Tan Sri Azman Hashim: Usahawan Melayu dan Peneraju Bank Terunggul

LATAR BELAKANG

Beliau amat dikenali umum dan sungguhpun bukan seorang peniaga yang paling terkenal dikalangan rakyat biasa, hakikatnya beliau adalah Ikon Perbankan Malaysia. Perniagaan beliau tidak meniti di bibir setiap rakyat Malaysia seperti  mana Mydin dan Air Asia dikenali umum. Ini kerana sektor bank – beliau salah seorang peneraju terkemuka perbankan –   tidak menyentuh hidup setiap rakyat, tetapi beliau amat dikenali dan disenangi oleh  6 juta pelanggan dan pelanggan korporat yang berurusan dangan AmBank,  12,000 kakitangan  dan puluhan ribu ahli  keluarga mereka. Beliau amat selesa dengan gelaran Entrepreneur Banker,  dalam Melayunya Usahawan Perbankan. Ini menempatkan beliau dalam kategori tersendiri dan berasingan daripada peneraju-peneraju Bank GLC seperti  Maybank dan  Nazir Razak di CIMB.  Tetapi  tepat sekali jika beliau diletakkan bersebelahan usahawan dan peneraju Bank seperti Tan Sri Teh Hong Piaw di Public Bank dan Tan Sri Quek Leng Chan di Hong Leong Bank. Mereka bertiga memula, mengurus, mengembangkan  dan mengusai saham  bank masing-masing.

Yang amat menariknya ialah Tan Sri Azman merupakan usahawan Melayu dari zaman Pra Dasar Ekonomi Baru yang paling berjaya. Beliau berjaya bukan atas dasar knonisma  atau bantuan istimewa dari kerajaan. Jika adapun sedikit pertolongan kerajaan ia  hanyalah dengan kadar yang lazim diterima oleh peniaga biasa, seperti lesen perniagaan, dsb. Disebaliknya Tan Sri Azman amat banyak menolong kerajaan dalam membentuk dasar dan strategi berbankan, terutama dalam membangunkan Malaysia sebagai hub perbankan Islam.

ZAMAN  AWAL HAYATNYA

Azman lahir pada tahun 1939, anak yang ketiga dari 13 orang  adik-beradik dan dibesarkan dirumah yang serba sederhana di  Kampung Baru dan Setapak, Kuala Lumpur. Dibesarkan dalam keluarga yang ramai  mendedahkan Azman pada peringkat awal lagi  kepada hidup berdisiplin, etika kerja  dan saling bersaing antara satu sama lain. Kesemua mereka  kemudiannya menerima pendidikan tinggi, kebanyakan menjadi ahli professional. Meskipun, dibesarkan dalam keluarga yang  besar dan  serba berkurangan, ini tidak meluntur semangat mereka, malah menjadi cabaran untuk berjaya, terutama dengan seorang ibu yang begitu cekal dan berprinsip yang  menjadi pendorong mengukuhkan hidup berkeluarga.

Ayah beliau bertugas di Lembaga Letrik Pusat dan ibu,  seorang guru di sekolah kerajaan. Sungguhpun kedua ibu-bapa mempunyai pendapatan masing-masing, ini tidak mencukupi untuk menyara sebuah keluarga yang besar, justeru makanan dikongsi samarata. Pada awalnya, adalah menjadi kebiasaan bagi  ibunya mencari dan memilih barangan dengan harga murah  di gerai-gerai dan mencari  kayu api untuk menyediakan makanan. Suasana hidup yang serba berkurangan membentuk jatidiri yang kental dalam diri Azman. Berbadan  kecil berbanding  rakan sekolah yang biasanya lebih besar dan lebih tua, Azman menunjukkan peribadi yang amat kompetitif baik dari segi pelajaran ataupun sukan, sehingga dihormati oleh rakan-rakan sebaya.

Ketika masih berumur 15 tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Australia dengan Biasiswa Colombo Plan dan lulus sebagai Chartered Accountant  dalam usia muda  yang belumpun mencecah  21 tahun. Semasa di sana, walau pada mulanya agak janggal bergaul dalam suasana yang amat berbeza berbanding  Malaysia, namun  beliau kemudiannya mulai bergaul mesra dengan budak-budak Australia. Beliau menyertai aktiviti-aktiviti di Universiti Wetern Australia dan boleh mengalah pelajar-pelajar Mat Salleh dalam Bandminton, sungguhpun kalah dalam tennis dan sukan yang memberi kelebihan kepada giants di Australia.

