Patutkah PAS Dan UMNO Berkerjasama?

Ya, inilah satu topik hangat dikalangan rakyat sekarang. Patutkah kedua parti Melayu  dan Islam ini berkerjasama. Saya tidak  akan memberi pandangan kosong sahaja  tentang soal ini, tetapi seperti biasa  dalam artikel ini saya berhujah bersandarkan empirical analysis, ia  itu berasaskan kajian data sebenar dengan menggunakan pendekatan regression analisis keatas data-data PRU 13, PRU 12 dan juga PRU 11, meliputi jangkamasa 10 tahun dari tahun 2004 hingga 2013.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pengikut-pengikut semua artikel  PRU 13  terdahulu yang mencecah tidak kurang daripada 100,000 orang pengunjung. Terima kasih kepada blog-blog, warga internet yang memberi komen sama-ada yang membina mahu yang kritikal. Terima kasih juga kepada mereka dari kalangan  pemimpin politik dan journalist dari agensi seperti The Star dan Bernama yang telah menghubungi saya.

Untuk merungkai isu ini, ingin saya menyatakan saya bukanlah seorang ahli parti UMNO atau parti PAS tetapi hanyalah  pengkaji bebas dan memberi pandangan secara ilmiah untuk renungan kedua-dua ahli parti masing-masing.

Mari kita mengimbau kembali keputusan PRU di beberapa negeri yang kritikal bagi menganalisis asas atau teras  kekuatan  Parti PAS dan UMNO di empat buah negeri yang bakal menjadi kawasan pertarungan antara dua buah parti ini di PRU 14  akan datang, iaitu Kelantan, Trengganu, Kedah dan Selangor yang boleh mengubah kedudukan  di DUN masing-masing dan di Parlimen nanti.

Kedua-dua parti ini adalah dua buah parti yang mempunyai ciri perjuangan yang kukuh berasaskan Bangsa(Ekonomi dan Sosial)  dan Agama, dua perkara yang amat penting dalam hidup bermasyarakat hampir semua   orang Melayu.

Isu rasuah dan salah tadbir kewangan  yang kini melanda negara dijangka tidak banyak menghakiskan populariti kerajaan BN pada PRU 14,  dua tahun dari sekarang. Ini kerana isu ini hanya lebih popular dikalangan masyarakat Cina sejak PRU 13  atas sebab-sebab yang tertentu. Anehnya, orang-orang Cina tidak pula lebih bersih atau lebih beretika  dari masyarakat Melayu. Jika mereka benar-benar jujur, mereka boleh berhenti membayar rasuah, justeru menghapuskan masalah ini selama-lamanya.

Yang lebih penting kepada masyarakat Melayu ialah isu  kenaikan harga barangan, soal ekonomi, pengangguran, perumahan dan subsidi yang memberi kesan menyeluruh kepada masyarakat.

Di samping itu, disetiap  empat buah negeri ini ada ciri-ciri politiknya sendiri seperti dirungkai dibawah.

 

Kelantan

Kelantan yang sudah lama di pegang oleh PAS kini diterajui oleh pemimpin lain setelah zaman Nik Aziz berlalu. Bolehkah PAS bertahan di sana tanpa Nik Aziz dan berhadapan pula dengan parti PAN. Ini mungkin tiada masalah jika UMNO  merupakan pesaing yang kecil. Tetapi hakikatnaya tidak begitu.

Emipirical analisis dibawah boleh dijadikan petunjuk kepada kekuatan parti masing-masing. Model Equation  untuk  PRU 13, yang dihasil  menunjukkan 54% pengundi Melayu telah mengundi PAS dan 46% mengundi BN dalam kawasan-kawasan yang dipertandingkan.

Untuk memenangi negeri Kelantan, pada zahirnya  BN hanya memerlukan voter swing sebanyak 5%. Jika parti PAN juga bertanding disetiap kawasan, kedudukan PAS nampaknya amat tercabar, jika parti PAN berjaya meraih 5% undi.

Dari sudut positif pula, model equation yang saya gunapakai memperkenalkan coefficient sokongan pengundi menggunakan data daripada peratusan undi diperolehi calon parti masing-masing  pada PRU sebelumnya. Bagi negeri Kelantan T-Value yang significant  bagi coefficient ini  ialah sekurang-kurangnya 2.57. Bagi Parti PAS, T-Value nya ialah  3.72, bermakna suatu kedudukan    yang  sukar diganggu gugat dalam perlawanan  dua penjuru  seperti dahulu (lagi tinggi nilai T-Value, lagi teguh kedudukannya).

 

Terengganu

Suasana di Terengganu pula juga amat menarik perhatian,  dengan perpecahan dikalangan pemimpin UMNO  tempatan. Walaupun keadaan kerajaan BN selepas PRU 12 agak selesa, tetapi kedudukan kerusi DUN amat mencabar selepas PRU 13. Nampaknya isu di negeri ini berkisar di sekitar  perpecahan kepimpinan tempatan, walupun pada zahirnya sudah mulai reda setelah  kegagalan  Ahmad Said, bekas Menteri Besar untuk menubangkan kerajaan negeri selama dua kali.

