri ketika itu,  bapa saudaranya Tun Rahman Ya’kup. Pehin Seri Taib menampilkan perwatakan yang amat berbeza daripada bapa saudaranya. Beliau ialah seorang yang amat tegas dan serius di khalayak ramai, tetapi boleh berbual   mesra ketika bertemu menteri-mentri, pegawai-pegawai, malah pengunjung-pengunjung ketika di luar  pandangan umum. Sebaliknya Tun Rahman Ya’kup  lebih terkenal dengan sikap ramahnya sama ada dikhalayak umum atau sebaliknya.

Perwatakan

Pehin Seri Taib ialah seorang  yang mempunyai pendirian yang tegas, independent minded dan tidak mudah dipengaruhi rakan-rakan sekeliling. Ini tidak bererti dia tidak mendengar nasihat. Sebaliknya,  biasanya  beliau mendengar setiap taklimat dengan teliti dan tekun. Ini mudah dilakukan kerana beliau adalah seorang yang bijak , mudah memahami apa-apa topik perbincangan dan mampu memusatkan perhatian kepada taklimat yang berpanjangan. Jika sesuatu taklimat berjaya meyakinkan beliau, beliau akan menerima cadangan yang dikemukakan dan berpegang teguh dengannya.

Sebagai seorang pegawai yang pernah berkhidmat dibawah beliau selama beberapa tahun, saya pernah menyaksikan  betapa luar biasanya  sikap ketegasan beliau, terutama dalam langkah menegakkan kuasa sebagai Ketua Menteri, diawal pemerintahan beliau. Ini menyebabkan pergeseran serius dengan  Tun Abdul Rahman Ya’kub, TYT Sarawak pada ketika itu. Ketegangan hanya berakhir selepas Ming Court Affair, dalam mana Tun Rahman bertindak dalam tahun 1987, tetapi gagal  menyingkirkan beliau.

Selepas itu cabaran daripada penentang yang berpotensi telah menurun mendadak kerana   ketegasan dan keberanian yang telah terbukti disamping kebijaksanaan beliau menangani isu-isu yang timbul. Beliau amat berwaspada selalu dan agaknya memiliki sistem feedback yang efficien.

Politik Pembangunan

Pehin Seri Taib berjaya menyatukan rakyat Sarawak dengan konsep, saya agak diolahkan beliau sendiri, iaitu Politik Pembangunan. Sejak  menjawat jawatan Ketua Menteri beliau mulai melaung dan mempopularkan pendekatan ‘Politik Pembangunan‘. Di peringkat awal,  agaknya  tak seorangpun faham pendekatan ini. Tetapi, selepas 33 tahun beliau berkuasa kita nampak bagaimana slogan Politik Pembangunan  telah mencorakkan tempo politik di Sarawak, memfokuskan pemikiran setiap lapisan masyarakat  kepada pembangunan serta menjauhi politik perkauman dan sentimen agama yang ektrim. Kini kita semua faham betapa pentingnya pendekatan Politik Pembangun di negeri Sarawak yang pada ketika itu amat mundur dan didiami oleh begitu ramai  suku kaum  dengan budaya dan agama yang berbeza. Saya nampak ada persamaan diantara pendekatan ‘Politik Pembangunan dengan Wawasan 2020 dalam mempengaruhi tempo atau  pemikiran rakyat dalam jangka panjang kearah kecemerlangan masyarakat.

Pendekatan Politik Pembangunan telah mampu memacu kemajuan di Sarawak serta mempertingkatkan sikap toleransi antara kaum. Sungguhpun demikian beliau juga mengambil berat tentang kemajuan ekonomi masyarakat Bumiputera. Bagi industri kecil dan sederhana,  diwujudkan Unit Pembangunan Usahawan di Jabatan Ketua Menteri selain daripada SEDC dan beberapa agensi lain  untuk memudahkan pertumbuhan dalam sektor ini.  Pendekatan beliau ialah membentuk masyarakat peniaga Bumiputera yang mampu berdikari  terutama bagi enterprise saiz sederhana dan besar.  Justeru itu kini terdapat puluhan usahawan Bumiputera Sarawak  termasuk dalam kategoti ini, samaada yang berniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia.

