Cubaan Rampasan Kuasa di Turki

Pada awal pagi  semalam kita dikejutkan dengan berita  cubaan  rampasan kuasa oleh tentera di Turki. Selama kira-kira enam jam keadaan di Ankara ibu negara Turki dan Istambul tidak menentu, tetapi akhirnya menjelang waktu Subuh  Erdogan berjaya mematahkan cubaan tersebut.

Nama penuh beliau ialah Recep Tayyip Erdogan dan beliau telah memerintah Turki sejak tahun 2003 hingga 2014 sebagai Perdana Menteri dibawah Parti AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) yang telah memenangi  tiga pilihanraya sejak tahun 2001 lagi. Pada  tahun 2014 beliau telah dilantik sebagai Presiden Turki sehingga sekarang. Sebelum itu, pada awal karier politik beliau, Erdogan telah memegang jawatan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998 dengan latarbelakang sebagai ahli politik Islamis.

Dalam sepanjang pemerintahan beliau  selama 16 tahun, negara Turki telah menempuh zaman pembangunan  dan mencapai  kemajuan  setahap dengan Malaysia dengan pendapatan perkapita melebihi USD 10,000.  Zaman pemerintahan beliau juga menyaksikan satu anjakan, walaupun  sederhana, daripada sebuah negara sekular kepada yang memberi perhatian kepada pembangunan agama dalam negara. Perkembangan ini tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Turki yang masih berpegang dengan prinsip negara sekular Kamal Attaturk, pengasas  Turki yang memerintah pada awal kurun lepas. Prinsip sekularisme masih lagi menebal dikalangan tentera yang selama ini menjadi benteng  utama prinsip sekularisme di Turki.

Pertembungan dua prinsip pemerintahan antara sekularisme ala tentera  dan  demokrasi yang condong kepada nilai-nilai Islam telah menjadi punca ketegangan politik sejak lebih sedekad yang lalu. Inilah sebab utama yang mencetuskan percubaan rampasan kuasa tentera semalam.

Sebenarnya, tahap penerapan nilai-nilai Islam di Turki masih lagi diperingkat awal berbanding Malaysia disebabkan tentangan dari sebagian besar rakyat  dan tentera yang berpandangan sekular. Bagaimanapun, kedua-dua negara ini dianggap dunia sebagai negara Islam  maju,  demokratik  dan bersikap sederhana.

Ciri-ciri tersebut di atas telah berjaya membina masyarakat kelas menengah yang setabil yang menjadi benteng kepada demokrasi. Justeru kesetabilan, demokrasi dan kemakmuran dapat bertapak di kedua-dua negara Turki dan Malaysia. Dengan itu sebarang komplot untuk menumbangkan kerajaan dengan cara kekerasaan atau diluar perlembagaan pasti gagal. Bezanya, di Turki komplot ini didalangi oleh pihak Tentera manakala di Malaysia ia didalangi oleh Mahathir dengan sokongan parti DAP yang anti Islam. Perbezaan prinsipnya serupa, iaitu antara politik dengan pengaruh Islam yang didokong oleh UMNO dan PAS dan politik sekular DAP dan PKR.

Malangnya kedudukan negara Turki  kini pula terancam oleh  perang saudara diTimur Tengah. Beberapa rakyatnya telah terbunuh angkara keganasan pelampau ISIS atau DAESH yang menyusup masuk dikalangan pelarian dari Syria dan Iraq serta pejuang puak pemisah Kusdish di Turki itu sendiri. Bagi negara kita, setakat ini negara masih lagi terhindar daripada  malapetaka  ini. Marilah kita semua berdo’a semoga dilingungi Allah daripada  segala bala bencana dan semoga sentiasa hidup dengan aman dan makmur.

 

Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

DAH IKHWAN

 

Sila baca juga:

  1. 2o Dosa Erdogan yang dibenci oleh Musuh.
  2. Kemajuan Masyarakat Islam Turki berbanding Melayu

 

Gallery | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s