Andalusia, Cordoba dan Granada: Sejarah Islam yang Memilukan

Rombongan kami bertolak ke Marocco(Maghribi)  dan Sepanyol pada awal pagi 27 November 2015 ikut tour selama kira-kira 11 hari dengan tujuan meninjau kesan-kesan sejara Islam di kedua-dua negara tersebut. Tidak banyak yang kita ketahui tentang sejarah Islam di Morocco, tetapi negara Sepanyol pula (di zaman Islamya dikenali sebagai Al-Andalus) amat terkenal dengan para ilmuannya dan saintist seperti Ibn Rushd, Abu Hayyan Al-Gharnati, Ibn Hazam Al-Andalusi dan beberapa orang lagi, selain  bangunan-bangunan peninggalan Islam yang indah  seperti Masjid Kordoba dan Istana Al Hambra.

Islam telah bertapak lama di Sepanyol sejak awal kurun  ke-8  hinggalah ke kurun 15 Masehi, lama sebelum bertapaknya Islam di Nusantara. Namun kini masyarakat Islam yang agung pada  zamannya  telah lenyap dari bumi Andalusia selama-lamanya.

Morocco(Maghribi)

Setelah terbang kirakira 15 jam, kami mendarat di  lapangan terbang Casablanca di Morocco. Di Casablanca kami sempat melawat dan sembahyang Asar dan Maghrib di Masjid Hassan II yang terkenal besar dan cantik, tapi suatu bangunan baru, siap  hanya dalam tahunn 1995.

Masjid Hassan II - pemandangan diwaktu malam

Masjid Hassan II – pemandangan diwaktu malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami Sampai ke Marrakesh sehari kemudian dan sempat melawat Pasar Malam Marrakesh dan sempat berbeli-belah sedikit buah-buahan dan tali tinggang kulit unta.

Bergambar di Pasar Malam Marrakesh

Bergambar di Pasar Malam Marrakesh

 

 

 

 

 

 

 

Kami juga melawat Kota Lama Fez dan sempat membeli belah di pasar yang dihubungi dengan ribuan lorong-lorong sempit. Kota ini amat besar dan masih bentuknya seperti zaman dahulu. Disini anda boleh membeli barangan kulit yang cantik, kain-kain, hasil tangan, kueh-mueh, buah-tangan dan apa-apa sahaja yang anda inginkan.

Pasar di Kota Lama Fez, sama seperti kira-kira 1000 tahun dahulu

Pasar di Kota Lama Fez, sama seperti kira-kira 1000 tahun dahulu

 

 

 

 

 

 

 

Beginilah lorong sempit yang kita lalui di pasar Fez. Mod pengangkutan masih lagi menggunakan keledai

Beginilah lorong sempit yang kita lalui di pasar Fez. Mod pengangkutan masih lagi menggunakan keledai

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Universiti dan Masjid Al-Qarawiyyin

Selama 1200 tahun Al-Qarawiyyin di kota lama Fez  telah menjadi masjid dan pusat pendidikan yang unggul di dunia Islam. Ia telah dibina dalam tahun 859 Tahun Masehi oleh seorang puteri berasal dari Qirawan (Tunesia).

Al Qarawiyyin dengan cepat membangun sebagai pusat pendidikan Isam yang terkenal, kemudian pendidikan merangkumi ilmu-ilmu   seperti logik, perubatan, matematik, astronomi, ilmu kimia, sejarah, ilmu alam dan muzik. Ilmu-ilmu ini dan qualiti  pendidikan yang tinggi menarik para ilmuan dan pelajar dari seluruh dunia Islam. Dalam kurun ke 14 Masehi, Universiti ini sudah mempunyai seramai 8,000 orang pelajar.

Al Qarawiyyin di Fez, Masjid dan antara Universiti yang terkemuka dan tertua di dunia Islam.

Al Qarawiyyin di Fez, Masjid dan antara Universiti yang terkemuka dan tertua di dunia Islam.

 

 

 

 

 

 

 

Group photo sejurus sebelum meninggalkan morocco

Group photo sejurus sebelum meninggalkan morocco

 

 

 

 

 

 

 

Sepanyol(Andalusia)

Dari Morocco, kami menyeberang ke Sepanyol dengan feri  melalui Bukit Gibraltar. Inilah laluan yang dilintasi tentera Islam dibawah penglima Islam Taariq bin Ziyad ketika menyeberang laut Mediterranean untuk menakluki Sepanyol dalam tahun 711  Masehi.

Gambar Bukit Gibraltar dan sebuah masjid moden dihadapannya. Masjid ini didirikan di tapak asal tempat Tariq bin Ziyad sembahyang ketika menakluki pintu gerbang ke Sepanyol ini.