Masalah timbul kerana kedudukan  BN dan Pembangkang yang hampir setara,  dengan BN memiliki 17 kerusi dan Pembangkang 15 kerusi. Kedua-dua belah pihak boleh memenangi negeri ini pada PRU akan datang, bergantung kepada sejauh mana kempen anti Najib yang sedang memuncak kini dapat mempengaruhi sentimen rakyat dalam PRU dua tahun dari sekarang. Disebaliknya kemunculan parti  PAN merupakan suatu ancaman yang lebih signifikan kepada kedudukan PAS di Terengganu.

Mengikut kajian kita dalam PRU 13, sejumlah 53% pengundi Melayu mengundi BN  dan 46% Pakatan Rakyat. Jadi ia  hanya memerlukan voter swing  sebanyak 4% kepada pembangkang  untuk merobah peneraju negeri, serta memberi kesan di Parlimen.

Bagaimanapun, kajian kita mendapati coefficient sokongan pengundi kepada UMNO cukup signifikan dengan T-Value 2.95, membayangkan  sukarnya untuk pembangkang menumbangkan kerajaan BN.

Bagaimanapun coefficient sokongan pengundi kepada PAS dengan T-Value 4.7 adalah lebih  signifikan  membayangkan suasana lebih sukar  bagi  BN menerobosi kubu parti PAS di Terengganu dalam perlawanan dua penjuru. Bagaimanapun, kemunculan parti PAN boleh membawa sedikit  perpecahan undi dikalangan pembangkang dan ini menguntungkan UMNO.

 

Kedah

Kedah menjadi sebuah negeri yang amat mencabar bagi UMNO kerana kerenah politik Tun Mahathir. Sungguhpun Kedah merupakan  sebuah negeri UMNO secara tradisi, tetapi dengan wujudnya kekuatan akar umbi parti PAS sudah berzaman lamanya, risiko politik bagi UMNO sentiasa ada diwaktu perpecahan  seperti dalam PRU tahun 2008 dahulu.

Dalam PRU akan datang  bahaya kepada UMNO kembali wujud apabila sekali lagi Tun Mahathir keluar parti dan menentang UMNO  bagi kali yang kedua.

Pada PRU  tahun 2008, kerajaan BN di Kedah telah tumbang kerana perpecahan angkara Tun Mahathir. Pada PRU 14 nanti, Mahathir akan sekali lagi berkempen menentang BN. Mungkinkah kekalahan pada tahun 2008 akan berulang kembali? Setakat ini kejatuhan Mukhriz tidak menampakan sebarang  kesan. Tiada sebarang protes umum yang berlaku. Kemampuan Ahmad Bashah sebagai  Ketua Menteir dalam menyatukan UMNO Kedah dan dalam mentadbirkan negeri amat penting sekali dalam menentukan nasib UMNO di Kedah mulai dari sekarang.

Regression Analysis keatas data  negeri Kedah pada PRU 13 menunjukkan sokongan Melayu kepada UMNO ialah pada kadar 56% dan kepada PAS 44%. Bagi PAS  untuk menumbangkan BN, ia memerlukan voter swing sebanyak 7% yang  agak sukar diperolehi,walaupun dengan adanya faktor Mahathir  sekalipun. Ini kerana faktor parti PAN juga boleh  mengimbangi  faktor Mahathir.

Coefficient sokongan pengundi kepada  UMNO di Kedah hendaklah  sekurang-kurangnya  dengan T-Value   diparas 2.23 mata, berbanding 2.62 mata  sebenar  dari dapatan  kajian. Ini bererti sokongan pengundi Melayu cukup setia kepada UMNO dan menyukarkan sebarang usaha untuk menjatuhkannya.

Dipihak PAS pula didapati coefficient sokongan pengundi amat tinggi pada kadar 10.27 membayangkan betapa sukarnya parti PAN untuk memecahkan undi PAS yang ada.

 

Selangor dan Kuala Lumpur

Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain di selatan Semenanjung bukanlah kawasan dibawah pengaruh PAS walaupun ia mampu memenangi banyak juga kerusi Parlimen dan DUN di sana. Semua kerusi di situ telah dimenangi dalam kawasan pilihanraya campuran dengan sokongan hebat dari pengundi Cina dan juga India semasa parti PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat. Setelah tempat PAS diganti oleh parti PAN dalam Pakatan Harapan, undi kaum Cina dan India akan disalurkan kepada Parti PAN sementara sokongan pengundi Melayu pula majoritinya kepada parti UMNO.

Kajian empirical kita keatas data pengundian diSelangor dan Kuala Lumpur pada PRU 13 menunjukkan hanya seramai 34% pengundi Melayu yang mengundi parti PAS, berbanding 77% pengundi Cina dan 97% pengundi India.

Disamping itu coefficient sokongan  pengundi  menunjukkan angka t-Value diparas 1.3 mata sahaja, menggambarkan tiada akar umbi yang signifikan. Ini bererti parti PAS mungkin kehilangan semua kerusinya di kawasan-kawasan ini tanpa sokongan dari kaum Cina dan India.

