1MDB : Mahathir Hai Mahathir

Ketika menerima jemputan menghadiri dialog PM dengan NGO pada Jumaat lepas, saya tidak teragak-agak mengsahkan kehadiran, walaupun jemputan hanya diterima sehari sebelumnya. Sebabnya saya benar-benar ingin mendengar daripadanya  apa dia akan kata ketika berhadapan dengan begitu ramai wakil NGO.  Saya tabik PM  kerana bukan mudah hendak berhadapan dengan begitu ramai wakil yang PM sendiri tidak tahu apa sikap mereka  terhadap isu-isu kontroversal seperti 1MDB, GST dan sebagainya.

Saya sendiri mewakili sebuah NGO yang cukup berpengaruh  siap dengan beberapa soalan serta feedback dari ahli-ahli kami dan dari orang ramai  yang sempat saya temui.

Tidak terlintas sama sekali dihati akan melihat Tun Mahathir hadir di majlis tersebut kerana sebelumnya  beliau sendiri berkata tidak menerima jemputan. Tambahan pula itu bukan majlis untuk beliau. Takkan seorang Negarawan hadir di Majlis orang yang beliau anggap sebagai musuh.  Apa lagi yang beliau nak kata. Semua hujah-hujah dan tuduhan beliau sudah dihambur di merata internet. Semua orang sudah tahu dan ramai tak ingin masa terbuang mendengar lagi tuduhan-tuduhan  dari  beliau. Apa lagi hari itu Hari Juma’at dan orang wajib balik hendak ke Masjid. Malah  orang di Sabah dan Sarawak perlu ke Masjid lebih awal lagi.  Ini sepatutnya  majlis ringkas dan padat untuk wakil-wakil NGO diseluruh negara untuk   bersemuka dengan PM Najib.

Tersentap jantung saya melihat Tun Mahathir yang datang, dan Najib membatalkan kehadiran. Banyak masa sudah terbuang menunggu majlis yang dinanti-nanti.  Lain orang ditunggu lain pula yang datang.

Mengapa sebenarnya PM Najib tak hadir, macam macam spekulasi timbul. Pandangan ramai peserta ialah PM Najib takut berdebat dengan Mahathir. Itu pandangan yang mudah diterima umum diwaktu itu. Ini ada kebenarannya kerana kebolehan yang jauh berbezaan diantara mereka dalam arena perdebatan. Mahathir terkenal dengan kemampuannya berdebat dan beliau bukannya tandingan untuk Najib.

Tetapi Najib sebenarnya tak perlu hadir kerana suasana sudah bertukar daripada tujuan asal dialog. Beliau kemudian membuat kenyataan bahawa suasana yang timbul mengundang konfrontasi terbuka dengan Mahathir dan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-dua mereka dari parti BN. Sebarang konfrontasi terbuka  tidak menyelesaikan masalah malah merugikan UMNO dan BN.

Tun Mahathir diundang ke pentas dan terus memberi ucapan menghantamNajib. Beliau sempat bercakap beberapa perkara yang beliau kerap kali ulang sebelum ini.

Pertama, beliau menuduh Najib terlalu tunduk kepada kuasa luar termasuk Singapura berkenaan  rancang membina projek keretapi laju dan mendakwa yang Najib meminta kebenaran PM Singapura utuk membina projek keretapi laju  walaupun projek ini terletak di Malaysia sendiri. Saya dapati tuduhan ini tidak tepat kerana umum mengetahui persetujuan Singapura sebenarnya  diperlukan untuk projek antara Kuala Lumpur dan Singapura. Oleh kerana ini melibatkan dua buah negara, sudah tentu persetujuan Singapura diperlukan. Jika tidak, macam mana landasan disebelah Singapura akan dibuat? Tanpa landasan di sebelah Singapura, dimana keretapi nanti berhenti? di Selat Tebrau…..kalau begitu serupalah seperti jembatan bengkok  yang beliau  pernah beliau rancang dahulu.

Beliau selanjutnya menyentuh soal kehilangan berbilion-bilion ringgit menerusi 1MDB, dan ini tidak boleh dibiarkan oleh kerana harta yang berkaitan adalah milik negara. Beliau bercakap seolah oleh kehilangan berbilion-bilion ringgit itu sudah sah berlaku.  Apa yang beliau tidak kata ialah setakat hari ini, ini hanyalah satu tuduhan sahaja dan perlu dibuktikan oleh Ketua Audit Negara dan Public Account Committee di  Parlimen.

Apa yang dia juga tidak kata bahawa 1MDB  itu sendiri ialah sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Maka dengan pembelian harta-harta oleh 1MDB ini adalah pembelian untuk Kerajaan Malaysia. Maka jika 1MDB membeli tanah TRX dan tanah lain  di golden triangle dengan murah, tanah ini sebenarnya masih lagi  dimilik oleh Kerajaan Malaysia. Urus niaga tersebut hanya antara dua agensi Kerajaan Malaysia.

Apa yang dia juga tidak kata, 1MDB membeli balik IPP atau janakuasa elektrik swasta dari kroni-kroni Tun Mahathir sendiri (Ananda Krishnan, Genting, YTL dll.) semoga dimiliki semula oleh Kerajaan Malaysia. Beliau mendakwa yang 1MDB  membeli balik dengan harga yang terlalu mahal. Sebenarnya soal mahal atau murah, itu perlu penilaian dari pihak penilai professional. Memandangkan perkara ini masih dalam Audit dan siastan PAC, kita perlu menunggu pandangan yang sahih dalam perkara ini. Pandangan Tun Mahathir bukanlah pandangan yang sahih kerana beliau bukan professional dalam bidang ini selain  kerana  projek IPP ini dikurniakan kepada kroni kroni terbabit  semasa beliau sendiri Perdana Menteri ketika itu.