MULAI ALAM PERKERJAAN

Azman kembali ke tanah Melayu  setelah tamat pendidikan di Australia sebagai anak muda yang confident, mulai bertugas di Bank Negara Malaysia dibawah pengawasan Tun Ismail Mohd Ali. Tun Ismail kemudiannya menjadi Gabenor BNM yang pertama dari kalangan rakyat Malaysia. Selama empat tahun bertugas sejak tahun 1960  dibawah Tun Ismail yang juga  ikon perbankan ketika itu hingga kini,  merupakan  satu pengalaman yang luar biasa bagi Azman dalam suasana disiplin kerja yang amat ketat disamping  mengamalkan sifat integriti dan  nilai  murni yang  amat tinggi.

Selepas empat tahun di Bank  Negara Malaysia, dengan sifat keusahwanan yang mulai membara, beliau berhenti bertugas dengan persetujuan Tun Ismail  Ali dan memulakan perniagaan atas nama firma Chartered Accountancy, Azman, Wong & Co. Firma ini berkembang pesat dengan jumlah kakitangan mencapai 200 orang lapan tahun kemudian.  Hingga kini firma Azman, Wong & Co. merupakan antara  firm akauntan  yang terkemuka di Malaysia.

Namun usaha beliau tidak terhenti disetakad ini. Beliau kemudiannya berjaya  mencapai impian yang lama terpendam, dengan memiliki sebuah bank sepenuhnya. Beliau adalah jenis yang luarbiasa, dari zaman Pra-DEB, tidak bergantung kepada bantuan kerajaan dan berjaya semata-mata atas usaha sendirinya – kata Tun Dr Mahathir. Dato’  Seri Anwar Ibrahim juga mengakui, di masa  lapan tahun Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, Tan Sri Azman Hashim tidak pernah memohon sebarang bantuan istimewa kerajaan.

DARI ARAB-MALAYSIAN DEVELOPMENT BANK(AMDB)  KE AmBank

Kembali ke alam perbankan bagi Azman  bukanlah sekadar menjadi seorang korporat yang menerajui sebuah bank  dimiliki pihak lain atau kerajaan. Biasanya impian seseorang eksekutif setakat itulah, tetapi tidak dengan Azman. Sejak dari awal-awal lagi beliau memendam impian memiliki sebuah bank, suatu impian yang amat luar biasa, apa lagi bagi seorang Melayu muda pada zaman Pra-DEB pula. Pada zaman itu, bagi seorang Melayu memiliki sebuah mini market pun sudah luar biasa.

Peluang pertama ke alam operasi perbankan komersial terbuka ketika beliau menyertai Lembaga Pengarah Malayan Banking Bhd pada tahun 1966. Ketika itu Malayan Banking menghadapi  kesulitan. Bank negara mengambil tindakan melantik dua orang ahli Lembaga Pengarah dari luar untuk membantu. Azman adalah salah seorang yang dilantik, pada mulanya sebagai  Pengarah Bukan Eksekutif, kemudiannya sebagai Pengarah Eksekutif.

Tan Sri Azman memula mengorak langkah tidak lama kemudian. Beliau meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1982 dan mulai  menguasai saham dalam Taiping Textiles Bhd, kemudian kedalam hartanah, restoran, hotel, dsb. Sektor-sektor ini bukanlah minat atau sasaran utama beliau tetapi amat membantu dalam menentukan arah perniagaan beliau seterusnya. Percubaan pertama menguasai sebuah bank iaitu Kwong Yik Bank telah gagal dan ini  amat mengecewakan beliau. Namun beliau tidak berputus asa dan mengorak langkah seterusnya.

Pada tahun 1982 peluang mulai terbuka kepada Tan Sri Azman apabila beliau berjaya membeli 55% saham dalam Arab Malaysian Development Bank BHD (AMDB) – yang ketika itu diterajui oleh Hussein Najadi – daripada MIDF dengan harga berasaskan nilai pasaran. Tidak lama kemudian beliau membeli pula baki 45% saham daripada pemilik Arab, menjadikan beliau pemilik sepenuhnya dan peneraju baru menggantikan Allahyarham Hussein Najadi. AMDB bertukar nama kepada Arab-Malaysian Merchant Bank (AMMB) pada tahun 1983 dan mengekalkan nama ini selama dua dekad sehingga dikenali sekarang dengan nama AmBank.

Kini Kumpulan AmBank beroperasi dengan 36 buah anak syarikat, 175 buah cawangan dan 12,000 orang kakitangan.

