Mungkinkah PAS Dan UMNO Berkerjasama Pada PRU 14?

 

( di kemaskini pada 8 Febuari 2017)

[Sejak tarikh artikel asal, beberapa perkembangan terbaharu telah berlaku iaitu Pilahanraya Negeri Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan terkini, penubuhan  parti PPBM oleh Tun Mahathir. Perkembangan  ini  didapati selari dengan andaian yang  digunapakai dalam artikel asal, justeru mengukuhkan kesimpulan-kesimpulan asal. Kerana itu  juga saya dapati perlu mengemaskini artikel ini.]

Kemunculan parti PAN(serpihan PAS) dan PPBM (serpihan UMNO) tidak akan memberi kesan signifikan kepada sokongan terhadap PAS  dan UMNO tetapi boleh menjejas imbangan kerusi antara UMNO dan PAS dalam PRU 14 akan  datang bergantung kepada bilangan undi yang lari kepada  parti serpihan masing-masing. Dalam hal ini dijangka parti PAN berpotensi lebih berjaya daripada PPBM dalam mencuri sokongan dari parti induk masing-masing kerana dasar Islamnya yang  sederhana betul-betul berbeza daripada  PAS disamping lebih mampu menarik beberapa  pemimpin  daripada parti asal. Disebaliknya, setakat ini parti PPBM tidak mampu berbuat demikian dan tidak menampakkan apa-apa perbezaan daripada UMNO  selain hanya  berteraskan kebencian Tun Mahathir kepada PM Najib.

Saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan  kajian sentimen penggundi di masa lepas yang terbukti cukup baik  dan membolehkan ramalan yang cukup tepat dalam PRU 12, PRN Sarawak 2013 dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam artikel ini, seperti biasa  saya  akan berhujah bersandarkan empirical analysis bagi menilai kekuatan UMNO dan PAS  di beberapa negeri yang kritikal, ia  itu dengan  kajian data sebenar menggunakan pendekatan regression analisis keatas data-data PRU 13, PRU 12 dan juga PRU 11, meliputi jangkamasa 10 tahun dari tahun 2004 hingga 2013.

Untuk merungkai isu ini, ingin saya menyatakan saya bukanlah seorang ahli parti UMNO atau parti PAS tetapi hanyalah  pengkaji bebas dan memberi pandangan secara ilmiah untuk renungan kita bersama sebagai pengundi Melayu dan beragama Islam.

Saya akan  mengimbau kembali keputusan PRU di beberapa negeri yang kritikal bagi menganalisis asas  kekuatan  Parti PAS dan UMNO di empat buah negeri yang bakal menjadi kawasan pertarungan antara dua buah parti ini di PRU 14  akan datang, iaitu Kelantan, Trengganu, Kedah dan  mungkin juga Selangor yang boleh mengubah kedudukan  di DUN masing-masing dan di Parlimen nanti.

Kedua-dua parti ini adalah dua buah parti yang mempunyai ranting-ranting yang mantap serta  asas  perjuangan yang kukuh berlandaskan  Bangsa(Ekonomi dan Sosial)  dan Agama, dua perkara yang amat penting dalam hidup bermasyarakat hampir semua   orang Melayu.

Isu rasuah dan salah tadbir kewangan  yang kini melanda negara dijangka tidak banyak menjejaskan populariti kerajaan BN pada PRU 14, dua tahun selepas tarikh asal artikel ini. Ini kerana isu ini hanya lebih popular dikalangan masyarakat Cina sejak PRU 12 lagi   atas sebab-sebab kepentingan politik mereka. Anehnya, orang-orang Cina tidak pula lebih bersih atau lebih beretika  dari masyarakat Melayu. Jika mereka benar-benar jujur, mereka boleh berhenti membayar rasuah, justeru menghapuskan masalah ini selama-lamanya.

Yang paling  penting kepada masyarakat Melayu ialah  soal mengekalkan kuasa dominan kita sebagai kaum yang memerintah dan kemudian isu sampingan,  seperti  soal kenaikan harga barangan, pengangguran, perumahan dan subsidi yang memberi kesan menyeluruh kepada masyarakat. Apakah isu-isu ini akan merapatkan hubungan dan memungkinkan kerjasama PAS dan UMNO?

Disetiap  empat buah negeri dibawah ini ada ciri-ciri politiknya sendiri seperti dirungkai dibawah.

