GST: Polemik Tun Mahathir, Dr MAZA dan Ahmad Maslan

Dalam polemik ini siapa sebenarnya lebih pintar dan siapa pula yang bodoh?Tun Mahathir dan Dr MAZA memang terkenal dengan kepintaran dan ilmu mereka dalam bidang masing-masing dan Ahmad Mazlan pula, orang yang baru dikenali ramai dalam arena politik negara,  memegang jawatan penting sebagai Timbalan Menteri Kewangan; dan sebagai  Ketua Penerangan UMNO dan BN. Beliau merupakan seorang yang petah bercakap dan berceramah dan memiliki pendidikan akademik yang cukup cemerlang.

Ahmad Maslan, orangnya cepat mesra. Suatu hari selepas saya  menghadiri satu  temujanji di Putrajaya, saya terserempak dengannya menghulurkan tangan bersalaman, mengenalkan dirinya sebagai Ahmad Maslan, Timbalan Menteri. Saya menyambut salaman  tetapi berasa tersipu-sipu kerana belum mengenali beliau.

Dalam rentetan peristiwa GST,  Tun Mahathir  mengecam GST keatas ubat-ubatan atas sebab ia menaikkan kos perubatan untuk rakyat.  Berita ini di putar-belit oleh akhbar-akhbar pro pembangkang dengan Tajuk Utama menyatakan Tun Mahathir menentang GST. Ahmad Maslan membidas Tun Mahathir sambil menganggap  yang Tun kurang faham tentang cukai GST ini. Berikutan ini Dr Maza  mengeluar kecaman hebat keatas Ahmad Maslan. Seorang lagi ahli akademik, Dr Mohammad Agus juga turut menyindir Ahmad Maslan.

Dr Maza menyifatkan Ahmad Maslan  sebagai orang kurang cerdik kerana membuat kenyataan seperti itu ke atas Mahathir yang terkenal dengan kepintarannya oleh rakyat Malaysia.

Justeru, Mohd. Asri berkata, dalam fekah orang yang safih atau bodoh serta kurang cerdik tidak boleh diserahkan mengendalikan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri.

“Persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai? Patutkah golongan sufaha diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya,” katanya lagi.

Walaupun sebelumnya, Tun Mahathir hanya menumpukan kritikan keatas GST ubat-ubatan sahaja, sejak  26 April ini,Tun telah meluaskan kecaman  hebatnya keatas GST pada keseluruhannya.

“Batalkan saja GST ini. Kita ada cukai jualan. Jika hendak naikkan atau luaskannya, OK.” Tun dipetik berkata.

” Tapi ini hendak memulakan sistem cukai baharu, pegawai-pegawai sendiripun tidak memahaminya.” beliau merujuk kepada kekeliruan yang meluas terhadap beribu item yang dikecalikan ketika cuki mulai dikenakan.

Soal siapa yang pandai dan siapa yang bodoh  dalam hal ini sukar difahami masyarakat umum  dalam suasana yang penuh emosi sekarang. Ini kerana masing-masing ada matlamatnya. Misalnya Tun Mahathir sememangnya pintar seperti diakui umum. Tetapi beliau juga  ada agenda politiknya untuk menjatuhkan PM Najib. Beliau kini nampaknya gemar berkongsi isu yang popular dengan pihak pembangkang dan mempromosikan sikap menentang banyak program PM Najib, termasuklah GST. Ini sudah menjadi soal persepsi, tidak penting bagi mereka GST itu baik atau tidak.

Tun Mahathir juga tidak konsisten dalam beberapa hal polisi negara. Saya amat menyokong dasar PPSMI dalam era Mahathir, ini kerana saya memahami banyak faedahnya. Tetapi Tun tahu yang ia sukar dilaksanakan kerana para guru belum bekemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris, terutama diluar bandar. Sunguhpun demikian beliau teruskan dengan dasar PPSMI. Tetapi lain pula sikap beliau tentang GST. Beliau menentang GST atas alasan  yang sama, ia itu  ia mengelirukan dan pegawai-pegawai sendiri tidak memahaminya.

