Pilihanraya Negeri Sarawak 2016: Kerusi Panas dan Pertindihan Kerusi Pembangkang

Setelah penamaan calon selesai semalam, sudah jelas yang keadaan kucar-kacir berlaku di kem pembangkang membabitkan pertandingan  tiga penjuru  di banyak kerusi yang dipertandingkan. Jika pada awal-awal lagi harapan pembangkang memang tidak cerah, selepas penamaan calon harapan mereka menjadi lebih pudar akibat perpecahan undi dipihak mereka.

Setelah gagal menemui kata sepakat PKR meletakkan calon di 40 kerusi dan DAP 31 kerusi. Parti  PAN pula meletakkan calon di 13 kerusi dan PAS 11 kerusi. Terdapat pertindihan antara PKR dan DAP dalam 6 kawasan, manakala PAS dan PAN bertindih dalam 5 buah kawasan.

Mari kita meninjau kawasan-kawasan panas dimana pertandingan sengit dijangka serta kesannya kepada pembagkang atas sebab perpecahan undi.

Di kawasan baru N.13 Batu Kitang, kita menyaksikan pertarungan lima penjuru antara BN, DAP, PKR dan 2 calon  Bebas. Kawasan ini mempunyai  17,494 pengundi terdiri daripada Cina 54.8%, Melayu 20.1% dan Dayak 25.1%. Kawasan ini akan menyaksi pertarungan sengit dengan keputusan sukar dijangka, kerana perpecahan undi diantara DAP dan PKR,  walaupun  ia dahulunya  dalam kawasan yang disandang oleh DAP. Senario ini memberi kelebihan kepada BN.

Di kawasan yang berhampiran, N 14 Batu Kawa ramai penganalisis menganggapnya sebagai kawasan panas yan boleh dimenangi BN kerana BN   dikalahkan dengan 543 undi sahaja dalam PRN 2011. Sebenarnya Batu Kawa dalam PRN kali ini banyak berubah berbanding komposisinya pada PRU 2011; ketika itu undi Cina hanya 54.56% sahaja. Hari ini kawasan ini dihuni oleh seramai 62.3% pengundi Cina, justeru memberi kelebihan kepada DAP. Memandangkan calon ketiga dari parti serpihan SUPP juga bertanding, kem BN berharapkan faktor populariti Adenan boleh membantu memenangi kerusi ini. Hakikatnta ini adalah satu laluan yang amat sukar untuk BN.

DAP juga telah mengorak langkah istimewa untuk memenangi beberapa kawasan pilihanraya penduduk Dayak di luar bandar, antaranya Tasik Biru N 2, Mambong, Simanggang dan bebera kawasan orang Ulu. DAP telah mengukuhkan kawasan berkenaan dengan penyokong (Cina)  mereka.

Di kawasan N 32  Simanggang, ia adalah kawasan campuran dengan 12.5% pengundi Melayu, 33.5% Cina dan 54% Dayak. Justeru kawasan ini amat menarik bagi DAP dan juga PKR dalam strategi mereka untuk meluaskan pengaruh di perdalaman Sarawak. Malangnya kedua-dua parti  pembangkang bertarung,  pasti memberi kesan yang buruk kepada mereka di sini. Dalam PRN 2011, BN telah mengalahkan calon DAP dengan majoriti 2447 undi.

Di N.29  Beting Maro, Pada PRN tahun 2011, kawasan ini dimenangi BN dengan majoriti tipis mengalahkan PAS dengan  391 undi sahaja disebabkan perpecahan undi BN berikutan pengguguran penyandang kerusi.  Dengan pertandingan tiga penjuru kali ini melibatkan BN, PAS dan PAN, dijangka BN tiada masalah mengekalkan kerusi, apalagi perpaduan  dalam BN adalah  lebih kukuh pada pilihanraya kali ini.

Di Kawasan Krian N.39, penyandang dari PKR mempertahankan kerusi dalam perlawanan  dengan calon BN dan sebuah  parti kecil DNP. Kerusi ini telah dimenangi oleh calon PKR dalam PRN 2011 dengan majoriti 2090 undi. Berpandu kepada keputusan Pilihanraya Parlimen pada tahun 2013, nampaknya penyandang dari PKR tiada masalah mengekalkan kerusi ini.

Di N 66 Kawasan  baru Murum dengan hampir kesemuanya pengundi Dayak,   ia melibatkan perlawanan empat  penjuru antara BN, PKR dan  DAP dan Bebas. Murum ialah lokasi projek hidro yang baru siap dan kebimbangan telah disuarakan tentang pemindahan masyarakat Dayak dan pelupusan hutan di tapak projek tersebut. PKR telah sekian lama menyuarakan isu ini, justeru menganggap ia lebih layak bertanding disini sebagai wakil pembangkang. DAP dengan tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding di sini juga, menjadikan pertanding tiga penjuru di sini. Agak jelas ini adalah suatu  manifestasi polisi baru DAP hendak menguasai kawasan perdalaman Sarawak walausekalipun dengan mengenepikan parti rakan, PKR.  Kawasan ini telah di bentuk daripada sebahagian kawasan asal DUN Belaga, yang di menangi BN dalam pilihanraya lepas.

Di N 75 Senadin dengan 21.7% pengundi Melayu, 49.7% Cina dan 28.6% Dayak  menyaksikan perlawanan tiga penjuru di antara BN, DAP, dan sebuah parti kecil. Kawasan ini telah dimenangi BN dalam tahun  2011 dengan majoriti tipis 58 undi mengalahkan calon PKR. Keadaan  sukar diramal kerana terdapat sedikit perubahan komposisi kaum dalam daftar pengundi selepas PRN tahun 2011 yang memberi kelebihan kepada DAP. Di sini juga BN berharap kepada faktor populariti Adenan untuk mengekalkan kawasan ini.

Di N 81 Ba’Kelalan BN akan bertemu PKR dalam satu lawan satu. Kawasan ini disandang oleh  Baru Bian pengerusi PKR Sarawak dengan majoriti 475 pada PRN 2011. Saya rasa besar kemungkinan PKR akan mengekalkan kerusi ini.

Salam, sekian untuk tatapan anda.

DAH IKHWAN

 

Sila baca juga:

  1. Pilihanraya Negeri Sarawak 2016: Kajian dan Ramalan
  2. Pilihanraya Umum tahun 2013: Pecahan Undi di Sarawak dan Sabah dan Isu Persempadanan Semula.

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Negeri Sarawak 2016, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s