Kelantan

Kelantan yang sudah lama di pegang oleh PAS kini diterajui oleh pemimpin lain setelah zaman Nik Aziz berlalu. Bolehkah PAS bertahan di sana tanpa Nik Aziz dan berhadapan pula dengan parti PAN. Ini mungkin tiada masalah jika UMNO  merupakan pesaing yang kecil. Tetapi hakikatnya tidak begitu kerana UMNO juga ada pengaruh besar diKelantan dan pernah memerintah negeri itu pada beberapa ketika.

Emipirical analisis dibawah boleh dijadikan petunjuk kepada kekuatan parti masing-masing. Model Equation  untuk  PRU 13, yang dihasil  menunjukkan 54% pengundi Melayu telah mengundi PAS dan 46% mengundi BN dalam kawasan-kawasan yang dipertandingkan.

Untuk memenangi negeri Kelantan, pada zahirnya  BN hanya memerlukan voter swing sebanyak 5%. Jika parti PAN juga bertanding disetiap kawasan, kedudukan PAS memang  amat tercabar, jika parti PAN berjaya meraih 5% undi. Tambahan pula ada tanda-tanda menunjukkan kemarahan wujud dikalangan rakyat Kelantan terhadap PAS disebabkan pendirian parti yang dianggap tidak tegas dan terselisih dari dasar sebelum ini. Sebaliknya, parti PPBM tidak dijangka menjejaskan  kekuatan UMNO memandangkan Mahathir tidak mempunyai pengaruh yang signifikan di Kelantan dan dengan isu-isunya  yang sukar difahami rakyat biasa.

Model equation yang saya gunapakai memperkenalkan coefficient kesetiaan pengundi    menggunakan data daripada peratusan undi diperolehi calon parti masing-masing  pada PRU sebelumnya. Bagi negeri Kelantan T-Value yang significant  bagi coefficient ini  ialah sekurang-kurangnya 2.57. Bagi Parti PAS, T-Value nya ialah  3.72, bermakna suatu kedudukan    yang  sukar diganggu gugat,  dalam perlawanan  dua penjuru  seperti dahulu (lagi tinggi nilai T-Value, lagi teguh kedudukannya). Tetapi dengan pertandingan tiga penjuru, Parti PAN dijangka mampu mencuri  sebilangan undi parti  PAS dalam PRU 14, justeru membahyakan kedudukan PAS disana.

 

 

Terengganu

Mengikut kajian kita dalam PRU 13, sejumlah 53% pengundi Melayu mengundi BN  dan 46% Pakatan Rakyat. Jadi ia  hanya memerlukan voter swing  sebanyak 4% kepada pembangkang untuk merobah peneraju negeri, serta memberi kesan di Parlimen.

Bagaimanapun, kajian kita mendapati coefficient sokongan pengundi kepada UMNO cukup signifikan dengan T-Value 2.95, membayangkan  sukarnya untuk pembangkang menumbangkan kerajaan BN.

Bagaimanapun coefficient kesetiaan  pengundi kepada PAS dengan T-Value 4.7 adalah lebih  signifikan  membayangkan suasana lebih sukar  bagi  BN menerobosi kubu parti PAS di Terengganu dalam perlawanan dua penjuru. Bagaimanapun, kemunculan parti PAN boleh membawa sedikit  perpecahan undi dikalangan pembangkang dan ini menguntungkan UMNO, sementara pengaruh parti PPBM mungkin amat terhad sekali

Suasana di Terengganu  amat menarik perhatian  dengan perpecahan dikalangan pemimpin UMNO  tempatan. Walaupun keadaan kerajaan BN selepas PRU 12 agak selesa, tetapi kedudukan kerusi DUN amat mencabar selepas PRU 13. Nampaknya isu di negeri ini berkisar di sekitar  perpecahan kepimpinan tempatan, walupun pada zahirnya kini sudah mulai reda setelah  kegagalan  Ahmad Said, bekas Menteri Besar untuk menubangkan kerajaan negeri selama dua kali.

Masalah timbul kerana kedudukan  BN dan Pembangkang yang hampir setara,  dengan BN memiliki 17 kerusi dan Pembangkang 15 kerusi. Kedua-dua belah pihak berpeluang memenangi negeri ini pada PRU akan datang, bergantung kepada sejauh mana kempen anti Najib yang sedang memuncak kini dapat mempengaruhi sentimen rakyat dalam PRU dua tahun dari sekarang. Disebaliknya kemunculan parti  PAN yang didokong segelintir bekas pemimpin PAS tempatan merupakan suatu ancaman yang lebih signifikan kepada kedudukan PAS di Terengganu.