Parti BN pula berada dalam keadaan jauh lebih baik dengan sokongan 61% dari kaum Melayu dan coefficient sokongan pengundi di paras  T-Value 3.15, iaitu suatu paras yang cukup signifikan. Jadi kerjasama pilihanraya antara UMNO dan PAS dikawasan-kawasan ini mampu menambah kerusi  BN sambil menghapuskan hasrat parti PAN menjadi sebuah parti yang signifikan. Ini juga dijangka akan mengorbankan beberapa kerusi parti PKR.

 

Penutup

Dengan suasana di atas ada faedahnya bagi parti UMNO  dan PAS berkerjasama  mengagihkan kerusi  dalam Piliharaya Raya Umum yang akan datang. Ia akan mengelakkan petembungan diantara kedua parti sambil menutupkan peluang Parti PAN  menjadi pencabar utama kepada parti PAS di masa hadapan. Perlu diingatkan kerjasama hanya dapat dilaksanakan diantara dua buah parti sahaja untuk kesan yang terbaik bagi mengelakkan perpecahan politik Melayu kepada kelompok-kelompok politik yang kecil dan lemah.

Sekiranya kerjasama gagal disepakati, kedua-dua parti PAS  dan UMNO  akan menghadapi kerugian.PAS akan kehilangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada UMNO  dalam pertandingan tiga penjuru, walaupun ia mungkin masih dapat mempertahankan kerajaan negeri Kelantan. Senario yang sama akan berlaku di negeri Terenganu.  menambahkan jurang bilangan kerusi DUN  dan Parlimen diantara kedua-duanya..

Di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan  diluar pengaruh tradisi PAS, pertandingan tiga penjuru dengan Parti PAN  dan UMNO  akan merugikan PAS tanpa sokongan pengundi Cina dan India. PAS mungkin kehilangan semua kerusinya sementara kedudukan BN tidak terjejas tetapi akan terlepas peluang hendak mengukuhkan semula kedudukan di kawasan-kawasan tersebut.

.

 

 

Wallahua’lam

Salam dari DAH IKHWAN

 

Artikel yang berkaitan:

1.Sarawak State’s Election 2016: Tan Sri Adenan’s Popularity…..
2.Sarawak State Election (2011):Results and Analysis.

 

 

 

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Patutkah PAS Dan UMNO Berkerjasama?

  1. Helen Ang says:

    Reblogged this on Helen Ang.

  2. Anonymous says:

    Very reliable article based on scientific research findings. But to my opinion, it will be great advantage for BN to fight PAS because the hard core PAS may reject PAS if PAS seen to be with UMNO/BN.

  3. DAH IKHWAN says:

    Saudara, apa yang saudara kata mungkin ada benar nya memandang pengikut pengikut PAS sudah kian lama dibuai dengan pandangan extrem yang tidak mengambil kira keadaan semasa. Bilangan hardcore ini mungkin tidak ramai, tetapi terpulanglah kepada parti tersebut membuat tinjauan pendapat bagi mengetahui keadaan sebenar. Malangnya Parti Pas biasanya ttidak berpandukan penialaian suasana semasa tetapi mudah hanyut dengan sentimen sendiri. Saya rasa sikap begini selalu membawa kepada kekalahan..

  4. Ab Sukor Akup, DBKL says:

    pakcik setuju cakap tuan yang bijaksana..demi kelasungan parti melayu untok genarasi akan datang..

  5. Tuan,

    Walaupun saya tak setuju dengan pandangan politik Tuan, tapi saya amat menghargai dan kajian2 Tuan. Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk membuat semua kiraan tersebut, walaupun sebenarnya ramai orang termasuk saya sendiri tak faham apa pun formula2 yang digunakan. Maklumlah universiti kampung je.

    Berkenaan dengan sedikit kesilapan data dalam artikel sebelum ini, pada saya normal, kita manusia bukannya prefect, dan pada saya masih boleh diterima asalkan Tuan perbaiki kesilapan data tersebut.

    Saya lebih tertarik dengan kenyataan Tuan mengenai peluang Selangor.

    Saya ingin dapatkan jawapan professional dari Tuan tanpa dipengaruhi sentimen politik.

    Jika sekiranya PAS dan UMNO tidak akan bergabung, berapakah anggaran probability UMNO untuk ambil alih Selangor ? Kurang dari 50% ?

    Terima kasih atas jawapan Tuan.

  6. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Saudara Ahmadmustakim. Setakat ini agak sukar bagi saya memberi pandangan soal probabiliti di Selangor kerana perlu membuat beberapa kajian lagi tentang perkara ini dan ini memerlu masa juga selain input data terkini dari prk ataupun opinion survey dari agensi survey yang boleh dipercayai.

    Berkaitan kesilapan data dalam artikel yang lepas saya lazimnya buat pembetulan setelah menyedari kesilapan berkenaan atau setelah dimmaklumkan pembaca. Sila maklumkan kepada saya secara terperinci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s