Jika betul harga pembelian IPP oleh 1MDB itu terlalu tinggi, pihak  PAC wajib menyiasat mengapa.  Anda perlu faham nilai sesebuah projek juga bergantung kepada unjuran pendapatan masa depan syarikat terbabit. Jadi nilai sesebuah IPP itu sebenarnya ditentukan dizaman kerajaan Mahathir sendiri ketika mana sesebuah IPP dikurniakan kepada pemilik swasta. Sila rujuk kepada artikel oleh seorang yang pakar di laman ini(sila klik)

Baru baru ini pula  Mahathir meluaskan lagi serangan beliau dalam akhbar New York Times. Tuduhan ini telah dijawab oleh Anipah Aman, Menteri Luar Malaysia. dan disentuh juga oleh YB Datuk Shahrir Abdul Samad. Sila rujuk artikel berikut(klik disini) dan terpulanglah kepada anda membuat kesimpulan sendiri.

Bagi sebuah syarikat kerajaan, 1MDB memang perlu diurus dengan baik. Tahap pengurusan yang kurang baik telah menimbulkan banyak masalah yang kita lihat hari ini. Dizaman Mahathir kepincangan yang timbul daripada isu kronisma telah melibatkan syarikat-syarikat yang lebih besar seperti PETRONAS  dan Tenaga Nasional. Ada dakwaan yang  ketirisan berlaku jauh lebih besar melibatkan berbilion ringgit, dan oleh kerana syarikat-syarikat tersebut adalah teguh dari segi kewangan, kesannya tidak dirasai   sungguhpun merugikan rakyat dan negara pada keseluruhannya. Sila klik untuk info lanjut

Ada juga dakwaan korban dasar kronisma Mahathir yang mempunyai kesan berlarutan hingga melumpuhkan sebuah  syarikat negara,  membabitkan syarikat penerbangan negara MAS. Sila baca artikei ini(sila klik)

Satu lagi dakwaan Mahathir ialah Najib mendesak Ahmad Said Menteri Besar Trengganu ketika itu supaya bersetuju mencagar telaga minyak Trengganu untuk mendapat pinjaman 1MDB, dan Ahmad Said dilucutkan jawatan  kerana tidak menyetujuinya. Jika benar dakwaan ini, kita tabik Ahmad Said kerana berani menolak tekanan Najib. Sungguhpun demikian ada beberapa perkara perlu diperjelaskan oleh Mahathir. Pertama, apa perlunya Najib memohon kelulusan Menteri Besar Trengganu sedangkan telaga minyak itu bukan dimiliki Trengganu tetapi pada hakikatnya adalah milikan kerajaan  Malaysia melalui Petronas. Jikapun insiden ini berlaku, hakikatnya  telaga minyak itu tidak dicagar, jadi dimana terletak kesalahannya? Apakah  logiknya seorang perdana Menteri perlu dikorbankan diatas kesalahan yang tidak nyata?

Sekian, wallahua’lam

DAH IKHWAN

 

Artikel Berkaitan:

1. Hai Melayu Teruskan Bertelingkah (bagaimana Melayu Singapura terus disisihkan)

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to 1MDB : Mahathir Hai Mahathir

  1. Ash says:

    1. Kenapa perlu projek keretapi Malaysia Singapura? Tidakkah cukup dengan penduduk 30 juta dan ekonomi yang bagus bagi memenuhi permintaan untuk projek keretapi berkembar?

    2. Semasa kita laksanakan lebuhraya Utara Selatan kita tak perlu sambung ke Singapura, kenapa keretapi perlu sambung ke Singapura?

    3. Malaysia can stand on his own.

    4. Sekiranya saudara telah membuat kejadian mendalam kenapa Genting memperolehi keuntung luarbiasa berbillion selepas menjual loji elektrik kepada 1MDB.

    5. Kenapa1MDB melabur dalam Petrosaudi. Sudahkah saudara melawat website Petrosaudi.

    5. Sekiranya saudara telah membuat kajian sila tunjukkan fakta perjanjian IPP dizaman Tun yang menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit. Berapakah kos seunit tenaga yg dibeli dari IPP ,berapa jumlah tenaga dibeli setahun dari IPP dan sebagai perbandingan berapakah kos pengeluaran seunit oleh TNB.

    5. Sekiranya dikatakan fakta Tun salah disebab angka tersasar , saudara juga buta kerana menuduh kehilangan berbillion dizaman Tun tanpa sebarang fakta.

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara Ash,
    Soal samaada kerajaan bersetuju membina jalan keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura, itu hak kerajaan. Rakyat temasuk Tun Mahathir boleh mempersoalkannya, tetapi ia adalah hak kerajaan memutuskannya berdasarkan kos benefit analisis. Kita tak boleh nak tumbang kerajaan kerana tak setuju dengan sesuatu polisi.

    Soal komen-komen tentang ketirisan dizaman Mahathir, saya telah masuk link ke artikel asal buat rujukan. Ini adalah hanya satu daripada banyak artikel yang berkaitan.

  3. asrul says:

    bullshit

  4. DAH IKHWAN says:

    Kalau rasa terlalu susah nak faham, cuba baca sekali lagi.

  5. Aris Ali says:

    Sama sama kita lihat siap yg kena, petah berhujah bkn tanda kebenaran, yg penting fakta, melainkan anda bijak memutar belit fakta menjadi auta..

    • Anonymous says:

      Bro Aris Ali, bukan salah utk tidak bersetuju, tapi kita lebih fikir fakta yg jadikan u tidak setuju berpunca dari “dengar cakap”. Mahkamah tak boleh pertimbangan terima.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s