Pesawat MH 370: Bagaimana Amerika melengah-lengahkan Bantuan

 

Orang yang banyak membantu Malaysia dalam misi mencari pesawat MH 370 ialah Tony Abott, Perdana Menteri Australia. Beliaulah yang pertama kalinya memaklumkan kita penerimaan beberapa isyarat ping daripada pesawat yang hilang itu. Beliau pula yang amat optimis tentang status pencarian.  Namun, dengan tiba tiba semalam  beliau  memberi amaran yang usaha pencarian ini akan berlarutan dalam satu tempoh yang amat lama. Kenyataan beliau yang terakhir ini amat mengelirukan.

Flight MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 telah dilaporkan hilang dengan 239 penumpang dan Kru pada pagi tersebut.

Secara lojiknya fasa sekarang pencarian menggunakan towed pinger locator(TPL) sudah boleh dihentikan dan digantikan dengan fasa seterusnya menggunakan Aset Amerika AUV Bluefin 21 untuk membuat pemetaan dasar lautan disekitar kawasan kemalangan, untuk mengesan bangkai pesawat MH 370 dan kotak hitam. Ini kerana  empat isyarat ping daripada TPL  pastinya sudah mencukupi bagi mengecilkan kawasan pencarian. Geoffrey Thomas, ketua pengarang Airline Review.com, telah menyatakan bahawa kawasan pencarian kini hanyalah 93.24 km persegi berbanding 46,620 km persegi sebelumnya.

Disamping itu Wikipedia menyatakan towed pinger locator (TPL 25) yang kini digunakan oleh tentera laut Amerika hanya boleh menerima isyarat sejauh 3700 metres di sekelilingnya. Oleh itu secara logiknya, isyarat-isyarat yang telah diterima daripada kotak hitam  itu tidaklah begitu jauh daripada lokasi TPL 25, kerana yang lebih jauh itu tidak mungkin kedengaran.

Towed Pinger Locator

Towed Pinger Locator

 

Sungguhpun Australia setakat ini banyak  membantu kita dan telah menubuh Joint Agency Coordination Centre dalam misi pencarian ini, kita harus beringat yang Australia adalah sekutu Amerika yang rapat, begitu jugalah Britain. Malaysia perlu berhati-hati dan pastikan tiada cubaan disebalik tabir untuk melengah-lengahkan pencarian hingga kekemudian hari apabila dunia sudah melupai peristiwa ini.

Dari sudut ini,  agak menghairankan mengapa kini hanya sebuah sahaja AUV Bluefin 21 berada dilokasi. Demi untuk menyegerakan pencarian, sepatutnya lebih banyak lagi aset ini atau yang serupa digunakan, mungkin  oleh Malaysia secara langsung.

Autonomous Underwater Vehicle Bluefin 21

Autonomous Underwater Vehicle Bluefin 21

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berkepentingan besar dalam peristiwa kehilang pesawat MH 370 ini. Syarikat Boeing yang dimiliki Amerika Syarikat adalah pembuat semua kapal terbang Boeing yang kini menguasai pasaran dunia. Jadi, tidak hairanlah jika  negara tersebut cuba melengah-lengahkan penyiasatan yang bakal merungkai sebab kejadian yang mungkin menjejaskan reputasi Syarikat Boeing tersebut.

Sebelum inipun kita lihat bagaimana Telivisyen Amerika CNN cuba memainkan isu siapa pemilik kotak hitam yang masih dalam pencarian. CNN juga sering menghebohkan yang hanya Amerika Syarikat, Australia dan Britain yang memiliki kepakaran menganalisis kotak hitam ini. Dalam hal ini bagi mereka negara lain seperti Perancis dan German tiada kepakaran.Pendirian Malaysia adalah realistik dalam soal ini, kita tiada kepakaran dan memerlukan kepakaran negara lain. Tetapi ada baiknya jika kita menambahkan negara dalam satu  task force teknikal antarabangsa, termasuk negara Perancis dan German untuk menganalisis kotak hitam nanti.

Perlu diingatkan bahawa pesawat MH 370 dan kotak hitamnya adalah milik Malaysia, dan mengikut peraturan antarabangsa ia menjadi tanggungjawab Malaysia menganalisis datanya setelah ditemui nanti. Tanpa kepakaran yang ada, ia  menjadi tanggungjawab Malaysia membentuk satu task force antarabangsa yang berwibawa dan adil untuk merungkai data daripadanya.