Dari segi agama, dikala isu-isu agama kini memuncak di Semenanjung, di Sarawak penganut pelbagai agama hidup bersama dengan harmoni. Pehin Seri selalu bersuara lantang, bersikap tegas serta tidak memberi ruang langsung kepada kelompok -kelompok yang gemar memainkan sentimen agama atau kaum yang melampau.

Meskipun demikian ini bukan bererti beliau tidak mementingkan kesejahteraan umat Islam di Sarawak. Penganut agama Islam bukanlah kelompok yang majoriti di Sarawak dan Islam pula bukannya agama rasmi di sini. Jadi bajet  dari kerajaan negeri untuk pentadbiran agama Islam amat terhad. Sebagai langkah  mengatasi masalah  ini,  beliau telah membentuk  Lembaga Amanah  Kebajikan Islam di setiap Bahagian dan hampir setiap daerah yang ada penduduk beragama Islam. Kesemua lembaga -lembaga ini  sebenarnya  dibiayai dengan dana-dana dari luar kerajaan negeri. Wang zakat dan fitrah yang kesemuanya bersumber daripada masyarakat Islam juga ditadbir dengan baik dan berkesan oleh badan  Baitulmal negeri.

Gelombang Pembangunan

Era Pehin Seri Taib Mahmud yang amat panjang menempuhi beberapa gelombang pembangunan. Gelombang pertama berlaku sekitar  tahun lapan puluhan dengan pembukaan industri petroleum dan gas asli di Bintulu , era kedua menyaksikan perlaksanaan rancangan  mempelbagaikan ekonomi Sarawak dengan mulanya industri hiliran kayu-kayan dan perladangan kelapa sawit, dan kini mulai tahun 2000,  era haidro elektrik dan  industri mega di kawasan SCORE  berhampiran Bintulu. Sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan negeri diwaktu itu,  saya bersyukur diberi peluang menyumbang dalam pembangunan dalam gelombang pertama dan kedua.

Perlu diingatkan penglibatan kerajaan negeri Sarawak dalam gelombang-gelombang pembangunan ini bertambah dari dekad-kedekad sehinggalah gelombang pembangunan kawasan SCORE kini majoritinya  adalah atas insiatif dan biayaan  Kerajaan Negeri. Di bawah kepimpinan Pehin Seri Taib, Sarawaklah satu-satunya negeri yang mampu memikul beban yang biasanya hanya dipikul oleh kerajaan Persekutuan.

Usaha-usaha yang luar biasa ini memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia kerana memerangsangkan persaingan hebat dalam industri perkayuan, oil and fat dan kini dalam energy intensive industry. Ini telah mengundang tindak balas yang hebat, malah  sabotaj daripada pesaing dalam bentuk gerakan environmentalis dari negara-negara Barat, terutama dari Eropah yang  disasarkan kearah ketiga-tiga industri ini, dan  kearah Pehin Seri sendiri.

Tan Sri Adenan

Usaha-usaha Kerajaan Malaysia untuk menangkis tohmahan environmentlis Barat dalam tahun 90 han telah di pelopori oleh mendiang Lim Kheng Yaik, Menteri Perusahaan Utama di waktu itu. Selain Pehin Seri Taib sendiri, wakil dari negeri Sarawak yang aktif dalam usaha-usaha ini, tidak lain dan tidak bukan ialah  Tan Seri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Sekian, wallahu ‘alam

wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel berkaitan:

1. Ini Orang Yang Layak Jadi PM Malaysia.

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Perletakan Jawatan Pehin Seri Taib Mahmud Sebagai Ketua Menteri Sarawak

  1. anonymous says:

    Satu artikel yang baik dan banyak informasi. Inilah sudut Taib Mahmud yang umum tidak mengetahui.

  2. Ahmad Zainie says:

    Kalau nak dengar cakap pembangkang, semua pemimpn BN buruk-buruk belaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s