Keputusan PRN Sarawak 2016, Analisis dan Ulasan.

Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2016 baharu sahaja diterima dan ianya selari dengan ramalan banyak pihak. Rumusan  keputusan adalah seperti berikut:

 

Parti Kerusi PRN 2016 Kerusi PRN 2011
Barisan Nasional 72 56
PBB 40
PRS 11
SUPP 7
SPDP 3
BN Langsung 11
DAP 7 12
PKR 3 3
JUMLAH 82 71

Ramalan telah  dipapar dalam blog ini pada 6 Mei, sehari sebelum pengundian. Keputusan  yang diperolehi BN sebanyak 72 kerusi adalah dalam ramalan  penulis diantara 68 hingga 74 kerusi.

[For the English version of this article please click here]

Dapatan daripada regression analysis keatas keputusan pilihanraya ini pula  menunjukkan peratusan  daripada jumlah pengundi setiap kaum, yang mengundi BN. Sila lihat jadual di bawah untuk butiran berkaitan:

KAUM MENGUNDI BN PRN 2016 (%) PRN 2011 (%)
Melayu/Melanau 89.0 81.7
Dayak 66.2 61..2
Cina 34.2 24.6

Jadual di atas menunjukkan ada  peningkatan sokongan kepada BN dari semua kaum berbanding PRN yang lalu. Sila ambil perhatian peningkat sebanyak kira-kira 10% dari kaum Cina sungguhpun majoriti Cina (63%) masih lagi dengan DAP.

Ramalan kita di kawasan Bumiputera/perdalaman didapati amat tepat dengan BN menyapu bersih semua kawasan kecuali kawasan Krian dan Ba’Kelalan yang di menangi calon PKR sebagai penyandang.

Ramalan di kawasan Cina  rumit sedikit kerana banyak kawasan panas yang pada Pilihanraya lepas  dimenangi dengan undi yang tipis tambahan pula komposisi sesetengah kawasan telah berubah selepas persempadanan semula dan selepas kawasan baru diwujudkan. Jangkaan kita yang Kawasan Batu Kawa tidak mungkin boleh ditawan BN terbukti kurang tepat.

Bagaimanapun jangkaan kita yang Batu Kitang dan Piasau akan ditawan BN ternyata betul. Bagi kawasan-kawasan lain seperti Meradong, Dudong dan Repok sememangnya kawasan panas ini sukar diramal tetapi alhamdulillah dapat juga ditawan.

Sesungguhnya keputusan positif  di kawasan-kawasan kaum Cina ini mengambarkan populariti Tan Seri Adenan Satem yang luar biasa yang mampu meningkatkan sokongan semua kaum kepada BN. Antara inisiatif beliau sejak menjadi Ketua Menteri ialah menangani isu Tanah Adat Bumiputera, isu agama, langkah mengurangkan beban GST dan usaha-usaha  mempertahankan autonomi Sarawak dalam Malaysia.

Bagi parti  PAS dan parti PAN, kedudukan  adalah seperti dijangka dan kedua-duanya gagal memenangi sebarang kerusi. Walaupun calon parti Islam berjaya mendapat serba sedikit sokongan  dibeberapa tempat, amat jelas sekali  dalam pertembungan kedua-dua parti ini, undi yang di raih PAS adalah lebih besar, walaupun terjejas oleh kehadiran parti PAN. Dalam konteks pilihanraya di Semenanjung nanti, keadaan ini pasti akan menjejaskan peluang parti PAS dalam pertarungan tiga penjuru dengan UMNO di banyak tempat terutama di dua pilihanraya kecil yang dihadapi dalam masa terdekat.

Dari sudut yang lain, kita menjangka parti PAS pasti tidak menyenangi kehadiran parti PAN, yang di anggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti mereka.  Untuk  terus relevan dimasa hadapan, PAS perlu bertindak sekarang mengekang pertumbuhan musuh baru mereka ini. Sebarang tolak ansur dalam perkara ini bererti membiarkan PAN berkembang dan  ini akan membahayakan pengaruh PAS di kawasan tradisi mereka dimasa hadapan.

Kita yakin kedua-dua parti PAS dan UMNO kini sedang giat menganalisis dan menilai suasana untuk menentukan strategi yang terbaik.

Suatu Iktibar

Apakah iktibar yang kita dapat pelajari dari kemenangan besar dalam pilihanraya ini? Jika dilihat dari  dapatan analisis  diatas, BN Sarawak masih mampu meningkatkan sokongan dari semua kaum walaupun wujud pelbagai isu dalam negara. Sokongan tinggi daripada kaum Melayu dan Dayak(89% dan 66%) masih boleh dicapai dan selari dengan peningkatan dari kaum Cina (walaupun hanya pada kadar 34%). Adakah ini  wujud di Sarawak sahaja dalam suasana toleransi agama dan kaum? Atau adakah ini  kerana ramai dari kaum Cina mulai sedar dan akur yang rakyat Bumiputera di Sarawak akan lebih bersatu dan merapatkan barisan  ketika berhadapan dengan sebarang ancaman kepada kuasa mereka?

Dalam konteks ini kaum Melayu, Iban, Bidayuh,  Melanau dan orang Ulu tidak kira agama telah menunjukkan perpaduan yang teguh. Mereka  telah bertindak  mengutamakan perpaduan untuk mengekalkan kuasa politik, walaupun  berhadapan dengan isu nasional yang serius.

Diharap semua rakyat Malaysia menghormati keputusan mereka.Sudah lumrah dalam amalan demokrasi setiap kelompok mengutamakan kepentingan  masing-masing.

Sila lihat butiran  regression analisis (computer printout) pilihanraya ini  di Lampiran di bawah.

 

Sekian, wassalam.

 

DAH IKHWAN

 

 

Lampiran

  Regression Output:    
Constant     0  
Std Err of Y Est   859.5899  
RSquared     0.82  
No. of Observations   80  
Degrees of Freedom   77  
         
X Coefficient(s) 0.8901 0.3416 0.6622
Std Err of Coef. 0.0270 0.0183 0.0217
T Value   32.85 18.59 30.50
     Melayu/nau      Cina  Dayak
Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Negeri Sarawak 2016, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Keputusan PRN Sarawak 2016, Analisis dan Ulasan.

  1. Ir Dino says:

    Besides all the issues being highlighted and election strategies, party leaders should go to the ground, see people and have personal touch with them constantly throughout the five years especially in Peninsular. People are getting smarter nowadays and big election promises do not necessarily translate to votes.

  2. DAH IKHWAN says:

    Sdr Ir Dino. You are right and this is very obvious in Sarawak. BN DUN members in Sarawak regularly visit their kawasan, but opposition parties don’t seem to have such capacity especially in large and isolated rural constituencies.

  3. Pingback: Does Chinese deserve to be Sarawak DCM? Statistical answer | Helen Ang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s