Ringkasan Biografi Syed Mokhtar AlBukhary – Bahagian Pertama

Sewaktu awal perniagaannya Syed Mokhtar telah menemui kegagalan dalam perniagaan lembu dan daging akibat menempuhi zaman liar suka berpoya-poya diketika zaman mudanya. Namun nilai-nilai agama yang tersemai dalam dirinya serta bantuan keluarga cepat menimbulkan keinsafan, justeru beliau meneruskan dengan gigih usaha dan perniagaan dalam bidang pengangkutan lori dan mulai berjaya.

Perniagaan Pengangkutan Lori

Tanpa pendidikan tinggi dan hanya berbekalkan sedikit pengalaman dalam perniagaan, Syed Mokhtar memulakan perniagaan pengangkutan lori pada tahun 1972 dalam usia 21 tahun setelah gigih berusaha untuk mendapat permit lori dan pinjaman dari MARA.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan ketika itu amat mengalu-alukan anak muda berjiwa besar ini kerena bersedia menembusi bidang perniagaan yang dikuasai oleh orang Cina, justeru meluluskan empat permit lori sungguhpun beliau hanya memohon dua sahaja.

Beliau memulakan perniagaan dengan dua buah lori sahaja sementara dua buah permit lagi disimpan untuk kegunaan setelah syarikat berkembang. Dalam masa yang singkat beliau menerima tawaran daripada towkay Cina yang terhidu satu peluang membeli daripadanya dua permit yang belum digunakan. Beliau menolak tawaran untung atas angin ini dan mengelak daripada perniagaan alibaba, tetapi telah melantik seorang Cina yang berpengalaman dalam bidang ini sebagai pengurus syarikat dengan bayaran gaji bulanan dengan syarat setiap pemandu adalah orang Melayu.

Permulaan Perniagaan Beras

Beliau mulai meluaskan perniagaan sebagai peniaga beras dalam tahun 1976 selepas empat tahun menjalankan perniagaan pengangkutan lori. Dengan pengalaman yang bertambah dan aset perniagaan yang terkumpul, beliau meneroka satu lagi sektor yang lebih rumit daripada perniagaannya yang pertama.

Sektor perniagaan beras ketika itu, dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina dikawal rapi dengan rangkaian yang kukuh dan amat sukar ditembusi. Mujurlah, berkat usaha yang gigih, kebijaksanaan dan sikap tidak mahu mengalah, beliau berjaya menubuhkan syarikat Bukhary Sdn Bhd dengan kerjasama dua orang pengilang padi dari kaum Cina sebagai rakan kongsi, dengan syarat beliau dan Bumiputera menguasai saham dan pengurusan dalam syarikat.

Sejak dari awal lagi Syed Mokhtar telah menampakkan kebijaksanaan dalam menggunakan rangkaian kenalan yang sedia ada sambil meluaskannya. Di LPN dan Padiberas Nasional Bhd yang mengawal perniagaan beras, beliau dibantu seorang rakan dan beberapa orang pegawai memberi nasihat yang penting sambil mendorong beberapa peniaga Cina berkerjasama dalam projek beliau.

Ketika memulakan perniagaan beras Tan Sri Syed Mokhtar berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu. Pertama, modal niaga perlu ditambah dengan mendadak. Dalam keadaan tanpa wang sedangkan rakan niaga Cina bersedia menambah pelaburan mereka, Tan Sri akan hilang penguasaan dalam syarikat jika gagal menambah pelaburan beliau. Mujur sekali orang tua beliau dapat membantu dengan mencagar beberapa bidang tanah bagi menyelesaikan masalah ini.

Syarikat juga perlu premis gudang penyimpanan beras. Masalah ini juga dapat ditangani dengan pertolongan, Syed Nahar Syed Shahabuddin, Menteri Besar Kedah ketika itu. Kerajaan Kedah menawarkan dua bidang tanah dengan bayaran ansuran yang beliau dapat langsaikan beberapa tahun kemudian.

Namun cabaran yang paling getir belum lagi beliau rasai. Ketika dihadapi, ia betul-betul menguji kecekalan hati, kepintaran dan disiplin kerja Tan Sri Syed Mokhtar dalam menghadapi situasi yang amat sukar.

Tan Sri Syed Mokhtar sendiri dilantik sebagai pengurus syarikat Bukhary Sdn Bhd, sementara Chuah Chong Than, daripada sebuah syarikat pengilang, jadi juruwang. Seorang lagi rakan peniaga Cina, Saw Choo Hong dari sebuah lagi syarikat pengilang dilantik sebagai Pengurus Pemasaran.