Cara Pengurusan dibawah Tan Sri Azman

Sejak memiliki AMMB, Tan Sri Azman berjaya membentuk pasukan pengurusan pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu dan India yang cemerlang yang membolehkan AMMB berkembang pesat. Beliau mengumpulkan beberapa personaliti yang amat  berbakat dan berpengalaman seperti Patrick Low dan Datuk Malik Merican, disamping beliau sendiri yang memiliki banyak pengalaman dalam perbankan, pembangunan hartanah dan pengalaman  dari pelbagai industri lain yang ada kaitan dengan pelaburan beliau. Beliau menggalak idea-idea yang innovatif dan suasana kerja  dinamik yang membolehkan AMMB mempelopori  produk-produk baru dalam perbankan. Tan Sri Azman sendiri mengakui akan kemampuan luar biasa DatukMalek Merican yang disifatkan sebagai thinker par excellence.

Datuk Malek Merican berkhidmat sebagai Pengarah Urusan  AMMB/AmBank pertama   selama 15 tahun dan meninggalkan impak yang amat besar ketika  bank tersebut berkembang dengan pesatnya. Sebelum itu Datuk Malek Merican telah menamatkan khidmat yang amat cemerlang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan selain tugasan di IMF selama dua tahun. Beliau juga merupakan lulusan kedua-dua Universiti Cambridge dan Oxford yang terkemuka di Britain. Hakikat yang beliau sanggup bertugas untuk sebuah bank yang baru dan kecil ketika itu, menunjukkan betapa yakinnya beliau kepada  kepimpinan Tan Sri Azman sebagai pemilik dan peneraju  bank tersebut.

Sungguhpun demikian,  Tan Sri Azman  tidak mengabai tanggungjawab membentuk pasukan pelapis  bagi menentukan kesinambungan dalam pengurusan bank. Justeru, beliau tetap juga meneliti dan mengenalpasti pegawai-pegawai muda yang berpotensi untuk jawatan-jawatan penting dalam syarikat.

Saya ingin menarik perhatian bahawa Datuk Ameer Ali Mydin adalah diantara kakitangan berkaliber di Arab Malaysian Merchant Bank sebelum beliau mengembangkan perniagaan keluarga yang kini terkenal dengan Hypermarket Mydin di seluruh pelusok negara. Kini Datuk Ameer Ali adalah Pengarah Urusan  Mydin Holdings Bhd, tetapi sebelumnya telah banyak terdedah dengan cara pengurusan Tan Sri Azman di AMMB dan jaringan perniagaan yang terbuka luas di sana.

Mungkin ramai menganggap berkhidmat  di sesebuah organisasi yang eficien dan berkembang pesat bagaikan berada dalam pressure cooker dengan suasana kerja terlalu sebok, jadi biasanyanya  gagal menarik minat bakal pekerja atau mengekal pekerja yang sedia ada. Dengan Tan Sri Azman sebagai pemimpin organisasi, keadaan ini tidak berlaku, sebaliknya para pekerja menghadapi  suasana  kerja ini menyeronokkan. Ini kerana Tan Sri Azman  bukanlah seorang yang authoritarian malah beliau tidak biasa meninggikan suara atau berperangai menyalahkan pekerja. Jika ternampak seseorang pegawai dengan sikap yang menyusahkan, beliau akan menegur senyap-senyap, kemudian memaafkan peristiwa tersebut. Disamping itu beliau juga menyuntik unsur-unsur yang kurang serius, malah menyeronokkan untuk pekerja dan keluarga mereka. Ini termsuklah  majlis ramah-tamah, sukan dan aktiviti amal untuk keluarga pekerja.

Yayasan Azman Hashim dan Komitmen RM 1,000 juta untuk Masyarakat.

Akhirnya kejayaan amat bermakna sekali ketika matlamat  utama hidup  kita tercapai. Matlamat itu bukannya untuk menggumpulkan  harta atau wang ringgit, tetapi untuk menabur derma bakti kepada masyarakat, amal jariah yang amat dituntut agama. Setakad insan biasa, kemampuan kita amat terhad untuk menabur bakti, pada hal ia amat penting untuk meningkatkan kemakmuran ummah. Dengan perniagaan yang telah wujud, Tan Sri Azman Hashim telah mampu menyara,  menyediakan kerja untuk 12,000 orang kakitangan secara langsung dan puluhan ribu lagi secara tidak langsung.

Yayasan Azman Hashim telah dilancarkan tidak lama dahulu dan beliau telah memberi komitmen menderma melalui yayasan ini untuk  bidang pelajaran, kebajikan dan mengurangkan penderitaan dalam masyarakat. Kinipun puluhan juta ringgit telah diderma untuk tujuan ini.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

DAH IKHWAN

Rujukan:

1. The Entrepreneur Banker Tan Sri Azman Hashim by Datuk Dr. Paddy Bowie OBE.

2. Wikipedia, online encyclopaedia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gallery | This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s