 

Kedah

Kedah menjadi sebuah negeri yang amat mencabar bagi UMNO kerana kerenah politik Tun Mahathir. Sungguhpun Kedah merupakan  sebuah negeri UMNO secara tradisi, tetapi dengan wujudnya kekuatan akar umbi parti PAS sudah berzaman lamanya, risiko politik bagi UMNO wujud  diwaktu perpecahan  seperti dalam PRU tahun 2008 dahulu.

Bagaimana pula senario dalam PRU 14 akan datang. Saya  telah meneliti semula hasil  empirical analysis yang dibuat untuk PRU 2004, PRU 2008 dan PRU 2013 dan dapati yang sokongan Melayu untuk BN tidak berubah diaras 53% pada tahun 2004 dan 2008, walaupun Tun Mahathir berkempen menentang BN pada 2008. Yang menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada tahun 2008  ialah hapusnya sokongan Cina disamping kejatuhan undi India, satu fenomena yang turut menjatuhkan kerajaan BN di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Ini bererti kejatuhan kerajaan BN di Kedah ketika itu bukan disebabkan fenomena Mahathir.

Pada PRU 14 nanti Mahathir akan sekali lagi menentang BN. Mungkinkah kekalahan pada tahun 2008 akan berulang kembali? Setakat ini kejatuhan Mukhriz tidak menampakan sebarang  kesan. Tiada sebarang protes umum yang berlaku. Kemampuan Ahmad Bashah sebagai  Ketua Menteir dalam menyatukan UMNO Kedah dan dalam mentadbirkan negeri amat penting sekali, tetapi Kerajaan BN Kedah tidak akan jatuh kerana faktor Mahathir sebenarnya bukan  faktor penentu sama ada dahulu, sekarang atau akan datang.

Regression Analysis keatas data  negeri Kedah pada PRU 13 menunjukkan faktor sokongan Melayu kepada UMNO ialah pada kadar 56% dan kepada PAS 44%. Bagi PAS  untuk menumbangkan BN, ia memerlukan voter swing sebanyak 7% yang  agak sukar diperolehi, kerana impak faktor Mahathir dijangka minima disamping faktor  parti PAN juga boleh  memecahkan undi PAS.

Coefficient kesetiaan  pengundi kepada  UMNO di Kedah hendaklah  sekurang-kurangnya  dengan T-Value   diparas 2.23 mata, berbanding 2.62 mata  sebenar  dari dapatan  kajian. Ini bererti sokongan pengundi Melayu cukup setia kepada UMNO dan menyukarkan sebarang usaha untuk menjatuhkannya.

Dipihak PAS pula didapati coefficient kesetiaan pengundi amat tinggi pada kadar T value 10.27 membayangkan betapa sukarnya parti PAN merampas kawasan PAS walaupun sedikit kehakisan sokongan  tetap dijangka selepas keluarnya beberapa bekas pemimpin PAS yang kini menyertai parti PAN.

Selangor dan Kuala Lumpur

Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain di selatan Semenanjung bukanlah kawasan dibawah pengaruh PAS walaupun ia mampu memenangi banyak juga kerusi Parlimen dan DUN di sana. Semua kerusi di situ telah dimenangi dalam kawasan pilihanraya campuran dengan sokongan hebat dari pengundi Cina dan juga India semasa parti PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat. Setelah tempat PAS diganti oleh parti PAN dalam Pakatan Harapan, undi kaum Cina dan India akan disalurkan kepada Parti PAN sementara sokongan pengundi Melayu pula majoritinya kepada parti UMNO.

Kajian empirical kita keatas data pengundian diSelangor dan Kuala Lumpur pada PRU 13 menunjukkan hanya seramai 34% pengundi Melayu yang mengundi parti PAS, berbanding 77% pengundi Cina dan 97% pengundi India.

Disamping itu coefficient sokongan  pengundi  menunjukkan angka t-Value diparas 1.3 mata sahaja, menggambarkan tiada akar umbi yang signifikan. Ini bererti parti PAS mungkin kehilangan semua kerusinya di kawasan-kawasan ini tanpa sokongan dari kaum Cina dan India.

Parti BN pula berada dalam keadaan jauh lebih baik dengan sokongan 61% dari kaum Melayu dan coefficient sokongan pengundi di paras  T-Value 3.15, iaitu suatu paras yang cukup signifikan. Jadi kerjasama pilihanraya antara UMNO dan PAS dikawasan-kawasan ini mampu menambah kerusi  BN sambil menghapuskan hasrat parti PAN  dan PPBM menjadi  parti yang signifikan. Ini juga dijangka akan mengorbankan beberapa kerusi parti PKR.