Mungkin Menteri Ahmad Mazlan kurang hati-hati, orang muda katakan. Beliau telah mengecam Tun Mahathir pada mulanya berpandukan berita yang diputar-belit oleh akhbar-akhbar pembangkang. Mungkin juga Ahmad Maslan tidak silap kerana selepas itu Tun Mahathir betul-betul menghantam cukai GST dan menghendaki ia dibubarkan, walaupun sudah tiga minggu dilaksanakan. Mungkin  dia sudah menghidu hala tujuan  Tun Mahathir dalam hal ini. Kalau begitu, Ahmad Maslan itu pintar juga  orangnya.

Tetapi apa perlunya Dr Maza membela Tun Mahathir begitu sekali. Beliau telah memperbodoh-bodohkan seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal kewangan negara. Siapa yang lebih pintar DrMaza atau Ahmad Mazlan? Sedalam mana pengetahuan DR Maza dalam hal ekonomi, kewangan dan GST ini? Dalam hal agama beliau memang pakar terkemuka di Malaysia. Malah saya juga telah lama  dan masih lagi kagum dan menyanjung beliau.

Seperti  ramai konsultan percukaian, pihak pengurusan dan eksekutif syarikat, saya telah berpeluang mengikuti kursus, seminar disamping membaca buku-buku tentang GST. Ini wajib bagi saya sebagai pengamal perniagaan.

Mungkin Tun Mahathir dan Dr Maza tidak tahu setakat mana usaha telah dibuat oleh kerajaan dan swasta pada saat sebelum kita  mengamalkan GST. Yang saya nampak, usaha melengkapkan proses dan mendidik dalam GST telah dilakukan cara berterusan dan merangkumi pelbagai aspek pengurusan dan perakaunan. Sudah pasti persiapannya lebih rapi dari persiapan Tun Mahathir dalam melaksanakan PPSMI dahulu.

Bagaimanapun, memandangkan kerumitan soal GST ini, masalah perlaksanaan yang kita saksikan kini bukanlah sesuatu  diluar jangkaan. Mungkin kerajaan sepatutnya lebih berhati-hati  dan tidak melaksanakan GST secara sekali gus  tetapi berperingkat-peringkat mengikut sektor perniagaan atau industri. Bagaimanapun,  saya yakin isu-isu yang timbul akan  dapat ditangani dalam jangkawaktu yang singkat.

Keistimewaan GST

Setelah mendalami sistem cukai GST ini, saya nampak banyak  kebaikannya. Satu keistimewanya, yang tiada dalam sistem percukaian lain, ialah keadilan,  disiplin dan ketelusan yang wujud dalam suasana perniagaan dengan adanya ciri-ciri berikut:

1.  Setiap syarikat, individu dan pertubuhan yang terangkum dalam  cukai GST dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam, dan setiap mereka perlu membuka  akaun GST.  Akaun ini  digunakan bukan sahaja untuk membayar cukai (cukai output)   tetapi juga untuk menerima wang (cukai input) dari kerajaan.

Maka dengan ini, setiap syarikat dan individu akan terdorong untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam di Raja Malaysia. Jika tidak  mereka akan kerugian kerana akan gagal menerima wang ( cukai input)  dari kerajaan. Syarikat yang demikian juga tidak akan dapat mewujudkan hasil (cukai input) untuk faedah pelangan-pelanggannya.

Dengan kaedah ini setiap perniagaan terpaksa beroperasi dengan berdisiplin dan telus, kerana setiap rekod jual-belinya ada disimpan dalam akaun GST di Jabatan Kastam. Bukankah ini sesuatu yang indah bagi rakyat biasa bukan dari golongan peniaga, kerana ini memudahkan kerajaan memungut bukan sahaja cukai GST tetapi juga cukai pendapatan dari kalangan peniaga.

Gambarkanlah  faedah  untuk rakyat hasil dari  sumber-sumber cukai baru yang kini boleh dikutip dari pelari-pelari cukai sebelum ini. Saya percaya anda sudah mengagak siapa pelari-pelari cukai ini. Mereka bukanlah dari kalangan pekerja seperti anda  yang begitu patuh membayar cukai sejak puluhan tahun yang lalu.

Sebagai ahli peniaga yang adil dan berlandaskan Islam, saya juga membenci puak pelari cukai.

Mengikut pengalaman di banyak negara, hasil yang meningkat dari cukai GST dapat mengimbangi atau menurunkan kadar cukai pendapatan. Sebenarnya, kadar cukai pendapatan telahpun diturunkan 1% sejak tahun ini.

