Pilihanraya Presiden Amerika 2016: Tindakbalas Kuasa Dominan Kulit Putih dan Kesannya di Malaysia

Seramai 62.6% penduduk Amerika Syarikat terdiri daripada bangsa yang berkulit putih, 12.6% berkulit hitam, 5.6% berketurunan Asia dan 17% berketurunan Hispanic dan Latino. Ini tidaklah banyak bezanya daripada Malaysia yang penduduknya juga berbilang kaum.  Jika di Amerika Syarikat kaum dominannya ialah yang berkulit putih, di Malaysia pula  yang dominan ialah orang-orang  Melayu dan Bumiputera.

Kita mungkin  tidak  menjangka yang sikap perkauman kulit putih begitu  tebal sungguhpun mereka bukan sahaja ramai tetapi juga kaum yang dominan yang menguasai segala-galanya. Namun keputusan Pilihanraya Presiden Amerika menyerlahkan sikap perkauman mereka. Akan tetapi sukar  hendak menyalahkan sikap  sebegini  kerana setiap kaum, sama ada majoriti atau  minoriti, dominan atau tidak  sayugia mempunyai sikap semula jadi untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Bagi majoriti dari kaum kulit putih di Amerika, mereka amat gusar dengan kedatangan pelbagai kaum sejak beberapa dekad yang lalu terdiri daripada kaum Latino-Hispanic dan kaum-kaum keturunan Asia, ekoran dasar Kerajaan yang terbuka menerima pendatang-pendatang dari luar sebagai rakyat atau penduduk tetap negara itu.

Selain itu, ramai penduduk asal(kulit putih)  Amerika terpaksa menganggur akibat dasar perdagangan terbuka Amerika yang mengimport barangan luar hingga melenyapkan banyak perkerjaan mereka. Perkara-perkara inilah yang menimbulkan kegusaran rakyat sejak beberapa dekad yang lepas.

Calon Presiden Donald Trump sungguh bijak dan berkesan  menggunakan isu-isu ini untuk menambat hati pengundi sehingga majoriti negeri-negeri di Amerika Syarikat menggundi beliau sebagai Presiden baru mereka. Ini pula dijayakan dalam keadaan pihak kepemimpinan  politik mahupun dari parti Demokrat atau  Republikan sendiri menentang kehadiran beliau. Selain itu  hampir semua pihak media dan polling agencies bagaikan sepakat memaparkan kelemahan dan keburukan beliau.

Analisis pengundi pula menunjukkan yang majoriti besar pengundi kulit putih memilih beliau manakala hanya sebilangan kecil dari kaum minoriti yang berbuat demikian. Mengikut kiraan jender, 53% pengundi Trump terdiri dari kaum lelaki, hanya 42% dari kaum perempuan. Ini harus difahami memandangkan imej Trump yang buruk dikalangan kaum wanita.

Sebenarnya, kerana pendekatan kempen Donald Trump yang divisif beliau gagal mendapat undi Majoriti ; beliau hanya mendapat 47.5% undi popular seluruh  rakyat Amerika manakala Hilary Clinton berjaya meraih 47.7%. Seperti di Malaysia  keputusan Pilihanraya dikira  berasaskan undi perwakilan yang memihak kepada Trump dengan dengan 279 undi berbanding Clinton dengan 228 undi sahaja.  Dalam hal ini tiada bezanya dengan keputusan Pilihanraya Umum Malaysia  tahun 2013 dimana perkara yang serupa berlaku yang menentukan Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya Anwar Ibrahim. Hakikatnya, sistem persempadanan pilihanraya sememangnya  telah ditentukan dengan teliti mengambil kira imbangan kuasa undi majoriti dengan undi perwakilan setiap negeri. Kaedah ini telah ditentukan atas kebijaksanaan pengasas perlembagaan kedua-dua negara semasa negara ditubuhkan.

Berbalik kepada keadaan di Malaysia, pada hakikatnya hanya kerajaan dikuasai Melayu yang mampu menjaga kepentingan Melayu sebagai kaum dominan dalam negara. Sebab itulah Barisan Nasional yang bertunjangkan kuasa Melayu/Bumiputera amat disayangi kaum Melayu/Bumiputera. Jasanya sudah nyata kerana bukan sahaja menjaga kepentingan Melayu yang sedia ada, tetapi telah mampu meningkatkan kedudukan Melayu dari segi ekonomi, pendidikan, guna tenaga, perniagaan, pendapatan isi rumah dan banyak lagi sejak merdeka. Jika di Amerika Syarikat kaum berkulit putih yang serba maju  masih perlu menjaga dominasi mereka, tiada sebab Melayu boleh menjadi  lalai   sehingga sanggup membiarkan Cina DAP menjadi kuasa dominan dalam negara Malaysia. Jika ini berlaku, Melayu sememangnya bangsa yang amat bodoh sekali, jadi padanlah jika dikuasai bangsa lain.

Sememangnya tiada sistem yang sempurna, pasti ada cacat celanya, dalam beberapa perkara. Dalam hal ini Barisan Nasional, terutamanya UMNO dituduh rakus dan korup dalam mentadbirkan negara. Ini kini menular bukan sahaja di kalangan orang-orang politik, tetapi juga dikalangan pegawai kerajaan dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Wabak rasuah  yang mulai melanda  dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kini sudah menjadi kritikal, dan jika gagal dibendung akan menhapuskan banyak norma dan nilai-nilai murni yang wujud sejak zaman berzaman. Ini pasti menjerumuskan bangsa Melayu kelembah yang teruk sekali.  Rasuah tidak mengenal kawan atau lawan, yang haram menjadi halal, jenayah berat sanggup dikompromikan, penyeludupan tidak perangi habis-habisan , samaada penyeludupan barangan, apatah lagi penyeludupan manusia  dari negara seperti China atau Bangladesh yang boleh merombak  komposisi kaum dan membahayakan kedudukan dominan umat Islam dan kaum Melayu/Bumiputera dalam negara ini.

Selagi kuasa di Malaysia masih lagi dipegang oleh kaum Melayu, kita yakin  masalah ini dapat ditangani dengan adanya kesungguhan politik untuk bertindak. Lain pula sekiranya kuasa politik perpindah ke puak lain yang diterajui oleh Cina DAP.

Satu lagi isu utama yang sedang ditangani  ialah isu rent seekers terdiri daripada golongan yang ada kaitan politik. Sekian lama gejala ini yang mengeluarkan lesen-lesen AP,  lesen laut dalam, lesen teksi serta pengagihan  premis-premis perniagaan kepada bukan peniaga yang hanya menerima keuntungan atas angin sejak zaman  Tun Mahathir lagi, amat menaikkan kemarahan rakyat.  Ini  sedang ditangani, misalnya  dalam sektor  pengangkutan dengan mengenalkan sistem teksi Uber dan Grabcar yang banyak memudahkan perjalanan penduduk kota sambil berpotensi menghapuskan orang tengah yang tidak perlu dalam perkhidmatan teksi.

Usaha  kerajaan dalam meningkatkan kapasiti perniagaan Bmiputera juga mulai menampakkan kejayaan dengan adanya beberapa program bantuan kewangan dan teknikal melalui agensi seperti TERAJU, SME Corp, MATRADE, TEKUN, MARA dan sebagainya. Program-program ini sememangnya disasarkan untuk  meningkat kapasiti  golongan peniaga dan bukannya diagihkan sebagai habuan politik. Alhamdulillah.

 

Salam, wallahu aklam.

 

DAH IKHWAN

 

 

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s