Kekerapan CNN untuk menyalahkan Malaysia dalam segala segi perlu kita hadapi dengan berhati-hati. Mungkin anda kata yang memang kerja media massa untuk mensensasikan isu. Tetapi, nampakkah kita yang sikap mereka juga mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang perlu disegerakan. Adakah kita nampak mereka amat nasionalistik dan jarang kali menyentuh perkara perkara  yang mempersoalkan kewibawaan Syarikat Boeing atau negara Amerika Syarikat.

Disebaliknya, CNN terlalu banyak menyentuh tentang kelemahan Malaysia. Memang kita tidak perfect dan ada kelemahan kita. Amerika Syarikat juga ada kelemahan dalam langkah keselamatannya, jika tidak manakan peristiwa September 11 terjadi. Sehingga soal jadual penyenggaraan pesawat MAS juga dipersoalkan tanpa apa-apa bukti. Satu ketika dahulu mereka menghebohkan isu bateri kotak hitam tidak diganti mengikut jadual. Tetapi Allah telah menunjukkan kuasaNya, tak lama selepas itu enam isyarat (termasuk dua  terawal dari kapal negara China) telah diterima  dari kotak hitam tersebut walau sudah lebih sebulan hilang di lautan, sungguhpun mengikut spekasinya, bateri tersebut sepatutnya sudahpun luput.

Dari sudut lain pula, data satelit yang digunakan berasal daripada satelit Imarsat sebuah syarikat Britain. Mengapa  Amerika Syarikat dengan satelitnya yang bertaburan diangkasa tidak mampu menyumbang sebarang data yang lebih tepat. Juga apakah betul Amerika Syarikat tidak memiliki aset yang lebih canggih daripada yang kini digunakan untuk mencari MH 370? Jika betul, mampukah negara itu bergantung dengan aset yang tidak sebegitu canggih untuk menjaga keselamatan negaranya?

Untuk makluman anda kinipun sudah ada online flight tracker untuk kita mengesan setiap penerbangan komersial pada bila-bila masa.

Sekian, wallahu ‘alam
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

 

Informasi berkaitan:

1. Online flight tracker

Gallery | This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Pesawat MH 370: Bagaimana Amerika melengah-lengahkan Bantuan

  1. I’d like to find out more? I’d want to find out some additional
    information.

  2. Dino Bravo says:

    Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang tersangat maju dalam bidang ketenteraan. Mereka sanggup melaburkan wang yang banyak dalam r&d walaupun mungkin wang tersebut wang hutang. Saya musykil bagaimana Amerika tidak tahu laluan pesawat tersebut. Walaupun negara2 seperti Cina dan Iran cuba memperkuatkan ketenteraan, saya berpendapat buat masa ini, Amerika masih mendahului dari segi teknologi. Kerajaan Malaysia sudah melakukan sebaik mungkin.

  3. DAH IKHWAN says:

    Saudara Dino,
    Pendapat anda sememangnya benar. Amerika betul mendahului dari segi teknologi, tetapi mereka nampaknya menyorok teknologi yang lebih canggih atas sebab sebab national security.. Disamping itu dari segi kepentingan bisnes dan national
    pride tidak ada apa apa faedah untuk mereka menyelongkar isu-isu MH 370 dengan segera.

    • Anonymous says:

      jd mmg x mustahil la kn ni smua krja amerika…ats alasan mgkin…amerika mmg ada kptingan utk “menghijek” mh370…di samping itu amerika bole memantau sejauh mna kecangihan alatan ketenteraan yg ada d stp negara…smpi peristiwa ni d lupai dunia spt peristiwa 11/9…dan mgkin perang dunia ke3 meletus…so..sudah semestinya pd waktu tu amerika sudah siap sedia dgn serangan bls dri negara yg lain….owh…so complicated….ni cuma andaian sya yg kurg bijak la…

  4. Dino Bravo says:

    Saya tidak mengatakan mana2 pihak yang bertanggung jawab. Tetapi, pengalaman belajar di America dan di sebuah university yg bekerjasama dengan syarikat2 penerbangan America, saya merasakan mereka mempunyai aviation tech yg paling maju di dunia. Kira2 20 tahun lalu mereka sudah memulakan projek kapalterbang-angkasa commercial yg mungkin akan dilancar dalam masa terdekat. Itu yg memusykilkan saya jika mereka tidak tahu whereabout mh370 (tapi saya tidak mengatakan mana2 pihak bertanggung jawab).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s