Hasil kerajaan  yang bertambah dijangka mengukuhkan bajet negara dengan mengurangkan defisit tahunan. Langkah ini amat perlu bagi mengelakkan masalah kewangan yang serius dimasa hadapan.

2. Keadilan dalam sistem  cukai GST wujud dengan  adanya fleksibiliti dalam mengenakan kadar biasa (6%), kadar sifar dan pengecualian. Ini membolehkan kerajaan mengawal harga barangan tertentu untuk faedah golongan rakyat yang disasarkan, seperti minyak petrol RON 95, diesel, beras, gula, tepung dan sebagainya. Berbanding cukai jualan dan perkhidmatan sebelumnya, sistem cukai GST lebih telus dan tindakan lebih mudah diambil terhadap pesalah laku dikalangan peniaga-peniaga.

Sebentar tadi saya bersama keluarga bersarapan pagi di sebuah kafe yang popular, didalamnya bill termasuk cukai GST 6%. Sebelum ini seperti  di zaman pemerentahan Tun Mahathir  tambahan 6% sememang juga wujud dalam bentuk cukai jualan. Kalau dahulunya kafe tersebut boleh menyimpan jumlah cukai jualn ini tanpa mudah dikesan, tetapi sekarang dengan GST,  kafe tersebut perlu berdaftar denganagensi GST(Kastam) sebelum mengenakan cukai tersebut. Dengan  ini tindak-tanduk kedai-kedai seperti ini mudah dipantau dan penguatkuasaannya  lebih berkesan.

3. Nilai perolehan ambang (treshold turnover) sejumlah RM 500,000 setahun ditetapkan untuk perniagaan yang terangkum dalam sistem GST.  Dengan ini perniagaan kecil-kecilan seperti gerai-gerai, restoran, workshop dsb akan dikecualikan dari membayar GST. Pengecualian ini pasti akan mengurangkan beban peniaga kecil-kecilan dan penduduk yang berpendapatan rendah.

Penutup

Dengan analisis yang ringkas ini saya harap   dapat membantu anda dalam memahami cukai GST. Masalah kecelaruan diperingkat awal (teething problems) banyak berlaku apabila peniaga mengambil kesempatan  menaikkan harga. Ini menaikkan emosi rakyat dan ramai yang menyalahkan kerajaan atas pelbagai sebab.

Baru-baru ini isu topup untuk kad talian prabayar menjadi isu hebat kerana melibatkan golongan yang ramai iaitu kenaikan harga kepada   remaja dan golongan yang berpendapatan rendah. Rakyat sememangnya sensitif kepada sebarang kenaikan harga, dan kerajaan disaran memberi fokus kepada masalah ini.

Yang penting sistem cukai ini adil dan telus, insyaallah faedahnya kita akan  dapat nikmati bersama. Sistem cukai ini telah diamal oleh kira-kira 160 buah negara dan hampir semua negara maju telah lama mengamalkannya. Kalau rakyat mereka boleh menerimanya, apa yang kurangnya pada kita? Tidakkah kita juga seharusnya  memiliki  sedikit semangat perjuangan dan kesabaran. Ia bukan diselesaikan dengan menentukan siapa pintar dan siapa bodoh. Tetapi ia perlu dihadapi dengan semangat  Malaysia boleh. Malaysia Boleh!

 

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh,

Wallahu aklam

DAH IKHWAN

 

 

 

 

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Business, Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to GST: Polemik Tun Mahathir, Dr MAZA dan Ahmad Maslan

  1. zulkifli says:

    Lamanya tuan tak menulis… rindu rasanya mendengar garapan tuan… Terima kasih.

    • DAH IKHWAN says:

      Terima kasih Saudara Zulkifli. Memang lama tak menulis, tapi kadang kala teringin juga menulis ketika lihat kerajaan ada program yang baik tetapi hujah mereka tak berkesan.. Saya suka buat analisis yang objektif yang boleh mencerahkan keadaan dan yang baik untuk semua..

  2. nan says:

    peniaga lg bijak depa dah pecah2 perniagaan spy x lbh RM500K..jd x kena GST..Pikiag depa bodo ka

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Nan, memang mereka tidak bodoh. Jika mereka pecahkan perniagaan apa salahnya jika praktikal dan tidak menyalahi undang-undang. Itu kebiasaan dalam alam perniagaan, peniaga perlu mempertimbangkan faedah dan keburukan setiap tindakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s