Kemalangan di Jalan Raya Malaysia: Ke 17 terburuk di Dunia

 

Sejak lima hari yang lepas Malaysia dan seluruh dunia telah gempar dengan kehilangan pesawat MAS MH 370. Seramai 239 orang penumpang dan kru berada di dalam pesawat tersebut ketika kejadian.

Nahas udara memang amat mengemparkan kerana ianya jarang-jarang berlaku dan melibatkan amat ramai penumpang berbilang bangsa dalam satu-satu kemalangan. Kali terakhir nahas serupa berlaku 37 tahun yang lalu pada tahun 1977 melibat pesawat MAS yang jatuh di Tanjung Kupang Johor.

Sungguhpun  nahas udara mampu menarik perhatian semua media antara-bangsa, hakikatnya penerbangan udara  merupakan mod  pengangkutan yang paling selamat. Jika dilihat dari statistik nahas-nahas  ini, terdapat 35 orang penumpang  dan 12 kru Malaysia yang terlibat,  pada purata  hanya kurang daripada 2 orang terkorban dalam satu tahun.

Yang jauh lebih teruk dari segi kehilangan nyawa ialah nahas jalanraya yang melibatkan kira-kira 9000 kematian setiap tahun.

Banyak telah diperkatakan tentang perkara ini dalam media dan rata-rata rakyat Malaysia menyalahkan sikap buruk pemandu kenderaan. Antara kesalahan yang kerap dilakukan ialah menukar lane tanpa isyarat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, keluar masuk lane dengan cara  yang berbahaya dan memandu dengan amat laju.

Ramai pemandu tidak mengendahkan isyarat jalan, traffic light, had laju dan denda sekalipun. Pemandu, malah  penumpang sendiri  tidak ambil perhatian tentang keselamatan mereka sendiri. Kita tidak faham mengapa penumpang dan anak-anak tidak menggunakan tali pinggang keledar yang tersedia yang boleh menyelamatkan nyawa semasa kemalangan.

Mengikut kajian oleh University Michigan bertarikh Feb 2014,  Malaysia menduduki tempat ke 17  teratas dalam  kadar kematian di jalanraya di dunia, dengan 30 kematian pada setiap  100,000 penduduknya. Ini berbanding dengan hanya 6 orang di Singapura, 6 di Perancis, 14 orang di Amerika Syarikat, 44 orang di Thailand, Brazil 22, Saudi 21 dan China 22.

Pola kematian di jalanraya pula didapati mempunyai correlation dengan  tahap kemajuan sesebuah negara dan  taburan umur penduduk. Ini bererti, negara yang cepat membangun seperti Malaysia, Thailand dan Cina mempunyai kadar kematian yang tinggi kerana kadar pemilikan kereta yang tinggi dan cepat bertambah, berbanding  dengan negara miskin yang tahap pemilikan keretanya yang masih rendah seperti Maldives yang hanya dengan kadar kematian 1.9 setiap 100,000 orang penduduk, Algeria 12 dan Myanmar 10.

Bagi negara negara maju pula kadar kematian di jalanraya  adalah rendah  terutama di Eropah Barat dengan kadar  kurang daripada 10 kematian pada setiap 100,000 orang penduduk. Ini adalah kerana keadaan jalan dan pematuhan undang-undang  yang lebih baik disana. Tambahan pula disegi taburan umur pemandu di sana, ramai yang berumur lebih tua berbanding dengan keadaan di Malaysia.

Mengikut angka resmi Amerika Syarikat,  kadar kematian yang paling tinggi di Amerika Syarikat ialah dalam julat umur 16-24 tahun dan terendah dalam julat umur 35  tahun keatas. Berpandukan dengan kajian ini dan memandangkan yang ramai pemandu Malaysia dalam julat umur 18-24 tahun, sudah pasti kadar kematian di Malaysia lebih tinggi dari negara Amerika dan Eropah. Bagaimanapun kadar kematian 30   orang dalam keadaan negara  kini, adalah terlalu tinggi dan melangkaui norma antarabangsa. Kesimpulannya, sememangnya ada yang tidak kena dengan keadaan memandu di Malaysia yang boleh dikaji dan ditangani dalam masa yang terdekat.

Berpandukan data dari Amerika Syarikat, negara itu telah berjaya memperbaiki keadaan dalam masa 20 tahun yang lepas. Pada tahun 1990 kadar kematian ialah  17.88 orang dan ini telah menurun kepada  hanya 11.01 pada tahun 2009 seperti tertera di bawah:

Tahun                                           Kadar Kematian Jalanraya di US

1990                                              17.88 setiap 100,000 penduduk
1995                                              15.91
2000                                             14.87
2005                                              14.71
2009                                              11.09

Sumber: US Census Bureau 2012

Jika negara lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah  telah berjaya menurunkan kadar kematian di jalanraya, tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu melakukannya.

