Malaysia Sedang Menempah Kegagalan

(Berikut adalah terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain yang dimuatkan dalam akhbar online Malaysiakini pada 13 Julai 2015)

Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.

Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang besikap  amat teruk sekali.

Pengetahuan tentang situasi politik didalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.

Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Kedua-dua gabungan ini seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mereka gemar menyalahkan antara satu sama lain daripada berusaha menyelesaikan konflik dalaman. Keadaan menjadi lebih buruk oleh rakyat yang tidak tahu   apa  sebenarnya mereka mahu.

Dari sudut pandangan saya, saya faham yang kebanyakan rakyat Malaysia mahu Perdana Najib mengundur diri, ini tidak menghairankan dalam suasana tuduhan-tuduhan  skandal yang  timbul hampir setiap hari. Seringkali saya berada bersama kumpulan yang berbeza, pasti ada sahaja  soal politik dalam perbualan. Kebanyakan  mahu Perdana Menteri Najib berundur.

Saya  bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorangpun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.

Lim Guan Eng seorang berketurunan Cina, jadi tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun  yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata  anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.

Politik yang tidak setabil menyebakan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil  disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini  rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri.  Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.

Jaguh Dunia Keyboard

Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.

Ketika kematian berlaku dalam festival muzik, mereka berlagak seperti ahli sains pathology dan forensik. Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.

Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak  kumpulkan orang yang boleh  membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan hartabenta bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.

Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalangan.  Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lane kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta  mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.

Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti diatas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?

Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran. Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir  berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya. 

Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa  mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyeselaian akan jadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.

Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.

 

Sekian, wallahu aklam

DAH IKHWAN

 

Artikel lain yang menarik:

1. 1MDB: Mahathir Hai Mahathir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Malaysia Sedang Menempah Kegagalan

  1. Muhaiyadin Mohamad Morshidi says:

    Sedih membacanya tetapi reality memang menyedihkan.

  2. Ibnur Irsyad says:

    hakikat yg org luar nampak,mmg menyedihkan , itulah hakikat mentaliti rakyat Malaysia. bila kita nk sedar dan berubah.

  3. Dino Bravo says:

    If we notice, Mahathir also faced the same problem after holding the same post for about 6 years. He almost lost. Pak Lah cannot survive. If Najib can pass thru this hurdle, he will lead BN in at least the next 2 GE. As of today, technically in UMNO he could not be defeated. Except for GE, toppling him in other ways are not democratic.

    For the expatriate comment, many other countries have much2 problems than us.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s