Mentaliti Phd Melayu

 

Personaliti perbankan yang terkemuka Nazir Razak membandingkan iklim politik Malaysia kini  sama seperti plot dalam  siri HBO yang popular GoT (Game of Thrones) atau Permainan Menguasai Politik, sambil membayangkan kebimbangan terhadap masa hadapan negara.

Pengerusi Kumpulan CIMB itu, adik kepada Perdana Menteri Najib Razak, telah share satu poster  di Instagram, yang memaparkan watak-watak siri tersebut berdiri di atas kapal sambil belayar kearah ufuk yang diselaputi kabus.

“Jadi, apa yang ada di hadapan? persamaan dengan siri GoT  akan berterusan, beliau menulis di laman Instagram. ” suasana masa hadapan amat menakutkan: saya tak nampak bagaimana institusi negara boleh pulih,  bagaimana suasana politik negara boleh kembali lebih normal, bagaimana reputasi negara boleh dibaik-pulihkan” kata beliau.

********************************************************

Pada asasnya beliau merujuk kepada wabak dalam masyarakat Malaysia, terutama dalam masyarakat Melayu. Games of the Throne merupakan suatu siri yang saya minati dimana  setiap watak berkomplot membunuh musuh masing-masing, penuh dengan tipu-muslihat terancang besar-besaran untuk merebut kuasa yang tidak berkesudahan.

Melayu adalah seperti ketam didalam bakul yang tidak tertutup, tidak perlu ditutup kerana ia  tidak akan mampu mendaki keluar. Setiap kali seekor mencuba mendaki keluar, yang lain akan menariknya kembali kedalam bakul tersebut. Inilah sikap orang Melayu, mereka tidak rela melihat seorang Melayu lain berjaya. Sekiranya ada yang berjaya,yang lain akan mengkeji dan mencuba menjatuhkannya.

Melayu mengalami wabak Phd atau penyakit Pengkhianat Hasad Dengki. Agama Kristian menganggap sifat ini sebagai suatu daripada tujuh dosa yang amat besar, pasti membawa ke neraka.  Melayu sebenarnya kini sudah berada dineraka dunia kerana penyakit Phd ini memakan diri anda seperti kanser dan menjadikan anda seperti makhluk yang sakit ketika melihat kejayaan orang lain.

Apabila Melayu menjadi kaya atau berjaya dalam perniagaan dan politik, Melayu lain akan menjadi iri hati. Sekiranya Melayu yang berjaya itu anak nelayan,mereka akan kata, “Ala dulu dia tu apa? anak nelayan je.”

Jika yang berjaya itu anak seorang kaya atau anak seorang yang berjaya, dia akan kata “Ala, bapa dia kaya, pasal tu dia berjaya”.

Akan tetapi jika ada seorang Cina, India dan lain menjadi kaya dan berjaya, Melayu tidak ambil kesah sangat. Mereka tidak akan mengungkit sama ada ayah kepadanya seorang nelayan atau seorang jutawan. Melayu tidak dengki kepada bukan Melayu, hanya kepada orang Melayu sahaja.

Sebab itulah, apabila seseorang Melayu naik dalam politik atau perniagaan, Melayu  akan cuba menjatuhkannya. Apabila Tan Sri Khalid Menjadi Menteri Besar, Melayu lain berusaha bersungguh-sungguh  menjatuhkan beliau. Kini Azmin telah mengambil alih jawatan tersebut, dan mereka sedang juga berusaha sedaya upaya menjatuhkannya.

Apabila Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, mereka juga berusaha bersungguh mencuba menjatuhkan beliau. Akhirnya bukan  sahaja Nizar yang jatuh, tetapi juga seluruh negeri Perak. Mereka melakukan sama kepada Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Akhirnya,  Kedah juga jatuh. Kini mereka berusaha menjatuhkan Mukhriz Mahathir kerana  cuba menumbangkan Perdana Menteri.

Melaya lebih rela Singapura keluar Malaysia dan menjadi negara orang Cina daripada melihat seorang Melayu menjadi Perdana Menteri Singapura. Melayu juga gembira sejak merdeka Pulau Pinang sentiasa mempunyai Ketua Menteri berbangsa Cina. Jika seorang Melayu dilantik sebagai menteri besar Pulau Pinang, melayu akan mencuba menjatuhkannya.

Jadi, benar seperti kata Nazir, Malaysia adalah arena permainan Game of Thrones yang berterusan. Dan Malaysia akan sentiasa begitu selagi wujudnya Melayu di dunia ini. Satu-satunya cara menghentikan  Melayu daripada menjatuhkan Melayu lain ialah dengan menyerahkan Malaysia kepada Cina seperti  Pulau Pinang dan Singapura.

Hanya dengan begitu Melayu akan gembira dan tidak lagi mencuba menjatuhkan satu sama lain atas dasar Phd.

(artikel diatas diterjemah dari artikel asal dalam bahasa Inggeris keluaran Malaysia TodayThe Malay Phd Mentality)

 

Terjemahan oleh

DAH IKHWAN

 

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mentaliti Phd Melayu

  1. jeff tan says:

    Why most of the malays are jealous of some of those successful malays because most of the malays are not given the opportunities, like those who made it from politic. Those who made it from politic please be humble n do not spent like a king, when most of the malays are just earning enough to survive.

  2. Anonymous says:

    Half truth, these r 0.0001% of the malays u r refering to not the other 99.9999%

  3. Ir Dino says:

    The new generations of Malays are very hardworking. In some contexts, they are more hardworking than non Malays. One of the evidences is the SPM result.
    The dilemma of Malays are majority do not want to play dirty as they will be punished in hereafter. So many times Malays have to choose between beating others via dirty tactics or follow the teaching of religions.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s