DAH IKHWAN

 Artikel berkaitan:

1. GST: Polemik Tun Mahathir, Dr Maza dan Ahmad Maslan.
2.Kadar Kematian Jalanraya mengikut Institut Kajian Keselamatan Jalanraya.

Gallery | This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Kemalangan di Jalan Raya Malaysia: Ke 17 terburuk di Dunia

  1. Ir Dino Bravo says:

    Pada pendapat saya, MAS adalah antara syarikat penerbangan terbaik di dunia dalam banyak perspektif. Kehadiran syarikat2 tambang murah telah mengganggu kewangan MAS.

    Dalam statistik kemalangan jalan raya, sekiranya jumlah kemalangan motosikal tidak diambil kira, statistik kemalangan kita mungkin hampir sama dengan negara2 maju lain. Negara seperti Amerika, sangat kurang menggunakan motosikal. Saya berpendapat, pemandu Malaysia secara amnya baik dan berhemah, jalanraya di Malaysia pun baik dan sistem pengawasan jalanraya pun baik. Cuma agak sukar untuk mengatasi kemalangan melibatkan motosikal kerana ruang jalanraya yang terhad.

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara Dino,
    Saya setuju dengan pendapat saudara tentang MAS. Ia sesungguhnya antara syarikat penerbangan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan keselamatan. Bagaimanapun mereka perlu berusaha mengurangkan kerugian dalam masa terdekat dan menunjukkan keuntungan dalam masa dua tiga tahun yang akan datang. Dalam masa tersebut ruang perlu diberi kepada pengurusan yang ada sekarang untuk melaksanakan strategi dan rancangan mereka.

    Setelah meneliti data yang ada, saya dapati pendapat saudara tentang kadar kematian melibatkan motorsikal memang betul. Maklumat dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (MIROS) menyatakan 60% daripada angka kematian adalah dari kemalangan motorsikal dan hanya 20% melibatkan kereta. Jika ditolak angka kematian dari motorsikal, kadar kematian kemalangan jalanraya di Malaysia hanyalah 12 orang dalam setiap 100,000 penduduk, hampir menyerupai kadar kematian di jalanraya di Amerika Syarikat.

    Terima kasih

    • Ir Dino Bravo says:

      DI,

      Saya berpendapat masalah MAS secara amnya bermula selepas satu dua tahun penubuhan Air Asia. Kebanyakan penumpang memilih Air Asia kerana kos tambang yang lebih rendah. Dalam banyak segi, rakyat Malaysia mementingkan kos dalam pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diterima. Masalah MAS, ia sukar untuk mengurangkan kos operasi kerana gaji kakitangan sudah tinggi dan MAS tidak boleh membuang pekerja sesuka hati. Sekiranya ada pengurusan baru, “team” lama masih ada. MAS juga adalah imej negara. Dalam erti kata lain, nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak. Walaupun MAS rugi, imejnya yang baik telah sedikit sebanyak membantu negara menarik pelabur2 walaupun jumlah pelaburan sangat sukar diukur. Advantage Air Asia ialah ia bermula fresh dan tidak banyak halangan untuk mengimplementasi sesuatu tindakan. Kos operasi pun rendah kerana gaji pekerja (mungkin) lebih rendah. Tetapi kelihatan Air Asia sudah menghadapi masalah saingan dengan Malindo yang lebih fresh. Perundingan di antara MAS, Air Asia dan Malindo juga tidak dibenarkan kerana cartel. Saya berpendapat, sesiapa yang mengetuai MAS sukar berbuat apa2. Cadangan saya, market segmentation MAS perlu dibahagi dua. Satu harga tiket untuk penumpang ekslusif terutamanya routes yang tidak dilalui Air Asia dan satu harga tiket sama harga seperti Air Asia iaitu margin berdasarkan volume (walaupun ini akan mengurangkan margin per tiket). Otherwise, setiap tahun MAS akan mengalami kerugian.

  3. marwanmahmud says:

    Satu statistik yang kurang “menyeronokkan”.. Pihak berwajib perlu segera lakukan tindakan yang drastik dengan mengutamakan sistem pendidikan keselamatan jalan raya, selain kempen berterusan secara lebih aktif dalam media massa. Mereka juga perlu lebih serius dalam penguatkuasaan undang-undang, jangan hanya bermusim sahaja. Sistem pendidikan serta pengujian pemandu juga perlu diperbaik lagi. Kerajaan perlu cari jalan bagaimana kita nak lalukan perubahan dari sikap dan pemikiran terhadap kepentingan keselamatan jalan raya.

    Sekadar pandangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s