 

RUMUSAN

Dengan suasana di atas ada faedahnya bagi parti UMNO  dan PAS berkerjasama  mengagihkan kerusi  dalam Piliharaya Raya Umum yang akan datang. Ia akan mengelakkan petembungan diantara kedua parti sambil menutupkan peluang Parti PAN dan PPBM menjadi pencabar utama  di masa hadapan. Perlu diingatkan kerjasama terbaik dilaksanakan diantara parti PAS dan UMNO sahaja untuk mendapat kerusi DUN dan Parlimen yang  maxima.

Tetapi ini juga bererti UMNO  dan PAS perlu merestui kerajaan negeri  yang sedia ada di Kelantan, Trengganu dan Kedah. Ini adalah isu yang rumit memandangkan wujudnya hasrat terpendam UMNO untuk menawan Kelantan dan PAS untuk menawan Trengganu dan Kedah.

Sekiranya kerjasama gagal disepakati, kedua-dua parti PAS  dan UMNO  akan menghadapi kerugian.PAS akan kehilangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada UMNO  dalam pertandingan tiga penjuru di banyak negeri, walaupun ia mungkin masih dapat mempertahankan kerajaan negeri Kelantan. UMNO juga dijangka dapat bertahan di Trenggnu dan Kedah.

Di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan  diluar pengaruh tradisi PAS, pertandingan tiga penjuru dengan Parti PAN  dan UMNO  akan merugikan PAS dengan tiadanya sokongan pengundi Cina dan India. PAS mungkin kehilangan semua kerusinya sementara kedudukan BN tidak terjejas tetapi mungkin akan terlepas peluang hendak mengukuhkan semula kedudukan di kawasan-kawasan tersebut.

 

Methodology

Atas permintaan beberapa pembaca saya perturunkan di bawah methodology kajian ini. Bagi meringkaskan artikel  saya akan menghuraikan kajian keatas negeri Selangor sahaja kerana pertarungan hebat dijangka di sini  pada PRU 14 nanti. Saya telah  menggunakan data daripada PRU 13 kerusi Parlimen dengan 22 observation daripada keputusan dalam 22 kerusi Parlimen Selangor. Kaedah digunakan ialah multiple regression analysis  menggunakan tiga angkubah (variable) iaitu Pengundi Melayu,Pengundi Cina dan Pengundi India.  Dapatan dihasilkan adalah seperti berikut:

  Regression Output:    
Constant     0  
Std Err of Y Est     3115.22745745992  
R Squared     0.912761037802526  
No. of Observations   22  
Degrees of Freedom   19  
         
X Coefficient(s)   0.6102 0.1079 0.2429
Std Err of Coef.   0.038453 0.04039 0.13696
T Value   15.87 2.67 1.77
    M C I
          

Keputusan di atas menunjukkan bagi Kawasan Selangor, sejumlah 61% pengundi Melayu telah mengundi BN, berbanding 10.7% daripada pengundi Cina dan 24.3% pengundi India. T-Value yang tinggi  menunjukkan signifikan angkubah yang tinggi dengan  hampir tiada masalah multicollinearity. R squared 91.3 pula  menunjukkan persamaan(Equation) yang dihasilkan mempunyai reliabiliti yang tinggi.

Kajian yang sama juga dibuat kepada keputusan diperolehi parti PAS dalam 7 kawasan Parlimen yang menunjukkan PAS hanya mendapat  34.4% daripada jumlah undi Melayu, 79.6% daripada undi Cina dan 96.6% daripada undi India.

Untuk menkaji tahap kesetiaan penyokong UMNO di Selangor, saya menggunakan empat angkubah, iaitu pengundi Melayu, Cina, India dan satu lagi angkubah diolah daripada undi yang BN dapati dalam PRU tahun 2008 dan 2004 bagi menunjuk aras kesetian penggundi dalam kawasan pilihanraya yang dipilih. Kesemuanya saya pilih 11 kawasan Parlimen Selangor  yang mempunyai kurang daripada 30% undi Cina. Dapatan dari kajian ini diperturunkan di bawah:

  SELANGOR KL (CHINESE AREAS < 30%)  
           
  Regression Output:      
Constant     -25696.75983    
Std Err of Y Est     1998.2958    
R Squared     0.9734    
No. of Observations   11    
Degrees of Freedom   6    
           
X Coefficient(s)   0.5509 0.47674 0.0485 472.9169
Std Err of Coef.   0.0467 0.20120 0.1995 150.0457
T Value   11.77 2.36 0.24 3.15
    M C I BN(2008.04)

Dapatan di atas menunjukkan angkubah BN(2008.04) dengan  T-Value 3.15, menggambar kadar signifikan yang tinggi, bererti kesetiaan yang cukup teguh untuk BN  dari pengundi Melayu di negeri Selangor. Sebaliknya, saya juga menggunakan model yang sama bagi menguji kesetiaan Melayu untuk PAS. Apa yang   saya dapati ialah aras T-Value yang rendah pada 1.34 membayangkan  ketiadaan Pengundi yang setia untuk PAS di Selangor.