Jual Beras di Pahang

Sewaktu syarikat Bukhary ditubuhkan terdapat satu syarat ditetapkan oleh rakan-rakan kongsi, iaitu syarikat tersebut tidak boleh memasuki kawasan yang telah dikuasai oleh mana-mana rakan kongsi mereka. Ini bererti syarikat ini terpaksa mulai pemasaran dari bawah di tempat-tempat yang jauh dari Kedah dan kawasan-kawasan berhampiran, yang belum dikuasai oleh rakan-rakan niaga syarikat. Ini menghadkan operasi mereka hanya di negeri Kelantan, Pahang dan Johor.

Tan Sri sendiri juga menetapkan syarat bagi menentukan kepentingan beliau terpelihara, iaitu majority saham syarikat dimiliki beliau dan Bumiputera dan beliau sendiri menjadi salah seorang yang menanda-tangani setiap cek syarikat.

Dalam masa pertengahan tahun tujuh puluhan, secara bersama, rakan niaga bertiga ini merangka pelan pemasaran dan memutus memberi focus kepada Pahang dan Johor. Mereka juga memutus memasuki pasaran orang tengah membekal terus kepada pelanggan seperti kedai runcit dan mini market.

Syed Mokhtar dan Saw memulakan perjalanan dengan kereta untuk memperkenalkan jenama produk mereka. Jadual biasa ialah menaiki kereta 8 jam dari Alor Setar ke Ipoh dan bermalam di sana. Keesokan harinya melalui Bukit Fraser mereka menyeberangi ke Raub dan seterusnya ke bandar-bandar lain di Pahang.

Ketika itu bandar-bandar ini terpisah antara satu sama lain ditegah-tengah hutan dan dipagari gunung ganang. Pemandangan menakjubkan, tetapi memandu di sana bukanlah untuk yang lemah semangat. Mereka melalui jalan sempit yang berliku dengan selekoh tajam dan kerap dilalui lori-lori balak yang besar. Dalam keadaan begini, kemalangan ngeri bukanlah perkara luar biasa. Perjalanan seperti ini perlu dilakukan berulangkali bagi menambah rangkaian pelanggan serta menjaga pelanggan yang sedia ada.

Jual Beras di Johor

Selepas Pahang mereka bertiga menyeberang ke Johor melalui Mersing ke Kluang, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bharu. Disetiap tempat mereka memperkenalkan diri mereka kepada peruncit-peruncit hinggalah ke pasar-pasar mini, samaada yang dimiliki oleh orang Cina atau Melayu.

Saw ditugaskan berunding dengan pelanggan Cina dan Syed Mokhtar sendiri berurusan dengan peruncit-peruncit Melayu dan agensi-agensi pembangunan kerajaan dan syarikat perniagaan kerajaan seperti Felda,Pernas Edar dan MARA.

Syarikat Bukhary Sdn Bhd berjaya menembusi pasaran Felda dan agensi kerajaan lain dengan menawarkan harga, syarat pembayaran yang kompetitif dan system penghantaran yang boleh dipercayai dan melalui tender terbuka.

Semasa giat dengan aktiviti penjualan, Syed Mokhtar berkenalan dan membina hubungan dengan personality penting seperti Syed Razak Syed Zain, seorang ahli peniaga beras Melayu yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah, dan Shahidan Kassim, seorang pegawai kerajaan yang kemudian menjadi Menteri Besar Perlis.

Dalam masa setahun syarikat Bukhary Sdn Berhad berjaya menguasai 25% pasaran kerajaan dan merekodkan keuntungan sejumlah RM 1.2 juta sebulan. Mereka telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz selepas dua tahun syarikat beroperasi.

Perjalanan berkereta mereka bertiga tetap diteruskan. Setiap dua bulan mereka melakukan lawatan jualan melalui jalan yang sama, hentian yang sama sambil membuat penilaian pelanggan yang sedia ada serta mencari pelanggan yang baru.

Ini adalah kerja yang sukar tetapi beliau tidak pernah berputus asa. Demi perniagaan beliau dan rakan melalui hari-hari yang panjang, mengharungi jalan hutan yang sukar,berliku-liku dan tidur di atas katil dipenuhi pepijat di hotel yang murah. Inilah amalan tradisi kaum Cina ketika perniagaan baru bermula. Alhamdulillah, beliau berjaya menembusi tembok besar yang orang cina telah bina sejak begitu lama dalam perdagangan beras.

Perlu diingatkat Syed Mokhtar berasal dari suku kaum nomad yang merantau kawasan Asia Tengah dengan keadaan pergunungan yang amat mencabar.Seperti generasi sebelumnya, beliau berani mengambil risiko yang terhitung mengharungi kawasan yang mencabar di Tanah Melayu

Lokasi seterusnya ialah Kuaa Lumpur. Tatkala Dasar Ekonomi Baru menjadi jentera penggerak momentum kearah memajukan ekonomi Bumiputera, Kuala Lumpur menjadi bandaraya penarik bagi mereka yang ingin merebut peluang yang diwujudkan.
………. ……………………………………bersambung.

$9.05 Left
1,378 people reached
Advertisements
Gallery | This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s