Gambar Bukit Gibraltar dan sebuah masjid moden dihadapannya. Masjid ini didirikan di tapak asal tempat Tariq bin Ziyad sembahyang ketika menakluki pintu masuk  (ke Sepanyol) ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari Gibraltar, kami bertolak ke Granada dengan bas dan melawat Istana Al-Hambra, sebuah senibina  Islam yang  amat cantik  dan berhalaman amat luas di Granada,  Sepanyol. Ia  dibina di atas tapak runtuhan kubu kecil berasal dari kurun ke 9 dan dibina semula dalam bentuk yang ada sekarang dalam kurun yang ke 13 Masehi. Al-Hambra adalah sebuah kubu pertahanan dan Istana  dengan senibina Islam yang tercantik di dunia.

Al-Hambra di Granada, Sepanyol

Al-Hambra di Granada, Sepanyol

Bahagian dalam Al Hambra yang indah

Bahagian dalam Al Hambra yang indah

suatu pemandangan indah taman bunga terletak dalam Istana Alhambra

suatu pemandangan indah taman bunga terletak dalam Istana Alhambra

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami kemudian bertolak ke Cordoba dan melawat Masjid Cordoba yang terkenal sebagai sebuah masjid yang tercantik dan terbesar di dunia Islam berkurun-kurun dimasa lampau. Masjid ini telah dibina diawal pemerintahan Islam dalam kurun ke 8 Masehi. Ia boleh memuat seramai 30,000 orang jema’ah sekaligus.

Di dalam Masjid Cordoba, malangnya orang Islam tidak dibenarkan sembahyang di sini.

Di dalam Masjid Cordoba, malangnya orang Islam tidak dibenarkan sembahyang di sini.

 

 

 

 

 

 

 

Sebaliknya sebuah gereja kecil dibina di tengah-tengah Masjid Cordoba untuk pengunjung-pengunjung Kristian sembahyang

Sebaliknya sebuah gereja kecil dibina di tengah-tengah Masjid Cordoba untuk pengunjung-pengunjung Kristian sembahyang

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam perjalanan  ke Madrid, kami singgah pula di sebuah bandar lama Toledo. Dulunya Toledo juga merupakan sebuah kawasan pemerintahan Islam, mulai dari tahun 711 Masehi selama 350 tahun. Pada zaman Islam penduduk Islam amat ramai sekali dengan beribu buah masjid dan rupa-bentuk bandar seperti di Morocco dengan beribu buah jalan sempit sebagai penghubung pusat-pusat penduduk.

Toledo: Lorong sempit ala Arab seperti yang wujud 1000 tahun dahulu

Toledo: Lorong sempit ala Arab seperti yang wujud 1000 tahun dahulu

 

 

 

 

 

 

 

Satu-satunya kesan sebuah masjid yang kini terbiar di Toledo

Satu-satunya bekas sebuah masjid yang kini terbiar di Toledo

 

 

 

 

 

 

 

Sejarah Andalusia Dibawah pemerintahan Islam

Pada tahun 711 Masehi, Penglima tentera Kalifah Ummayah, Tariq bin Ziyad berjaya menakluki Sepanyol daripada kerajaan Kristian. Empayar Islam kemudiannya berkembang meliputi hampir seluruh Sepanyol dan dikenali sebagai Al Andalus. Kemudiannya Al-Andalus berpecah kepada beberapa pemerintahan Kalifah dan Emiriah. Pada tahun 1031, pemerintahan kalifah berpecah pula kepada wilayah-wilayah baru yang kecil  dengan kuasa masing-masing berpusat di Cordoba, Granada, Seville, Malaga, Toledo dan bandar-bandar kecil yang lain.

Akhirnya Kerajaan-kerajaan kecil Islam di Sepanyol  menjadi lemah akibat pengkhianatan dan perang  yang berterusan diantara satu sama lain dan diasak pula oleh kerajaan Kristian yang sudah bersatu. Pada 1492 Kerajaan Islam Granada, kubu terakhir Islam,  jatuh ketangan Kristian dan dengan itu berakhirlah  pemerintahan Islam di Al-Andalus.

Apa yang berlaku selepas itu amat memilukan. Kerajaan Kristian yang berkuasa semula di Andalus, tidak membenarkan umat Islam kekal dengan agama mereka. Mereka diberi pilihan murtad dan memeluk agama Kristian, pindah ke Morocco atau jika tidak, mereka dihukum bunuh. Dengan itu lenyaplah masyarakat Islam di Sepanyol hingga kehari ini. Sejarah ini amat memilukan, dimana sebuah masyarakat dan  tammadun Islam yang agung telah hilang lenyap dari muka bumi ini.

Perpecahan dalam masyarakat  telah meruntuh  sebuah pemerintahan Islam yang agung  dan  membawa kepada perang saudara yang akhirnya menghapuskan masyarakat itu di bumi sendiri.

 

Oleh  DAH IKHWAN

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s