Syed Mokhtar wira dermawan

Syed Mokhtar Al-Bukhary

HARTAWAN Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan pengasas syarikat penerbangan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dipilih antara 48 Wira Dermawan di Asia oleh majalah perniagaan antarabangsa, Forbes Asia, semalam.

Senarai dikeluarkan buat kali ke-8 berturut-turut itu menyebut Syed Mokhtar, 62, yang memiliki empayar perniagaan termasuk syarikat MMC Corp dan DRB-Hicom telah menderma lebih AS$500 juta (RM1.6 bilion) setakat ini.

Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar juga banyak menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan Iran.

“Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia yang sebahagiannya bertujuan untuk mempromosikan Islam,” menurut Forbes Asia.

Sementara itu, Forbes Asia berkata, Fernandes, 50, melalui Yayasan AirAsia telah memberikan lebih AS$200,000 (RM643,000) sejak 2012 kepada beberapa kumpulan keusahawanan dan kesenian di Vietnam, Filipina dan Cambodia.

“Projek lain (Yayasan AirAsia) termasuk membantu penanam kopi di Thailand yang terjejas akibat penebangan hutan, memulihara bangunan warisan di Yogyakarta (Indonesia) dan menubuhkan stesen hidro mikro di Malaysia untuk komuniti yang tiada akses kepada elektrik,” menurut majalah itu.

Yayasan AirAsia juga dilaporkan akan mengagihkan AS$200,000 (RM643,000) lagi tahun ini selain berjaya mengumpul lebih AS$2 juta (RM6.43 juta) untuk mangsa terselamat dalam Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada November lalu bagi membina semula rumah dan kedai serbaneka mereka.

Menurut Forbes Asia, senarai menampilkan gabungan bilionair dan ahli perniagaan kurang terkenal itu bukan untuk memilih penderma paling banyak dari segi jumlah wang sebaliknya bertujuan menarik perhatian kepada penderma dan perjuangan mereka.

“Matlamatnya ialah mencari dermawan sebenar, iaitu individu yang menderma duit mereka sendiri, dan bukan duit syarikat, kecuali jika syarikat itu milik mereka hampir sepenuhnya,” menurut Forbes Asia.

Seramai empat dermawan dipilih bagi setiap satu daripada 12 negara di Asia Pasifik dalam senarai terbaharu itu.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

Gallery | This entry was posted in Artikel Business, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s