Salam dari DAH IKHWAN

Artikel yang berkaitan:

1.Sarawak State’s Election 2016: Tan Sri Adenan’s Popularity…..
2.Sarawak State Election (2011):Results and Analysis.

Advertisements
Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, pru 14, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Mungkinkah PAS Dan UMNO Berkerjasama Pada PRU 14?

  1. Helen Ang says:

    Reblogged this on Helen Ang.

  2. Anonymous says:

    Very reliable article based on scientific research findings. But to my opinion, it will be great advantage for BN to fight PAS because the hard core PAS may reject PAS if PAS seen to be with UMNO/BN.

  3. DAH IKHWAN says:

    Saudara, apa yang saudara kata mungkin ada benar nya memandang pengikut pengikut PAS sudah kian lama dibuai dengan pandangan extrem yang tidak mengambil kira keadaan semasa. Bilangan hardcore ini mungkin tidak ramai, tetapi terpulanglah kepada parti tersebut membuat tinjauan pendapat bagi mengetahui keadaan sebenar. Malangnya Parti Pas biasanya ttidak berpandukan penialaian suasana semasa tetapi mudah hanyut dengan sentimen sendiri. Saya rasa sikap begini selalu membawa kepada kekalahan..

  4. Ab Sukor Akup, DBKL says:

    pakcik setuju cakap tuan yang bijaksana..demi kelasungan parti melayu untok genarasi akan datang..

  5. Tuan,

    Walaupun saya tak setuju dengan pandangan politik Tuan, tapi saya amat menghargai dan kajian2 Tuan. Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk membuat semua kiraan tersebut, walaupun sebenarnya ramai orang termasuk saya sendiri tak faham apa pun formula2 yang digunakan. Maklumlah universiti kampung je.

    Berkenaan dengan sedikit kesilapan data dalam artikel sebelum ini, pada saya normal, kita manusia bukannya prefect, dan pada saya masih boleh diterima asalkan Tuan perbaiki kesilapan data tersebut.

    Saya lebih tertarik dengan kenyataan Tuan mengenai peluang Selangor.

    Saya ingin dapatkan jawapan professional dari Tuan tanpa dipengaruhi sentimen politik.

    Jika sekiranya PAS dan UMNO tidak akan bergabung, berapakah anggaran probability UMNO untuk ambil alih Selangor ? Kurang dari 50% ?

    Terima kasih atas jawapan Tuan.

  6. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Saudara Ahmadmustakim. Setakat ini agak sukar bagi saya memberi pandangan soal probabiliti di Selangor kerana perlu membuat beberapa kajian lagi tentang perkara ini dan ini memerlu masa juga selain input data terkini dari prk ataupun opinion survey dari agensi survey yang boleh dipercayai.

    Berkaitan kesilapan data dalam artikel yang lepas saya lazimnya buat pembetulan setelah menyedari kesilapan berkenaan atau setelah dimmaklumkan pembaca. Sila maklumkan kepada saya secara terperinci.

  7. MUHD NORIZAM JAMIAN says:

    Adakah kepimpinan PAS sekarang mahu PAS kembali menjadi parti regional seperti dahulu? Hanya menumpukan kawasan Pantai Timur/Utara dan membiarkan kawasan lain terkapai-kapai?

  8. Riz says:

    Salam…saya agak tertarik dgn kajian ini dan dapatan kajian ini.. cumanya saya kurang jelas dgn model yang digunakan dan kaedah penganggaran utk mendapatkan nilai pekali dlm kajian ini. Seharusnya model yang digunakan serta pembolehubah digunakan dinyatakan dengan jelas agak terperinci sebelum dapatan kajian dibincangkan.

  9. DAH IKHWAN says:

    Saudara Riz, terima kasih atas komen saudara diatas. Saya telah membuat tambahan seperti dicadangkan. Sila lihat bahagian Methodology di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s