GRIT: Mari Uji Tahap Kecekalan Anda


Kaedah ini dimajukan oleh Professor Angela  Duckworth,   seorang  pakar psaikoligi   Amerika Syarikat  dalam bukunya bertajuk GRIT: The Power of Passion and Perseverence. Beliau mengenengahkan idea yang faktor utama  untuk mencapai kejayaan ialah GRIT(kecekalan), malah  lebih utama daripada bakat atau IQ seseorang.

Beliau mendefinasikan GRIT sebagai  Keghairahan(Passion) dan  dayatahan untuk menjayakan sasaran dalam jangka masa yang  panjang. Jadi  ingat, faktor GRIT adalah penentu utama sama-ada anda akan berjaya atau tidak dimasa hadapan.

__________________________________________

.

Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengkaji tanda aras GRIT(kecekalan) kita bersama. Sila baca borang di bawah untuk menguji tahap kecekalan anda mengikut kaedah ini.

[Update 19 September 2016 di bawah memuatkan dapatan awal(prelimenary findings) tentang   kecekalan Masyarakat Melayu berasaskan respond diterima sehingga 19 Sept 2016]

img085

Untuk menguji Skor GRIT anda, sila lihat setiap bariasan diatas. Misalnya dalam item 4, Saya berkerja keras, anda memilih lebih macam saya, maka anda mendapat 4  markah. Terus pilihkan untuk kesemua 10 barisan item, kemudian campurkan kesemua markah yang  anda perolehi dan bahagikan dengan sepuluh. Itulah Skor GRIT  anda. Jangan fikir terlalu lama, hanya isikan mengikut apa yang anda rasa sifat diri anda.

Dengan mengisi  skor GRIT anda  yang diperolehi tadi ke  dalam Survey di bawah, anda berpeluang menyaksikan  Skor GRIT bagi seluruh peserta dalam survei ini. Angka  purata GRIT ini bolehlah dianggap purata skor GRIT untuk orang Melayu keseluruhannya dan boleh kita bandingkan dengan skor yang diperolehi bangsa lain nanti.

______________________________

Sila  Klik di Sini   untuk menyertai Survei.

______________________________

.

UPDATE 19 SEPTERBER 2016 (prelimenary findings)

Survey yang kita mulakan  pada 8 September 2016 hanya mendapat seglintir respond yang hingga kini berjumlah 29 respond sahaja. Bagaimanapun dapatan ini saya paparkan dibawah untuk makluman anda yang berminat.

Skor GRIT                                 Bil responden                 %      

1.5 kebawah 0 0%

atas 1.5 hingga 2

3 10.34%

atas 2 hinnga 2.5

1 3.45%

atas 2.5 hingga 3

6 20.69%

atas 3 hingga 3.5

5 17.24%

atas 3.5 hingga4

6 20.69%

atas 4 hingga 4.5

8 27.59%

atas 4.5 hingga 5

0 0%

Dalam paparan dapatan survei  di atas, sifat GRIT(kecekalan) yang paling rendah ialah yang skor GRIT kebawah  1.5 dan yang paling tinggi ialah dengan skor 5. Survei ini  mendapati seramai 65.5% responden dengan skor 3 keatas dan 27.5% dengan skor 4 keatas. Ini adalah satu dapatan yang amat menarik tidak jauh bezanya dengan skor GRIT populasi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, jumlah sampel yang begitu kecil tidak dapat digunakan untuk menjangka profitl GRIT keseluruhan masyarakat Melayu di Malaysia, tetapi hanya mencerminkan profil GRIT untuk responden yang menyertai survei ini.

Sungguhpun survei ini telah didedahkan kepada 43,000 orang pengguna Facebook berbangsa Melayu dan dibaca oleh seramai 331 orang pengunjung, hanya 29 orang telah menyertainya. Rumusan yang amat mungkin  ialah hanya 0.006 peratus daripada masyarakat melayu yang ambil peduli tentang GRIT. Ini mungkin menggambarkan profil GRIT(kecekalan) masyarakat Melayu yang amat rendah dan amat tidak membanggakan berbanding masyarakat yang maju didunia. Jika jangkaan ini betul, masyarakat Melayu akan terus berhadapan dengan laluan yang sukar dalam persaingan dengan kaum Cina dan bangsa lain didunia.

Bagaimanapun anda masih boleh lagi menyertai survei ini dan klik di sini bagi membolehkan satu gambaran yang lebih tepat.

.

.

LATAR BELAKANG KAEDAH GRIT

Kaedah ini dimajukan oleh  seorang  pakar psaikoligi  dan motivasi Amerika Syarikat yang  amat menarik perhatian baru-baru ini. Professor Angela  Duckworth dalam bukunya bertajuk GRIT: The Power of Passion and Perseverence mengenengahkan idea yang faktor utama  untuk mencapai kejayaan ialahGRIT, atau dalam Melayunya Kecekalan. Beliau menyatakan yang faktor ini lebih utama daripada bakat atau IQ seseorang.

Beliau mendefinasikan GRIT sebagai  Keghairahan(Passion) dan  dayatahan untuk menjayakan sasaran dalam jangka masa yang  panjang.

Sifat GRIT dalam seseorang boleh dikenal pasti dan boleh dipupuk dalam sistem pendidikan, sistem sumber manusia dan dalam program memajukan usahawan Melayu/Islam.

Jika hendak maju dan berjaya, masyarakat Melayu dan Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada GRIT dalam  membentuk jatidiri kita, malah lebih daripada skor akademik atau IQ seseorang.

Professor Duckworth  amat berpengaruh dalam perkara ini.  Beliau  pernah menjadi pakar penasihat dalam Akademi Tentera Amerika di West Point dalam bidang pengambilan rekrut. Beliau juga seorang penasihat untuk White House, World Bank,  Pegawai Ketua Eksekutif Syarikat-syarikat Fortune 500 disamping sebagai  penasihat kepada beberapa buah  Universiti terkemuka,

 

 

Salam,

DAH IKHWAN

Rujukan: GRIT The Power of Passion and Perseverence by Professor Angela Duckworth.

Gallery | This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to GRIT: Mari Uji Tahap Kecekalan Anda

  1. Anonymous says:

    Skor GRIT saya 3.5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s